You are on page 1of 17

Panduan Pemasaran

Video Youtube
Pemasaran menggunakan teknik video adalah amat berkesan di dalam
perniagaan Internet. Dengan adanya youtube yang dikendalikan oleh syarikat
Google, kita boleh membina video dan juga berpeluang memperolehi ranking
yang tinggi di dalam search engine.

Video boleh dibentuk dengan menggunakan beberapa keping gambar biasa,


video daripada screen shot software seperti hypercam atau camtasia atau kita
juga boleh download video youtube yang sudah tersedia ada.

Video dengan gambar

Gambar- gambar boleh diambil daripada website yang memberikan gambar-


gambar percuma yang berkualiti seperti www.corbis.com

Nota: Anda perlu daftar percuma dahulu sebelum mengambil gambar tersebut.
Jika tidak, watermark akan kelihatan.

Cara mengambil gambar ialah dengan right clik ke atas gambar tersebut dan
save as..

Berikut adalah cara- cara untuk membina video menggunakan gambar.

Perisian yang diperlukan adalah Microsoft Movie Maker. Anda boleh mendapat
perisian ini di dalam laptop atau computer anda di:
C: >> Program files >> Movie Maker >> MOVIEMK

Anda boleh membina short cut untuk application file movie maker ini di desktop
untuk kemudahan anda nanti. Klik MOVIEMK untuk mengaktifkannya.
2. Selepas diaktfikan, ini adalah window movie maker yang akan kelihatan.

3. Sekarang kita boleh import gambar yang ingin kita gunakan di dalam video
kita. Pergi ke Import >> Pictures.

4. Pilih gambar yang ingin dimasukkan melalui dialog box.


5. Gambar – gambar yang ingin dimasukkan telah pun dipaparkan.

6. Anda boleh drag gambar tersebut ke bahagian video.


7. Right click gambar yang dimasukkan ke dalam bahagian video untuk
memasukkan effects kepada gambar.
8. Selalunya kita akan memilih ease-in sebagai effect untuk setiap gambar. Pilih
available effects dan tekan Add>>. Effects yang dipilih akan dipaparkan. Klik OK.
9. Effects yang dipilih boleh diuji dengan memainkan video.

10. Muzik juga boleh dimasukkan ke dalam video. Ini hanya dibuat untuk video
yang dibina daripada gambar.

11. Muzik yang terdapat di dalam laptop atau computer boleh dipilih. Anda boleh
download jika inginkan lebih pilihan.
12. Muzik tersebut boleh di drag ke bahagian Audio/music. Oleh kerana muzik
tersebut panjang daripada video, kita boleh memotong dengan meggunakan split.
Sebelum itu, letakkan penanda video dibahagian yang ingin dipotong.

13. Split bahagian yang ingin dipadamkan.


14. Kemudian, bahagian yang ingin dipadamkan boleh di right click. Pilih remove.

15. Muzik telah dipendekkan mengikut panjang video.


16. Kini kita akan masukkan titles di dalam video.

17. Pilih title on the selected clip.


18. Anda boleh mencuba memasukkan title yang diinginkan. Klik add title jika
sudah berpuas hati.

19.Anda boleh susun kedudukan title tersebut di dalam video. Anda boleh uji
video tersebut.
20. Setelah berpuas hati, pergi ke File >> Publish movie..

21. Pilih this computer untuk lokasi movie, tekan next.


22. Letakkan nama movie dan juga lokasi folder movie akan disimpan. Klik next.

23. Pilih best quality movie untuk setting.


24. Movie di publish. Selepas movie sudah siap sepenuhnya, kita akan upload ke
youtube.

25. Pergi ke akaun Youtube anda. Jika belum mendaftar, anda boleh mendaftar
akaun Youtube dengan percuma. Setelah mendaftar, pergi ke bahagian Upload.
26. Tekan butang browse untuk memilih file yang telah dibina dengan movie
maker.

27. Tekan butang upload video.

28. Isi maklumat – maklumat berikut, bahagian description dimulakan dengan


alamat website dan di ekori dengan keywords website. Kemudian, copy semua
keywords dan paste di bahagian Tags. Untuk bahagian category, pilih Howto &
Style. Pilih share your video with the world. Klik save changes dan video anda
akan keudara di dalam masa beberapa minit sahaja. Ini contoh video tersebut:
http://www.youtube.com/watch?v=NsMddlU0r5M
Selamat mencuba!

You might also like