You are on page 1of 1

Aku Sebuah Peti Sejuk

Aku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang


di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi
dan mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna kelabu.

Setelah aku disiapkan, aku dimasukkan ke dalam


sebuah kotak yang besar. Selepas itu, aku dihantar ke sebuah
kedai elektrik.

Setiba di kedai, aku dipamerkan bersama dengan rakan-


rakan baharu seperti televisyen, mesin basuh, kipas dan
barangan elektrik yang lain.

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang suri rumah,
yang bernama Puan Lee. Aku terus dihantar ke rumah tuan aku
dengan menaiki lori. Saya diletakkan di dapur rumahnya. Tuan
aku menyimpan telur, sayur-sayuran, daging, air minuman dan
lain-lain di dalam badan aku.

Tuan aku selalu menjaga kebersihan badanku. Setiap bulan,


tuan aku akan membersihkan badan aku supaya aku tidak kotor.

Aku berasa gembira kerana mempunyai tuan yang


begitu baik. Aku berharap agar aku boleh berkhidmat tuan
aku dan keluarganya selama-lamanya.

You might also like