You are on page 1of 28

Literasi Digital Microsoft

Privasi dan Keselamatan


Komputer
Privasi dan
Keselamatan
komputer

© 2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


1 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kandungan
Pengenalan ...................................................................................................................................................... 3
Penerangan ................................................................................................................................................. 3
Manfaat ........................................................................................................................................................ 3
Privasi dan keselamatan komputer......................................................................................................... 4
Apakah privasi dan keselamatan komputer?.................................................................................. 5
Kuiz ................................................................................................................................................................ 9
Ancaman semula jadi ............................................................................................................................ 10
Kuiz .............................................................................................................................................................. 11
Mengukur tahap perlindungan daripada ancaman semula jadi ........................................... 12
Kuiz .............................................................................................................................................................. 15
Ancaman daripada tindakan manusia............................................................................................. 16
Kuiz .............................................................................................................................................................. 20
Langkah perlindungan terhadap ancaman daripada tindakan manusia ............................ 21
Kuiz .............................................................................................................................................................. 27
Tahniah ....................................................................................................................................................... 28

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


2 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pengenalan

Penerangan
Kursus ini membantu anda mengenal pasti pelbagai ancaman kepada komputer anda
dan data yang disimpan di dalamnya. Anda akan mempelajari cara untuk melindungi
komputer anda daripada ancaman ini dengan mengambil beberapa langkah
pencegahan. Akhir sekali, kursus ini menerangkan tentang isu etika dan undang-undang
yang berkaitan dengan penggunaan Internet.

Manfaat
Seperti mana-mana peranti elektronik yang lain, komputer anda berisiko mengalami
kerosakan dengan tidak sengaja atau dengan niat. Sebahagian daripada kerosakan ini
boleh menjadi kerosakan kekal. Anda boleh mencegah perkakasan komputer anda,
perisian, dan data yang disimpan di dalam komputer daripada mengalami kerosakan
dengan mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.

Privasi dan
keselamatan
komputer

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


3 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Privasi dan keselamatan komputer


Jika anda selalu menggunakan komputer, anda mungkin mempunyai banyak maklumat
yang disimpan di dalamnya. Anda perlu memastikan bahawa maklumat ini tidak dilihat
oleh orang lain tanpa kebenaran anda. Anda juga perlu melindungi maklumat ini
daripada kerosakan. Apa sahaja maklumat boleh mengalami kerosakan atau dicuri; oleh
itu perlindungan adalah penting terutamanya untuk maklumat berikut:

 Butiran cukai
 Surat peribadi
 Urusan surat-menyurat perniagaan
 Projek
 Dan banyak lagi

Dalam pelajaran ini, anda akan meneliti keperluan untuk melindungi perkakasan
komputer anda, perisian dan data elektronik daripada kerosakan, kehilangan dan
kecurian. Anda juga akan belajar tentang pelbagai penyelesaian dan peranti yang boleh
digunakan untuk melindungi data di dalam komputer anda.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


4 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Apakah privasi dan keselamatan komputer?

Privasi dan keselamatan komputer


adalah dua isu penting pada masa ini.
Keselamatan komputer dikaitkan
dengan pencerobohan akaun peribadi.
Privasi adalah tentang cara syarikat
mengendalikan maklumat yang anda
berikan kepada mereka. Dengan
perkembangan teknologi yang rancak,
persepsi sosial turut berkembang.
Dalam pelajaran ini kita akan melihat
pelbagai aspek privasi dan keselamatan
komputer.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


5 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Privasi dan keselamatan komputer

Komputer mudah pecah serta rosak,


dan maklumat yang disimpan di
dalamnya boleh dicuri. Anda mungkin
mempunyai banyak dokumen penting
dalam komputer anda yang mahu
dilindungi daripada hilang atau dicuri,
seperti maklumat peribadi atau
maklumat kewangan.

Walaupun anda amat berhati-hati,


komputer anda masih tetap
memerlukan beberapa perlindungan
untuk keselamatan komputer dan
privasi.

Apa sahaja yang berkemungkinan


merosakkan komputer atau data anda
adalah suatu ancaman. Sebagai contoh,
menjatuhkan atau meninggalkan
komputer anda terdedah kepada
kemalangan boleh membahayakannya.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


6 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kemalangan atau sabotaj boleh


menghapuskan data atau fail sistem
penting dan boleh merosakkan
komputer anda.

Keselamatan komputer merupakan


langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengelakkan ancaman dan
kerosakan kepada komputer anda sama
ada secara fizikal atau melalui
pengubahan.

Menyimpan fail peribadi dan data


rahsia anda serta melindunginya
daripada tontonan yang tidak
dibenarkan atau daripada gangguan
dipanggil privasi komputer. Anda harus
melindungi e-mel anda, maklumat
peribadi dan maklumat kewangan
untuk urusan perbankan dalam talian.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


7 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Anda tidak boleh terlalu berhati-hati


apabila berbicara tentang keselamatan
komputer dan privasi. Sentiasalah
beringat untuk melindungi komputer
anda daripada ancaman kerosakan
fizikal dan dalaman kerana kemalangan
atau kesilapan manusia tidak dapat
dijangka.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


8 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Adakah apa sahaja kerosakan yang mungkin berlaku kepada komputer anda adalah
suatu ancaman?

o Ya
o Tidak

Apakah privasi komputer?

o Menyimpan fail peribadi dan data anda dengan selamat dan rahsia.
o Melindungi komputer anda daripada semua orang
o Melindungi maklumat orang lain.

Jawapan –

#1 – Ya. Apa sahaja kerosakan yang boleh berlaku kepada komputer anda sentiasa
menjadi suatu ancaman.

#2 – Menyimpan fail peribadi dan data anda dengan selamat dan rahsia daripada dilihat
atau diubah suai tanpa kebenaran dipanggil privasi komputer.
Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer
9 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Ancaman semula jadi


Keselamatan dan privasi boleh diancam
oleh bencana alam seperti gempa bumi,
banjir atau ribut kilat. Ancaman semula jadi
boleh menyebabkan kebakaran, suhu yang
melampau, malahan kejutan elektrik pada
komputer anda yang berkemungkinan
menyebabkan kerosakan fizikal dan
kehilangan data.

Kebakaran
Kebakaran Kebakaran boleh mengakibatkan kemusnahan pada
komputer anda. Selain kerosakan terus daripada api,
haba yang dihasilkan boleh mencairkan komponen
sensitif dalam komputer. Asap boleh merosakkan kipas
CPU yang juga boleh menyebabkan pemanasan
berlebihan (over-heating). Jika berlaku kebakaran, anda
perlu sentiasa pastikan anda beredar ke tempat yang
selamat sebelum cuba menyelamatkan komputer
anda.

Suhu yang melampau


Suhu yang melampau Secara umumnya, komputer direka untuk berfungsi
dalam julat suhu yang sederhana. Haba yang
berlebihan atau sejuk boleh menyebabkan komponen
penting tidak berfungsi atau rosak. Dalam beberapa
kes perubahan suhu yang drastik, adalah lebih baik
membiarkan komputer kembali ke suhu bilik sebelum
menggunakannya.

Kilat
Kilat Kilat adalah satu ancaman besar kepada komputer
anda, walaupun ia sebenarnya tidak mengenai
perkakasan anda. Kadang-kadang panahan kilat akan
mewujudkan lonjakan elektrik (atau kenaikan) yang
menguatkan voltan ke komputer anda melalui bekalan
kuasa. Lonjakan elektrik secara tiba-tiba ini boleh
memusnahkan komponen penting dalam komputer
anda termasuk papan induk (motherboard).

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


10 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Bolehkah api mencairkan komponen komputer?

o Ya
o Tidak

Komponen manakah yang boleh dimusnahkan oleh lonjakan kuasa?

o Skrin
o Papan kekunci
o Papan-induk (Motherboard)

Jawapan –

#1 – Ya. Haba yang melampau boleh mencairkan komponen yang sensitif.

#2 – Papan-induk boleh dimusnahkan oleh lonjakan kuasa secara tiba-tiba.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


11 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Mengukur tahap perlindungan daripada ancaman semula jadi


Ancaman semula jadi boleh menyebabkan
kerosakan besar kepada komputer anda.
Jadual berikut menerangkan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk
melindungi data dan komputer anda
daripada ancaman semula jadi.

Sandaran data (Back-up data)


Sandaran data Membuat sandaran data melibatkan pewujudan
berbilang salinan untuk data anda. Peristiwa seperti
banjir dan gempa bumi boleh menyerang tanpa
amaran. Membuat sandaran membantu anda
mendapatkan kembali data anda yang hilang
dengan menggunakan cakera keras luaran atau
menggunakan tapak sandaran data dalam talian
seperti Cloud. Dengan cara ini, anda boleh melihat
dan menyimpan data anda dalam talian pada
mana-mana komputer. Bagi menyediakan
pemulihan semula yang lebih baik, simpan salinan
data anda yang penting secara fizikal di lokasi
berasingan, seperti dalam bangunan atau di bandar
lain.

Memasang komputer di lokasi yang selamat


Memasang komputer di lokasi Pasang komputer anda di tempat yang mungkin
yang selamat tidak akan rosak disebabkan oleh faktor semula
jadi. Contohnya, elakkan memasang komputer
dalam bilik yang terdedah kepada habuk atau
kelembapan yang berlebihan.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


12 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pasang pelindung peralatan


elektrik

Pasang pelindung peralatan elektrik


Pasang peranti seperti Bekalan Kuasa Tanpa
Gangguan (Uninterruptible Power Supply, UPS) yang
boleh memberikan sandaran bateri dalam kes
gangguan kuasa. UPS mencegah kerosakan perisian
yang disebabkan oleh penutupan komputer anda
secara mendadak. UPS juga menyediakan ciri-ciri
perlindungan lonjakan dan pendingin talian (line-
conditioning) yang membantu melindungi
komputer anda daripada percikan dan lonjakan
mendadak pada talian kuasa. Anda juga boleh
memasang pelindung lonjakan dan pendingin
talian secara berasingan. Walau bagaimanapun,
dalam kes lonjakan yang kuat akibat peristiwa
tertentu seperti ribut besar, anda perlu mematikan
komputer dan mencabut palam kuasa bagi
mengelakkan kerosakan.

Melindungi komputer daripada kebakaran


Melindungi komputer daripada Melindungi komputer daripada kebakaran dengan
kebakaran menempatkan komputer dalam persekitaran yang
kalis api. Selain itu, anda boleh memasang
peralatan dan prosedur keselamatan kebakaran
yang mencukupi untuk kawalan kerosakan segera.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


13 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Mengekalkan suhu dan kelembapan yang sesuai


Mengekalkan suhu dan Anda perlu mengekalkan suhu dan kelembapan
kelembapan yang sesuai pada tahap yang optimum untuk memastikan
kelancaran fungsi komputer anda. Perkara ini boleh
anda lakukan dengan memasang peranti seperti
penyaman udara dan pengawal kelembapan. Jika
anda menggunakan komputer meja (komputer
yang direka sesuai untuk ditempatkan di atas meja
pejabat yang biasa), maka anda boleh memasang
atau menaik taraf kipas yang melekat sama ada di
depan atau di belakang rangka (case), memasang
kit penyejuk air, dan lain-lain.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


14 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Memasang komputer ke dalam dinding salur keluar kuasa akan melindunginya daripada
rosak.

o Betul
o Salah

Apakah langkah-langkah tambahan yang boleh diambil untuk melindungi


komputer anda daripada kerosakan fizikal?

a. Memasang penyaman udara


b. Menempatkan komputer dalam persekitaran yang kalis api
c. Mematikan komputer semasa ribut
d. Meletakkan komputer di luar

o Kedua-dua a dan b
o Kedua-dua b dan c
o Kedua-dua c dan d
o a, b, dan c

Jawapan –

#1 – Salah. Komputer yang dipasang terus ke dinding salur keluar kuasa terdedah
kepada kerosakan oleh lonjakan kuasa.

#2 – a, b dan c. Memasang penyaman udara, menggunakan persekitaran kalis api, dan


mematikan komputer semasa ribut.
Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer
15 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Ancaman daripada tindakan manusia


Ancaman Punca manusia yang berniat jahat boleh
menjadi ancaman kepada komputer anda.
daripada
Penggodam ialah orang yang cuba
tindakan
mengakses komputer anda secara haram
manusia apabila anda menyambungkannya ke
Internet. Penggodam biasanya seorang
pengaturcara yang boleh mendapatkan
akses haram ke komputer lain. Mereka
boleh mensabotaj maklumat peribadi,
maklumat kewangan, komputer anda,
komputer lain, dan aplikasi. Penggodam
menghantar maklumat peribadi kepada
syarikat iklan. Selain daripada ancaman
manusia berniat jahat, kesilapan manusia
seperti penghapusan data secara tidak
sengaja dan kerosakan fizikal juga
menjadi ancaman kepada komputer anda.

Pencuri Sesiapa sahaja boleh mencuri komputer


anda atau komponennya, jika mereka
boleh mengaksesnya. Dengan populariti
komputer mudah alih, seperti komputer
riba, kecurian fizikal komputer telah
menjadi kebiasaan. Anda juga boleh
menjadi mangsa kecurian maya, apabila
komputer anda disambungkan ke Internet.
Contoh kecurian maya ialah pencurian
identiti. Pencurian identiti berlaku apabila
seseorang, biasanya penggodam, mencuri
maklumat peribadi anda dan
menggunakannya tanpa kebenaran anda
untuk menyamar menjadi diri anda.
Penggodam akan menggunakan identiti
anda untuk mengakses maklumat
kewangan anda atau melakukan tindakan
yang menyalahi undang-undang.
Penggodam juga boleh menghancurkan
reputasi anda, menjadikan sebab yang
lebih kukuh untukmengelakkan pencurian

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


16 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

identiti. Satu lagi contoh kecurian maya


ialah cetak rompak perisian, iaitu
pencurian reka bentuk komputer atau
aplikasi. Ia juga bermaksud pengedaran
dan penggunaan aplikasi komputer atau
dokumen sulit secara haram.

Virus, worms, Virus, worms (cecacing), dan Trojan horses


(kuda Trojan) ialah aplikasi komputer yang
dan trojan
boleh merosakkan data atau perisian
horses
komputer anda, atau mencuri maklumat
yang disimpan di dalam komputer anda.
Virus ini boleh memasuki komputer, tanpa
pengetahuan anda, melalui Internet atau
melalui peranti storan seperti cakera liut
dan CD-ROM.

Worms ialah aplikasi yang berniat jahat


yang membiak sendiri, dan kemudian
menembusi sistem operasi dengan
penyebaran kod yang berniat jahat.
Worms direka untuk disebarkan melalui
rangkaian komputer, menghantar salinan
kod asal ke komputer lain. Hal ini boleh
menyebabkan kemudaratan dengan
memakan jalur lebar atau mungkin
menghapuskan fail atau dokumen yang
dihantar.

Trojan horses ialah sejenis perisian hasad


(malware) yang direka untuk
menyediakan akses yang sah untuk ke
komputer pengguna. Tidak seperti worms,
Trojan horses tidak mempunyai keupayaan
untuk membiak sendiri. Trojan horses
boleh menyebabkan kerosakan kritikal
pada komputer anda. Trojan horses boleh
menyebabkan pemasangan virus pada
mesin kerana ia dikawal oleh pencipta
trojan ini. Keadaan ini membolehkan
pencurian data, pemasangan lebih
malware, key logging, dan pelbagai lagi

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


17 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

tindakan yang menyalahi undang-undang.

Perisian Intip Perisian intip (spyware) ialah aplikasi yang


boleh dipasang pada komputer anda
(Spyware)
tanpa anda mengetahuinya. Spyware
mengumpul maklumat peribadi pemilik
seperti tabiat pelayaran anda, muat turun,
atau data peribadi anda seperti nama atau
alamat anda. Terdapat banyak jenis
spyware yang berbeza. Sesetengah
spyware boleh membawa anda ke laman
web yang lain, memasang perisian
tambahan yang melambatkan prestasi
komputer anda, menukarkan tetapan
komputer anda, menukarkan laman
utama, atau memberi anda iklan peribadi
yang dikenali sebagai perisian iklan
(adware ).

Penipuan Semasa menggunakan Internet, anda


mungkin menerima beberapa tawaran
Internet
menarik melalui mesej e-mel atau
komunikasi bilik sembang. Tawaran itu
mungkin kelihatan benar pada mulanya,
walaupun pada kebiasanya ia adalah
palsu. Tawaran itu boleh membahayakan
anda dengan cara mencuri maklumat
peribadi dan wang anda.

Pemangsa Pemangsa dalam talian ialah individu yang


menarik minat sesiapa sahaja yang berada
dalam talian
dalam talian untuk terlibat dalam
hubungan serta tabiat yang tidak sesuai
dan tidak beretika. Ia adalah perkara biasa
bagi pemangsa dalam talian kerana boleh
menyerang mangsa dengan memanipulasi
dan menyebabkan mangsa tidak
menyedari akan bahayanya. Biasanya
pemangsa dalam talian berada di bilik
pemesejan segera, bilik sembang, dan
laman rangkaian sosial.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


18 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pemadaman Kerosakan pada komputer yang sering


berlaku adalah disebabkan oleh kesilapan
tidak sengaja
manusia yang tidak disengajakan.
data
Pemadaman fail penting secara tidak
sengaja boleh mengganggu integriti data
atau menghalang fail atau aplikasi lain
daripada berfungsi. Sebagai contoh, anda
secara tidak sengaja memadamkan fail
penting menyebabkan komputer pincang
tugas.

Kerosakan Komponen komputer adalah amat sensitif;


menjadikannya ber risiko untuk
tidak sengaja
mengalami kerosakan akibat kecuaian.
kepada
Contohnya; jika anda secara tidak sengaja
perkakasan menjatuhkan komputer riba anda, ia
mungkin menyebabkan kerosakan pada
komponen perkakasan, seperti papan
induk (motherboard) atau CD-ROM.
Akibatnya, anda kehilangan data yang
disimpan di dalam komputer. Di samping
itu, kerosakan fizikal pada data akibat
tertumpah makanan dan minuman pada
peranti simpanan boleh memberikan
kesan kepada komputer anda.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


19 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Apakah yang dimaksudkan dengan penggodam?

o Seseorang yang cuba mengakses komputer anda secara haram


o Senjata yang boleh merosakkan komputer anda
o Satu aplikasi untuk melindungi aplikasi anda

Pencurian identiti adalah salah satu contoh kecurian maya.

o Betul
o Salah

Jawapan –

#1 – Seseorang yang cuba mengakses komputer anda secara haram ialah seorang
penggodam.

#2 – Betul. Identiti anda boleh dicuri secara maya.


Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer
20 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Langkah perlindungan terhadap ancaman daripada tindakan


manusia

Langkah perlindungan terhadap


ancaman daripada tindakan
manusia
Anda boleh mengambil beberapa langkah
mudah bagi mengurangkan risiko yang
dikaitkan dengan ancaman manusia yang
berniat jahat dan kesilapan manusia.

Simpan data dengan selamat


Simpan data Bagi mengurangkan kemungkinan kecurian atau pengubahan data,
dengan selamat simpan data anda di lokasi yang selamat dan terjamin dengan akses
yang terhad. Lokasi yang selamat dan terjamin, sama ada pejabat
peribadi di rumah anda atau tempat di mana orang tidak boleh
mengakses fail anda dengan mudah. Jika anda berasa seolah-olah
anda tidak mempunyai tempat yang selamat untuk menyimpan data
anda, letakkan kata laluan yang kukuh dalam akaun anda. Pastikan kata
laluan anda bukan yang biasa, seperti nama haiwan kesayangan anda
atau hari lahir anda. Kata laluan anda seharusnya lebih panjang
daripada lapan aksara, mempunyai nombor dan aksara khas, dan
mempunyai kedua-dua huruf besar dan huruf kecil.

Sulitkan data
Sulitkan data Bagi mengelakkan dokumen hilang, dicuri, atau digodam dan fail
dilihat, anda boleh menyulitkan data dengan menggunakan BitLocker
atau ciri BitLocker To Go yang tersedia untuk anda di Windows 8.
BitLocker serasi dengan Windows 7, Vista Enterprise, Windows 7 dan

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


21 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Vista Ultimate atau Windows Server 2008 dan R2. BitLocker tidak akan
menyulitkan mana-mana cakera keras daripada Windows XP, Windows
2000 atau Windows 2003. BitLocker ialah ciri yang melindungi fail
komputer anda daripada dibaca jika maklumat anda pernah hilang,
dicuri, digodam, atau diubah. Fail anda akan disulitkan, iaitu
kandungan boleh dibaca hanya oleh seseorang yang mempunyai kunci
penyulitan yang sah untuk menguraikannya. BitLocker tidak
membenarkan sesiapa pun untuk mengakses cakera keras dalaman
anda, walaupun pemacu keras luaran seperti pemacu Universal Serial
Bus (USB). BitLocker membantu melindungi serangan daripada luar
talian dan dalam talian. Walaupun ia bukan kebiasaan, serangan luar
talian datang daripada pengguna yang berniat jahat dengan
mengambil cakera keras anda daripada komputer anda dan
menyambungkannya kepada komputer lain, supaya mereka boleh
mengambil data anda.

Pasang antivirus dan antiperisian intip


Pasang aplikasi Apabila menggunakan Internet, anda mungkin berhadapan dengan
antivirus dan spyware atau virus. Virus dan spyware boleh melakukan kerosakan yang
besar kepada komputer anda. Maka penting untuk memuat turun
antiperisian intip aplikasi antivirus dan antispyware yang boleh mencegah dan
(antispyware) menghapuskan virus. Aplikasi antivirus dan antispyware dalam memori
komputer boleh memberi amaran dan menghalang kemasukan virus.
Anda mesti sentiasa mengemas kini kesemua aplikasi ini kerana
pangkalan datanya tentang virus dan spyware baharu sentiasa dikemas
kini, oleh itu boleh memberikan lebih perlindungan kepada komputer
anda. Kebanyakan aplikasi menawarkan ciri kemas kini automatik yang
memasang versi terkini aplikasi berkenaan secara automatik.

Oleh sebab banyak virus, spyware, dan Trojan Horses yang datang
daripada sumber e-mel dan perisian e-mel, Windows Live Mail
membolehkan anda menghalang mesej e-mel remeh, menapis mesej
daripada virus, Trojan horses dan spyware, serta membenarkan anda
mengimbas lampiran anda.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


22 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Dalam Windows 8, terdapat ciri-ciri dalaman yang terbina yang dikenali


sebagai Windows Defender. Ia merupakan satu aplikasi percuma yang
membantu melindungi komputer anda daripada pop-up, prestasi
perlahan, dan ancaman keselamatan yang disebabkan oleh virus,
spyware, dan perisian lain yang berniat jahat. Windows Defender
berfungsi di latar belakang. Ia boleh memberi amaran kepada anda
jika terdapat apa-apa aplikasi atau aktiviti yang mencurigakan,
walaupun anda boleh menjalankan imbasan anda sendiri. Satu lagi ciri
dalaman yang terbina ialah skrin Windows Smart yang merupakan ciri
keselamatan yang baharu dalam Windows 8 dan Windows RT (Windows
8 ialah sistem operasi yang direka untuk peranti mudah alih dan
tablet). Skrin Windows Smart membantu melindungi anda daripada
malware baharu yang belum dikesan oleh perisian antimalware. Skrin
Smart mempunyai perlindungan anti-phishing (antipancingan data),
perlindungan pengurus muat turun, reputasi permohonan, dan
perlindungan anti-malware.

Pasang tembok api (firewall)


Pasang tembok api Satu lagi langkah berkesan yang boleh diambil untuk selamat daripada
(firewall) ancaman berniat jahat adalah dengan memasang firewall. Sistem
firewall menghalang capaian yang tidak dibenarkan ke rangkaian
persendirian daripada rangkaiaan trafik. Sistem firewall membentuk
penghalang antara laman web yang dipercayai dengan laman yang
tidak dipercayai terhadap ancaman seperti penggodam dan worms.
Anda boleh menyelaraskan pengurusan firewall anda melalui dua cara
yang berbeza; dasar default-deny (abaikan asas) dan dasar default-
allow (benarkan asas). Dasar default-deny hanya membenarkan
perkhidmatan rangkaian yang disenaraikan. Dasar default-allow
menghalang perkhidmatan rangkaian tersenarai, dan menerima segala-
galanya. Windows 8 disertakan dengan Windows Firewall yang
menghalang akses yang tidak diingini ke komputer anda.

Aplikasi firewall tidak melindungi anda daripada semua virus, maka


menjadi keperluan untuk memasang antivirus atau aplikasi anti-
malware. Windows Defender boleh membantu anda dengan

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


23 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

memberikan perlindungan daripada virus yang tidak dilindungi oleh


firewall.

Sandaran (back up) data


Sandaran (back up) Anda mungkin kehilangan data anda melalui pemadaman yang tidak
data disengajakan atau kemusnahan data. Anda boleh membuat sandaran
data komputer yang penting untuk membantu mengembalikan
maklumat yang hilang atau terpadam. Komputer Windows anda
disediakan dengan sistem sandaran. Anda boleh mencari pilihan
sandaran data dengan menekan butang Start (Mula), pilih Control
Panel (Panel Kawalan), pilih System and Security (Sistem dan
Keselamatan), dan kemudian pilih Backup and Restore (Sandaran dan
Pemulihan). Pilih Backup now (Sandarkan sekarang), jika anda bukan
seorang administrator (pentadbir), anda mungkin memerlukan kata
laluan atau pengesahan administrator. Jika anda mengikuti langkah-
langkah dalam Wizard, anda akan dapat memilih tempat yang anda
inginkan untuk sandaran maklumat dibuat dan apa yang anda mahu
sandarkan. Jika anda telah sandarkan maklumat anda sebelum ini, anda
boleh menunggu sehingga jadual penyelenggaraan sandaran yang
seterusnya atau terus membuat sandaran maklumat anda. Ia adalah
baik untuk membuat sandaran maklumat anda secara tetap kerana
anda mungkin mempunyai aplikasi baharu atau fail yang tidak dijumpai
apabila memulihkan maklumat lama anda. Namun, cara yang terbaik
adalah dengan membuat sandaran di pelbagai tempat seperti cakera
keras luaran atau CD. Dengan cara ini, anda sentiasa mempunyai
sandaran jika berlaku sesuatu seperti kerosakan digital atau fizikal dan
kecurian.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


24 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pastikan komputer Pastikan komputer dalam persekitaran yang selamat


Pastikan komputer berada dalam kawasan dengan suhu bilik, bebas
dalam persekitaran habuk, bebas daripada getaran, dan jauh daripada segala hentaman
yang selamat yang mungkin terjadi.

Sebuah meja atau rak yang menempatkan komputer perlu teguh dan
stabil bagi mengelakkan komputer daripada terjatuh, walaupun jika
terdapat sesiapa sahaja yang terlanggar komputer.

Suhu bilik yang disyorkan perlu berada antara 65 ° hingga 70 ° F (18 °


hingga 21 ° C) bagi mengoptimumkan keutuhan sistem. Jika suhu bilik
terlalu sejuk, ia boleh menyebabkan tahap kelembapan terlalu tinggi
dan boleh menyebabkan pemeluwapan air berlaku hingga
mengakibatkan kakisan perkakasan dan kegagalan komponen. Apabila
bilik terlalu panas, ia boleh menyebabkan tahap kelembapan menjadi
rendah. Jika kelembapan terlalu rendah, ia boleh menyebabkan
pelepasan elektrostatik yang boleh menjejaskan komponen sensitif.
Bilik yang panas juga boleh menyebabkan pemanasan lampau
(overheating) dan boleh mengurangkan hayat elektronik. Anda perlu
mengekalkan ruang komputer anda pada kelembapan relatif.
Kelembapan relatif ialah jumlah kelembapan udara pada suhu tertentu
berbanding jumlah maksimum kelembapan yang boleh ditampung
pada suhu yang sama.

Bagi memastikan komputer berada pada suhu yang selamat, anda


boleh memasang kipas dalam komputer anda. Kipas khas boleh
menyejukkan sistem dengan menggunakan sistem peredaran cecair.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


25 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


26 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Berapa kerapkah sepatutnya kamu membuat penyandaran data?

o Sekali-sekala
o Selepas komputer dicuri atau tidak berfungsi
o Mengikut jadual yang tetap

Firewall (tembok api) adalah salah satu cara yang berkesan untuk melindungi komputer
daripada ancaman.

o Betul
o Salah

Jawapan –

#1 – Sandarkan data anda mengikut jadual yang tetap supaya sandaran anda
merangkumi fail dan aplikasi semasa.

#2 – Betul. Firewall adalah salah satu strategi yang disyorkan untuk melindungi
komputer daripada ancaman.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


27 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Tahniah

Tahniah kerana berjaya menamatkan


pelajaran ini!

Kini, anda sepatutnya dapat:

 Memberi penerangan tentang


privasi dan keselamatan komputer.
 Mengenal pasti ancaman semula
jadi pada komputer anda.
 Mengenal pasti langkah-langkah
untuk melindungi komputer anda
daripada ancaman semula jadi.
 Mengenal pasti ancaman kepada
komputer anda akibat tindakan
manusia.
 Mengenal pasti langkah-langkah
untuk melindungi komputer anda
daripada ancaman akibat
perbuatan manusia.

Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer


28 | Halaman

You might also like