You are on page 1of 9

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM


JALAN AYER HANGAT
07000 LANGKAWI
KEDAH

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat

1 Pengenalan 1

2 Laporan Aktiviti / Program 2

3 Penilaian Program 3

4 Lampiran:

- Kertas Cadangan
- Buku program
- Laporan bergambar
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM KALI
KE-29, 2018
LAPORAN LENGKAP

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kilim kali
ke-29 pada tahun 2018 telah dipersetujui bersama untuk dilangsungkan pada hari
Jumaat, 09 Mac 2018. Majlis yang bermula pada jam 09.30 pagi ini telah dirasmikan
oleh En Halid bin Ali, Tn Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, mewakili
YB Dato’ Haji Mohd Rawi bin Haji Abd Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri.
Mesyuarat kali ini telah dilangsungkan di Dewan Al-Marbawi, Sekolah Kebangsaan
Kilim.

Majlis dipengerusikan oleh En Khairul Hamzi bin Abu Bakar ini dimulakan
dengan bacaan doa oleh En Mohd Khairul Amilin bin Saad, diikuti oleh ucapan En
Azeman bin Mohd Said, Yang DiPertua PIBG dan ucapan oleh Pn Rositha binti
Sulaiman, Penasihat PIBG, diikuti oleh ucapan perasmian yang disempurnakan oleh
En Halid bin Ali, Tn Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Perasmi dijemput
menikmati hidangan yang disediakan di kantin dan ibu bapa serta penjaga berehat
sebentar sebelum mesyuarat agung dimulakan pada jam 10.30 pagi.

Mesyuarat Agung PIBG kali ini dipengerusiakn oleh En Azeman bin Mohd Said
selaku YDP PIBG bagi sesi 2016/2018. Mesyuarat agung berlangsung dengan
tenang mengikut agenda yang direncanakan sebelumnya. Setiausaha dan bendahari
bagi sesi 2016/2018 juga membentangkan minit mesyuarat dan penyata kewangan
tanpa sebarang bantahan mahupun pembetulan melalui perkara berbangkit. Majlis
berjalan lancar sehingga ke agenda kemuncak iaitu pelantikan ahli jawatankuasa
PIBG sesi 2018/2020. Lantikan ajk baru turut berjalan lancar menyaksikan Pn Rasita
binti Abdul Talib dilantik sebagai YDP dan En Hj Bahari bin Yahya sebagai NYDP
yang baharu.

Pembahasan usul berlangsung tanpa gangguan dan penasihat PIBG Berjaya


membahaskan setiap usul dengan sempurna dan memuaskan hati semua pihak
terutamanya ibu bapa dan penjaga. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12,00 tengah
hari.
JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM
JALAN AYER HANGAT
07000 LANGKAWI
KEDAH

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

PERKARA BUTIRAN KETERANGAN


PENGENALAN / NAMA PROGRAM Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-29
TARIKH / MASA 09 Mac 2018 (Jumaat) / 08.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
TEMPAT Dewan Al - Marbawi, Sekolah Kebangsaan Kilim
Di akhir program, majlis dapat :
Merapatkan hubungan silaturrahim diantara pihak sekolah dan
OBJEKTIF ibu bapa.
Membincangkan perkara berkaitan murid dan sekolah dan
bersama-sama mencapai kata sepakat melalui perbincangan
dalam mesyuarat rasmi.
SASARAN Smua kakitangan sekolah dan ibu bapa/ penjaga
PERSONALIA Rujuk buku program
Pendaftaran guru, ibu bapa/ waris
Kehadiran En Hallid bin Ali, Tn Pegawai PPD Langkwi sebagai
BUTIRAN AKTIVITI perasmi.
Ucapan YDP PIBG, Penasihat PIBG dan ucapan perasmian.
Mesyuarat dimulakan secara rasmi
KOS / SUMBER Rujuk Kertas Kerja
Mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak
PENILAIAN / CATATAN
diingini.

KELEMAHAN KEKUATAN
1. Ada pembawa usul yang tidak hadir 2. Penglibatan semua guru dan waris yang memuaskan.
menyebabkan usul tidak dapat 3. Ibu/ bapa/ penjaga dan kakitangan sekolah memberikan
dibahaskan sepenuhnya. kerjasama terutamanya dari segi ketepatan masa
membolehkan mesyuarat dimulakan dan berakhir mengikut
garis masa yang tepat.

PENAMBAHBAIKAN
1. Kehadiran waris terutamanya pembawa usul perlu ditekankan memandangkan usul tidak akan
dibahaskan tanpa kehadiran pembawa usul. Situasi ini meruipakan sesuatu yang merugikan
terutamanya apabila usul yang dibawa adalah penting.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(SAFIAH BINTI SARIDAN) (PN RASITA BINTI ABDUL TALIB)


AJK Dokumentasi Sekolah, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kilim Sekolah Kebangsaan Kilim
Langkawi, Kedah Langkawi, Kedah

Penilaian Program :

Kekuatan Program :

 Penglibatan semua waris dan kakitangan sekolah secara keseluruhan sangat


memuaskan.
 Guru dan waris memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat agung
terutamanya dari segi pengurusan masa membolehkan mesyuarat berlangsung
dan berakhir dalam jangka masa yang sepatutnya.
 Kerjasama daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Kelemahan Program :

 Ada pembawa usul yang tidak dapat hadir akibat tuntutan kerja menyebabkan usul
tidak dapat dibahaskan.

Cadangan Penambahbaikan :

 Kehadiran waris terutamanya pembawa usul perlu ditekankan memandangkan usul


tidak akan dibahaskan tanpa kehadiran pembawa usul. Situasai ini adalah sesuatu
yang merugikan terutamya apabila usul yang hendak dibahaskan sangat penting
demi kebaikan murid dan pihak sekolah.
LAMPIRA
N
LAPORAN
BERGAMBAR
Pendaftaran

Tetamu terhormat

Kehadiran yang memuaskan.


Penyampaian ucapan aluan YDP PIBG, Penasihat PIBG dan Perasmi

Antara guru bertugas

Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2020

Sesi membahaskan usul

Cabutan bertuah
Pengacara majlis

Pembaca doa dan ajk siaraya yang berkaliber

Barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Kilim

You might also like