You are on page 1of 11

PKU3102

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

TAJUK 4 BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH


PEMBELAJARAN (LEARNING DISABLED)

4.1 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap ciri-ciri kanak-kanak bermasalah


pembelajaran daripada aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif.
Dalam topik ini turut dibincangkan mengenai masalah bahasa yang dihadapi
oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam aspek bentuk bahasa,
kandungan bahasa dan penggunaan bahasa. Tajuk ini juga akan
menghuraikan masalah tersebut dan implikasinya terhadap intervensi
bahasa meliputi kaedah penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang
spesifik dan keberkesanan komunikasi

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:


1. Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran daripada
aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif
2. Menghuraikan masalah bahasa yang dihadapi daripada segi bentuk
bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa
3. Menjelaskan implikasi masalah yang dihadapi terhadap intervensi bahasa
merangkumi kaedah, penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang
spesifik dan keberkesanan komunikasi

40
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

4.3 KERANGKA TAJUK-

BAHASA KANAK-KANAK
MASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri Masalah Bhs - Teori


Implikasi
Knk-knk Knk-knk Pragmatik
Terhdp
M.Pembel M.Pembel Intervensi
Interaksionis
Bhs

- Aspek psiko-motor - Bentuk bahasa - Kaedah penilaian bahasa

- Aspek kogniti - Kandungan bahasa - Strategi / teknik intervensi


- Aspek afektif - Penggunaan bahasa yang spesifik

- Keberkesanan komunikasi

 KANDUNGAN ISI

4.3 Pengenalan

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya dikaitkan sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,
penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Kelewatan dalam
pembelajran menyebabkan kanak-kanak ini akan mengalami pelbagai masalah
yang melibatkan perkembangan akademik mahupun perkembangan sahsiah
seperti kanak-kanak normal yang lain.

Justeru itu, tahap perkembangan yang lewat menyebabkan


perkembangan bahasa kanak-kanak ini terjejas disebabkan pelbagai masalah
yang berkaitan dengan ganguan pada proses psikologi yang mempengaruhi
pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.

41
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau IDEA (1997) dengan jelas
menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai
masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang
melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan. Ketidakupayaan kanak-kanak ini juga seiring dengan penakrifan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) dengan jelas menyatakan kanak -kanak
bermasalah pembelajaran dikenalpasti dan disahkan oeleh pakar profesional
sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kesan daripada permasalahan yang dihadapi menyebabkan kanak -kanak


bermasalah pembelajaran mempunyai masalah untuk berbahasa dengan baik
mungkin disebabkan oleh masalah kerencatan mental, kurang upaya
penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

4.3.1 Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang boleh menjelaskan mengenai


kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini kebiasaannya
mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap
kemampuan untuk memahami, mengingat atau menyampaikan maklumat.

Menurut Kirk, S (1963) dengan jelas menyatakan bahawa kanak -kanak


bermasalah pembelajaran dikategorikan sebagai kelewatan perkembangan
dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan,
pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) pula dengan jelas


menyatakan bahawa pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan pakar
profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang

42
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku


yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian seperti berikut :
i. kebolehan kognitif
ii. tingkah laku sosial
iii. penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
iv. penguasaan membaca
v. kemahiran matematik

Selain itu, murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang


mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar
(educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. kategori kanak-
kanak bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,
adalah :
i. Sindrom Down
ii. Autisme ringan
iii. Hiperaktif (ADHD)
iv. Terencat akal minima
v. Kurang upaya dalam pembelajaran (LD)
vi. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh Disleksia.

4.4 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah bahasa mungkin


disebakan oleh ciri-ciri seperti berikut :

a. Aspek psikomotor
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran contohnya kanak -kanak Sindrom Down
biasanya kanak-kanak ini sukar berbahasa manakala kemahiran pergerakan
halus dan kemahiran pergerakan umum juga lewat bertumbuh.

43
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

b. Aspek Kognitif
Perkembangan kognitif contohnya kanak-kanak Sindrom Down berbeza dan oleh
itu kebolehan kognitif juga berbeza.

c. Aspek Afektif
Masalah afektif kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah di tahap rendah
dan sering menunjukkan sikap yang negatif.

4.5 Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran menurut Pearl L.


Siedenberg dalam Deena K. Bernstain dan Tiegerman (1993) menyatakan
bahawa kelemahan bahasa merupakan salah satu daripada ciri-ciri kanak-kanak
tersebut di mana mereka akan mengalami kelambatan dalam pertuturan dan
sukar untuk memahami atau/dan menggunakan bahasa percakapan.

Secara umumnya, masalah bahasa kanak-kanak BP boleh dibahagikan


kepada 3 bahagian iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan
bahasa. Bentuk bahasa terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis,
kandungan bahasa dikelompok sebagai semantik manakala penggunaan bahasa
dikelompok sebagai pragmatik.

Manakala Vogel (1975) telah mengkategorikan kanak-kanak yang tidak


boleh membaca ke dalam kelompok masalah bahasa seperti berikut :

a. Metalinguistik
Metalinguistik adalah kesedaran tentang bahasa dan konsep-konsep
linguistik. Manakala Dena (1993) manyatakan ianya adalah kefahaman
tentang penggunaan bahasa, berfikir, bercakap tentang bahasa dan
bagaimana menggunakan bahasa sebagai alat untuk menganalisis serta
menggunakannya untuk bercakap tentang bahasa itu sendiri.

44
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

b. Fonologi
Fonologi adalah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa, contohnya makan
terdiri daripada dua suku kata dan erbina daripada lima fonem iaitu m, a,
k, a, n. Perbezaan ini amat ketara apabila kanak-kanak BP ini menyebut
perkataan yang mempunyai fonem konsonan-vokal-konsonan.

Bock dan Mercer (1985) menyatakan masalah ekspresi bahasa adalah


disebabkan oleh ketidakupayaan artikulasi (articulation disorders).
Contohnya kesukaran kanak-kanak BP menyebut :

rabbit wabbit
you oo
warsh wash

Kajian oleh Wiig dan Semel (1976) mendapati kanak-kanak BP sering


keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara. Antara huruf -huruf
yang sukar dibunyikan seperti b, d, g, p, t, v, z dan th. Contoh kesukaran
membunyikan huruf konsonan berikut :

p dengan b
d dengan t

Kanak-kanak BP juga keliru untuk membunyikan perkataan yang


mempunyai vokal depan a, i, dan e seperti berikut :

sit, set, sat


freeze, leave, elite

c. Morfologi

45
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Morfologi adalah suatu bidang yang mengkaji struktur pembentukan kata.


Contohnya dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang terbina melalui
proses imbuhan, gandaan, akronim, penukaran dan pemajmukan.

Wiig, Semel dan Crouse (1973) telah mendapat ramai kanak-kanak BP


sukar untuk menggunakan hukum morfologi, contohnya :

tambah “es” untuk plural - seperti “boxes”


tambah “s” untuk bilangan ramai - seperti “boys”, “toys”
tambah “s” untuk tunjukkan kepunyaan - seperti “Ali’s bag”.

Vogel (1983) pula menyatakan bahawa kelambatan kanak-kanak BP


berbahasa lebih bersifat kuantitatif daripada kualitatif memandangkan
kanak-kanak ini biasanya lambat menguasai hukum morfologi berbanding
dengan apa yang selalu diramalkan.

d. Sintaksis
Bidang ini mengkaji ayat atau struktur ayat dan berkait rapat dengan
tatabahasa, contohnya ;

Ahmad menendang bola itu.


FN FK FN
Subjek predikat objek

Selain itu, kanak-kanak BP juga sukar menggunakan atau membuat ayat-


ayat pasif kerana keliru dengan subjek dan predikat (Semel dan Wiig,
1984). Contohnya seperti berikut :

“Saya makan nasi” menjadi “Nasi makan saya”.


Sepatutnya “Nasi dimakan oleh saya”.

46
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

e. Semantik
Bidang yang mengkaji mengenai makna perkataan-perkataan. Biasanya
kanak-kanak BP sukar memahami makna perkataan yang lebih dari satu
makna.

f. Pragmatik
Pragmatik adalah kebolehan atau kemahiran untuk menggunakan ayat
dengan batul mengikut konteks atau situasi. Woolfolk (1998) menyatakan
bahawa pragmatik itu adalah kesukaran kanak -kanak BP menggunakan
bahasa yang betul mengikut konteks atau sesuatu situasi. Kebiasaannya
kanak-kanak BP menggunakan ayat-ayat yang panjang dan rumit untuk
memberi keterangan atau arahan kepada kanak-kanak kecil berbanding
dengan rakan sebayanya yang lain.

4.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa


Kesukaran kanak-kanak BP menguasai kemahiran berbahasa dan komunikasi
akan menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk berinteraksi dan bersosial
dengan rakan sebayanya. Antara strategi intervensi yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah bahasa kanak-kanak BP adalah seperti berikut :
a. Guru adalah model terbaik agar murid boleh menunjukkan
perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran (DeHaven, 1983)
b. Pertuturan dan penulisan secara spontan boleh digunakan untuk
mengajar pendengaran, sebab pelbagai kemahiran boleh dibaiki
(Frose, 1981)
c. Kanak-kanak BP oleh memahami apabila kelajuan pertuturan lebih
perlahan berbanding aras/tahap biasa (McCroskey & Thompson,
1973)
d. Gunakan klu-klu untuk membina pengetahuan murid (Burns, 1980)
e. Penggunaan ayat pasif dan panjang perlukan masa untuk murid
untuk melakukannya

47
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

f. Ayat perlu pendek dengan struktur yang ringkas semasa mengajar


(Wiig & Semel, 1984)

Strategi untuk memperbaiki kemahiran ekspresi berbahasa bagi kanak-kanak BP


adalah seperti berikut :
a. Komponen-komponen seperti morfem dalam sistem bahasa formal
perlu diajar bersama-sama bukannya berasingan.
b. Bahasa boleh diajar dalam setting yang berbeza dan tidak hanya
dalam suasana yang seterotaip.
c. Kemahiran berbahasa perlu diajar merentasi kurikulum (Wiig &
Semel, 1984).
d. Kemahiran pragmatik seperti menyoal dan mengambil giliran (turn
taking) perlu dimasukkan dalam pengajaran (Spekman & Roth,
1984).
e. Kanak-kanak tidak perlu terlalu ditekankan dengan ayat-ayat yang
lengkap, cukup sekadar menjawab soalan dengan satu atau dua
ayat atau perkataan (Spekman & Roth, 1984).
f. Membuat generalisasi perlu diajar agar pelajar boleh
menggunakannya dalam bentuk novel
g. Mesej yang disampaikan oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian
terlebih dahulu kerana ianya penting dalam proses komunikasi dan
juga kesalahan-kesalahan sintak boleh diperbaiki (Spekman &
Roth, 1984).

4.6 Kesimpulan
Secara umumnya, masalah bahasa di kalangan kanak-kanak BP agak kritikal
jika tidak dikenalpasti lebih awal untuk tindakan selanjutnya. Langkah awal
seperti intervensi awal berkemungkinan besar dapat membantu mengurangkan
masalah yang dikenalpasti dan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Memang
tidak dinafikan bahawa berbahasa danber komunikasi adalah satu proses yang

48
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

penting bagi menjamin kanak-kanak BP berjaya dalam kehidupan dan


akademiknya.

Tutorial

Jelaskan ciri-ciri yang mempengaruhi masalah bahasa dan komunikasi murid


bermasalah pembelajaran semasa anda mengendalikan P&P di b ilik darjah?

Latihan

Latihan :
Jelaskan masalah komunikasi berikut yang sering terjadi kepada kanak-kanak
BP, di sekolah :
a. Gangguan artikulasi (Articulation disorders)
b. Gangguan suara (Voive disorders)
c. Gangguan kelancaran (Fluency disorders)
d. Gangguan kualitaif (Qualitative disorders)
e. Gangguan bahasa (Interrupted language)
f. Kelewatan berbahasa (Delayed language)
g. Ketidakhadiran pertuturan (Absence of speech)

49
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Tutorial

Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah kesedaran


fonologi ( phonological awareness) yang menjejaskan kemahiran
membaca dan menulis. Huraikan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan bagi
mengatasi masalah tersebut.

Layari Internet

http://www.cal.org
http://www.asha.org
http://www.emich,edu

Bahan Rujukan

Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New
York : Wiley
Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities.
Boston:
Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David
Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn &
Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.)


Boston : Allyn & Bacon.

50

You might also like