You are on page 1of 3

JUALAN HARI KEJOHANAN

OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)

TARIKH : 4 APRIL 2018


TEMPAT : ASTAKA IPG KAMPUS PERLIS

ANJURAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
&
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2018/2019
LAPORAN JUALAN HARI KOT 2018
LAPORAN SEBELUM

Setelah kami mengetahui bahawa KOT 2018 akan diadakan, maka exco kami bercadang
untuk membuka gerai minuman pada hari kejadian, iaitu 4 April 2018. Nurin telah
berurusan dengan AJK Hari KOT 2018 supaya mendapat kelulusan untuk membuka
gerai. Nurin dan saya juga telah berbincang untuk memilih minuman yang sesuai dijual,
dan kami memilih untuk menjual koktail buah-buahan. Kami telah membeli bahan-bahan
yang diperlukan 2 hari sebelum hari KOT. Nurin telah membantu meminta kebenaran
daripada pihak surau untuk meletakkan bahan-bahan dan meminjam alat-alat dapur yang
diperlukan. Kami juga telah membuat jadual bertugas supaya setiap JPP terlibat dalam
jualan agar segala dapat berjalan dengan lebih lancar. Kami juga telah mengira kos
bahan-bahan supaya menetapkan harga yang berpatutan untuk secawan, iaitu RM2.50.
Sehari sebelum hari KOT, kami telah memilih tapak yang sesuai untuk membuka gerai.
Duit kecil juga disediakan supaya melancarkan aktiviti jual beli.

LAPORAN SEMASA

Pada hari kejadian, kami telah sampai awal untuk set up gerai. Disebabkan kedua-dua
Exco Keusahawanan juga memegang jawatan dalam AJK KOT, kami telah menunjukkan
cara membuat minuman kami dan memberitahu harga yang telah ditetapkan.
Kebanyakan JPP telah memberi kerjasama dalam mengikuti jadual yang telah ditetapkan,
dan untuk yang tidak dapat hadir telah mencari ganti denagn sekreteriat Exco masing-
masing. Terdapat JPP yang telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan minuman
kami kepada penonton yang hadir. Dengan usaha dan kerjasama semua JPP, kami
berjaya menjual semua minuman yang dibancuh.

LAPORAN SELEPAS

Terima kasih kepada JPP yang telah menolong mengemaskan dan membersihkan tapak
gerai dan alat-alat dapur yang telah digunakan. Segala alat-alat yang dipinjam telah
dipulangkan. Bekas-bekas yang terlebih juga disimpan dengan elok. Setelah menolak kos
bahan-bahan, keuntungan bersih yang kami dapat ialah RM128 .
KEKUATAN

Minuman yang dipilh telah mendapat sambutan daripada guru-guru pelatih. Oleh sebab
saya telah merancang jadual terlebih dahulu, maka saya dapat mengetahui mana-mana
JPP yang tidak dapat memberi komitmen dalam menjaga gerai dan mereka juga diminta
untuk mencari ganti terlebih dahulu. Minuman yang dipilih juga senang dibuat dan setiap
JPP dapat membuat minuman tersebut. Terdapat JPP yang telah tolong menjaga gerai
walaupun bukan giliran mereka. Kesungguhan mereka telah melancarkan proses dan
memastikan sentiasa ada orang yang menjaga gerai.

KELEMAHAN

Disebabkan kebanyakan ahli JPP terdiri daripada junior sem 4 yang merupakan tenaga
utama dalam menjalankan Kejohanan Olahraga Tahunan 2018 (kerana merupakan
tugasan kami bagi kursus Pengurusan Kokurikulum), dan senior sem 6 juga terlibat dalam
acara-acara sukan, maka terdapat JPP yang tidak mengikuti jadual yang telah dirancang.
Terdapat JPP yang tidak memberitahu nama yang akan menggantikan tugas mereka.
Oleh itu, kami sukar untuk mengenal pasti orang yang bertugas. Terdapat kos bahan-
bahan yang lebih tingga, maka terpaksalah kami meletakkan harga jual yang lebih tinggi
agar mendapat keuntungan yang berpatutan. Tapak gerai kami juga kurang strategik
kerana kebanyakan atlet berkumpul di sebelah lain Astaka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kami boleh memilih bahan-bahan yang lebih murah ataupun mencari bahan-bahan di
kedai yang lebih murah agar dapat mengurangkan kos untuk membuat secawan koktail.
Kami juga boleh memikirkan makanan atau minuman lain yang lebih sesuai untuk dijual
pada masa hadapan dengan pengalaman yang kami dapat buat jualan kali pertama ini.
Sekiranya terdapat JPP yang ingin mencari ganti, kami perlu mengambil nama terlebih
dahulu supaya nama dalam jadual dapat ditukar awal. Tapak gerai yang lebih strategik
juga harus dipilih agar mendapat jualan yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,

.............................
( LING FANG XI )
EXCO KEUSAHAWANAN
IPG KAMPUS PERLIS 2017

You might also like