You are on page 1of 2

LAMPIRAN KAJIAN TINDAKAN : TEKNIK PASANG PUNCA

TEKNIK PASANG PUNCA (TEKNIK PP)

Berikut adalah perkara yang akan guru lakukan semasa memperkenalkan Teknik Pasang Punca
(Teknik PP) kepada pelajar:

Langkah 1 :

Guru menulis soalan berikut pada papan putih:

Sila lengkapkan jadual berikut :

Nombor Faktor

32

Langkah 2 :

Guru meminta seorang pelajar melabel perkataan Faktor pada soalan tersebut dengan perkataan
Punca / Sebab seperti contoh berikut :

Nombor Faktor ( Punca / Sebab)

32

Langkah 3 :

Guru perlu menjelaskan kepada pelajar bahawa label Punca / Sebab tersebut memberi
petunjuk kepada pelajar mengenai apa yang perlu disenaraikan dalam ruang yang
disediakan pada jadual. Punca / Sebab tersebut adalah merujuk kepada punca-punca yang
menyebabkan terhasilnya nombor 32. Ia mengingatkan pelajar untuk menyenaraikan mana-
mana nombor bulat secara berpasangan yang mana hasil darab antara keduanya adalah
bersamaan dengan 32. Guru perlu menegaskan bahawa senarai nombor tersebut mestilah
dimulakan dengan nombor 1 dan diakhiri dengan nombor itu sendiri pada hujung senarai. Simbol
anak panah boleh dilakarkan untuk menunjukkan nombor yang berpasangan (lihat contoh di
sebelah).
LAMPIRAN KAJIAN TINDAKAN : TEKNIK PASANG PUNCA

Nombor Faktor (Sebab / Punca)

1 32
32

Langkah 4 :

Pelajar perlu terus menyenaraikan pasangan-pasangan nombor yang mana hasil darab kedua-
duanya bersamaan dengan 32 sehingga kesemua pasangan nombor yang boleh didarabkan untuk
menghasilkan 32 telah disenaraikan. Pelajar boleh menggunakan anak panah seperti dalam jadual di
atas untuk menunjukkan nombor yang berpasangan seperti contoh berikut:

Nombor Faktor (Sebab / Punca)

1 2 4 8 16 32
32

Langkah 5:

Apabila semua nombor -nombor berkenaan telah disenaraikan, pelajar perlu memadamkan nombor
yang berulang dan lakaran anak panah yang digunakan. Sebaiknya pelajar menyusun nombor-
nombor yang disenaraikan dalam turutan menaik dan letakkan tanda koma di antara nombor-
nombor tersebut. Semua nombor-nombor yang disenaraikan merupakan faktor-faktor bagi 32.

You might also like