You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TASIK BIL.1/2015

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin)


Masa : 2.00 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Ampang Tasik
Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn.Dayang Fatimah bt Abang Narudin Guru Besar (Pengerusi)


2. En.Bhakhari bin Abd Rahman Penolong Kanan Pentadbiran
3. En.Ahmad Shukri bin Mansor Penolong Kanan HEM
4. En.Sulaiman Bukhari bin Hj.Amir Penolong Kanan Kokurikulum
5. En.Mohmad Salleh bin Ramli Guru Pendidikan Khas
6. En.Anizam bin Ahmad Guru Aset
7. En.Syahrul Nizam Guru Media
8. En.Mohd Amin bin Jais Guru Penyelaras Bestari
9. Pn.Noor Azimah bt Othman Guru Prasekolah/PERMATA
10. En.Sulaiman Najib bin Abu Guru Pendidikan Islam
11. En. Zul Hilmi Abd Hamid Guru Data
12. Pn.Asmah bt.Sahid@Said Pembantu Tadbir

Tidak hadir (Bersebab)


1. En.Zul Helmi Bahtiar bin Jemali Guru Pemulihan
2. En.Abd Rashid bin Ismail Guru Sukan

1. Urus setia
En. Zul Hilmi Abd Hamid Guru Data

AGENDA

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan Umul Kitab.

1.2 Memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah akan diadakan


sebanyak 4 kali setahun iaitu pada setiap minggu pertama bulan Februari, Mei, Ogos dan
November .

Makluman

1.3 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli jawatankuasa yang telah dilantik dan
berharap agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi selaras dengan Sistem
Pengurusan Kualiti yang diamalkan.

Makluman

1.4 Menyatakan bermula 1 Januari 2015, pihak KPM telah mengarahkan penggunaan Sistem
Pengurusan Sekolah Versi Baharu menggantikan Sistem Pengurusan Sekolah Versi BTP.

Makluman
1
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Tiada

3.0 Perkara-perkara berbangkit


3.1 Tiada

4.0 Perkara-Perkara Baharu/Pembentangan Kertas Kerja/Isu


4.1 Pembentangan Program Sistem Pengurusan Sekolah versi baharu oleh guru data, En.Zul
Hilmi bin Abdul Hamid.
Mesyuarat juga bersetuju dengan perkara berikut;
4.1.1 Taklimat Garis Panduan Perlaksanaan SPS Versi Baharu
4.1.2 Perincian tugas Prosedur Operasi Standard
4.1.3 Perancangan Tahunan SPS SK Ampang Tasik 2015
4.1.4 Pembentangan Statistik Maklumat Asas Pendidikan.
Makluman
5.0 Hal-Hal lain
5.1 Penambahan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS). Mesyuarat
bersetuju dengan cadangan pengerusi untuk menambah ahli dalam JPMS dan
meminta urusetia untuk membuat surat perlantikan kepada semua ahli yang terlibat.

Tindakan: Guru Data

5.2 Statistik Maklumat Asas Pendidikan . Pengerusi meminta Guru Data mengeluarkan
Buku Statistik Kecil setiap bulan Februari, Mei, Julai dan November

Tindakan : Guru Data

5.3 Verifikasi Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) . Pengerusi meminta semua
Penolong Kanan dan Guru Data menjalankan verifikasi data mengikut Modul
Pengurusan masing-masing. PK Pentadbiran bertanggungjawab terhadap Modul
Pengurusan Guru, PK HEM bertanggungjawab terhadap Modul Pengurusan Murid
dan Guru Data bertanggungjawab terhadap Modul Pengurusan Sekolah.

Tindakan: PK Pentadbir, PK HEM dan Guru Data

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah
menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh;
Urus setia
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
Tarikh : 16 Februari 2015

You might also like