You are on page 1of 3

Definisi sekolah selamat?

Definisi sekolah selamat lebih kepada keselamatan kepada murid guru staff ibu bapa. Selamat dari segi
keselamatan fizikal sekolah dari segi bangunan selamat tak, jalan masuk selamat tak, pagar. Dari segi
keselamatan emosi pelajar, budak tu ada tak perrgaduhan, ugut, curi. Kalau budak rasa tak selamat tak
nak mai sekolah. Rasa budak kacau dia, buli.

Keselamatan dari segi alatan sekolah?

Dari segi penjagaan, bilik berkunci tak? Keselamatan sekarang tak ada masalah. Ada guard dan
diwajibkan ada system cctv walaupun tak la berfungsi sangat tapi ada la benda tu. Dari segi peralatan.
Selamat tak nak guna. Contoh keselamatan tiang gol berkarat tak, tiang pancang tak, netball tiang tu
letak pemberat x kt bwh tapak supaya tiang x tumbang. Keselamatan cikgu mengajar waktu PJ sgt
penting .Keberadaan guru waktu PJ. Walaupn guru setengah bermain time subjek tu. Pakai remote
control, bagi bola sebiji ha pi main. Tu yang jadi kes bahaya kat budak. Next keselamatan dari segi fizikal
kena label kawasan yang bahaya contoh kawasan ni longkang dalam. Walaupun tak ditutup, kena label
jangan bermain. At least kita da bagi amaran. Kalau bumbung nk runtuh buat garisan kuning belang2 tu.
Kalau benda tu runtuh sekolah tak boleh kata ape sebab tak buat garisan penyelamat. Maksudnya
sekolah tak ambil tindakan awal dari segi keselamatan. Contoh longkang kat sini banyak dalam jatuh
boleh patah kaki, tapi bertudung la tapi ada bahagian tak bertudung. Macam kolam lama kami kambus.
Kolam tu tak berfungsi dah tak boleh takung air. Ambil langkah kambus dan tanam apa-apa. Di asrama
pun ada kolam dulu. Di pondok tu asal kolam. Tudung kolam tu buat pondak so budak-budak tak boleh
main dekat kolam tu.

Dari segi pelan arah kebakaran?

Tiap-tiap sekolah wajib ada pelan arah kebakaran cume kadang-kadang tak update. Tapi dari isegi
peralatan alat penyelamat kena upgrade tiap-ytiap tahun sebab nak upgrade tu taggungjawab sekolah
bukan jabata . Jabatan tanggung sekali sahaja beli alat tu waktu sekolah mula dbina. Kalau hilang semua
tanggung sendiri termasuk dari segi maintenance. Pendawaian elektrik JKR tanggung, Di sekolah ni ada 2
bawah kuasa JKR dan bawah TNB . Yang direct tiang tu TNB. Saya report JKR, JKR mai tengok depa kata
bukan tnggungjawab depa tangungjawab TNB. Sepatutnya dari segi peraturan, sebarang short, trip,
lampu tak menyala kena report kat JKR. Kipas tak pusing semua, JKR akan check tengok patut tukar tak
tukar. Pastu kita kena bagi kat kontraktor yang disahkn oleh JKR untuk tukar. Tak boleh tukar sendiri
patutnya, tapi kita nak cepat dan murah. Kadang cikgu tukar sendiri tukar lampu tapi ikut peraturan
salah.Ade sekolah yang nak ikut macamtu betul-betul last-last kena marah apa ni kami panas gini gini.

Dari segi lalu lintas?


Lalu lintas, jalan sekolah ni macamana dulu saya tak tau la. Dulu katanya asal usul jalan memang ada da
jalan keluar belah nu. Lepas buat bangunan sekolah sana, ditutup belah sana bukak tang tu je jalan
masuk. Lepas bincang dengan AJK PIBG sekolah kata kena buat jugak jalan keluar. Selagi tak bukak jalan
belakang tu akan sibuk terutama hari Jumaat. Buatlah, cari duit sendiri. Lepas dah buat bagi jadi jalan
dan pagar baru mohon tar dari kerajaan negeri. Dapatlah. Nampak kurang sibuk. Dulu pagi sibuk mak
pak nak corner kot nu cikgu nak corner tang ni. Kami da bagitau arahan kat mak pak antar anak kalau
kereta dok belah kanan jalan. Depa nak mudahkan anak depa dok gak belah kiri tu yang jadi sibuk. Tapi
tak sesibuk sekolah tungku budriah. Kelahi jugak mak pak. Takat 5 6 tahun lagi xtau la. Sekolah makin
besar dan mentality makin baik, anak-anak bukan penduduk asal pauh.

Mentality makin banyak dah ok. Kelas bagus ni kebanyakan anak orang bagus-bagus. Benda nak jadi
accident tu nasib, tapi mentality kelas last tu susah nak ubah.

Tahun 2012 mula jadi guru besar sekolah pauh.

Pandangan kepentingan keselamatan utk memastikan keberkesanan sekolah?

Penting! Dari segi akademik keselamatan mula dalam kelas dulu. Dari pintu pagar da kira da. Kalau tak
ada gangguan ugut meengugut budak rasa selamat dia seronok datang sekolah. Kedua bila dia masuk
dalam kelas die tengok peralatan cth lampu, dia mai bilik darjah tengok kelam gelemat bunyi krek krek
dia takut. Kemudian dia akan rasa seronok kalau tengok kelas dia rasa ceria. Setengah sekolah dulu
lantai berlubang-lubang terpaksa turap balik takut budak-budak jatuh. Dari segi akademik selamat, dari
segi displin murid memang selalu ditegaskan.

Sekolah pauh tak ada kes jenayah?

Kes jenayah berat tak ada. Kes budak buas je. Berhambat lari, kes ugut mintak-mintak pemadam ambil
terus macam rampas. Tu je. Ugut minta duit dulu je ade.

Satu kelas 35 max. Dari segi kerusi meja memang tiap-tiap tahun kena mintak sedekah. Banyak rosak
bila rosak susah dapat ganti. Sampai kadang kena guna kerusi plastic untuk majlis guna dalam kelas tapi
tetap sediakan sebab sekolah kita wajib satu kerusi satu meja untuk satu pelajar. Kasut hitam ni 3 tahun
lepas da suruh buat da kat sekolah ni sebab tengok ada sekolah pakai. Budak semua nak pakai seronok
da. Pastu dapat surat dari jabatan kena tukar kasut putih, tukar balik kasut putih berperingkat tahun
lepas sbb alasan dasar budak sekolah kena pakai kasut putih kecuali pengawas. Kalau kata kasut hitam
panas pengawas panas sentiasa la. Hitam ni senang jaga. Tahun depan insyaAllah akan mula kasut
hitam.
Keselamatan ada pihak bertanggungjawab buat pemantauan?

Bukan JPN sahaja. Ada AJK keselamatan dlm negeri, hat kementrian mai tengok. Dari segi keselamatan
pagar. Jabatan Keselamatan Negara bawah JPA. Depa akan check pagar dan benda lain yang melibatkan
keselamatan, suruh JPN betulkan pagar tu balik.

Dari segi kesihatan. Check nyamuk, kalau kena denda ke apa bukan sekolah kena tapi swasta kena. Kalau
jumpa jentik-jentik ke apa swasta yang kena bayar. Depa kena pantau tiap-tiap hari. Tukang kebun,
cleaner, guard semua swasta. Kebersihan sekolah bawah swasta..

Perananan utk pstikn keselamatan sekolah selain GB?

Lantik guru untuk jawatankuasa bawah pentadbiran. Jawatankuasa keselamatan sekolah, kes banjir ke.

Hubungan rapat antara ahli sekolah? Ok tak? Ada berpuak-puak tak?

Setakat la tak ada tapi group-group tu ada tapi taklah sampai berpuak-puak. Bila majlis join ramai-ramai
balik, contoh group guru agama JKAF.

Dana peruntukan sekolah?

Yang awal je jabatan bagi yang lain sendiri, tapi maintenance lain jabatan bagi cth bangunan rosak, siling
reput,paip bocor. Cuma fire extinguisher sendiri.

Cadangan akttiviti untuk pastikan sekolah lebih selamat lebih berkesan?

Kempen kelas cantik memang dok buat. Kempen keselamatan jalan raya buat jugak. Guru pun dok pesan
kat jaga kat depan sekolah pesan kat parents waktu hantar anak sekolah. Cadangan kempen depan
pagar bagi brochure. Sekarang ada wassap representative class, group ibu bapa untuk kelas tu. Nama dia
class rep. Maknanya boleh wassap dalam group apa yang patut, boleh kempen dann war warkan apa
apa dalam tu tapi ada keburukan dia contoh bila anak sama gaduh jadi kot lain dalam group.

You might also like