You are on page 1of 1

Nama: Tarikh

Penilaian:

MENILAI TAHAP KEPUASAN DIRI ANDA DALAM PEKERJAAN


Adakah anda mendapat kepuasan yang setimpal dengan usaha yang anda berikan? Penilaian di bawah HANYA
memberikan gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan anda terhadap pekerjaan
anda. Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (✔) untuk jawapan “YA” dan (✘) untuk ‘TIDAK’ pada kotak
yang disediakan:

No. Penilaian Jawapan Anda

1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat
pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem atau jutawan pada
satu hari nanti?

3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa
hadapan?

4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu
hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk
melakukannya?

6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya
anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan
oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini tidak dapat
meningkatkan lagi kedudukan and di syarikat anda bekerja?

11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan
memisahkan anda daripada keluarga anda?

12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?

13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/ majikan
anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?

14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak
mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai
seorang jutawan?

You might also like