You are on page 1of 4

BIDANG TUGAS BADAN DISIPLIN, PENGAWAS DAN KETUA DARJAH

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan-peraturan sekolah

berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.

2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasa undang-undang

dan peraturan sekolah.

3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh para

pengawas.

4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalaha-

kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau

buang sekolah berpandukan surat Pekeliling Iktisas Bil. 9/1975. setiausaha Lembaga

Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk

membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

5. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.

6. Menerima laporan pengawas dan guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan.

7. Menjalankan hukuman disiplin mewakili Guru Besar.

8. Melaksanakan rondaan untuk mengesan murid yang ponteng kelas.

9. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibubapa/penjaga dalam menangani masalah

disiplin di kalangan murid.

10. Menyedia dan membekalkan maklumat data SSDM kepada PPD, JPN / Kementerian

apabila dikehendaki berbuat demikian.


11. Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran

dan penghayatandisiplin di kalangan murid sekolah.

TUGAS GURU DISIPLIN

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

2. Memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua.

3. Mengambil tindakan terhadap kes salahlaku murid.

4. Melaksanakan hukuman ( dengan kebenaran Guru Besar ).

5. Merekodkan setiap perjalanan kes dan melaporkannya kepada PK HEM pada setiap

minggu.

6. Merancang tugasan „spot check‟ di kalangan murid.

7. Sentiasa memberi maklumat kepada PK HEM berhubung dengan kes-kes yang serius

seperti penyalahgunaan dadah, gambar, majalah dan video lucah, peras ugut, kumpulan

haram, bohsia/bohjan, buli dan lain-lain.

8. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama melibatkan kawalan murid.


PERANCANGAN TAHUNAN BADAN DISIPLIN, PENGAWAS DAN

KETUA DARJAH

BADAN DISPLIN

1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.

2. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.

3. Mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap kes-kes murid yang melanggar

disiplin,peraturan, tatatertib dan salahlaku.

4. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

5. Sentiasa bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Badan Pengawas

Sekolah.

6. Mengadakan Kem Kepimpinan.

BADAN PENGAWAS SEKOLAH

1. Perlantikan Jawatankuasa dan pengawas.

2. Mengadakan taklimat tentang tugas pengawas.

3. Mengendalikan perjumpaan MINGGUAN pengawas-pengawas sekolah.

4. Mengadakan lawatan khusus untuk Pengawas.

5. Mengadakan Kem Kepimpinan


KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH

1. Perlantikan dilakukan oleh guru kelas masing-masing.

2. Mengadakan taklimat pembahagian tugas ketua dan penolong.

3. Mengadakan jamuan akhir tahun.

4. Perlantikan ketua darjah dan penolong ketua darjah.

5. Perlantikan dilakukan oleh guru kelas masing-masing.

6. Perlantikan rasmi dengan menyemat tanda nama.

7. Pembahagian senarai tugas.

8. Menjaga Keceriaan dan kebersihan kelas.

9. Mengawal murid semasa pertukaran guru.

10. Membantu guru-guru kelas masing-masing.

11. Mengambil dan menghantar jadual kedatangan.

12. Memberi hormat kepada guru atau pelawat yang masuk ke kelas.

13. Memastikan guru-guru masuk ke kelas mengikut jadual kelas.

14. Mengadakan perjumpaan apabila difikirkan perlu

15. Membincangkan masalah yang timbul

16. Mengatasi masalah.

17. Mengadakan kem motivasi

18. Mengadakan jamuan di akhir tahun.

19. Penyerahan sijil penghargaan kepada semua ketua darjah dan penolong ketua darjah

You might also like