You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG


BIL. 2/ 2018

Tarikh : 16 Ogos 2018 (Khamis)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tunku Mahmood 2

Pengerusi : Tn. Hj. Samran bin Selamat

Kehadiran(Bilangan) : 11 orang

1. Tn. Hj. Samran bin Selamat


2. Pn. Angelina Henry
3. Pn. Azrina binti Mohd Sahil
4. Pn. Faedatul Adawiyah binti Mohd Mokri
5. Pn. Navanita a/p Sangarasiwam
6. Pn. Hasriana binti Basri
7. Pn. Azlina bte. Ahmad
8. Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali
9. Pn. Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali
10. En. Mohd Hasifuddin bin Md Noor
11. En. Adil b Jalil

Turut Hadir (Jika ada) :

1. En. Abd Rahman Talib bin A. Karim – Guru Besar


2. Pn. Hjh. Padilah bt Shahran – GPK Pentadbiran
3. En. Kamarul Zaman bin Ahmad – GPK HEM
4. Pn. Siti Aminah bt. Ramlan – GKP Kokurikulum
5. Pengerusi Permuafakatan Kelas ( 8 orang)
 Pn. Navanita a/p Sangarasiwam (2 Setia)
 En. Shahrol Rizzal bin Shaffie (2 Tabah)
 En. Haszree bin Hamidan (3 Setia)
 Pn. Faedatul Adawiyah binti Mohd Mokri (3 Tabah)
 Pn. Azlina binti Ahmad (3 Kamil)
 En. Azlan bin Annuar (5 Tabah)
 Pn. Siti Emirah binti Mohad Radzi (5 Maju)
 Pn. Hasriana binti Basri (6 Ilead)

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli
jawatankuasa PIBG dan Pengerusi Permuafakatan Kelas untuk mesyuarat kali
kedua untuk tahun 2018.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

1.3 Pengerusi mengucapakan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG dan
permuafakatan kelas yang menjayakan hari keusahawanan dan meningkatkan
kehadiran ibu bapa pada tahun ini.

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar En. Abdul Rahman Talib b. A. Karim mengalu-alukan kehadiran
kesemua ahli jawatankuasa PIBG, pihak pentadbir sekolah dan pengerusi-
pengerusi permuafakatan kelas.

2.2 Beliau memperkenalkan diri sebagai Guru Besar SK Tunku Mahmood 2 yang baru
menggantikan En. Nardir b. Latif dan juga memperkenalkan barisan-barisan
pentadbir yang baru.

2.3 Beliau mengharapkan komitmen yang baik daripada semua ahli jawatankuasa PIBG
dan permuafakatan kelas dalam semua aktiviti sekolah terutama yang melibatkan
aktiviti-aktiviti UPSR.

2.4 Beliau membentangkan program-program yang telah dijalankan sepanjang beliau


mula bertugas daripada bulan Jun-Ogos dan juga yang akan dilaksanakan sekitar
Tahun 2018.

2.5 Beliau memaklumkan pertukaran masa Kokurikulum iaitu pada waktu pagi.

2.6 Beliau juga meminta ahli jawatankuasa PIBG dan ahli permuafakatan kelas sama-
sama membantu guru dalam menangani masalah murid berkaitan sahsiah murid
yang semakin membimbangkan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nurul Ain Anisha bt Mohd Ali.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hasriana bt. Basri.
Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 En. Azlan bin Annuar, Pengerusi Permuafakatan Kelas 5 Tabah mencadangkan
supaya pertubuhan permuafakatan kelas didaftarkan supaya dapat diiktiraf oleh
PPD. Ini berikutan timbulnya masalah surat layang tentang pungutan duit kelas
setiap bulan oleh ibu bapa. Beliau juga mencadangkan bahawa ibu bapa perlu
diberi penekanan tentang SOP segala urusan-urusan yang melibatkan wang dan
urusan sekolah dan jika ingin membuat pungutan untuk kelas perlulah diselaraskan
jumlahnya pada semua kelas. Beliau juga menekankan bahawa pihak PPD perlu
tahu fungsi penubuhan permuafakatan kelas dimana banyak membantu khasnya

2
ibu bapa dapat membantu guru kelas sama-sama mengikuti perkembangan anak-
anak mereka.

4.2 Pn. Ain Ainisha bt Ali, ajk guru menyatakan bahawa terdapat beberapa murid yang
berjaya dalam pertandingan di peringkat daerah dan negeri masih belum mendapat
token yang dijanjikan seperti dalam mesyuarat pibg kali pertama. Oleh itu, beliau
meminta guru-guru yang berkaitan mengisi borang supaya murid-murid yang telah
berjaya mewakili sekolah mendapat pengiktirafan daripada pihak PIBG sekolah.

4.3 En. Kamarul Zaman bin Ahmad, GPK Hal Ehwal Murid, memberitahu program
gotong royong akan dilaksanakan pada 29.8.2018 (waktu kokurikulum) yang
melibatkan jawatankuasa PIBG dan juga Majlis Permuafakatan Kelas. Ini berikutan
program gotong royong yang lepas terpaksa ditangguhkan berikutan kekurangan
tenaga kerja. Beliau juga berharap kepada wakil ibu bapa yang berkesempatan agar
dapat hadir membantu program gotong royong yang bakal dilaksanakan.

4.4 En. Kamarul Zaman bin Ahmad, GPK Hal Ehwal Murid, menyatakan bahawa
kehadiran murid ke sekolah masih pada tahap yang membimbangkan. Oleh itu,
beliau akan mengambil tindakan dengan mengedarkan surat amaran kepada murid-
murid yang sering datang lewat atau ponteng sekolah. Beliau juga memaklumkan
bahawa Pertandingan Kebersihan Kelas dan Kedatangan Tertinggi Kelas akan
diadakan bermula selepas naik cuti Hari Raya Aidiladha.

4.5 En. Kamarul Zaman bin Ahmad, GPK Hal Ehwal Murid, menyatakan kebimbangan
dengan masalah disiplin murid-murid STM 2. Beliau juga menyatakan bahawa
tindakan akan diambil dengan memanggil ibu bapa murid yang bermasalah hadir ke
sekolah. Aduan-aduan yang diterima adalah kerap kali berlaku ketika waktu murid-
murid Tahap 1 pulang dari sekolah.

Tindakan : Jawatankuasa PIBG dan Pengerusi Permuafakatan

5.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN

5.1 Penyata Kewangan PIBG dibentangkan oleh bendahari iaitu Pn. Azrina bt Mohd
Sahil bermula 1 April 2018 hingga 31 Julai 2018 berbaki RM10, 199.68 dalam
akaun semasa PIBG.

Cadangan: En. Hasifuddin b Mohd Noor


Sokongan : En. Mohd Adil b Jalil

5.2 Pn. Azrina juga membentangkan perbelanjaan kewangan pibg dan analisis kutipan
sumbangan pibg mengikut kelas 2018 untuk makluman ahli mesyuarat yang hadir.

5.3 En Azlan bin Annuar, Pengerusi Permuafakatan Kelas 5 Tabah meminta pihak
bendahari PIBG membuat kemaskini jumlah duit sumbangan yang masih belum
mencukupi daripada yang sepatutnya. Ini bagi memudahkan tindakan susulan
dibuat kepada sesiapa yang masih belum menjelaskan duit sumbangan PIBG.
Beliau juga mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengatasi masalah
atau persoalan duit sumbangan PIBG yang masih belum dijelaskan.

Tindakan : Makluman

3
6.0 HAL- HAL LAIN

6.1 Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos hingga November

Gotong Royong : 29 Ogos 2018


Hari Kanak- kanak : 9 Oktober 2018
Kain Rentang UPSR : Belum ada tarikh

6.2 Pn. Hajah Padilah bt Shahran, GPK Pentadbiran Kurikulum mengucapkan terima
kasih atas kehadiran semua ajk dan pengerusi permuafakatan pada hari ini. Beliau
juga mengucapakan terima kasih atas sumbangan PIBG (kabinet dan kain rentang)
pada sudut fun learning.

6.3 En. Kamarul Zaman bin Ahmad, GPK Hal Ehwal Murid, memaklumkan bahawa
terdapat penularan penyakit kuku kaki tangan dan mulut (hfmd) di sekolah di mana
salah satu kelas pra iaitu Pra Moon telah ditutup selama seminggu. Beliau juga
memaklumkan bahawa pembayaran KWAMP telah dibuat kepada murid-murid yang
terlibat dan penempatan murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 adalah mengikut
alamat rumah.

6.4 Tn. Hj. Samran bin Selamat, Pengerusi PIBG, menyatakan bahawa running light di
pagar Blok A tidak lancar kerana tetapan telah rosak dan meminta guru yang
bertanggungjawab untuk memperbetulkannya. Beliau juga mencadangkan supaya
Jalan Sentosa ditutup selama beberapa minit bagi memberi ruang kepada ibu bapa
yang ingin menghantar anak masing-masing.

6.5 En Azlan bin Annuar, Pengerusi Permuafakatan Kelas 5 Tabah mencadangkan


supaya pihak sekolah memasang CCTV di kawasan pengambilan anak-anak di
hadapan sekolah.
Tindakan : Makluman

7.0 PENUTUP

7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh,

.................................................................
PN. SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH
Setiausaha PIBG
SK Tunku Mahmood 2

Tarikh : 19 OGOS 2018

You might also like