You are on page 1of 9

Mekanik klasik

FizikPecutanGeseran
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mekanik klasik ialah satu Unit terbitan SI dengan kg, m dan s
cabang fizik yang
mengkaji gerakan sesaran m
penentuan untuk objek- kelajuan ms
−1

objek. Bidang ini


pecutan ms
−2

merangkumi berbagai-
bagai cabang yang sentakan ms
−3

merupakan bentuk-bentuk tenaga tentu m² s


−2

khusus atau peringkat-


peringkat perkembangan: kadar dos terserap m² s
−3

 Mekanik Newton momen inersia kg m²


 Mekanik Lagrange
 Mekanik Hamilton
momentum kg m s −1

 Kerelatifan khas momentum sudut kg m² s −1

 Kerelatifan am
daya kg m s −2

 Termodinamik
 Mekanik statistik tork kg m² s −2

 Mekanik kontinum
tenaga kg m² s −2

 Optik geometri
Kebanyakan daripada tenaga kg m² s −3

cabang-cabang di atas tekanan kg m s


−1 −2

adalah sama dalam


beberapa segi, baik tepat tegangan permukaan kg s
−2

sama mahupun sama kesinaran kg s


−3

dalam keadaan-keadaan
kelikatan kinematik m² s
−1

yang khas. Umpamanya,


mekanik Lagrange adalah kelikatan dinamik kg m s
−1

selalu tepat sama


dengan mekanik
Newton tetapi dalam bentuk yang paling mudah, mekanik Hamilton hanya sama dengan
kedua-dua cabang tersebut jika tidak adanya daya geseran atau seretan. Dalam kes-kes
yang lain, cabang mekanik yang tertulis di atas merupakan bentuk khusus yang
sesuai: Mekanik Newton boleh digunakan untuk menyimpulkan mekanik statistik, dan
mekanik statistik menghasilkan kesemua keputusan termodinamik secara langsung dan
dengan lebih tepat.
Mekanik klasik tidak merangkumi sebarang bidang fizik yang melibatkan prinsip
ketakpastian dan oleh itu, mekanik kuantum bukannya fizik "klasik", dan kekadang
digelarkan fizik moden sebagai perbandingan. Sesetengah sumber juga mengecualikan apa
yang digelarkan "fizik kerelatifan" daripada kategori itu. Bagaimanapun, sebilangan
sumber memasukkan mekanik Einstein yang menurut pandangan mereka,
merupakan mekanik klasik dalam bentuk yang paling maju dan paling tepat.
Penerangan Teori

Analisa gerakan lontaran adalah sebahagian daripada mekanik klasik.

Di dalam penganalisaan mekanik klasik, sesebuah jasad itu dianggap sebagai satu titik
zarah yang saiznya boleh diabaikan. Contohnya, dalam penganalisaan gerakan sebuah
kereta, kereta ini boleh dianggap sebagai satu titik zarah. Gerakan titik zarah ini dicirikan
dengan beberapa parameter, iaitu kedudukannya, jisimya dan daya yang dikenakan ke
atasnya.

Di dalam dunia yang sebenar, jasad yang dianalisa mempunyai saiz yang tidak boleh
diabaikan. (Gerakan jasad yang terlalu kecil seperti elektron dan foton adalah di bawah
disiplin mekanik kuantum). Jasad yang mempunyai saiz yang tidak boleh diabaikan
mempunyai ciri-ciri gerakan yang lebih rumit daripada gerakan titik zarah kerana setiap
jasad itu mempunyai darjah kebebasannya. Contohnya sebuah bola itu boleh berputar
sambil bergerak ke hadapan. Tetapi tanggapan titik zarah masih boleh digunakan dengan
menganggap sesebuah jasad itu terdiri daripada beberapa titik zarah, dan daripada titik
zarah-titik zarah ini, terdapat satu titik zarah yang terletak di pusat jisim jasad itu.

Mekanik klasik mengganggap bahawa jasad dan tenaga adalah terhad dan bisa ditentukan
seperti kedudukan dan kelajuan sebuah jasad di dalam sesuatu ruang. Mekanik klasik juga
menganggap jasad itu dipengaruhi oleh persekitarannya. Konsep ini dikenali sebagai
konsep ketempatan.
Kedudukan dan Perubahan Kedudukan

Kedudukan titik P di dalam sebuah sistem koordinat

Kedudukan titik zarah di dalam sesuatu ruang selalunya diberi simbol “P”, dan ditakrifkan
dengan sebuah sistem koordinat yang mempunyai titik asal atau titik rujukan “O”. Sistem
koordinat ini menggambarkan kedudukan kedudukan titik zarah dengan anak panah dari
titik asal “O” ke kedudukan titik zarah “P”. Titik zarah ini tidak semestinya mempunyai
kedudukan yang tetap, dan boleh berubah mengikut waktu.

Halaju dan Laju


Halaju, atau kadar perubahan kedudukan mengikut waktu, ditakrifkan sebagai pembezaan
kedudukan dengan waktu, iaitu:

.
Di dalam klasik mekanik, halaju bisa ditambahi atau dikurangi. Contohnya dua kereta
yang bergerak ke arah yang sama tetapi dengan halaju berbeza, kereta pertama dengan
halaju 60 km/j dan kereta kedua dengan halaju 50 km/j. Dari pandangan pemandu kereta
pertama, kereta kedua bergerak dengan arah bertentangan dengan kelajuan 10km/j. Dan
dari pandangan pemandu kereta kedua, kereta pertama bergerak ke arah yang sama
dengannya tetapi dengan kelajuan 10 km/j.

Pecutan
Pecutan atau kadar perubahan halaju ditakrifkan sebagai pembezaan halaju dengan waktu
(atau pembezaan kedua kedudukan dengan waktu).:

Pecutan menjelaskan perubahan halaju dalam tempoh tertentu, sama ada perubahan dalam
magnitud halaju atau perubahan dalam arah halaju atau kedua-duanya sekali. Jika
magnitud halaju sahaja yang berkurangan, maka pecutan ini dikenali sebagai nyahpecutan.
Tetapi secara umumnya, sebarang perubahan dalam halaju dikenali sebagai pecutan.
Rangka Rujukan
Walaupun kedudukan, halaju dan pecutan sesebuah jasad boleh dijelaskan oleh pemerhati
yang di dalam apa jua jenis pergerakan, mekanik klasik menganggap bahawa terdapat satu
keluarga rangka rujukan yang membolehkan hukum alam mekanik mendapat bentuk yang
ringkas. Rangka rujukan ini dikenali sebagai Kerangka Inersia. Kerangka Inersia adalah
sebuah rangka rujukan dimana sesuatu jasad itu statik (tidak bergerak) atau didalam halaju
seragam didalam arah lurus, jika tiada interaksi daya.

Kerangka Bukan Inersia pula adalah rangka rujukan yang di dalam pecutan mengikut
Kerangka Inersia. Di dalam Kerangka Bukan Inersia suatu jasad itu seakan-akan
dikerjakan oleh sesuatu daya yang bukan datang dari Kerangka Bukan Inersia.

Jika lif memecut ke atas dengan pecutan a, dengan seorang pemerhati berdiri di atas penimbang di dalam
lif, maka bacaan penimbang, "N" adalah lebih tinggi daripada berat pemerhati.

Contohnya, apabila seorang pemerhati itu berdiri di atas penimbang di dalam lif.
Pemerhati mengenakan daya iaitu beratnya ke atas penimbang itu. Mengikut Hukum
Newton Ketiga, penimbang itu akan mengenakan sebuah daya "N" ke atas pemerhati.
Daya yang dikenakan oleh penimbang ke atas pemerhati adalah bacaan penimbang itu.
Jika lif itu pegun, maka bacaan penimbang itu adalah berat pemerhati "W", kerana daya
dikenakan oleh penimbang ke atas pemerhati adalah berat pemerhati, iaitu:

Tetapi jika lif itu memecut ke atas, bacaan neraca akan menjadi lebih tinggi daripada berat
pemerhati. Ini adalah kerana daya yang dikenakan neraca itu meningkat iaitu:

Newton menyatakan bahawa Hukum Gerakan Newton Kedua perlu dianalisa di dalam
kerangka rujukan yang di dalam keadaan statik mengikut permerhatian sesebuah “planet”
yang jauh. Tetapi tanggapan ini tidak praktikal kerana setiap rangka rujukan, samada
planet atau jasad, memecut dan berputar, atau kedua-duanya sekali. Contohnya bumi
adalah jasad yang berputar di atas paksinya dan mengelilingi matahari di atas orbitnya.
Maka mengikut teori Newton, bumi tidak boleh dijadikan kerangka rujukan inersia. Tetapi
Hukum Gerakan Kedua Newton boleh digunakan dalam kerangka rujukan yang bergerak
(memecut atau berputar) dengan mengambil kira dan membandingkan gerakan kerangka
rujukan itu dengan gerakan jasad yang dianalisa. Contohnya apabila seseorang itu
membaling bola di dalam bilik, bilik itu boleh digunakan sebagai kerangka inersia. Ketika
bola itu bergerak, bilik itu juga bergerak mengikut gerakan atau putaran bumi. Dengan itu
kerangka rujukan itu juga bergerak. Tetapi kerana waktu gerakan bola itu pendek dan
putaran bumi begitu perlahan sekali, maka kiraan pecutan bola itu boleh mengikut Hukum
Newton Kedua, dan keputusannya adalah begitu tepat, dan analisa gerakan bola itu tidak
perlu mengambil kira gerakan bumi.

Daya; Hukum Gerakan Newton Kedua


Newton adalah manusia pertama yang menyatakan secara matematik hubungan
antara daya dan momentum. Sesetengah ahli fizik menterjemahkan Hukum Gerakan
Newton Kedua sebagai pengtakrifan daya dan jisim, manakala sesetengah ahli fizik pula
menganggap hukum ini adalah Hukum Asas Awal yang sebahagian daripada hukum alam.
Kedua-dua tanggapan ini mempunyai pentakrifan matematik yang sama.

Kuantiti mv dipanggil momentum. Jumlah daya yang dikenakan ke atas sesebuah jasad
adalah bersamaan dengan kadar perubahan momentum jasad itu dalam tempoh tertentu.
Pecutan pula ditakrifkan sebagai a = dv/dt. Maka Hukum Gerakan Newton Kedua boleh
dipermudahkan ke bentuk ini:

Selagi semua daya yang dikenakan ke atas sesebuah jasad boleh diketahui atau ditentukan,
Hukum Gerakan Newton Kedua boleh menjelaskan gerakan jasad itu. Apabila hubungan
setiap daya itu telah ditentukan, daya-daya itu boleh digantikan di dalam persamaan
Hukum Gerakan Newton Kedua untuk memperoleh persamaan bezaan biasa, yang
selalunya dikenali sebagai persamaan gerakan.

Sebagai contoh, terdapat sebuah daya geseran bertindak ke atas sebuah jasad. Daya
Geseran boleh ditakrifkan secara matematik seperti berikut:

di mana μ adalah pemalar positif, tanda negatif di awal persamaan bermaksud daya
geseran ini bertindak melawan arah halaju jasad ini. Untuk mendapatkan persamaan
gerakan jasad ini, daya geseran F perlu digantikan dengan persamaan Hukum Gerakan
Newton Kedua. Persamaan gerakan jasad ini adalah seperti berikut:

Persamaan gerakan ini boleh dikamirkan untuk mendapat persamaan halaju jasad dalam
fungsi waktu, t:
Di mana adalah halaju awal jasad ini. Menurut persamaan halaju v, halaju jasad ini
berkurangan secara eksponen seperti berikut:

Kerja dan Tenaga

Kerja yang dilakukan oleh daya F1 untuk menggerakkan jasad dari r1 ke r2 adalah sama dengan kerja yang
dilakukan oleh daya F2 dan daya F3, jika daya F1, F2 dan F3 adalah daya abadi.

Kerja ditarifkan sebagai tenaga yang bertindak melalui daya sesuatu jasad yang bergerak.
Di dalam takrifan matematik, kerja adalah hasil darab skalaan daya dan sesesaran:

Jika kerja yang dilakukan untuk menggerakkan sesuatu jasad dari titik r1 ke titik r2 malar
atau sama, tidak kira apa laluannya, maka dayanya dianggap daya abadi. Contoh daya
abadi adalah graviti dan spring unggul. Contoh daya tidak abadi adalah geseran.

Teori keabadian tenaga pula menyatakan bahawa tenaga sesuatu jasad itu adalah malar.
Terdapat dua jenis tenaga dalam jasad yang bergerak, iaitu tenaga kinetik dan tenaga
keupayaan. Jumlah tenaga jasad ini ialah:
Perubahan dalam tenaga keupayaan akan menyebabkan perubahan dalam tenaga kinetik.
Perubahan kedua-dua tenaga ini adalah bertentangan antara satu sama lain. Jika tenaga
keupayaan berkurangan, maka tenaga kinetik meningkat.

Sejarah
Rencana utama: Sejarah mekanik klasik

Orang-orang Yunani, khususnya Aristotle, merupakan orang-orang pertama yang


mencadangkan kewujudan prinsip-prinsip abstrak yang menguasai alam semula jadi.
Antara kalangan ini, salah satu ahli sains yang pertama ialah Galileo Galilei yang
mungkin melaksanakan uji kaji termasyhur yang berkaitan dengan menggugurkan dua biji
bola yang mempunyai jisim yang berbeza dari Menara Pisa yang condong. (Teori dan
praktiknya menunjukkan bahawa kedua-dua bola itu sampai ke permukaan tanah pada
waktu yang sama). Walaupun kenyataan uji kaji ini telah dipertikaikan, Galilei pernah
menjalankan uji-uji kaji kuantitatif yang melibatkan penggolekan bola-bola pada satah
condong; teori gerakan pecutannya yang telah didapati tepat ternyata berasal daripada
keputusan uji-uji kaji ini.
Isaac Newton merupakan orang pertama yang mencadangkan tiga hukum
gerakan (hukum inersia, hukum kedua yang tersebut di atas, dan hukum tindakan dan
tindak balas), dan membuktikan bahawa hukum-hukum ini menguasai kedua-dua objek
harian dan jasad cakerawala.
Newton dan kebanyakan ahli sains sezamannya, dengan kekecualian Christiaan
Huygens yang terkenal, mengharapkan bahawa mekanik klasik akan dapat menerangkan
semua entiti, termasuk cahaya (dalam bentuk optik geometri). Ketika Newton menemui
cecincin Newton, penjelasan beliau sama sekali mengelakkan prinsip-prinsip gelombang
dan lebih merupakan penjelasan untuk reputan kaon-kaon yang neutral, iaitu K dan
0

palang K . Dengan kata yang lain, beliau menganggap bahawa zarah-zarah cahaya
0

diubahkan atau diuja oleh kaca, dan kemudiannya bergema.


Newton juga mengembangkan kalkulus yang diperlukan untuk melaksanakan pengiraan
matematik yang terlibat dalam mekanik klasik. Bagaimanapun, adalah Gottfried
Leibniz yang mengembangkan notasi terbitan dan kamilan yang masih digunakan pada
hari ini. Selepas masa Newton, bidang mekanik klasik menjadi lebih abstrak dan
melibatkan lebih banyak matematik.
Walaupun sebahagian besar mekanik klasik adalah serasi dengan teori-teori "fizik klasik"
yang lain, seperti elektrodinamik dan termodinamik klasik, sesetengah kesulitan telah
ditemui pada akhir abad ke-19 yang hanya dapat diselesaikan dengan fizik yang lebih
moden. Apabila digabungkan dengan termodinamik klasik, mekanik klasik
mengakibatkan paradoks Gibbs yang mana entrofi bukannya suatu kuantiti tertakrif rapi.
Ketika uji-uji kaji mencapai peringkat atom, mekanik klasik gagal sama sekali untuk
menerangkan perkara-perkara asas seperti aras tenaga dan saiz atom. Usaha-usaha untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini menyebabkan perkembangan mekanik kuantum.
Serupa juga, tindakan elektromagnetisme klasik dan mekanik klasik yang berbeza di
bawah transformasi halaju telah menyebabkan perkembangan teori kerelatifan.
Menjelang akhir abad ke-20, tempat mekanik klasik dalam bidang fizik tidak lagi
merupakan sebuah teori yang berasingan. Bersama-sama
dengan elektromagnetisme klasik, mekanik klasik telah menjadi terbenam dalam mekanik
kuantum kerelatifan atau teori medan kuantum. . Mekanik klasik merupakan had
[1]

mekanik bukan kerelatifan serta bukan kuantum untuk zarah-zarah yang amat besar.

Petikan
1. ^ Muka surat 2-10 dalam Syarahan Feynman mengenai Fizik mengatakan: "Dari sudut
pandangan praktik, sudah pun terdapat ketidaktentuan dalam mekanik klasik." Kala lampau
yang digunakannya membayangkan bahawa fizik klasik tidak lagi merupakan asas.
RBP

Rujukan
 Feynman, Richard (1996). Six Easy Pieces. Penerbitan Perseus. ISBN 0-201-40825-2.
 Feynman, Richard; Phillips, Richard (1998). Six Easy Pieces. Penerbitan
Perseus. ISBN 0-201-32841-0.
 Feynman, Richard (1999). Lectures on Physics. Penerbitan Perseus. ISBN 0-7382-
0092-1.
 Landau, L. D.; Lifshitz, E. M. (1972). Mechanics and Electrodynamics, Jilid 1.
Syarikat Buku Franklin, Inc. ISBN 0-08-016739-X.
 Kleppner, D. dan Kolenkow, R. J., An Introduction to Mechanics, McGraw-Hill
(1973). ISBN 0-07-035048-5
 Gerald Jay Sussman dan Jack Wisdom, Structure and Interpretation of Classical
Mechanics, Percetakan MIT (2001). ISBN 0-262-019455-4
 Herbert Goldstein, Charles P. Poole, John L. Safko, Classical Mechanics (edisi ke-3),
Addison Wesley; ISBN 0-201-65702-3
 Robert Martin Eisberg, Fundamentals of Modern Physics, John Wiley and Sons, 1961
 M. Alonso, J. Finn, "Fundamental university physics", Addison-Wesley

Pautan luar
 Binney, James. Mekanik Klasik – formalisme Lagrange dan Hamilton
 Crowell, Benjamin. Fizik Newtoni – teks pengenalan yang menggunakan algebra
dengan bahagian-bahagian tak wajib yang menggunakan kalkulus
 Fitzpatrick, Richard. Mekanik Klasik – menggunakan kalkulus
 Hoiland, Paul (2004). Kerangka rujukan keutamaan & Kerelatifan
 Horbatsch, Marko, "Nota-nota Kursus Mekanik Klasik".
 Rosu, Haret C., Mekanik Klasik. Pendidikan Fizik. 1999. [arxiv.org : physics/9909035]
 Schiller, Christoph. Laman web Motion Mountain – teks pengenalan yang
menggunakan sedikit sebanyak kalkulus
 Sussman, Gerald Jay & Wisdom, Jack (2001). Struktur dan Tafsiran Mekanik Klasik
 Tong, David. Dinamik Klasik – nota-nota syarahan Cambridge mengenai formalisme
Lagrange dan Hamilton

You might also like