You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ABI

JALAN ABI BATAS PAIP


01000 KANGAR, PERLIS TEL/FAX: 04-9760912

Perkara: MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 18 JANUARI 2018 (Khamis)


Masa : 1.30 PETANG
Tempat: BILIK GURU

NAMA
BIL TANDATANGAN

1.

2.

3.

4.

10

11
SEKOLAH KEBANGSAAN ABI
JALAN ABI BATAS PAIP
01000 KANGAR, PERLIS TEL/FAX: 04-9760912

Tarikh : 17
JANUARI 2018

Guru Besar,
Semua Penolong Kanan,
Semua guru Matematik
Guru Pemulihan,
Guru Pra Sekolah
Sekolah Kebangsaan Abi.

Tuan ,

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2018

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 JANUARI 2018


Hari : KHAMIS
Masa : 1.30 PETANG
Tempat : BILIK GURU

Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi


2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Penyelarasan Penulisan Buku Rekod
7. LINUS 2.0
8. TARGET UPSR 20108
9. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia
10. Hal-hal Lain
11. Ucapan Penutup

2. Sehubungan itu tuan adalah dijemput hadir.

3. Kehadiran dan kerjasama tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


”PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI”

Saya yang menurut perintah

( HARTINI BINTI KHAMIS )


Su Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Abi
SEKOLAH KEBANGSAAN ABI
JALAN ABI BATAS PAIP
01000 KANGAR, PERLIS TEL/FAX: 04-9760912

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2018.

Tarikh : 18 JANUARI 2018.


Hari : KHAMIS.
Masa : 1.30 Tengah hari.
Tempat : Bilik Guru.

Kehadiran : 1. En. Md Nazir bin Nik Ali ( GB)


2. En. Abu Bakar bin Othman
3. En. Nazri bin Ramli
4. Pn. Norliana binti Abdullah
5. Pn. Hartini binti Khamis
6. En. Azizan bin Ghani
7. En. Azhari bin Ahmad

1) Ucapan Pengerusi.
a) Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua AJK ke mesyuarat panitia bagi kali yang pertama tahun ini.
b) Pengerusi memberitahu bahawa keputusan UPSR bagi tahun 2017 agak
merosot berbanding 2016. (65.8%)
c) Bagi meningkatkan keputusan UPSR tahun ini , murid-murid mesti menguasai
sifir.Oleh itu, beberapa program telah dirancang bagi membantu murid SK Abi
menguasai sifir dari peringkat bawah lagi.antaranya:
i) Klinik Matematik
ii) Kumpulan belajar yang akan dibekalkan dengan modul pembelajaran.
Murid akan menyiapkan modul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pembentangan akan dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan.
d) KP berharap semua AJK dapat lebih proaktif untuk tahun 2018. Walaupun
semua agak sibuk dengan tugasan yang lain.
Tindakan : Makluman semua AJK

2) Ucapan GB.
a) Keputusan UPSR 2017 bagi matapelajaran Matematik.
i) GPS bagi peringkat PKP Paya, sekolah SK Abi berada di tempat kedua dari
belakang iaitu tempat ke 8 daripada 10 buah sekolah.
ii) Sekolah yang terbaik diperingkat PKP Paya ialah SK Paya iaitu 2.08 dan
tempat kedua ialah SK Panggas ( 3.49).
iii) Oleh kerana kemerosotan UPSR 2017, GB minta semua Panitia Mata
pelajaran teras untuk membuat Plan Strategik. Ini adalah salah satu cara
untuk setiap panitia lebih focus kepada menyelesaikan masalah bagi
meningkatkan keputusan UPSR tahun 2018.
iv) Bukan semua panitia teras sahaja perlu menyiapkan plan strategic tetapi
semua bidang dan bahagian di sekolah ini perlu membuatnya.
Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

b) LINUS 2.0
i) Program LINUS 2.0 untuk NUMERASI tidak berapa menonjol untuk tahun
2017.GB berharap panitia dapan membantu untuk jadikan ‘zero’ LINUS
untuk tahun ini terutamanya untuk tahun 3.
ii) GB juga berharap Cikgu Nazri turut membantu untuk melaksanakan ‘zero’
LINUS untuk sekolah kita.
iii) Pada 18/1/2018, PK 1 telah ke taklimat LINUS di JPN.
iv) Cikgu Maizah juga akan dipanggil untuk taklimat LINUS.
v) GB berharap juga, guru Pra-Sekolah dapat membantu untuk membimbing
murid-murid Pra agar dapat menguasai kemahiran membaca dan mengira
sebelum melangkah ke tahun 1.
(1) Letak target supaya murid pra dapat menguasai kemahiran membaca
dan mengira.
(2) Sekurang-kurangnya murid mampu kenal nilai wang.
vi) GB berharap AJK Panitia dapat memulakan lebih awal PBD dalam bilik
darjah. Jangan tunggu hingga hujung tahun.
vii) GB mengharapkan semua ajk panitia dapat menulis bilangan murid
menguasai atau tidak menguasai (mengikut bilangan paling minima) di
bahagian Refleksi. Lagi baik ,tulis nama murid itu sekali.
viii) Sekiranya mengajar 2 kelas yang berbeza untuk tahun dan hari yang
sama, perlu membuat dua RPH. Ini kerana tahap penguasaan dan
kemahiran tidak sama bagi kedua-dua kelas .
Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

c) SKPMg2
i) Guru perlu bertindak sebagai perancang dengan memastikan kesediaan
dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (Pdpc)
ii) Beliau berharap agar guru dalam panitia dapat menyediakan RPH,
menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan,
menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik,
mengikut keupayaan murid, peruntukan .
iii) Guru perlu mengawal proses pembelajaran secara terancang dengan
mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang
kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran,
mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp.
iv) Beliau juga menyarankan agar Guru untuk terus membimbing murid
secara profesional dan terancang dengan memberi tunjuk ajar dalam
menguasai isi pelajaran dan kemahiran

Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

3) Membentang minit mesyuarat yang lalu


a) KP membentang minit mesyuarat yang lalu.
Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

4) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


a) Cikgu Nazri membuat pengesahan minit mesyuarat yang lalu dan di sokong
oleh Cik Azhari.

5) Perkara berbangkit
a) Perkara no 3(b) Semakan buku latihan oleh Ketua Panitia telah dijawab sendiri
oleh KP.
i) Tahun ini akan dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun
(1) Bulan Mac
(2) BulanJun
(3) Bulan Oktober
Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

6) Penyelarasan Penulisan Buku Rekod


a) Mesti ada 5 perkara:
i) Bidang
ii) Standard Kurukulum
iii) Standard pembelajaran
iv) Objektif
v) Aktiviti
vi) Refleksi/ Catatan
Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

7) LINUS 2.0 ( oleh Cikgu Azhari sebagai penyelaras NUMERASI)


a) Program untuk LINUS akan dibincangkan denganpenyelaras LINUS dalam
mesyuarat LINUS nanti.
b) Penyelaras NUMERASI berharap tahun 3 akan melepasi semuanya.
c) Program LINUS untuk tahun 2018 rujuk lampiran.

Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

8) Target UPSR 2018


a) Jumlah calon untuk UPSR 2018 ialah 46 orang
b) Target untuk matematik bagi UPSR 2018 ialah:
i) A = 10 = 21.74%
ii) B = 5 = 10.87%
iii) C = 12 = 26.09%
iv) D = 9 = 19.57%
v) E = 10 = 21.74%

c) Peratus kelulusan = 78.26%

Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

9) Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia


a) Program yang dirancang:
i) Altimatematik
(1) Sasaran pelajar cemerlang.
(2) Drill menjawab soalan secara cepat dan tepat.
ii) ICU
(1) Sasaran pelajar sederhana.
(2) Selepas sekolah.
(3) Dalam tempoh 20-30 minit.
(4) Setiap hari atau 2 kali seminggu.
iii) Opp Pintar Sifir
(1) Sasaran semua murid tahun 2-6
(2) Penggunaan JSPG
iv) Klinik Math
(1) Sasaran pelajar tahun 4-6
(2) Cikgu Bakar akan buat klinik ini
v) Group Belajar
(1) Semua murid tahun 6
(2) Akan diberi modul
(3) Berbincang dalam kumpulan dan jawab.
(4) Bentang dalam kelas.
vi) PACU (UPSR)
(1) Sasaran murid cemerlang
(2) Akan dijalankan selepas peperiksaan percubaan
b) Program Sokongan
i) Teknik Menjawab
(1) Bekerjasama dengan Bimbingan dan Kaunseling
ii) Gerak Gempur
(1) Latih tubi fakta asas.
c) Program Sampingan
i) Minggu/ Bulan Matematik
(1) Semua murid
(2) Boleh buat ikut kelas atau secara terbuka.
ii) Motivasi
(1) Dengan kerjasama Bimbingan dan Kaunseling

Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

10) Hal- -hal lain.


i) Cikgu Azhari minta agar program yang dirancang oleh Unit LINUS 2.0 dapat di
masukkan dalam aktiviti tahunan Panitia Matematik.
ii) KP telah bersetuju dan minta Cikgu Azhari untuk menyenaraikan dan memberi
program yang akan dibuat kepada SU untuk di masukkan dala perancangan tahunan
panitia.

KP berharap tahun 2018, semua AJK dapat sama-sama melaksanakan program yang
dirancang seiring dengan panitia yang lain seperti Panitia Pendidikan Islam dan
Panitia Bahasa. KP berharap tahun ini Panitia Matematik akan lebih menonjol
berbanding tahun lepas.

Mesyuarat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 ptg.

Dicatat dan disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------
--------------------------------------
( HARTINI BINTI KHAMIS ) ( EN. ABU BAKAR BIN
OTHMAN)
Setiausaha Panitia Matematik , Ketua Panitia Matematik ,
SK.Abi SK Abi.

You might also like