You are on page 1of 2

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Assalatu Wassalamu Ala


Asyrafil Anbiai Walmursalin Sayyidina Muhammadin Waala Alihi Wa'ashabihi Ajmain.

Sebelum abis hamba membuka kata menyampaikan hasrat dan hajat, sebagaimana
yang telah disepakati pada perundingan keluarga yang telah lalu, ada baiknya abis
hamba menyampaikan terlebih dahulu hantaran pembuka mulut berupa wang tunai
$100.00 dan sebentuk cincin .

Alhamdulillah, tanda pembuka mulut sudah diterima. Abis hamba panjatkan rasa
syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya
jua, katani semua dapat berkumpul pada petang ini bagi suatu majlis yang penuh
berkebajikan. Dan abis hamba iringi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda
yang jujur dan setia hingga ke akhir zaman..

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

Pertama-tama, bagi mewakili kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang Omar
dan isteri beliau, Dayang Hajah Maznah binti Haji Talip, hamba sukacita
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Awang Haji Ibrahim
bin Haji Jamudin dan isteri serta keluarga kerana berkesudian menerima dan
memberikan layanan penuh mesra kepada rombongan kami pada petang ini. Amat
jarang sekali abis hamba datang berkunjung ke rumah Awang Haji Ibrahim ani, dan
pada petang ani dengan bertawakkal kepada Allah Subhanahu Wataala, abis hamba
karih-karihi jua berkunjung ke mari kerana memang abis hamba membawa hajat yang
besar.

Bak kata pantun melayu:

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harapan kami bukan sedikit
Sebanyak rambut atas kepala

Cantik memanjat si pohon ara


Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman

Hamba ingin menyampaikan hajat kekanda Awang Haji Abd Ghani bin Haji Awang
Omar dan isteri yang mana mereka ini ingin menyerahkan anak lelakinya yang
bernama Awang Muhammad Ihtisyamuddin bin Haji Abd Ghani, siapa yang telah
menyatakan hasrat beliau untuk berhajat kepada anak perempuan Awang Haji
Ibrahim bin Haji Jamudin yang bernama Dayang Raimie Hebriyah binti Haji Ibrahim
untuk dijadikan beliau sebagai pasangan hidup.
Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perundingan awal yang lalu, maka abis
hamba ingin menyerahkan hantaran tanda bertunang iaitu sebentuk cincin dan wang
tunai $100.00 sebagai memenuhi permintaan pihak keluarga perempuan.

You might also like