You are on page 1of 1

1.

0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum
daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama.
Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini menjadi
sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari
segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial,
keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.
Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting
bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah dan
rancangan mengajar yang mesra budaya.

Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut
perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada
pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat
melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat
yang harmonis dan aman serta berjaya.

Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan


tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula
dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran
kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)
mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya
bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola
komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru
mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat
difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan
wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran
yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran
psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.

You might also like