You are on page 1of 4

SK KAMPUNG CHABANG

24300 KERTEH KEMAMAN


TERENGGANU

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2019


Ucapan guru besar
Guru besar , Tn Hj Mohd Bin Senek merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua guru sepanjang tahun 20018
Hj Mohd Bin Senek juga memberi ulasa tentang E-PSR yang telah dicapai oleh
sekolah, beliau memaklukan bahawa ada penurunan dari segai gred purata sekolah
iaitu dari ….
Merakamkan ucapan terima kasih kepada guru sains tahun 6 yang telah mencapai
keputusan lulus 100% untuk matapelajaran tersebut dalam UPSR 2018, juga guru lain
yang telah bertungkus lumus untuk memastikan pencapaian SKKC meningkat.
tn hj menyatakan harapannya pada tahun 2019 akan ada calon UPSR dari SKKC yang
akan mencapai keputusan 6A dalam UPSR akan datang.
Memohon kerjasama dari semua guru SKKC untuk memastikan kedudukan racking
daerah tidak berada di tahap terbawah dari 47 sekolah daerah Kemaman
Guru besar juga memaklumkan bahawa pengarah ada meminta senarai sekolah yang
tidak pernah dikunjungi oleh tn pengarah.
Mengucapkan tahniah kepada guru yang menerima kenaikkan pangkat iaitu En Parizal
dari DG44 ke DG48, Ustaz Azman dari DG41 KE dg44, Pn Noriah dari DG42 ke DG44.
Bagi sesi persekolahan 2019 meminta Pn Rohaizan Abu untuk menggantung banner
untuk maklumat semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SKKC.
Guru besar juga memaklumkan supaya guru memastikan meja , kerusi murid
mencukupi untuk murid yang akan memulakan sesi persekolahan 2019 dan juga
meminta Pn Majidah selaku guru buku teks memastikan murid menerima buku teks
sebelum bermulanya sesi persekolahan 2019.
beliau memaklumkan supaya guru tahun 1 Pn Rohana Daud untuk menyediakan bakul
di dalam kelas untuk membolehkan murid meletakkan buku teks di dalam kelas kerana
buku teks tidak akan dibawa balik oleh murid-murid tahun 1.
Guru besar meminta supaya bayaran untuk bakul tersebut di masukkan di dalam yuran
untuk murid tahun 1.
Tn Hj Mohd Senek juga memakluma tentang minggu transisi yang akan berlangsung
selama tiga minggu dari 1//2019 hingga 17/1/2019.
Beliau juga memaklumkan bahawa tidak akan ada peperiksaan untuk murid tahap 1
tetapi guru boleh menjalakan penilaian secara tidak formal dari semasa ke semasa
untuk mengetahui tahap penguasaan murid.
tn guru besar memakluamkan ada beberpa perkara yang perlu diambil cakna oleh guru
sepanjang persekolahan 2119 iaitu mengenai
waktu datang ke sekolah ialah pada jam 7.30 pagi untuk semua guru.
Meminta guru yang bertugasa untuk datang lebih awal untuk memasang PA sistem
untuk bacaan Al Quran dan bertugas di pagar untuk menyambut kedatangan murid-
murid.
Beliau juga meminta guru memastikan puch card juga di puch ketika waktu balik untuk
semua guru kerana beliau mendapati ramai guru yang tidak puch ketika waktu balik.
Meminta murid yang datang lewat ketika perhimpunan tidak perlu naik ke kelas untuk
menyimpan beg, tetapi terus berada di tapak perhimpunan.
Setiap kali perhimpunan guru diminta untuk memakai blazer. Bertudung merah bagi
guru perempuan dan bertali leher merah bagi lelaki.
Pakaian koperat adalah tidak dibenarkan pemakaiannya di sekolah. Guru lelaki perlu
berkemeje lengan panjang dan di tied in dan berkasut kulit. Guru perempuan perlu
memakai kasut yang bertutup.
Meminta guru tidak duduk sepanjang masa ketika waktu pdpc di dalam kelas.
Meminta guru untuk mengurangkan penggunaan pengaplikasian whapApp ketika
mengajar di dalam kelas dan untuk E-kehadiran guru waktu pertama perlu menghantar
jumlah murid yang tidak hadir kepada PT atau untuk pengisian kehadiran murid.
Mengucapakan tahniah kepada guru dan juga pihak Hem yang telah melakukan
pelbagai tindakan untuk memastikan peratus kehadiran murid SKKC menepati sasaran
KPM iaitu 95% dan pihak sekolah melepasi KPI tersebut.
Tn Guru besar juga memaklumkan bahawa pihak sekolah akan melakukan sesuatu
untuk memastikan Adi Putra dari tahun 1 boleh hadir ke sekolah
Tn Hj Mohd Bin Senek juga memaklukan bahwa CRK untuk setiap guru adalah
diperuntukan untuk hari setahun dan guru boleh menggunakan cuti tersebut.
Guru perlu mengisi dalam talian melalui H-Miss cuti yang dirancang dan disubmit
kepada En Abu Talib Bin Baharuddin selaku Guru Penolong Kanan Akademik.
Permohonan cuti tersebut juga perlu dilakukan secara manual .
Beliau juga meminta kepada guru yang akan perlu ke klinik untukd datang ke sekolah
terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik. Tetapi boleh berubah mengikut keadaan
semasa.
Pn Noriah menyatakan bagi guru yang agak jauh akan ada masalah untuk hadir ke
sekolah kerana jarak.
Meminta Cik Hafizah untuk membuat taklimat tentang E-RPH bagi tujuan bagi memberi
pencerahan kepada semua guru.
Meminta guru yang memegang kelas untuk memastikan buku kedatangan dijaga
dengan baik dan tidak comot dan mengurangkan kesilapan dalam penggunaannya
kerana ia adalah benda yang beraudit.
Memaklukan penyelarasan penyemakan buku latihan murid oleh pihak pertabdiran tidak
membebankan guru kerana jarak penghantaran antara seorang guru dengan guru lain
agak jauh.
t

Disahkan oleh:-

………………………………………
(TN HJ MOHD BIN SENEK)
GURU BESAR
SK KAMPUNG CHABANG
24300 KERTEH KEMAMAN

You might also like