You are on page 1of 2

SULIT 2 1103/1

Bahagian A

(30 markah)
(Masa yang dicadangkan : 45 minit)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan pengambilan
makanan ringan kepada kanak-kanak. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

MAKANAN
RINGAN

Terdedah kepada
Merosakkan gigi
penyakit

Menghabiskan wang saku

1103/1 © Hak Cipta terpelihara MPSM(Cawaangan Kedah) SULIT


SULIT 3 1103/1

Bahagian B

[100 markah]

[Masa yang dicadangkan : 1jam 30minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1. Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif.

Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah pelaksanaan dasar tersebut kepada


para pelajar.

2.

KELUARGA SIHAT, MASYARAKAT HARMONI

Slogan di atas menjelaskan bahawa masyarakat harmoni dilahirkan daripada keluarga


yang sihat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu bapa untuk
memastikan keluarga sihat dapat dilahirkan.

3. Penularan jenayah ragut dan samun jalanan telah menimbulkan pelbagai implikasi
sosial.
Bincangkan kesan-kesan jenayah ragut dan langkah-langkah untuk menanganinya.

4. Malaysia sentiasa prihatin terhadap bencana yang menimpa warga dunia. Pelbagai
bentuk bantuan telah dihulurkan untuk meringankan penderitaan mangsa.
Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan dan rakyat Malaysia begitu prihatin?

5.
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi dan jasa seseorang perlu dihargai.

Sebagai seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga
pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.

1103/1 © Hak Cipta terpelihara MPSM(Cawaangan Kedah) SULIT

You might also like