You are on page 1of 1

DEFINISI PERSATUAN

Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan,


berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh
murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantumembantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
masing-masing.Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.
Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:

“an association of people with mutual aims or interest, an organization of


people formed for a particular and shared purpose: an association”,

......bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-
individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

KONSEP PERSATUAN

Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998,


Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis MESTILAH menubuhkan persatuan
sekolah dari kategori yang berikut iaitu:

 Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan


 Hobi dan rekreasi
 Badan beruniform Atau
 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

CIRI-CIRI PERSATUAN
 Keberkesanan
 Jangka masa dan berterusan
 Peluang pembelajaran
 Interaksi/ Pendedahan

You might also like