You are on page 1of 2

1.

BERMASALAH PENGLIHATAN Melalui pembacaan saya di dalam buku Pengenalan


Pendidikan Khas, Heward (1996) mendefinisikan bahawa murid bermasalah penglihatan
merupakan seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan (20/200) atau kurang daripada
mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang
sempit berdiameter kurang dari 20 darjah. Manakala Hallahan & Kauffman (2002) pula
mendefinisikan masalah penglihatan sebagai kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya
(kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran
cahaya (kebolehan untuk mengenal pasti punca arah cahaya). Penglihatan terhad (low vision)
pula didefinisikan sebagai masih mempunyai penglihatan antara bayang-bayang hingga 6/60
mengikut pembacaan Snellen Chart. Murid bermasalah penglihatan juga dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas selain murid bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran. Murid-murid bermasalah penglihatan ditempatkan di sekolah intergrasi dan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) yang mempunyai pentadbiran sendiri. Contoh
organisasi pentadbiran SKPK adalah seperti dalam rajah 1. Rajah 1: Struktur organisasi
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Struktur organisasi di sekolah
SKPK Masalah Penglihatan adalah lebih kurang sama seperti struktur organisasi sekolah
kebangsaan harian. Perkara yang GURU BESAR GPK KURIKULUM PANITIA MATA
PELAJARAN BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS
KAIMAL (KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU BERMASALAH PENGLIHATAN) KOD
BRAILE GPK HAL EHWAL MURID GPK KOKURIKULUM
2. membezakannya ialah panitia mata pelajaran. Di SKPK Masalah Penglihatan terdapat
tambahan panitia mata pelajaran seperti KAIMAL dan Kod Braile. Segala urusan pengurusan
dan pentadbiran adalah seperti yang digariskan dalam senarai tugas dalam jawatankuasa
sekolah. Kemudahan dan prasara di sekolah perlulah disediakan dengan mencukupi. Antara
kemudahan yang perlu di SKPK Penglihatan ialah railing, ramp, dan tandas duduk.
Kemudahan ini perlu disediakan bagi memudahkan pergerakan murid di persekitaran sekolah
tanpa sebarang masalah dan mengelakkan perkara yang boleh mengundang kemalangan. Di
samping menyediakan kemudahan asas di sekolah, guru-guru di sekolah pendidikan khas
bermasalah penglihatan mengalami cabaran dalam meyediakan dan mempersembahkan alat
bantu pengajaran dan pembelajaran kepada murid yang mempunyai masalah penglihatan.
Murid-murid ini memerlukan alat bantu belajar bagi membantu mereka dalam pelajaran.
Antara alat-alat bantuan tersebut ialah cermin mata berkuasa tinggi, alat optik (contohnya
pembesar) atau alat elektronik (misalnya CCTV) . Cermin mata berkuasa tinggi ini
merupakan alat bantuan penglihatan rendah yangmudah dan paling berkesan. Cermin mata
membaca berkuasa Railing • Disediakan sebagai panduan untuk murid berjalan. Ramp •
Disediakan sebagai panduan untuk berjalan menggunakan tongkat. Tandas duduk berrailing •
Disediakan bagi memudahkan murid menggunakan tandas.
3. tinggimemperbaiki penglihatan dengan membuat pengguna memegang buku lebih dekat
dan berkesan dalam membesarkan saiz cetak tulisan tersebut. Sesetengah orang mendapati
dekat jarak bekerja pembaca berkuasa tinggi tidak selesa dan lebih suka menggunakan
pembesar biasa. Alat optik termasuk termasuk dalam pelbagai besar pembesar, contohnya
tangan, kaki, kepala yang dipasang, bar danvisuolette. Alatan ini adalah bantuan penglihatan
rendah yang paling biasa yang ditetapkan, yang agak murah dan dalam kebanyakan kes yang
sangat berguna. Satu penilaian penglihatan yang rendah diperlukan untuk membantu
menyediakan pengguna dengan bantuan penglihatan rendah yang paling sesuai dengan
keadaan mereka. Pembesaran dan cahaya yang lebih sedikit boleh membantu dalam aktiviti-
aktiviti seperti membaca. Lampu pembesar Luxo merupakan alat yang ideal. Ia adalah
pembesar dengan lampu yang membolehkan tangan bebas bergerak semasa melakukan
pelbagai tugas. Walaupun bantuan optik adalah mudah untuk menjalankan dan berguna
dalam banyak keadaan, alatan ini boleh menjadi sukar untuk digunakan kerana jumlah cetak
yang dapat dilihat adalah terhad. Selain itu alat bantuan lain yang boleh digunakan ialah unit
pembesaran elektronik yang biasanya dipanggil CCTV boleh membesarkan teks ke skrin
dengan tahap pembesaran yang tinggi. Saiz cetak boleh diperbesarkan atau dikurangkan dan
contrastyang baik menggunakan kawalan zoom. Unit pembesar elektronik boleh menjadi alat
yang sangat berguna untuk orang-orang kurang upaya penglihatan. Unit-unit ini terdiri
daripada pelbagai jenis yang berbeza iaitu boleh dipegang dengan tangan kerana skrinnya
yang kecil (small screen magnifier) kepada unit mudah alih dan yang lebih besar dan boleh
diletakkan di atas meja (placed on table magnifier). Mesin membaca pula boleh digunakan
untuk mengimbas teks bercetak, menukar kepada maklumat digital dan kemudian teks
bercakap keluar ke pembesar suara. Selain itu, terdapat perisian komputer kini boleh
bercakap teks yang ditunjukkan pada skrin mereka. Komputer juga mempunyai pembesar
maya yang boleh diseret atas skrin. Perisian ini boleh didapati dalam Windows XP. Dalam
Control Panel, ikon 'Speech' akan memberikan pilihan Text-to-Speech. Teks yang paling
biasa digunakan adalah perisian membesarkan ZoomText . Para pembaca skrin yang paling
biasa digunakan adalah Dragon Naturally Speaking and JAWS. Akta Diskriminasi Orang
Kurang Upaya Amerika Syarikat, UK dan Australia
4. memerlukan bahawa semua komputer mempunyai perisian akses dalam program sistem
mereka. Rajah 2: Contoh Alat Bantu bagi Murid Bermasalah Penglihatan Small screen
magnifier Placed on table magnifier Cermin mata berkuasa tinggi

You might also like