You are on page 1of 7

PK17/2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 4/2011

Tarikh : 19 Sept. 2011(Isnin)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Cik Rusnani binti Sharuddin
Kehadiran(Bilangan) : 41/42
Nama Yang Hadir :

1 Cik Rusnani bt Sharuddin 21 Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy


2 Pn. Azizah bt Mat Cha 22 En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar
3 Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi 23 Pn. Selambu Chelvi a/p Chellapan
4 Pn. Harison bt Bakar 24 Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar
5 Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli 25 Pn. Jamidah bt Sandang
6 En. Ahmad Khusairi b Mohd Salleh 26 Pn. Nor Rashidah bt Hashim
7 Pn. Chan May Fye 27 Pn Saadiah bt Mohamed
8 Pn. Norlaila bt Abd Ghani 28 Pn. Rosnorsliza bt Mohamed
9 Pn. Asmah bt Abu Bakar 29 Cik Norrohaniza bt Abdul Rahim
10 Pn. Biby Dayana bt Abdullah 30 Pn. Rozitah bt. Hassan
11 Pn. Suraine bt Muhmad Noordin 31 Pn Noraini bt Nordin
12 Cik Zaiton bt Bakar 32 Cik Zuridah bt Ahmad
13 Pn Umaimah bt Harith 33 Pn. Nurain bt Ali
14 Pn. Wong Nyook Ngor 34 Pn. Fong Ee Lin
15 Pn. Rohana bt Adnan 35 Pn. Suriani bt Noordin
16 Pn. Mashitah bt Mohamed Tahir 36 Pn. Sabrina bt Latib
17 Pn. Adila bt Ahmad 37 Pn. Robitah Nordin
18 Pn. Mah Yi Fun 38 Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yussof
19 En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar 39 Pn. Saliza bt Othman
20 Cik Sellam a/p Paramanathan 40 Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin

Setiausaha : Pn. Asmawati bt Razalli


Nama Yang Tidak Hadir (Bersebab):
1. Pn. Yip Pei Yian

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali
keempat sesi persekolahan tahun 2011.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2011, tumpuan yang diberikan
adalah meliputi semua bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM.
Tindakan : Makluman

1
1.3 Pelaksanaan program kurikulum adalah benar-benar komprehensif. Oleh itu semua
Ketua Panitia dan semua guru hendaklah memastikan perancangan dan pelaksanaan
program akademik dari awal tahun diteruskan hingga ke akhir tahun 2011. Segala
tindakan yang dilaksanakan pada tahun ini hendaklah dibudayakan untuk tahun-
tahun yang akan datang.
Tindakan : Semua Guru

1.4 Semua panitia/semua guru mesti menekankan pemahaman tentang rasional sesuatu
tindakan atau program itu dilaksanakan. Setiap program hendaklah diambil tindakan
sewajarnya selepas dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Semua Guru Kanan
dan Ketua Panitia dikehendaki membuat refleksi atas apa yang telah dilaksanakan
bagi memastikan semua pihak benar-benar memahami mengapa sesuatu program
atau tindakan itu dibuat.
Tindakan : Semua Guru Kanan dan Ketua Panitia

1.5 Program akademik tahun 2011 yang telah dan sedang dilaksanakan adalah dalam
dua fasa iaitu Fasa Pertama (Januari hingga Jun 2011) dan Fasa Kedua (Julai hingga
Oktober 2011). (Rujuk Lampiran 1).
Tindakan : Makluman

1.6 Bagi perancangan program akademik tahun 2012, semua program tersebut di atas
akan diteruskan dengan penambahbaikan. Semua Guru Kanan dan Ketua Panitia
hendaklah membincangkan serta membuat perancangan yang komprehensif
berkaitan program-program tersebut untuk tahun 2012 bagi meningkatkan tahap
pengajaran yang lebih berkualiti(Quality Teaching). Contohnya, panitia boleh
membincangkan sejauh manakah Program Pembelajaran Masteri dilaksanakan dan
pencapaiaannya dalam panitia masing-masing.
Tindakan : Semua Guru Kanan dan Ketua Panitia

1.7 Untuk tahun 2012, semua guru hendaklah menunjukkan komitmen yang tinggi dan
all out, lebih-lebih lagi kepada guru-guru semua mata pelajaran Sains kerana mata
pelajaran tersebut adalah mata pelajaran kritikal dan Sains juga menjadi bidang
kebitaraan (niche area) SMK Raja Perempuan, Ipoh. Sehubungan itu juga, semua
jawatankuasa yang terlibat dengan Program Microscale Teaching dikehendaki
mengenalpasti dan membincangkan pendekatan penggunaan Microscale Kit dalam
kalangan pelajar terutama para pelajar kelas-kelas akhir.
Tindakan : Guru Kanan Sains, Penyelaras program
dan semua guru berkenaan

1.8 Peranan Bilik-bilik khas dalam membantu mencapai sasaran akademik tidak boleh
diabaikan. Oleh itu, semua Ketua Panitia dan Guru bilik-bilik khas hendaklah
bekerjasama merancang penggunaannya serta mengenalpasti sejauh mana bilik-bilik
tersebut digunakan untuk membangunkan para pelajar.
Tindakan : Semua Ketua Panitia dan Guru Bilik-bilik Khas

1.9 Peranan motivasi juga amat penting kepada pembangunan /peningkatan akademik
pelajar. Semua guru hendaklah memberi motivasi kepada para pelajar secara
berterusan kerana para pelajar SMK Raja Perempuan bukan independent learner.
Diharap semua Penolong Kanan dan Guru Kanan mengambil tindakan membantu
Ketua-ketua Panitia dan guru-guru menangani perkara tersebut.
Tindakan : Semua guru
2
1.10 Semua AJK Kurikulum diingatkan untuk memastikan semua perkara yang
disampaikan oleh Puan Pengetua disampaikan dengan tepat kepada semua guru dan
difahami. Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Pengetua kerana
sebarang masalah komunikasi akan menjejaskan pelaksanaan dan kejayaan sesuatu
program.
Tindakan : Makluman

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Bil 3/2011


Cadangan : Pn. Fong Ee Lin
Sokongan : Pn. Asmah bt Abu Bakar
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Merujuk Agenda 1.2 berkaitan sasaran akademik - tindakan "luar biasa" masih
diberi penekanan dalam melaksanakan program akademik Fasa Kedua sehingga
akhir tahun 2011.
Tindakan : Makluman

3.2 Merujuk Agenda 4.0 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 – Ditegaskan
sekali lagi bahawa semua guru hendaklah "mengajar untuk kefahaman". Semua
Ketua Panitia hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dan segera terhadap
risiko yang ada pada pelajar yang akan menghalang pencapaian mata pelajaran
masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

3.3 Merujuk Agenda 5.10 berkaitan ketegasan guru di dalam bilik darjah - Guru-guru
Tingkatan hendaklah mengenalpasti dan mengambil tindakan tegas terhadap para
pelajar yang ponteng sekolah terutamnya para pelajar dari kelas-kelas peperiksaan.
Tindakan : Semua Guru Tingkatan

4.0 Kajian Semula Semua program/pelaporan daripada ketua panitia

4.1 Ketua panitia memaklumkan bilangan pelajar berisiko bagi mata pelajaran masing-
masing:
4.1.1

Bilangan Pelajar Berisiko Mata pelajaran PMR


Mata pelajaran Bilangan pelajar
Bahasa Melayu 4 orang – (2= 3J & 2 =3Eu)
Bahasa Inggeris 2 orang – (3D)
Gagal Pep. Percubaan = 6 orang
Matematik 2 orang – (3J)
Gagal Pep. Percubaan = 32 orang
Sejarah Gagal Pep. Percubaan = 13 orang
Geografi Gagal Pep. Percubaan = 9 orang

3
4.1.2
Bilangan Pelajar Berisiko Mata pelajaran SPM
Mata pelajaran Bilangan pelajar
Bahasa Melayu 4 orang – (5G)
Bahasa Inggeris 5 orang
Kimia 9 orang (berdasarkan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2011)
Biologi 2 orang
Fizik 2 orang
Prinsip Akaun 7 orang
Perdagangan 3 orang
Sejarah 32 pelajar Gagal Peperiksaan
Pertengahan Tahun
Pendidikan Islam 1 orang
Pendidikan Moral 2 orang
Tindakan : Makluman

4.2 Program/tindakan yang akan dilaksanakan selepas Peperiksaan Percubaan SPM dan
STPM adalah sama seperti yang telah dilaksanakan untuk pelajar-pelajar Tingkatan
Tiga, 2011:
4.2.1 Para pelajar Tingkatan Lima akan menjalani Peperiksaan Semula
Percubaan SPM pada 10hb dan 11hb Okt.2011 dan Peperiksaan Pra SPM
dari 13hb hingga 21hb Okt. 2011.
4.2.2 Para pelajar Pra U2 akan menjalani Peperiksaan Semula Percubaan STPM
pada 10hb dan 13hb Okt.2011 dan Peperiksaan Pra STPM dari 17hb
hingga 20hb Okt. 2011.
Tindakan : Makluman

4.3 Guru Peyelaras Tingkatan bagi setiap mata pelajaran peperiksaan awam hendaklah
membuat pemantauan bagi memastikan semua kelas telah selesai membuat latih
tubi menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas.
Tindakan : Ketua Panitia & Penyelaras Mata Pelajaran

4.4 Soalan-soalan yang dikemukakan untuk peperiksaan Pra SPM dan Pra STPM
hendaklah memberi fokus kepada masalah yang harus/hendak dikuasai oleh pelajar.
Tindakan : Makluman

5.0 Perancangan Tahun 2012


5.1 Agihan Tugas Mengajar
5.1.1 Agihan tugas mengajar adalah mengikut opsyen dan bilangan waktu
mengajar. Purata jumlah waktu mengajar ialah 20 waktu tidak termasuk
WPK
Tindakan : Makluman
5.2 Jadual Waktu –
5.2.1 Polisi jadual waktu tidak berubah. Jawatankuasa Jadual Waktu akan cuba
berlaku adil untuk semua guru.
5.2.2 Semasa pelaksanaan Jadual Waktu Blok, waktu mata pelajaran PJPK
digantikan dengan mata pelajaran lain. Ujian SEGAK untuk PJPK
Tingkatan Lima akan dilaksanakan selepas Peperiksaan Percubaan, dan
semasa Program Pasca PMR untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga.
Tindakan : Makluman
4
5.3 Anggaran Perbelanjaan
5.3.1 Semua Ketua Panitia hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan
2012 panitia masing-masing.
5.3.2 Rancang perbelanjaan untuk pembelian bahan bantu mengajar. Sebarang
pembelian adalah untuk kepentingan pelajar . Hadkan pembelian alat
tulis seperti pen marker. Penolong Kanan, Puan Azizah bt Mat Cha dan
Guru Kanan Bahasa, Puan Julaila bt Yahya dikehendaki menyemak stok
semua panitia.
Tindakan : Penolong Kanan, Guru Kanan Bahasa
dan Semua Ketua Panitia

5.4 Pengurusan Sumber


5.4.1 Semua panitia hendaklah merancang program berkaitan penggunaaan
PSS dalam P & P masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

5.4.2 Semua Guru Kanan hendaklah berbincang dengan Guru Perpustakaan


Media(GPM) untuk meningkatkan pencapaian akademik mata pelajaran
masing-masing.
Tindakan : Semua Guru Kanan dan
Guru Perpustakaan Media

5.5 Agihan Tugas Kurikulum


5.5.1 Agihan tugas kurikulum akan dimaklumkan pada mesyuarat guru pertama
sesi 2012 pada akhir Disember 2011. Agihan tugas-tugas akan
diselaraskan dengan Kokurikulum dan HEM.
Tindakan : Makluman

5.6 Bilik-bilik Khas


5.6.1 Semua kemudahan bilik-bilik khas hendaklah dioptimumkan
penggunaannya. Rekod penggunaannya juga hendaklah dilengkapkan.
Tindakan : Semu guru Bilik-bilik Khas berkenaan
dan Semua Ketua Panitia

5.7 Sumber Tenaga/Guru


5.7.1 SMK Raja Perempuan masih kekurangan 2 orang guru tanpa mengambil
kira guru GSTT. Namun hal ini tidak menjadi masalah kepada pihak
pengurusan dan pentadbiran.
Tindakan : Makluman

5.8 Kursus/Elektif/Pakej
5.8.1 Elektif mata pelajaran bagi semua tingkatan akan dikekalkan.
Tindakan : Makluman
6.0 Perancangan Program Peningkatan Akademik 2012
6.1 Bagi perancangan program akademik tahun 2012, semua program yang
dilaksanakan pada tahun 2011 akan diteruskan dengan penambahbaikan. (Rujuk
Lampiran 1)
Tindakan : Makluman
7.0 Kelas Rancangan Khas(KRK).
7.1 Sasaran 100% A bagi semua matapelajaran ditetapkan bagi semua pelajar KRK.
Tindakan : Makluman
5
7.2 Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 KRK mempunyai masalah berkaitan
sikap. Guru-guru yang mengajar mereka dikehendaki memastikan pelajar-pelajar
berkenaan sentiasa bermotivasi. Kaunselor pula diminta merangka/melaksanakan
program kaunseling untuk meningkatkan self esteem dalam kalangan pelajar
tersebut.
Tindakan : Kaunselor dan Semua Guru Mata pelajaran KRK

8.0 Semakan Stok, Pelupusan dan Hapus Kira


8.1 Semua Ketua Panitia hendaklah menyemak stok dan menyenaraikan aset yang
hendak dilupuskan atau dihapus kira. Salinan senarai tersebut hendaklah diserahkan
kepada Encik Paramasivam.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

9.0 Semakan Tugas


9.1 Senarai semak akan dikeluarkan oleh Penolong Kanan, Puan Azizah bt Mat Cha.
Semua guru dikehendaki melengkapkannya dan menyerahkannya kepada Penolong
Kanan . Apa-apa bahan atau peralatan sekolah yang dipinjam hendaklah
dipulangkan kepada pihak sekolah sebelum cuti akhir tahun.
Tindakan : Makluman
10.0 Terima kasih dan penghargaan
10.1 Pengerusi selaku Pengetua SMK Raja Perempuan, Ipoh, mengucapkan terima
kasih kepada semua Ketua Panitia dan semua guru . Beliau menghargai segala
komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh semua guru untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan melaksanakan dengan jayanya semua
program yang dirancang. Beliau berharap sasaran Peperiksaan PMR, SPM dan
STPM 2011 akan tercapai.
Tindakan :
Makluman
11.0 Hal-hal lain
11.1 Untuk tujuan dokumentasi, Pelaporan Program Akademik 2011 setiap panitia boleh
dibuat penambahbaikan dengan menyatakan impak program secara kualitatif.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh

ASMAWATI BT RAZALLI RUSNANI BINTI SHARUDDIN, AMN


Setiausaha JKKS Pengerusi JKKS/
Pengetua, SMK Raja Perempuan, Ipoh

CERTIFIED TO ISO 9000:2008, CERT NO : AR 4501

Tarikh Keluaran No Keluaran No Pindaan


4 Jan 2010 01 00

6
Lampiran 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN


PROGRAM MEREALISASIKAN SASARAN AKADEMIK PMR, SPM & STPM 2011

BIL FASA PERTAMA (JANUARI HINGGA JUN 2011)


PROGRAM AKADEMIK
1 PROGRAM PEMBELAJARAN MASTERI DAN KONTEKSTUAL
2 PROGRAM ACCELERATED LEARNING BERDASARKAN BRAIN BASED THEORY
3 PROGRAM MICROSCALES SCIENCE (SCIENTIFIC SKILLS & THINKING SKILLS)
4 PROGRAM PENILAIAN KENDIRI SECARA BERTERUSAN MELALUI GRAF PRESTASI
5 PROGRAM SOLAR DAN SOLAF (JPN/PPD)
6 PROGRAM PERSEDIAAN PPT 2011
 Bengkel Construct dan ContentInstrumen Peperiksaan
 Program Pra-Ujian dan Pra Peperiksaan
 Construct Based Teaching & Drilling Berasaskan Block Time Table
 Penggunaan SP Chart
 Colour Coded Target (Mind Over Body)
 Program Rangsangan Cerdas Akademik Masa Cuti (PMR & SPM) – Pelajar Asrama
 Program Bimbingan Asrama (Tingkatan 5)
BIL FASA KEDUA (JULAI HINGGA OKTOBER 2011)
PROGRAM AKADEMIK
1 PROGRAM RBC (RANKING, BLOCK DAN CONSTRUCT)
2 PENDEKATAN NKRS + W (NEARMISS, KELOMPOK, RANKING, SP CHART + WARNA
3 PROGRAM TEKNIK ANALISIS DAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN AWAM
4 KELAS BIMBINGAN ASRAMA WAKTU PREP MALAM
5 PEP TALK (PROGRAM MOTIVASI BERDASARKAN HEADCOUNT)
6 PERKHEMAHAN AKADEMIK BAGI CALON-CALON PMR & SPM
 Sasaran 1 – Cemerlang (Kelas 3AV, 3AZ, 3BE dan 3BG)
 Sasaran 2 – Minimum C (Kelas 3CAM, 3DAH, 3 3EU dan 3 JAS)
 Sasaran 3 – Cemerlang (Kelas 5AV, 5AZ, 5BE dan 5BG)
 Sasaran 4 – Minimum D (Kelas 5CAM, 5DAH, 5GAR dan 5JAS)
7 30 MINUTES BACK TO BASIC DRILLING FOR MATHS 2 (PMR)
8 30 MINUTES DRILLING ON APPLICATION CONSTRUCT FOR SC 2
9 BENGKEL MATA PELAJARAN PMR, SPM & STPM PADA HARI SELASA, RABU DAN
KHAMIS (WAKTU PERJUMPAAN KOKURIKULUM)

You might also like