You are on page 1of 2

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah
Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan kami yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.
___________________________________________________________________________________________

Fakulti : FAKULTI PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL


Jawatan : PENSYARAH (DS45)
Status : KONTRAK (1 TAHUN)

JADUAL GAJI DS45 MINIMUM – MAKSIMUM

GRED GAJI PERINGKAT GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM


P1 RM2,877.04 RM6,453.00
DS45 P2 RM2,985.53 RM6,795.72
P3 RM3,098.74 RM7,163.65

RINGKASAN JAWATAN

Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Universiti Selangor ingin melantik Pensyarah gred (DS45) dalam bidang-bidang yang
berkaitan bagi mengisi kekosongan jawatan dan keperluan yang terdapat di fakulti dengan kelayakan akademik seperti
berikut:

SYARAT KELAYAKAN:

1. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK / PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak
yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Diploma (Pendidikan) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
3. Mempunyai kepakaran dalam bidang pengukuran dan penilaian, rekabentuk teknologi pendidikan; dan
4. Berpengalaman dalam pengajaran Program Permata Pintar Pendidikan merupakan satu kelebihan; dan
5. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pengajaran diperingkat institusi pengajian tinggi; dan
6. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

___________________________________________________________________________________________

2. PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Pengajaran
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
3. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Pengkhususan Bahasa Inggeris yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Diploma (Pendidikan) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
4. Berpengetahuan dalam IELTS (International English Language Testing System) dan CEFR (Common European
Framework of Reference for Languages); dan
5. Mempunyai kepakaran dalam bidang pengukuran dan penilaian, rekabentuk teknologi pendidikan; dan
6. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pengajaran diperingkat institusi pengajian tinggi; dan
7. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

___________________________________________________________________________________________
3. PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB)

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Islam (CGPA 3.0 ke atas) atau Ijazah Sarjana
Muda Pengajian Islam, Syariah dan Bahasa Arab yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan mempunyai Diploma
(Pendidikan) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
3. Mempunyai kepakaran dalam bidang pengukuran dan penilaian rekabentuk teknologi pendidikan; dan
4. Mempunyai kemampuan mengajar kursus core Pengajian Islam seperti Ulum Quran, Akhlak, Tafsir (Usuluddin),
Kemahiran Khat dan Taranum adalah satu keperluan; dan
5. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pengajaran diperingkat institusi pengajian tinggi; dan
6. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
___________________________________________________________________________________________

4. PSIKOLOGI INDUSTRI

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) pengkhususan dalam bidang Psikologi yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan;
3. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pengajaran diperingkat institusi pengajian tinggi; dan
4. Mempunyai kemahiran menganalisis dan menilai; dan
5. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

___________________________________________________________________________________________

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Surat Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil
yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :-

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email
untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia


Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-3280 5077 / 03-3280 5058

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 23 Mac 2018

e) Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

You might also like