You are on page 1of 4

霹雳金宝万邦刁湾国民型华文小学

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) MAMBANG DIAWAN


Mambang Diawan, 31950 Kampar, Perak
Tel : 05-4661128 Fax : 05-4664916

SATU MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

Tarikh : 1-11-2017
Kepada :
Guru Besar SJK(C) Mambang Diawan
Penolong Kanan 1
Semua AJK Panitia PJPK

Tuan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA MP PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KALI KE 4/2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukaciata dimaklumkan bahawa mesyuarat panitia MP Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan kesihatan kali ke 4/2017 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 08-11-2017 ( Hari Rabu )


Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah

3. Agenda mesyuarat kali ini adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Ucapan Guru Besar
3.3 Meluluskan minit mesyuarat yang lalu
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Perkara yang dibincangkan
3.5.1 Perbincangan Masalah P&P yang dihadapi
3.5.2 Perbincangan Pelaksanaan Program Segak
3.6 Perkara lain
3.7 Penangguhan mesyuarat

4. Justeru ini, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.

Sekian. Terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

______________________
( CIK. KHONG PUI HEE ),
Ketua Panitia M/P PJPK,
SJK(C) Mambang Diawan,
31950 Kampar.

Nama Sekolah : SJK(C) Mambang Diawan, 31950 Kampar.


Nama Panitia MP : Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
Bilangan Mesyuarat : Kali 4/2017

Tarikh : 08-11-2017
Hari : Rabu
Masa : 3.30p.m. - 4.30p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah
Bilangan AJK yang hadir: 11 orang

Senarai AJK yang hadir: 6. Cik Khong Pui Hee


1. En.Liew Kin Wan Guru Besar 7. Pn. Cheong Choon Lin
8. Cik Tan Wei San
2. Pn. Chong Yoke Mei
9. Cik Low Yee Ning
3. En. Thian Chiong Eng 10. Pn. Tang Moi Lak
4. En.Hoo Kar Kuen 11. Cik Kong Mei Theng
5. Cik Har Wai Li

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada semua AJK
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan yang dapat hadir pada mesyuarat
kali ketiga ini.

Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK

2.0 Meluluskan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1 Minit mesyuarat kali pertama telah diedarkan kepada semua guru Pendidikan
Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Minit mesyuarat yang didapati betul dan
diluluskan.
Pencadang : En.Hoo Kar Kuen
Penyokong : Cik Har Wai Li

Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Aktiviti – aktiviti yang terdapat dalam pelan rancangan tindakan panitia PJ harus
dijalankan.
Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK

4.0 Perkara Yang Dibincangkan

4.1 Perbincangan Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran

4.1.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa murid-murid tidak boleh mengikuti latihan
Jasmani di padang jika tidak memakai pakaian sukan.

4.1.2 Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mencadangkan pembelian


raket badminton dan bulu tangkis untuk kegunaan semasa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ketua Panitia menyatakan akan mengemaskini bilangan stok alatan dan
alatan sukan ditambah mengikut keperluan.

Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK


4.2 Pengisian Data Segak

4.2.1 Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahap 2 diingatkan


untuk mencetak data SEGAK bagi setiap murid tahap 2.

4.1.2 Data yang telah dicetak hendaklah dimasukkan ke dalam fail pelaporan murid.

Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK

5.0 Perkara lain


Pengerusi mengingatkan semua guru PJPK memastikan bilangan alatan sukan
adalah sama seperti yang diambil sebelum dan selepas digunakan dalam waktu
pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan: Makluman semua guru Pendidikan PJPK

6.0 Penangguhan Mesyuarat


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PJPK kerana hadir pada
mesyuarat kali ke 4/2017 tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh. Disemak oleh.

_____________________ _____________________
(Pn. Tang Moi Lak) (Cik Khong Pui Hee)
Setiausaha Panitia PJPK Pengerusi Panitia PJPK
SJK(C) Mambang Di Awan, SJK(C) Mambang Di Awan,
Kampar. Kampar.
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh. Disahkan oleh.

____________________ ____________________
(Pn. Chong Yoke Mei) (En.Liew Kin Wan )
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SJK(C) Mambang Di Awan, SJK(C) Mambang Di Awan,
Kampar. Kampar.
Tarikh : Tarikh :

You might also like