You are on page 1of 13

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 40 SOALAN.

JAWAB SEMUA SOALAN.

Bahagian A

1. Organ reproduktif perempuan yang menghasilkan ovum ialah ...

A. Faraj C. Ovari

B. Uterus D. Saluran Falopio

2. Persenyawaan berlaku apabila sperma bersatu dengan ___________.

A. embrio C. zigot

B. ovum D. darah haid

3.

Organ yang berlabel X di dalam sistem reproduktif lelaki di atas dikenali


sebagai ...

A. zakar C. faraj

B. testis D. skrotum

4. Sekiranya tiada persenyawaan, ovum akan keluar sebagai ___________.

A. muntah C. tinja

B. darah haid D. peluh

1
5. Dalam perjalanan ke taman permainan, seorang budak perempuan telah
terjatuh semasa menunggang basikal dan mengalami kecederaan pada
anggota seksual.

Siapakah yang layak memberi rawatan kepada budak perempuan itu?

A. rakan lelaki C. guru

B. jiran D. doktor

6. Mengehadkan batasan sentuhan dalam pergaulan antara lelaki dan


perempuan dapat memupuk sikap saling ___________ antara satu sama
lain.

A. menghormati C. menghargai

B. membenci D. menangani

7. Mengapakah seorang doktor dibolehkan mencuci luka pada anggota seksual


murid?

A. Doktor suka menyentuh anggota seksual pesakit.

B. Doktor adalah golongan yang profesional dan menghormati pesakit.

C. Doktor suka mengambil kesempatan ke atas murid.

D. Doktor ingin mendapat pendapatan yang lebih.

8. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai lelaki atau


perempuan kerana itu merupakan salah satu cara __________ diri sendiri.

A. menghargai C. menghormati

B. membenci D. menangani

2
9. Di antara jenis makanan di bawah, yang manakah mengandungi vitamin
untuk sebahagian sajian dalam makan tengah hari?

A. nasi C. minyak masak

B. daging ayam D. buah epal

10.

Makanan seperti gambar rajah di atas tidak digalakkan untuk dimakan


kerana ia mengandungi ...

A. bahan tidak halal C. bahan toksik

B. bahan pengawet D. bahan tiruan

11.

Makanan di atas kaya dengan khasiat ...

A. karbohidrat C. protein

B. vitamin D. lemak

3
12. Di bawah ialah kepentingan mengambil makanan yang berkhasiat, kecuali ...

A. Membantutkan pertumbuhan

B. Pertumbuhan yang sihat

C. Menjauhi penyakit

D. Menjadi cergas dan cerdas

13. MINYAK PETROL PENYEMBUR RAMBUT DAKWAT PEN

PENGILAT KUKU MINYAK TANAH GAM KASUT

Bahan- bahan di atas boleh dikategorikan sebagai ...

A. Bahan inhalan C. Bahan mainan

B. Bahan pengawet D. Bahan perisa

14. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan inhalan?

A. bahan kimia yang boleh disedut menerusi sistem pernafasan dan


boleh mengakibatkan kesan-kesan lebam pada badan.

B. bahan kimia yang boleh disedut menerusi sistem pernafasan dan


boleh mengakibatkan kesan-kesan yang membawa kebaikan kepada
kesihatan tubuh manusia.

C. bahan kimia yang boleh disedut menerusi sistem pernafasan dan


boleh mengakibatkan rasa kenyang.

D. bahan kimia yang boleh disedut menerusi sistem pernafasan dan


boleh mengakibatkan kesan-kesan psikoaktif.

4
15.
Semasa berada di bengkel, Akmal telah mengajak Razif menghidu bau peluntur
cat. Dia berpendapat peluntur cat mempunyai bau yang wangi.

Di bawah ialah cara terbaik yang Razif patut tunjukkan cara berkata
TIDAK dengan ajakan Akmal kecuali ...

A. ”Nantilah. Mungkin pada masa lain.”

B. “Saya tidak suka bau peluntur cat.”

C. “Tidak.” atau “Tidak, terima kasih.”

D. “Sedapnya bau peluntu cat ini.”

16. Kesan bahan inhalan sangat bahaya, di antaranya ialah ...

A. gatal-gatal badan

B. hilang ingatan dengan tiba-tiba

C. demam

D. sakit perut

17. Shamsul sangat stress kerana gagal menyiapkan kerja sekolahnya.


Bagaimanakah cara Shamsul mengatasi stress tersebut dengan positif?

A. tidak membuat kerja sekolah

B. ponteng sekolah

C. rajin bertanya guru sekiranya tidak faham

D. menangis

5
18.

Berdasarkan gambar di atas, situasi tersebut boleh memberi kesan yang


negatif kepada ...

A. Emosi dan perasaan jiran tetangga.

B. Emosi dan perasaan anak-anak mereka.

C. Emosi dan perasaan guru.

D. Emosi dan perasaan kawan-kawan anak mereka.

19. Akram berasa sedih kerana dua orang rakan


baiknya telah berselisih faham.

Bagaimanakah cara terbaik untuk Akram mendamaikan dua rakan baiknya


itu?

A. Menjadi batu api

B. Menjauhkan diri dari rakannya itu.

C. Melaporkan perkara tersebut kepada guru.

D. Bermain permainan kesukaan bersama-sama.

6
20. Berikut adalah kesan konflik dan stres dalam keluarga, kecuali ...

A. cepat marah C. ceria

B. murung D. perbalahan

21. ...
Umar dan seluruh ahli keluarganya megadakan gotong royong memelihara
dan memulihara rumah pusaka tinggalan arwah datuknya.

Perkataan memelihara bermaksud ...

A. tindakan melindungi agar dapat mengekalkan keadaan asalnya.

B. tindakan membela dan memberi makan.

C. tindakan membersihkan dari kotoran.

D. tindakan mengubah suai supaya kelihatan menarik.

22. Sebagai anak dalam keluarga, apakah yang anda inginkan daripada ibu bapa
anda?

A. barang permainan yang mahal

B. wang dan harta yang banyak.

C. kasih sayang, perhatian dan masa yang diberikan.

D. makanan dan minuman yang lazat.

23. Ibu saya seorang yang sentiasa tenang. Sifat ibu yang tenang memenuhi
keperluan __________ saya.

A. mental C. emosi

B. fizikal D. sosial

7
24. Kakak saya sentiasa membantu meringankan tugas ibu di rumah. Sikap
kakak yang rajin membantu ibu memenuhi keperluan _________ ibu saya.

A. mental C. emosi

B. fizikal D. sosial

25.
Remaja ialah golongan dalam lingkungan umur __ hingga __ tahun. Mereka
melalui peringkat perkembangan dari kanak-kanak ke dewasa.

Sumber : WHO

Berapakah umur golongan yang dikenali sebagai golongan remaja mengikut


Organisasi Kesihatan Dunia @ WHO (World Health Oraganisation).

A. 11 hingga 19 tahun C. 11 hingga 21 tahun

B. 13 hingga 17 tahun D. 15 hingga 19 tahun

26. Perhubungan maya merujuk kepada komunikasi melalui ...

A. telefon C. surat

B. internet D. komputer

27. Berikut adalah di antara aktiviti sihat dalam perhubungan maya, kecuali ...

A. membincangkan tentang isu terkini melalui ruang siber.

B. berkongsi bahan pembelajaran bersama rakan siber.

C. berkenalan dengan orang yang tidak dikenali latar belakangnya.

D. memuat turun nota-nota pelajaran dari guru dalam VLE Frog.

8
28. Cabaran kehidupan remaja masa kini sama ada melalui perhubungan secara
maya dan bukan maya ialah remaja berkemungkinan ...

A. dihukum C. dihargai

B. dirawat D. diculik

29.

Penyakit berjangkit yang ditunjukkan pada gambar di atas ialah ...

A. cacar C. campak

B. beguk D. rubela

30.
Bermula dengan demam dan kemudian timbul bintik-bintik
merah yang akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.
Penyakit ini boleh merebak melalui bawaan udara dan
sentuhan.

Maklumat di atas merujuk kepada penyakit ...

A. cacar C. campak

B. beguk D. rubela

9
31. Apakah persamaan di antara penyakit cacar dan campak ?

A. Pesakit akan mengalami bengkak pada kelenjar air liur.

B. Pesakit akan sentiasa berulang alik ke tandas untuk membuang air


besar .

C. Pesakit akan mengalami bengkak pada kelenjar limfa di belakang


telinga dan di bawah leher.

D. Pesakit akan timbul bintik-bintik kemerahan.

32. Untuk mengelakkan dijangkiti penyakit berjangkit seperti cacar, campak,

beguk dan rubela biasanya kita akan disuntik dengan vaksin. Apakah yang

dimaksudkan dengan vaksin ?

A. ubat yang diberikan kepada pesakit untuk dimakan sehingga sembuh.

B. proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai


langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit.

C. ubat dalam bentuk cecair yang dimasukkan ke dalam badan melalui


wayar.

D. sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan
untuk disuntik ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan
terhadap penyakit.

33. Di antara tujuan di bawah yang manakah bukan tujuan penggunaan intenet?

A. mencari maklumat.

B. berkongsi fail-fail tugasan sekolah.

C. memuat turun bahan lucah.

D berkomunikasi di ruang siber.

10
34. Jelaskan cara menjaga keselamatan diri dalam perhubungan maya dan
bukan maya.

A. Tidak memberikan maklumat peribadi kepada sesiapa yang tidak


dikenali.

B. Memberikan maklumat peribadi kepada sesiapa yang tidak dikenali.

C. Membuat temu janji dengan kenalan siber yang baru dikenali.

D. Memberikan gambar peribadi kepada semua rakan yang hanya


dikenali melalui ruang sembang siber.

35. Perhubungan maya dan bukan maya banyak membawa positif dan negatif. Di
antara pengaruh positif ialah ...

A. Pelajaran terjejas.

B. Tugasan dapat disiapkan.

C. Ditipu oleh penjenayah.

D. Ketagihan pemainan online.

36. Apakah jawapan teka-teki di bawah.

Tangan ibu terkena haba,

Haba panas membakar kulit,

Marilah adik cubalah teka,

Merah jadinya teramat sakit.

A. melecet C. menanah

B. melecer D. melecur

11
37.

Kecederaan ringan seperti gambar di atas disebabkan oleh...

A. bakteria. C. memakai kasut ketat.

B. tersentuh alatan yang panas. D. terkena air panas.

38. Jika kamu berada situasi dalam kecemasan seperti kebakaran, lemas,
rompakan, kemalangan dan bencana alam, kamu boleh mendail nombor ...

A. 991 C. 100

B. 999 D. 109

39. Susun langkah bantu mula untuk kecederaan melecur dengan betul.

M Bawa ke tempat selamat.

N Minta bantuan perubatan jika melecur teruk.

Jangan sapu minyak, mentega, atau ubat gigi kerana boleh menyebabkan
O
jangkitan.

P Siram bahagian yang melecur di bawah aliran air selama 15 minit.

A. M, P, O dan N C. N, M, O dan P

B. M, P, N dan O D. N, M, P dan O

12
40. Semua panggilan kecemasan dikendalikan oleh petugas terlatih yang akan
menyambungkan panggilan kepada semua agensi berikut kecuali ...

A. polis C. askar

B. bomba D. hospital

40 markah

Bahagian B

Lengkapkan semua soalan dengan betul.

a. Berikan cara- cara mengatasi stress dan konflik


1)____________________________________________________
2)

b. Nyatakan harapan keluarga terhadap kamu.

1)

2)

c. Nyatakan peranan remaja terhadap masyarakat di sekeliling

1)

2)

d. Berikan 2 kebaikan perhubungan maya

1)

2)

e. Berikan tanda-tanda seseorang itu mengalami demam campak

1)

2)

10 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

13

You might also like