You are on page 1of 12

TAJUK : KESELAMATAN KOMPUTER DAN INTERNET

SE2 (KUMPULAN 5)

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

1. MUHAMAD AMIRUL FIKRI BIN MOHD AZMI A154650

2. SUNATUL MARDHIAH BINTI MOHD SUHAIMI A154858

3. WAN NURFAZILAH BINTI WAN YAAKUB A156155

KERANGKA KAJIAN

1) Penyataan Masalah
2) Tujuan Kajian
3) Objektif Kajian
4) Persoalan Kajian
5) Sampel Kajian
6) Kaedah Pengumpulan Data
7) Instrumen Kajian
8) Kaedah Analisis Data
9) Dapatan Kajian
10) Cadangan Kajian
11) Rumusan
12) Rujukan

1
1) PENYATAAN MASALAH

Kini penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar IPTA amat berguna dalam
pendidikan. Biarpun teknologi maklumat mendatangkan banyak manfaat kepada orang
ramai, khususnya pelajar IPTA namun ianya tidak terlepas daripada ancaman-ancaman
yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak. Antara ancaman yang
dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena pencerobohan
komputer.Pencerobohan sistem rangkaian komputer merupakan individu yang boleh
mendatangkan ancaman dan menyebarkan virus kepada komputer dan sistem rangkaian
mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan pelajar IPT dalam menangani
masalah keselamatan komputer dan internet dalam kalangan pelajar IPTA.

2) TUJUAN KAJIAN

Untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan keupayaan pelajar menangani isu
keselamatan komputer dan internet

3) OBJEKTIF KAJIAN

1. mengenalpasti tahap pemahaman pelajar mengenai isu-isu keselamatan komputer


dan internet
2. mengenalpasti tahap keupayaan pelajar menangani masalah keselamatan komputer
dan internet

4) PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap pemahaman pelajar mengenai isu-isu keselamatan komputer dan


internet?
2. Apakah tahap keupayaan pelajar menangani masalah keselamatan internet dan
komputer?

2
5) SAMPEL KAJIAN

Pelajar tahun 1 Fakulti Pendidikan UKM

6) KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Melalui kaedah kuantitatif secara pengedaran borang soal selidik melalui Google
Form kepada 20 orang responden Fakulti Pendidikan (UKM).

7) INSTRUMEN KAJIAN

BIL PERSOALAN KAJIAN ITEM SKALA

1. Apakah tahap Adakah anda bersetuju definisi Setuju


pemahaman pelajar keselamatan komputer adalah Tidak setuju
mengenai isu-isu melindungi sistem komputer
keselamatan komputer dan maklumat di dalamnya
dan internet? daripada akses yang tidak
dibenarkan, kerosakan dan
pengubahan?

Adakah anda tahu tentang Ya


ancaman trojan, cecacing, Tidak
virus, time bomb?

Adakah perisian komputer anda Pernah


pernah digodam oleh pihak Tidak pernah.
yang tidak bertanggungjawab.

2. Apakah tahap keupayaan Adakah komputer anda Ya


pelajar menangani mempunyai perisian antivirus? Tidak
masalah keselamatan
internet dan komputer?

3
Adakah anda tahu tentang Ya
perisian antivirus, antispyware, Tidak
fire wall, kriptografi

Adakah anda mengguna Ya


password untuk membuka Tidak
komputer anda?

8) KAEDAH ANALISIS DATA

Skala Markah

1. Setuju (2)
Tidak Setuju (1)

2. Ya (2)
Tidak (1)

3. Pernah (2)
Tidak Pernah (1)

Jumlah

Tinggi (6)
Rendah (3)

Skala Pencapaian

3-4 markah (kurang faham)


5-6 markah (sangat faham)

4
9) DAPATAN KAJIAN

1. Apakah tahap pemahaman pelajar mengenai isu-isu keselamatan komputer dan


internet?
2. Apakah tahap keupayaan pelajar menangani masalah keselamatan internet dan
komputer?

GRAF TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR MENGENAI ISU-ISU KESELAMATAN


KOMPUTER DAN INTERNET.

1. Apakah tahap pemahaman pelajar mengenai isu-isu keselamatan komputer


dan internet?

SOALAN SETUJU TAK SETUJU

1. Adakah anda bersetuju definisi keselamatan 22 1


komputer adalah melindungi sistem komputer
dan maklumat di dalamnya daripada akses
yang tidak dibenarkan,pengubahan?

5
Berdasarkan kajian yang telah jalankan terhadap 23 responden mengenai soalan 1
iaitu definisi keselamatan komputer yang ditakrifkan sebagai melindungi sistem komputer
dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan, kerosakan dan
pengubahan. Kami mendapati seramai 22 daripada 23 responden bersetuju dengan definisi
tersebut. Secara keseluruhannya, kami dapati bahawa para responden memahami definisi
keselamatan komputer yang betul.

SOALAN SETUJU TAK SETUJU

2. Anda tahu tentang ancaman 18 5


trojan, cecacing, virus, time
bomb?

Seterusnya, berkenaan dengan soalan kedua iaitu mengenai pengetahuan


responden tentang ancaman-ancaman komputer seperti trojan, cecacing, virus dan time
bomb. Kami mendapati bahawa seramai 18 responden mengetahui tentang ancaman
komputer tersebut manakala 5 orang responden lagi tidak mengetahui tentang ancaman ini.

6
Ini bermakna sudah ramai pengguna komputer mengetahui akan ancaman-ancaman yang
boleh merosakkan perisian komputer mereka.

SOALAN SETUJU TAK SETUJU

3. Adakah perisian komputer 18 4


anda pernah digodam oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab?

Berdasarkan pertanyaan mengenai penggodaman terhadap perisian komputer para


responden. Kami mendapati bahawa seramai 18 responden tidak pernah mengalami kes
penggodaman perisian komputer . Di sini dapat kita lihat bahawa responden-responden
mengetahui cara untuk melindungi computer dengan selamat.

7
2. Apakah tahap keupayaan pelajar menangani masalah keselamatan internet dan
komputer?

SOALAN SETUJU TAK SETUJU

1. Adakah komputer 23 1
anda mempunyai
perisian antivirus?

Berkenaan persoalan mengenai pengaktifan perisian antivirus dalam komputer


responden. Setelah kami mengedarkan borang soal selidik tersebut, kami mendapati
bahawa hampir keseluruhan responden mempunyai perisian antivirus dalam komputer
mereka iaitu seramai 23 daripada 24 responden. Dapatlah disimpulkan bahawa komputer
para responden berada dalam keadaan selamat dan terjamin.

8
SOALAN SETUJU TAK SETUJU

2. Adakah anda tahu 19 4


tentang perisian
antivirus, antispyware,
fire wall, kriptografi?

Berdasarkan persoalan pengetahuan responden mengenai langkah-langkah


keselamatan computer seperti perisian, antispyware, fire wall dan kriptografi. Kami
mendapati bahawa seramai 19 responden mengetahui mengenai langkah-langkah
keselamatan komputer ini. Manakala seramai 4 responden masih tidak di dedahkan
mengenai langkah-langkah keselamatan komputer ini.

SOALAN SETUJU TAK SETUJU

3. Adakah anda mengguna 15 8


password untuk membuka
komputer anda?

9
Berkenaan persoalan yang terakhir dalam borang soal selidik kami iaitu mengenai
penggunaan password untuk membuka komputer para responden. Kami mendapati bahawa
seramai 15 responden menetapkan password untuk membuka komputer mereka manakala
8 responden tidak menggunakan password sebagai langkah keselamatan untuk membuka
komputer mereka.

10) CADANGAN KAJIAN

Masalah Kecurian Perkakasan Komputer

Bagi mengelakkan masalah vandalisme komputer dan kecurian aksesori komputer,


kebanyakan sekolah dan syarikat menggunakan langkah berjaga-jaga seperti
mengunci sekolah dan syarikat.
mengambil langkah berjaga-jaga seperti memasang alat pengesan supaya bila dicuri maka
senang untuk mengesan dan mendapatkannya kembali. Adalah lebih baik jika memasang
passwords dalam komputer supaya jika komputer tersebut dicuri sekalipun, ianya tidak akan
berjaya dibuka.
Pengguna Komputer Yang Tidak Dikenali

10
Langkah yang sesuai ialah dengan menggunakan user name dan kata laluan dalam
mana-
mana akses kepada sesetengah sumber dalam internet. Ini kerana jika pengguna lain dapat
masuk dalam akses pengeluaran duit dalam akses bank, dia tidak akan berjaya selagi tida
mengetahui kata laluan yang telah digunakan.

Masalah Serangan Virus

Dalam mengatasi masalah jangkitan virus, pengguna komputer haruslah memasang


anti-virus. supaya jika terdapat virus ia akan di padamkan serta-merta. Ini akan
mengurangkan langkah jangkitan virus menerusi laman web jika firewall dipasang dengan
pencegah virus melalui internet. Jika kita mendapat mesej dari sumber yang tidak
dikenali, maka elakkan daripada membuka bagi mengelakkan daripada jangkitan virus
berkenaan

11) RUMUSAN

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian mendapati hampir kesemua responden tahu akan kepentingan keselamatan komputer
dan internet sebagai pengguna pada abad ini. Peratusan responden tahap pemahamannya
tinggi tentang internet dan komputer, kepentingannya adalah tinggi dan boleh dikatakan
mereka semua tahu akan keselamatan internet dan komputer pada zaman ini. Setelah
menjalankan kajian ini, kami juga memahami dengan lebih mendalam tentang keselamatan
komputer dan internet. Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat melahirkan
masyarakat yang menyedari tentang keselamatan computer dan internet seterusnya
mewujudkan golongan yang celik IT.

11.0 RUJUKAN

J. C. Willemssen, "FAA Computer Security". Presented at Committee on Science,


House of Representatives, 2000.

Gary B. Shelly & Misty E. Vermaat. Discovering Computers 2010: Living in a Digital
World. Course Technology Cengage Learning.

ww.scribd.com/.../Sistem- keselamatan - komputer Akses pada 11 september 2009


11
12

You might also like