You are on page 1of 20

EIT 311 Tugasan

TUGASAN
MEI 2014 SEMESTER
________________________________________________________________________

KOD MATA PELAJARAN : EIT 311


NAMA MATA PELAJARAN : Teknologi Pengajaran & Sumber Pembelajaran
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
________________________________________________________________________
NAMA PELAJAR : FRANKSER AK NIYUP
NO.MATRIK : E30109130127
FASILITATOR AKADEMIK : PN.ALLIZAH BT BAWI
PUSAT PEMBELAJARAN : ICATS (KUCHING)
BAHAGIAN A
“Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Saya”

Sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini sedang mengalami anjakan


paradigma dalam arus kemodenan. Hasrat pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai negara moden menjelang abad ke-21 telah menggerakkan jentera Kementerian
Pendidikan untuk menggubal dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 bermula dari Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan sebelas
anjakan utama untuk menghasilkan transformasi sistem pendidikan negara. Anjakan ke-7
iaitu “Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia”
menekankan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Tindakan yang diambil oleh pihak kementerian ialah menyediakan akses Internet melalui
1BestariNet, menambah kandungan perkongsian amalan terbaik dalam talian dan
memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh.
Persatuan Komunikasi Pendidikan dan Teknologi (AECT) telah mentakrifkan
teknologi pendidikan sebagai “aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru dalam
menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi”. Teknologi pendidikan merangkumi
penggunaan teknologi yang sedia ada seperti buku teks, bahan rujukan, papan tulis dan
teknologi baru seperti akses Internet, komputer serta perisian pembelajaran secara
interaktif di sekolah. Tinjauan tentang penggunaan teknologi pendidikan telah dijalankan
di salah sebuah sekolah terpilih di daerah Serian.
Sekolah Kebangsaan Melansai merupakan sekolah kategori B yang terletak di
kawasan luar bandar dalam daerah Serian. Jarak PPD Serian daripada sekolah ini ialah 5
kilometer. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan tertentu untuk pengajaran dan
pembelajaran murid seperti makmal sains, bilik pusat sumber dan perpustakaan, bilik
akses sekolah, bilik kemahiran hidup, stor sukan, bilik Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), padang dan gelanggang bola jaring. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut tidak
mempunyai dewan untuk kegiatan formal dan pembelajaran murid. Enrolmen murid ialah
232 orang manakala enrolmen guru ialah 18 orang. Kesemua bilik darjah dari Tahun 1
hingga Tahun 6 dilengkapi papan tulis (whiteboard) bagi menggantikan penggunaan
papan tulis lama (blackboard) dan secara tidak langsung memperkenalkan penggunaan
pen marker.
Satu tinjauan telah dibuat di sekolah bagi mengetahui penerapan teknologi oleh
guru di sekolah dalam pengajaran dan penerimaan teknologi oleh murid dalam
pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Melalui tinjauan tersebut, tahap penguasaan ICT
guru dapat dikenal pasti dan mencari kaedah mengatasi masalah penggunaan teknologi
pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa teknik telah dipilih dan digunakan untuk mengumpul data untuk
dijadikan dapatan serta laporan tentang penggunaan teknologi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kaedah temubual dengan 3 orang guru di sekolah diperlukan
untuk mendapatkan pendapat mereka terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Persepsi dan gambaran secara variasi dan menyeluruh oleh
Penolong Kanan 1 yang merancang dan memantau kurikulum sekolah, Guru Penyelaras
Pusat Sumber sebagai individu yang membantu menyelenggara sumber pembelajaran dan
guru mata pelajaran yang menggunakan teknologi pendidikan untuk menyampaikan isi
pengajaran dengan berkesan.
Rekod penggunaan peralatan ICT dan peralatan lain juga digunakan untuk melihat
kekerapan penggunaan teknologi tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian dijalankan sekitar kawasan sekolah terutamanya bilik darjah, bilik akses,
makmal komputer dan pusat sumber. Gambar diambil sebagai bahan bukti teknologi
tersebut digunakan oleh guru dan murid. Tinjauan mendapati peralatan dan sumber
pembelajaran digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Setiap peralatan dan teknologi diselenggara dan digunakan walaupun rekod
penggunaan tidak begitu konsisten. Temubual bersama 3 orang individu memberikan
gambaran dan persepsi mereka terhadap diri sendiri dan rakan sejawat dalam
menggunakan teknologi yang ada di sekolah. Menurut Penolong Kanan 1, guru tidak
bersungguh-sungguh dalam menggunakan peralatan ICT dan sumber pembelajaran yang
ada walaupun telah dinasihatkan semasa mesyuarat staf dan kurikulum. Beliau
memaklumkan pihak sekolah pada tahun ini telah menerima 20 buah komputer peribadi
sumbangan kerajaan melalui saluran Ahli Dewan Undangan Negeri. Namun demikian
peluang murid untuk menggunakan kemudahan tersebut adalah terhad oleh kerana
tumpuan murid terhadap persiapan menduduki peperiksaan seperti UPSR.
Guru Penyelaras Pusat Sumber berpendapat mata pelajaran Sains merupakan
subjek yang paling kerap menggunakan teknologi berbanding mata pelajaran lain oleh
kerana tuntutan isi kandungan mata pelajaran yang mendedahkan murid pada peringkat
awal kepada penggunaan ICT, peralatan makmal dan model yang dibina sendiri oleh
pelajar. Mata pelajaran elektif seperti Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral
kurang sekali menggunakan teknologi kerana kandungan mata pelajaran yang
menekankan pengetahuan sedia ada murid dan fakta sedia ada melalui buku teks dan
perkara yang terdapat di sekeliling murid. Beliau juga mendedahkan keadaan peralatan
yang tidak dapat digunakan lagi memaksa beliau mengolah jadual penggunaan bilik
akses, makmal sains dan bilik tayangan untuk kegunaan guru lain. Banyak peralatan yang
tidak berfungsi seperti projektor LCD dan pembesar suara. Kini hanya sebuah televisyen
LCD digunakan untuk persembahan slide powerpoint dan perisian lain manakala sebuah
televisyen lagi khas untuk tayangan Kampus Astro. Walaupun peralatan untuk capaian
internet dengan kelajuan 4G secara percuma telah diedarkan ke sekolah, beliau mendapati
semua guru tidak dapat mengakses Internet kerana ketiadaan atau penerimaan isyarat
yang agak lemah disebabkan oleh faktor lokasi sekolah di kaki bukit Rasau yang
menghalang penerimaan isyarat Internet.
Guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Inggeris mempunyai pandangan yang
agak berbeza dengan guru Penyelaras Pusat Sumber. Guru subjek Bahasa Inggeris
menyatakan bidang bahasa juga kerap menggunakan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran walaupun kurang melibatkan penggunaan peralatan ICT. Teknologi yang
kerap digunakan dalam subjek bahasa ialah seperti kad imbasan, gambar atau poster,
buku cerita, carta mengikut topik dan lembaran kerja. Lembaran kerja diperbanyakkan
salinan dengan mudah melalui penggunaan mesin fostostat di sekolah. Guru subjek
bahasa memberi alasan persiapan menggunakan peralatan ICT mengambil masa sekitar 5
hingga 10 minit sebelum memulakan sesi pembelajaran. Bagi guru yang kurang mahir
dari segi pemasangan alatan ICT, proses ini memakan masa dan menjadikan mereka
kurang berminat untuk meneruskan penggunaan teknologi tersebut pada sesi seterusnya.
Rekod penggunaan teknologi menunjukkan guru Sains kerap menggunakan bilik
tayangan untuk pengajaran dan pembelajaran manakala guru subjek Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) menggunakan bilik akses bagi tujuan mendedahkan murid
kepada dunia IT. Pemerhatian ke atas bahan teknologi yang terdapat di dalam kelas, bilik
akses, pusat sumber dan makmal mendapati bahan tersebut disusun dan dilabelkan secara
teratur. Televisyen LCD dan peralatan makmal yang diletakkan dalam bilik makmal
memudahkan guru Sains untuk mengajar dengan berkesan. Ini kerana mereka
mempunyai akses yang sah untuk menggunakan kesemua teknologi tersebut wahal guru
subjek lain terpaksa meminta kebenaran sebelum menggunakannya. Terdapat peralatan
sains yang tidak berfungsi di samping carta yang sudah usang dan kurang relevan.
Bilik akses yang menempatkan komputer adalah lengkap tetapi pencahayaan dan
pengudaraan yang sedikit menimbulkan perasaan kurang selesa dan agak panas untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran juruteknik yang baru bertugas di sekolah ini
membantu guru Penyelaras Pusat Sumber menyelenggara peralatan ICT di samping
memudahkan guru subjek TMK mengajar. Bilik kelas tahap 1 dihiasi dengan carta dan
kad imbasan yang menarik dan sesuai dengan pembelajaran murid. Walaupun keadaan
sebahagian carta yang kurang sempurna tetapi murid menunjukkan minat dan guru
menggunakan sepenuhnya kad imbasan, gambar, poster dan carta yang ada. Stor sukan
menempatkan peralatan sukan yang mencukupi bagi kegunaan murid semasa Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pusat sumber yang menempatkan sumber
pembelajaran seperti carta dan model 3D berada dalam keadaan baik tetapi seperti jarang
digunakan. Buku cerita dilabel dan tersusun rapi untuk aktiviti bacaan Nilam. CD
interaktif KSSR dan PPSMI disusun dan disimpan di dalam rak tertutup tetapi agak
berdebu. Murid dapat memanfaatkan teknologi di dalam pusat sumber dengan adanya
bimbingan guru secara berkesan dan sistematik. Bilangan guru yang mahir dan yakin
menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sedikit jika
dibandingkan dengan bilangan guru yang kurang mahir. Secara positif ramai guru yang
berminat menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun kurang
mahir terutamanya peralatan ICT.
Kesimpulannya kesediaan guru untuk menggunakan peralatan dan bahan
pembelajaran walaupun kurang mahir terutama dalam mengendalikan peralatan ICT
merupakan kekuatan pihak sekolah. Kedua, guru mempunyai komitmen dalam
menerapkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan sendiri
carta dan kad imbasan serta model 3D. Guru TMK telah menggunakan masa pengajaran
mereka dalam mendedahkan murid terhadap ICT sekaligus menjadikan mereka celik IT.
Beberapa orang murid sudah mempunyai akaun Facebook dan berupaya berkongsi
maklumat dalam dunia maya.Ketiga, hampir semua guru pernah menghadiri kursus ICT
bermula era PPSMI lagi.
Kelemahan yang ketara ialah guru tidak memaksimumkan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru mahir menggunakan satu atau dua
perisian sahaja seperti Microsoft Word dan PowerPoint. Menurut kajian Lim Bee Yeok
(2008), kebanyakan guru menggunakan komputer untuk menghasilkan nota pengajaran
berbanding membina laman web atau pembelajaran interaktif. Selain itu, rekod
penggunaan teknologi wujud tetapi kadang kala guru terlupa untuk merekod secara
sistematik. Guru dan murid sukar untuk mengakses maklumat melalui Internet
disebabkan capaian jalur lebar yang lemah walaupun peralatan jalur lebar dengan
kelajuan 4G dibekalkan kepada sekolah. Guru terpaksa menggunakan rangkaian jalur
lebar peribadi yang tentunya kos ditanggung sendiri oleh guru.
Sikap sesetengah guru yang berada di zon selesa membantutkan keinginan mereka
untuk mencuba perkara baru dalam memantapkan strategi pengajaran mereka di dalam
bilik darjah. Guru veteran sebahagiannya selesa dengan penggunaan pen marker dan
papan putih (chalk and talk) dan penggunaan bahan bantu mengajar secara minimal tidak
dapat menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu konsep. Ada guru yang kurang
pasti dengan tafsiran teknologi yang hanya menumpukan peralatan ICT sahaja tanpa
menyedari selama ini guru telah pun menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka.
Teknologi yang wujud di sekolah ini akan lebih bermanfaat dengan penghasilan
bahan pembelajaran yang berpusatkan murid samada dengan peralatan ICT, klip audio
dan klip video. Melalui dapatan tinjauan yang diadakan, guru perlu memupuk kesedaran
dan keinginan untuk mencipta sesuatu yang baru selain teknologi yang sedia ada dan
memaksimumkan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah dengan penglibatan murid
sepenuhnya.
RUJUKAN:

AECT (1997),The Definition of Educational Technology: AECT Task Force on Definition


and Terminology.Washington, DC: Association for Educational Communications and
Technology (AECT)

CA Abdullah (2010) penggunaan teknologi maklumat & komunikasi eprints.utm.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013 – 2025 (Pendidikan PraSekolah hingga Lepas Menengah)

Lim Bee Yeok (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer
Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi
Mara. Tesis Sarjana Muda.

Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Ismail & Jalalludin Ibrahim.(2011). Tahap kemahiran dan
pengintergrasian ICT di kalangan guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia.

Virginia Department of Education (July 2008) Instructional Technology Resource


Teacher : Guidelines for teachers and administrators. ITRT Guidelines pg 10 - 15
LAMPIRAN

BAHAGIAN B
DAILY LESSON PLAN ENGLISH YEAR 6

Date : 10th July 2014

Day : Thursday

Number of pupils : 30

Topic : Remarkable Achievers

Theme : World of Knowledge

Time : 1100 – 1200

Duration : 60 minutes

Skills : Reading and Writing

Specifications :
3.2.2 Read and learn the meaning of key words for the topic taught.
3.3.3 Read and understand simple paragraphs by answering
comprehension questions and completing info transfer diagrams.
3.4.1 Read aloud phrases and sentences, pronouncing them correctly.
3.6.2 Give words similar in meaning.
4.2.3 Complete mind maps, diagrams with information from the text.
4.3.2 Construct simple and compound sentences based on words and
phrases given and on a picture stimulus.

Grammar : Synonyms
Vocabulary : achievement, actor, movie, versatile, birthplace, awards

Existing Knowledge : Pupils knew how to do basic operations on the computer

Objectives : By the end of the lesson, pupils are able to :


1. Answer 5 questions about P.Ramlee correctly based on the text
read.
2. Write sentences about other great achievers in Malaysia using
Microsoft Word based on the information from the Internet.

Moral value : Motivation

Educational emphases: Information – seeking skills


Knowledge acquisition
ICT skills

Teaching aids : Notebooks, LCD projector, printer, projector screen, Wi fi


broadband, paper, worksheet, PowerPoint slides, movie clip

Learning Stages Activities Notes


1. Teacher plays a movie clip of P. Ramlee’s
Set Induction movie on the projector screen.
5 minutes 2. Pupils watch the movie clip.
3. Teacher elicits pupils’ existing knowledge
regarding the actor in the movie clip.
4. Pupils name the actor (P. Ramlee)
5. Teacher asks the pupils to name their
favourite movie of P. Ramlee.
6. Teacher accepts any pupils’ answers.
1. Teacher instructs the pupils to form a
Pre Reading group of four or five persons.
10 minutes 2. Pupils move around to form groups of four
and sit in front the notebooks.
3. Teacher tells the pupils to pick a leader
from each group.
4. Pupils choose a leader for each group.
5. Teacher asks the leader from each group to
open the file on the desktop by double
click the mouse.
6. Teacher tells the pupils to read aloud the
text in groups. Each group takes turn to
read in paragraph.
7. Pupils read aloud the text in groups in
paragraph.
8. Teacher distributes the worksheet to each
group and asks the pupils to complete the
tree diagram based on the information
from the text.
9. Pupils work together in groups to complete TASK 1
the tree diagram in the worksheet.
10. Teacher picks the leader from each group
randomly to read their answers.
11. The group leaders read their answers.
12. Teacher discusses the groups’ answers with
the pupils.
13. Pupils check their answers and correct the
errors where necessary.

1. Teacher instructs the group leader to TASK 2


While Reading distributes the worksheet to the group (Individual)
10 minutes members.
2. Teacher asks the pupils to read the
instruction on the worksheet.
3. Pupils read aloud the instruction before
answering the questions about P.Ramlee
based on the text read earlier.
4. Pupils answer 5 comprehension questions
by circling the correct answer.
5. Teacher discusses the answers with the
pupils.
6. Pupils check their answers and correct
their mistakes.
1. Teacher instructs the group leaders to open TASK 3
Post Reading another file (MS PowerPoint) by double
25 minutes right click the mouse on the desktop.
2. The group leader open the file based on the
teacher’s instruction.
3. Teacher explains the task to the pupils.
Task 3 : Find the words with similar
meanings based on the words given from
the Internet.
a. famous =
b. actor =
c. movie =
d. comedic =
e. crushed =
f. award =
4. Pupils work in groups to search for the
words or phrases with similar meaning
from the Internet.
5. Teacher guides the pupils to search using
Google’s search engine.
6. Pupils search the meaning of these words
using suggested search engine and type the
answers in MS PowerPoint.
7. Teacher asks the group leader to present
their findings on the projector screen.
8. Teacher tells each group to compare their
answers with other groups.
9. The group leaders present their findings on
the screen. Other groups will compare and
discuss with the teacher. Teacher corrects
the group’s work.
10. Teacher distributes the worksheet to each
group.
11. Teacher asks the pupils to find the
information about Tan Sri Tony Fernandes,
Datuk Nicol Ann David and Datuk Siti
Nurhaliza using the search engine on the
Internet.
12. Pupils are instructed to complete the table TASK 4
of information about the three famous
people.
13. Pupils search the information from the
Internet using the same search engine and
complete the table.
14. Teacher asks each group to choose one of TASK 5
the three famous persons and do the
following tasks:
a) write a paragraph about him or her in
past tense form using MS Word.
(above average)
b) write 4 sentences about the famous
person using Microsoft Word (average)
c) join phrases to form the sentences.
(below average)
15. Pupils work in their group to write a short
essay or sentences about the person based
on the completed table of information
using MS Word.
16. Teacher guides the group members
especially below average and average
pupils.
1. Teacher instructs and guides each group to
Closure print out and submit their tasks.
5 minutes 2. Pupils print out their works and submit
them to the teacher.
3. Teacher asks the pupils to recall what they
learnt from the activities.
4. Pupils recall what they had learnt from the
activities.

Evaluation: Pupils will be evaluated based on individual task (Comprehension


Questions) and group tasks (tree diagram, find the words similar in meaning, table
completion and essay). They also will be evaluated on ICT skills such as surfing the
Internet, typing the document and printing their work.

Reflection: I’m glad all the objectives were achieved though few pupils were not familiar
with MS Office as they needed some help to complete the tasks given. I felt confident to
use the ICT tools in order to spice up my lesson a bit and built my confidence level as a
teacher. Though the school was equipped with minimal ICT tools, I managed to fully
utilize the equipment with 7 laptops and LCD projector. The pupils really enjoyed
themselves throughout the lesson. The learning outcomes were designed to suit pupils’
abilities and existing knowledge. Based on my observation, some pupils tend to get
restless and sleepy after recess and at noon. So instead of using the typical classroom
setting, the access room was an escape from dull routine. The lesson was a success due to
several reasons. The activities were designed to enhance pupils’ centered approach rather
than focusing on me. Group work was my forte. Pupils built their social skills and
leadership through grouping activities. My role as a facilitator was to guide the weak and
average pupils so that they will be able to achieve something in their tasks and gave them
hope to strive for the best. Pupils’ existing knowledge in ICT was as useful as I didn’t
face any difficulties in giving instructions to these children.
My time management was a disaster as I was spending too much time getting the
pupils in their groups and letting them chose their leaders. I could appoint the leader for
each group earlier on but it will take away the free will to choose.
I wished I had more time to explain the tips of surfing for the correct info
efficiently through Google search. Some groups were spending too much time looking
for other things on the Internet. They were searching the wrong things in the wrong place
and couldn’t complete the task in time. By putting 4 persons in a group, class control
posed a threat to my lesson. Some were too noisy and caused a distraction to others while
there was a potential a few group members would become sleeping partners by letting the
leader to do the whole thing. In my next lesson I’ll design the steps to surf the Internet in
order to find the desired information faster than before. I could enlist the computer
technician to assist the pupils with the laptops and so on.

ATTACHMENTS :
P.Ramlee movie clip : “Ibu Mertuaku”
https://www.youtube.com/watch?v=x8T-ZCfR4NE

Reading Text
P. Ramlee was born on the first day of Hari Raya, which fell on 22 March 1929.
His father, Teuku Nyak Puteh, was a sailor from Aceh, who later married Che Mah
Hussain.

He attended Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu Kampung Jawa (Kampung Jawa


Malay School) and Sekolah Francis Light primary schools. Next he went to the famous
Penang Free School secondary school until the second World War broke out. During the
Japanese occupation years in Malaya, he continued his studies at the Japanese Navy
Academy. When the war ended, he resumed his studies in Penang Free School and was
very active in sports.

In 1947, he won the first place in a song competition organized by Penang Radio.
Seven years after his acting career started, P. Ramlee directed his first film, Penarek
Becha. He won the award for Best Male Actor in ‘Anakku Sazali” at 4th Asian Film
Festival which was held in 1957. In that year too, he appeared in the first of his Bujang
Lapok comedic films, in which he acted along with Aziz Sattar and S. Shamsuddin and
which are still popular among modern Malay film watchers. During his career he directed
and acted in 66 films, and had more than 360 songs to his credit. His final film was
Laksamana Do Re Mi in 1973. In his last song, "Air Mata Di Kuala Lumpur" (Tears in
Kuala Lumpur), also in 1973, the lyrics depict his crushed feelings from a series of
disappointments and setbacks upon returning to Malaysia after years in Singapore.

TASK 1
Tree Diagram
Complete the diagram below based on the text about P. Ramlee
P. Ramlee

Date of birth :

Father’s name :

Primary education :

Secondary education :

Achievements :

First movie :
Name :
. ...........
.............................
... Individual Task TASK 2
Answer all the questions based on the text read. Circle the correct answer.

1. What made P. Ramlee’s birth so special?


A He was born to be an actor
B He was born on 22nd March 1929
C He celebrates Hari Raya Aildilfitri with his parents
D He was born on the first day of Raya Aidilfitri Celebration

2. What did he do during Japanese Occupation in Malaya?


A P.Ramlee was active in sports.
B P.Ramlee became a navy for Japanese.
C P.Ramlee studied at Japanese Navy Academy.
D P.Ramlee studied Japanese language to be a navy.

3. When did he win his first competition?


A 1947 B 1973 C 1929 D 1957

4. Why did P.Ramlee feel sad in his lyric of “Air Mata Di Kuala Lumpur”?
A the lyric was touchy
B he was frustrated when he returned to Malaya
C he got emotional when he sang the song about Kuala Lumpur
D he was tired after he penned 360 songs during his stay in Kuala Lumpur

5. He was a versatile artist because he’s good at all of these except


A directing movies C studying
B singing his songs D acting

TASK 3
Find the words similar in meaning with the words
given. Search the meaning from the Internet.
1. Famous - _____________________________
2. Actor - _____________________________
3. Movie - _____________________________
4. Comedic - _____________________________
5. Crushed - _____________________________
6. Award - _____________________________

TASK 4 : Complete the table below with the information from the Internet.

Features/ Tan Sri Tony Datuk Nicol Ann Datuk Siti Nurhaliza
Famous Fernandes David
Person
Date of birth

Occupation

First education
(primary)
Achievements a. a. a.

b. b. b.

TASK 5

Above Average
Write a short paragraph about one of the famous people based on the completed table of
information.

Average
Write 4 sentences about one of the famous people based on the completed table of
information.
1. ______________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________

Below Average
Join the phrases to form sentences.
a. Tan Sri Tony Fernandes  the first budget airline,
was born Air Asia.

b. He was educated  on 30 April 1964 in


Kuala Lumpur.
c. He introduced to  Malaysian CEO of the
Malaysians Year 2003 and Top 100
Most Creative People
in Business.
d. His other achievements  at Alice Smith School
were in Kuala Lumpur.

You might also like