You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA LUMU,42000 PELABUHAN KLANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN


BILANGAN 2 TAHUN 2018
Tarikh : 2 April 2018
Masa :2.30 petang
Tempat : Bilik Pengetua

Kehadiran:
Bil Nama Jawatan
1. Cik Phang Wai Mung PK HEM
2. Pn.Liew Pooi Lai Setiausaha 3K
3. Pn Mary Rose AJK
4. Pn Noor adreen Bt Md Desa AJK
5. Pn Soo Hong Tin AJK
6. Pn Syajaratuddur Bt Abd Hamid AJK
7. Pn Khadijah Bt Ahmad AJK
8. Pn Massuriati Bt Cha AJK

Tidak Hadir (Bersebab)


Bil Nama Jawatan
1. Pn Hjh Nazimah Bt Mohd Noor Penyelaras
2. En Shaharudin B Sahabudin AJK
2. Pn Khairunnisa Bt Md Naim AJK

Urus Setia Mesyuarat:


1. Pn Hjh Nazimah Bt Mohd Noor-Penyelaras Keceriaan dan Kebersihan

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Keceriaan
dan Kebersihan Bil 2/2018
1.2 Pengerusi menghargai dan mengharapkan kerjasama yang erat antara pekerja swasta
dengan pekerja kebersihan sekolah.
1.3 Pengerusi juga mengingatkan minit mesyuarat perlu disediakan 3 hari selepas
mesyuarat dijalankan dan perlu disemak oleh Pengetua.Salinan perlu diberikan
kepada AJK dalam tempoh 7 hari. Susulan tindakan dapat dibuat dalam tempoh 14
hari dan catatan maklumbalas dibuat selepas 14 hari.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Cadangan : Pn Khadijah Ahmad
2.2 Sokongan: Pn Syajaratuddur Abd Hamid

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk kepada maklum balas
3.2 Markah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi tingkatan 5 minggu
pertama tidak diambil namun markah perlu diberi untuk mendapatkan keputusan
keseluruhan bagi bulan Mac.

Tindakan:Peringatan telah diberitahu dan tindakan telah diambil

3.3 Cara untuk mengatasi masalah tahi kucing di dalam bilik darjah seperti yang berlaku
di kelas 4 Satria akan diatasi agar tidak berulang lagi.
3.4 Kerosakan yang berlaku di tandas pelajar lelaki perlu ditulis dan dlaporkankan dalam
Buku Laporan Kerosakan.
3.5 Borang pemantauan kesihatan perlu dilengkapkan dan disemak untuk mendapatkan
maklumat terkini murid.
3.6 Pemantauan tandas perlu dimulakan pada bulan April oleh Guru Keceriaan Tandas
dan laporan perlu disertakan.
3.7 Laporan bagi kebersihan kawasan sekolah juga perlu dinilai mulai bulan ini.

Tindakan: AJK Kebersihan

4. HAL-HAL LAIN
4.1 PK HEM mengingatkan guru untuk menjalankan tugas berkala bagi pemantauan
kebersihan agar kebersihan dan keceriaan sekolah dapat dipertingkatkan.

5. PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 3.15 petang

Urus Setia
JK 3K
SMK Raja Lumu

4 April 2018

You might also like