You are on page 1of 33
at KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director Gonoral of Education Molaysie ARAS 8, BLOK ES Level 6, Block E6 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ‘Tet 03-8884 6077 Federal Govemment Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: wwwmee.gou.my Ru). Kami: KPM.: ie ie Jid.5 (23) Tarikh: neon ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/ Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2018 GARIS PANDUAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 22/2017 pada 6 Julai 2017 telah meluluskan cadangan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dengan mengadakan kajian rintis di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 23/2017 pada 13 Julai 2017 memutuskan garis panduan mengurus murid berisiko cicir dirintis di sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Kedah bermula pada bulan Ogos 2017. 3. Dapatan kajian rintis telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 38/2017 pada 21 Disember 2017 dan GPMBC ini akan digunakan di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula pada tahun 2018. 4, GPMBC menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah. GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah PELAKSANAAN 5. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan GPMBC dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani isu keciciran murid di sekolah. GPMBC ini boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 6. (GPMBC hendaklah dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid. 7. SPS hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 7.1 memasukkan isu murid berisiko cicir sebagai agenda utama mesyuarat pengurusan JPN; 7.2 mengedarkan GPMBC kepada semua PPD di bawah pentadbiran JPN; 7.3 menyelaras isu murid berisiko cicir bagi semua PPD di bawah pentadbiran JPN; dan 7.4 mengurus laporan tahunan pencapaian program intervensi murid berisiko cicir seperti yang dinyatakan dalam GPMBC. 8. SPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 8.1 memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi murid berisiko cicir; 8.2 8.3 merjalinkan kerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan unit Kaunseling di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir; dan memantau program intervensi murid berisiko cicir di PPD. Pojabat Pendidikan Daerah (PPD) 9. GPMBC hendakiah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah (UPS) dan Unit Pembangunan Kemanusiaan (UPK). UPS perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut : 9.4 9.2 9.3 94 memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD; mengedarkan GPMBC ke semua sekolah di bawah pentadbiran PPD; menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah; dan menyediakan laporan pemantauan program intervensi untuk dihantar kepada JPN. 10. _ UPK hendakiah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut 10.1 10.2 Sekolah memastikan pengetua/guru besar ~memahami, mematuhi dan melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah masing- masing; dan memantau program intervensi yang dijalankan di sekolah di bawah seliaannya. 11. | GPMBC hendaklah dirujuk dan digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid berisiko cicir di sekolah. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dan tanggungjaweb seperti berikut: WA 11.2 memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah; moemastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM; dan

You might also like