You are on page 1of 3

Aturcara Majlis Perhimpunan Rasmi

1. Nyanyian Lagu Negaraku


2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor
3. Nyanyian Lagu Sekolah
4. Bacaan Ikrar
5. Bacaan Doa
6. Murid dipersilakan duduk
7. Ucapan Guru Bertugas
Yang Berusaha Pn Jamaliah bt Razlan, GPK Kurikulum,
Yang Dihormati Pn.Hjh Norhaini bt Dalimi, GPK HEM, Pn
Zurina bt Dasuki, GPK Ko-kurikulum, guru-guru dan yang
dikasihi murid-murid SK Bukit Kemuning 2.
Assalamualaikum w.b. t dan selamat sejahtera.

Salam Aidil Adha juga diucapkan buat semua yang


beragama Islam. Minggu ini merupakan minggu ke 31 giliran
kami bertugas iaitu saya sendiri, Pn Rosmawati bt Zakaria, Pn.
Jamilah bt Saud, Encik Abd Hadi, Pn Norasari Baryah, Pn.
Norita dan Nurul Hafiza bt Jalini. Sekiranya ada masalah sila
berhubung dengan kami.
Tajuk ucapan saya pada minggu ini ialah:
SAYA ANAK MALAYSIA
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga
nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai
jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara
kita daripada jajahan kuasa asing.Rakyat juga harus memainkan peranan
yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara.

1. Pelbagai kaum
Kita harus berasa berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan
agama.Namun begitu rakyat Malaysia tetap hidup dalam keadaan
yang aman dan harmoni.Selain itu,Malaysia merupakan sebuah
negara yang unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai
dan menarik.Apabila tiba musim perayaan,rakyat Malaysia akan
bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan
agama.Selain itu,rakyat Malaysia juga menghormati adat,kaum dan
agama masing-masing.

2. Negara Maju
Sejak merdeka 61tahun dahulu, kepesatan pembangunan negara
adalah pada tahap yang boleh dibanggakan. Tidak hanya
tertakluk kepada kehebatan kemajuan senibinanya, ekonomi dan
teknologi yang dimiliki Malaysia antara yang termaju di Asia
Tenggara malah Malaysia turut menjadi contoh kepada negara
lain.

3. Keindahan panorama
Tidak disangkal lagi keindahan Malaysia terletak pada
lokasinya yang begitu strategik. Lokasi-lokasi pelancongan
menarik seperti pulau-pulau serta tempat bersejarah menjadikan
Malaysia antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi
pelancong saban tahun.

4. Kepelbagaian Makanan
Kepelbagaian kaum yang menghuni bumi ini mewujudkan
kepelbagaian jenis makanan. Selain Nasi Lemak yang juga
merupakan makanan kebangsaan, Malaysia juga mempunyai
ciri-ciri makanan gabungan beberapa kaum.

5. Keunikan muzik
Bakat muzik di Malaysia telah lama wujud biarpun sebelum
merdeka. Muzik tradisional seperti muzik asli, zapin, joget
mahupun pop yeh yeh menambah kepada keunikan muzik di
Malaysia. Seiring dengan kemajuan yang dihadapi negara,
muzik dan artis Malaysia kini lebih bersifat global seperti Yuna
dan Shila Hamzah yang membawa nama negara ke peringkat
antarabangsa.
6. Lokasi strategik
Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa adalah antara
negara yang strategik lokasinya. Tidak terletak di Lingkaran
Api Pasifik, Malaysia terhindar dari gunung berapi dan tidak
menghadapi gempa bumi dengan kerap menjadikan Malaysia
antara negara yang selamat untuk diduduki.

Walaupun dilanda pelbagai masalah sejak kebelakangan ini, kita


tidak harus lupa akan faktor-faktor di atas yang menjadikan Malaysia
unik di mata dunia. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita harus
berasa bangga kerana lahir dan menetap di bumi bertuah ini.

You might also like