You are on page 1of 2

LAPORAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP 2009

Badan Beuniform Pengkap telah dijalankan sepanjang tahun ini pada hari
Rabu seperti dalam takwim tahunan. Murid – murid tahun 4-6 telah bergiat
menyertai dalam badan beruniform ini.
Antara aktiviti –aktiviti yang dijalankan dalam badan ini adalah Mengenali
Logo Pengakap,Undang-undang Pengakap, Persetiaan Pengakap, Istiadat
Laungan Agung, Kawad kaki, Ikatan buku sila, Pertolongan cemas, dan lagu
pengakap. Murid – murid gemar menyertai dalam aktiviti- aktiviti yang dijalankan
dan mereka juga mengemaskinikan buku log mereka apabila terlibat dalam
aktiviti – aktviti tersebut
Selain daripada itu, Perkhemahan Badan Beruniform sehari juga diadakan
di sekolah pada 12.11.2009. Semua ahli Badan Beruniform Pengakap telah
mengambl bahagian dalam perkhemahan tersebut. Dalam perkhemahan itu
murid juga dapat mempelajari cara memasang khemah, ikatan dan cara
membalut kaki dan tangan semasa kecemasan. Selain itu, mereka juga
didedahkan cara membuat kawat kaki asas. Murid-murid juga berkesempatan
mempelajari masakan hutan.
Ahli –ahli pengakap seramai 4 pelajar telah melibatkan diri dalam
perkhemahan luar sekolah iaitu di Kompleks Belia di Pilin untuk mendapatkan
lencana Ketua Patrol. Mereka juga menyertai dalam Perkhemahan
mendapatkan Lencana Kemahiran dan kegemaran di Gunung Gua Datuk. Dua
perkhemahan tersebut dijalankan selama 3 hari 2 malam dan murid- murid yang
telah terlibat berjaya mendapat lencana-lencana tersebut.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_________________ _______________
( Cik. Kavitha Sri )
( Guru Penasihat )

You might also like