You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA IMARAH MUSOLLA AL-HIDAYAH KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 05 Mac 2018 ( Isnin )


Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Musolla Al-Hidayah
Kehadiran:

Semua guru SKKK.

1.0 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Beliau turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kehadiran
pada hari ni.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat lepas

2.1 Pn. Husna mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan. Pn. Faridah
menyokong cadangan tersebut.

3.0 Perancangan aktiviti

3.1 Pengerusi memaklumkan perancangan Imarah Musolla haruslah mengikut


Takwim Persekolahan selari dengan Buku Perancangan & Pengurusan SKKK.
3.2 Laman Hidayah akan di naiktaraf dengan menukar bahan-bahan sokongan yang
lama kepada yang baharu.
3.3 Bagi aktiviti berskala kecil dan berkala pula, aktiviti imarah diteruskan
sebagaimana tahun lepas .Pn. Husna memaklumkan bahawa terdapat beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian seperti meng’update’ buku stok, buku
catatan penggunaan, buku pinjaman peralatan dan buku tunai.

4.0 Pemantauan Dalaman

4.1 Pengerusi mencadangkan agar pemantauan dalaman dibuat agar langkah kerja
imarah lebih tersusun. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan
tersebut dan meminta diletakkan tempoh masa sebelum pemantauan agar
‘team’ imarah dapat bersedia. Tarikh yang dicadangkan ialah 27 Mei 2018.

5.0 Hal-hal lain.

5.1 En. Abdul Ghani mencadangkan agar dipecahkan dinding musolla agar pelajar
perempuan boleh mengambil wudhuk dengan lebih mudah.
5.2 En. Zulkifli mencadangkan agar dibuat satu lokasi untuk meletakkan fail dan
dokumentasi.
5.3 En. Mohamad Norden mencadangkan agar layar putih diletakkan di dalam
musolla manakala tv tidak digunakan. Sudut tayangan akan dihapuskan.
5.4 Pengerusi meminta blog imarah musolla di update dari semasa ke semasa dan
semua program dimasukkan ke dalam blog.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(HUSNA MOHAMMAD)

Setiausaha Jawatankuasa Imarah Musolla

You might also like