You are on page 1of 3

SMK BELAWAI, MUKAH

PANITIA SAINS
LAPORAN MESYUARAT PANITIA SAINS Bil.3/2018

Kepada:

1 Nama Panitia Sains


2 Mesyuarat kali ke 3
3 Tarikh Mesyuarat 13 Ogos 2018
4 Masa 1330
5 Tempat Bilik Mesyuarat SMK Belawai, Mukah
6 Wakil Pengurusan -
7 Bil sepatutnya hadir 9
8 Bil tidak hadir 0
9 Bil Hadir 9

KEDATANGAN
Bil Nama Guru Hadir/ Tidak Hadir
1 Cg. Siau Siau Ing Hadir
2 Cg. Hasimah Bt Hakim(KP Sains Menengah Atas) Hadir
3 Cg. Jeme B. Sedi(KP Sains Menengah Rendah) Hadir
4 Cg. Nurhana Binti Mustafa(KP Sains Tulen) Hadir
5 Cg. Norafizam Bin Reduan Hadir
6 Cg. Nazrul Bin Kamri Hadir
7 Cg. Maria Carlesty Anak Jiee Hadir
8 Pn. Selimiah Binti Ahmad Marzuki Hadir
9 Pn. Sofia Hadir

1
Bil Perkara Tindakan
1.0 Ucapan Pengerusi Ketua Panitia
1.1. Pengerusi iaitu Cg. Hasimah Binti Hakim mengalu-alukan kehadiran
pengerusi bersama iaitu Cg. Jeme B. Sedi (KP Sains Menengah
Rendah) dan Cg Nurhana Bt. Mustafa (KP Sains Tulen)
1.2. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia
Sains kali yang ketiga.
1.3. Pengerusi majlis meminta maaf kerana mengambil sedikit masa guru-
guru.
1.4. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada ahli panitia atas kejayaan
dalam menganjurkan beberapa aktiviti di bawah panitia sains untuk
bulan sains dan matematik.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
1.1. Pengesahan minit mesyuarat kali kedua bagi tahun 2018 dicadangkan
oleh Cg. Jeme Bin Sedi.
1.2. Cadangan disokong oleh Cg. Maria Carlesty Jiee.

3.0 Agenda
3.1. Laporan Aktiviti Bulan Sains dan Matematik. Semua ahli panitia
3.1.1. Cg. Hasimah menyatakan setiap aktiviti yang telah dijalankan
oleh panitia perlulah disediakan laporan dokumentasi sebagai
eviden perlaksanaan aktiviti yang dianjurkan didalam sekolah.
3.1.2. Cg. Nurhana mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia
yang memberikan kerjasama dalam penganjuran pertandingan
kereta solar, bot solar, dan kuiz sains.
3.1.3. Cg. Norafizam menyatakan bahawa pertandingan perlancaran
roket air pada tahun ini ditangguhkan kerana kekangan masa
dan bajet yang tidak mencukupi.

3.2. Analisis Item


3.2.1. Analisis item perlulah mengikut format yang telah disediakan
oleh pihak sekolah.
3.2.2. Cg. Hasimah menyatakan setiap guru matapelajaran sains tulen
perlulah menyediakan analisis item dan intervensi untuk AR2.
3.2.3. Analisis item dan intervensi akan dibentangkan didalam dialog
prestasi peringkat sekolah.

3.3. Laporan Pencerapan


3.3.1. Semua guru panitia sains sudah dicerap oleh Ketua Bidang iaitu
Cg. Siau Siau Ing.
3.3.2. Cg. Siau mengingatkan kepada ahli panitia supaya meningkatkan
lagi amalan KBAT dalam PdPc.
3.3.3. Markah untuk setiap pencerapan telah diserahkan kepada Ketua
bidang dan pengetua.

2
3.4. Pemantauan Kerja Bertulis Pelajar
3.4.1. Cg. Hasimah mengingatkan supaya semua guru dibawah panitia
sains untuk membuat pemantauan yang berterusan ke atas buku
kerja pelajar.
3.4.2. Semua kerja pelajar perlu disemak dan dibuat pembetulan (jika
perlu).
3.4.3. Cg. Norafizam memberitahu kepada semua guru di bawah panitia
Sains untuk menyerahkan nama pelajar yang enggan menyiapkan
kerja yang diberi oleh guru untuk diambil tindakan.

3.0 3.1.Hal-hal Lain Semua ahli panitia


3.1.1. Cg. Siau mengingatkan semua guru di bawah panitia Sains dan
Sains Tulen untuk membudayakan amali (PKS)
3.1.2. Cg. Siau mengingatkan panitia Sains dan Sains Tulen untuk Ketua Panitia
membelanjakan wang PCG dan dihabiskan sebelum akaun
kewangan ditutup.
3.1.3. Cg. Siau mengingatkan ketua panitia untuk merujuk Encik
Mohamad tentang barang atau alat yang boleh dibeli
menggunakan wang PCG.
3.1.4. Cg. Norafizam mencadangkan supaya panitia Sains
menganjurkan bengkel menjawab soalan Sains yang
memfokuskan kemahiran Sains untuk membantu pelajar
POLUS.
2.9 Penangguhan Mesyuarat Semua ahli panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disemak bersama:

…………………………….. ……………………………… ……………………


(Cg. Norafizam Bin Reduan) (Cg. Hasimah Binti Hakim) (Cg. Jeme Bin Sedi)
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains Menengah Atas, Ketua Panitia Menengah Rendah,
SMK Belawai. SMK Belawai. SMK Belawai.

Disemak bersama: Disahkan oleh,

……………………………. …………………..
(Cg. Nurhana Binti Mustafa) (Cg. Siau Siau Ing)
Ketua Panitia Sains Tulen, Ketua Bidang Sains & Matematik,
SMK Belawai. SMK Belawai.

You might also like