You are on page 1of 2

1.

perkenalan ahli-ahli keluarga dari kedua belah pihak, kalau tak lengkap
semasa acara merisik. Belah lelaki selaku tetamu kene start dulu tapi kalu
depa tak mula, belah perempuan kene minta wakil pihak lelaki
perkenalkan... cukup setakat siapa abah ngan mak yang lelaki.

2. dah habis sesi perkenalan, baru bertanya hajat yang bertandang

3. tanya siapa yang nak dipinang mereka - kene jelas, sebab adat ni wujud
untuk elakkan pihak lelaki tersalah pinang (biasolah dulu ado yang
matchmaking, lelaki tak kenal pun sapo bakal tunang dio sebab orang tuo
pileh). Kalau nak beradat lagi - jemput ibu si lelaki jenguk dulu si
perempuan yang disimpan dalam bilik. "Mak Encik nak tengok dulu yang
perempuannya? Ada dalam bilik tu tengah main facebook." Kalau si ibu
lelaki nak gi jenguk dulu, minta si ibu perempuannya eskort... tunggu
sampai depa datang balik.

4. dah wakil lelaki konpom sapo yang nak dipinang - pihak pompuan kene
konpem yang pompuan tu boleh dipinang dengan mengatakan yang
empunya badan tu takde terikat ngan sapa-sapa lagi... (tapi kalo dah
dirisik... bahagian 3 dan 4 ni buleh skip)

5. mak dengan abah si perempuan wajib ditanya boleh ko tak buleh


anaknyo dipinang pihak lelaki (kalau YA - sila kelangkah seterusnya) /
(kalau TIDAK - ni yang problem sebab setakat ni tak pernah ado kes lagi
lihat depan mata pinangan ditolak)

6. Lepas diberi persetujuan oleh ibu bapa si perempuan yang anak mereka
boleh dipinang - maklumkan kepada pihak lelaki pinangan BOLEH
diterima - tapi ni tak konfem lagi, kene ke langkah seterusnya pulak

7. Perundingan syarat pinangan :


a) hantaran pinangan - pihak lelaki kene declare berapa dulang yang
dibawa dan pihak perempuan kene declare berapa dulang yang dibalas
b) pihak perempuan kene tanya pihak lelaki berapa lama tempoh
pertunangan; atau perlu dibincangkan kemudian (selalunya dibincangkan
kemudian)
c) Ini yang paling komplikated - perundingan syarat putus pertunangan, ini
kene bincang baik-baik antara kedua belah pihak tetapi kalau
boleh, bila sahaja pihak lelaki sampai, wakil pihak perempuan sebaiknya
panggil dulu bapa si lelaki, lelakinya dan wakil pihak lelaki - isytihar
perkara ni tidak dibawa berbincang dihadapan semua orang dan sekiranya
nak berlaku putus pertunangan, perbincangan dilakukan oleh
antara ibu dan bapa masing-masing kelak jika berlaku. Tapi buat-buat lupa
masa perundingan pun takpe kalau rasa komplikated.

8. Kalau takde masalah apa-apa di bahagian 7, wakil kene tanya bapa dan
ibu si perempuan sekali lagi dengan jelas dan kuat, samada mereka terima
atau tidak peminangan lelaki dan beritahu kepada wakil pihak lelaki -
pinangan mereka diterima, pun dengan jelas dan kuat.

9. Upacara doa selamat

10. Panggil si perempuan keluar dari bilik, jemput ibu si lelakinya


sarungkan cincin pertunangan.

11. Upacara doa makan... makan.

Wassalam.

You might also like