You are on page 1of 55

KURSUS SKAG 3103

GEOGRAFI EKONOMI DAN DASAR AWAM

PEMERINTAHAN/KERAJAAN, POLITIK
DAN
DASAR AWAM DI MALAYSIA
Oleh:
Dr. Junaidi Awang Besar
Program Geografi
Sekretariat Prasiswazah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: jab@ukm.edu.my
 Persekutuan Malaysia
mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi
berparlimen
 Dalam sistem pemerintahan ini,
terdapat 3 badan utama iaitu:-
pemerintah (eksekutif)
perundangan (legislatif)
kehakiman (judisial).

 Ketiga-tiga badan ini mempunyai


peranan & tugas masing2
 Struktur pentadbiran negara secara
umunya terbahagi kepada 2 peringkat
iaitu persekutuan & negeri.
 Badan ini sama ada di peringkat persekutuan
@ negeri mempunyai kuasa memerintah.
 Ia melaksanakan undang2 yang telah
diluluskan oleh badan perundangan.
 Badan Eksekutif:-
- peringkat Persekutuan
Jemaah Menteri
- Peringkat Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/EXCO.
 Fungsi badan perundangan:
menggubal
meminda
meluluskan undang2
 Terdapat 2 badan perundangan.
- peringkat Persekutuan
Parlimen
- peringkat Negeri
Dewan Undangan Negeri.
 Undang2 yang digubal oleh Parlimen @
Dewan Undangan Negeri perlu
mendapat perkenan:-
- Yang Dipertuan Agong
peringkat Persekutuan
- Sultan @ Yang Dipertuan Negeri
peringkat Negeri

 Menurut Perlembagaan Persekutuan,


tugas menggubal, meminda &
meluluskan undang2 boleh dilakukan
Jemaah Menteri (badan eksekutif)
atas nama Parlimen
 Peranan utama badan kehakiman
- menjaga keluhuran perlembagaan
- memelihara keseimbangan kuasa
antara badan eksekutif &
badan perundangan
 Peranan lain yang penting ialah:-
- menjaga keadilan
- mengawasi badan eksekutif supaya
tidak menyalahgunakan kuasa
menggubal, meminda & meluluskan
undang2 yang bertentangan
dengan perlembagaan
Badan Eksekutif

 Kuasa eksekutif tertinggi terletak di


tangan YDP Agong & baginda
merupakan ketua negara Malaysia
 Walaupun begitu, kuasa eksekutif
sebenarnya dijalankan oleh:-
Jemaah Menteri
mana2 Menteri yang diberi kuasa
oleh Jemaah Menteri
 Baginda tidak boleh didakwa di mana2 mahkamah
kecuali di Mahkamah Khas.

 Apabila seseorang Sultan dilantik menjadi


Yang Dipertuan Agong, baginda tidak boleh:
Menjalankan tugas2 Raja di negerinya
Memegang sebarang jawatan bergaji
Berniaga
Meninggalkan persekutuan selama lebih
15 hari pada satu ketika tanpa mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas
urusan rasmi negara.
 Yang Dipertuan Agong dipilih dari
kalangan Raja-Raja Melayu.
 Seseorang raja layak dipilih memegang
jawatan ini kecuali:
- Baginda masih remaja
- Baginda tidak mahu menjadi
Yang Dipertuan Agong
- Tidak @ keuzuran fizikal
 Ada sebab2 lain yang meyakinkan Ahli
Majlis dengan sokongan undi minimum 5
orang.
 YDP Agong boleh bertindak mengikut budi
bicara dalam 3 perkara:
 Melantik seorang PM
 Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
 Meminta diadakan mesyuarat
Majlis Raja-Raja bagi membincangkan
perkara2 berkenaan dengan:-
- keistimewaan
- kedudukan
- kemuliaan & kebesaran
Raja2 dan hal2 lain seperti yang
tersebut dalam Perlembagaan.
 Ditubuhkan pada tahun 1948
 Tujuan penubuhan:-
memperjuangkan kedaulatan Raja2
Melayu dari dihapuskan oleh British.
 Dianggotai oleh
- Raja2/Sultan dari 9 buah negeri
- YDP Negeri bagi Melaka,Pulau Pinang,
Sabah & Sarawak.
 Persidangan Majlis Raja-Raja diadakan
3 @ 4 kali setahun.
 Setiap persidangan mengambil masa
3 hari
Peranan Majlis Raja-Raja:-

 Memilih YDP Agong & Timbalan YDPA

 Mempersetujui @ tidak amalan dan upacara


keagamaan yang meliputi seluruh
Persekutuan

 Mempersetujui @ tidak undang2

 Memberi nasihat mengenai perlantikan yang


menurut perlembagaan serta memerlukan
persetujuan selepas berunding dengan MRR.
 Melantik anggota2 Mahkamah
Khas

 Memberi pengampunan,
menangguhkan @ meringankan
hukuman2
 Menimbangkan soal2 mengenai
dasar negara.
 Kabinet diketuai oleh seorang
Perdana Menteri & Menteri2 lain.
 JM terdiri daripada mereka yang
mewakili parti yang mendapat
majoriti dalam Parlimen.
 Pemilihan ditentukan melalui proses
pilihan raya.

 Dalam konteks pemerintahan


demokrasi, ahli2 kabinet @ JM inilah
membentuk badan kerajaan yang
memerintah
 Perlantikan PM sebagai ketua kabinet
dilantik oleh YDP Agong & PM dipilih
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat
yang dipercayai mendapat sokongan
majoriti ahli-ahli Dewan.
 Menteri2 lain dilantik dari kalangan
ahli - Dewan Rakyat
- Dewan Negara.

 Seorang menteri boleh mengetuai


satu @ lebih kementerian.

 Seseorang menteri yang dilantik


mengetuai sesuatu kementerian
bertanggungjawab menjalankan
tugas2 yang diberikan kepadanya
mengikut Akta Tugas2 Menteri.
 Peranan utama ahli kabinet termasuk
Perdana Menteri ialah:
- Menentukan dasar kerajaan &
memberikan arahan untuk
dilaksanakan oleh jentera
pentadbiran kerajaan di peringkat
persekutuan & negeri
- Bertindak sebagai badan
penasihat kepada YDP Agong.
 Di peringkat Persekutuan, kuasa badan
perundangan terletak pada Parlimen
yang terdiri daripada:
- YDP Agong
- 2 majlis Parlimen iaitu
(Dewan Rakyat & Dewan Negara)
 Parlimen mempunyai kuasa membuat
undang2.
 Walaupun YDP Agong merupakan
komponen Parlimen tetapi baginda
tidak terlibat dalam menggubal
undang2.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara


yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Dewan
Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya
pada 11 September 1959.

Berikut ialah peristiwa-peristiwa penting ke arah


pembentukan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
1867 1896
Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat Negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor,
ditubuhkan berikutan perpindahan Pahang dan Negeri Sembilan membentuk
pentadbiran Negeri-Negeri Selat (Pulau satu gabungan Negeri-Negeri Melayu
Pinang, Singapura dan Melaka) dari Syarikat Bersekutu. Perkembangan ini merintis jalan
India Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial. ke arah pembentukan satu sistem Kerajaan
Majlis merupakan institusi pertama di negara Persekutuan bagi seluruh negara seperti
yang mengadakan perbahasan dan yang ada sekarang. Badan Perundangan
perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen Pusat masih belum wujud dan setiap negeri
moden. bergantung kepada Dewan Undangan Negeri
masing-masing untuk membuat undang-
undang.
1909 1927
Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti
Council) bagi Negeri-Negeri Melayu menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Bersekutu dibentuk dengan pemusatan Tempat Raja-Raja digantikan dengan empat
kuasa perundangan mengikut asas-asas orang ahli tidak rasmi. Perubahan terus
Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 orang ahli berlaku melibatkan bilangan serta
yang dilantik termasuk Raja keempat-empat tanggungjawab ahli Majlis. Majlis merupakan
Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral satu-satunya badan yang dilantik
British, keempat-empat Residen British serta sepenuhnya sehingga meletusnya Perang
empat orang ahli tidak rasmi. Penubuhan Dunia Kedua pada Disember 1941.
Majlis ini merupakan satu langkah ke arah
pemerintahan sistem demokrasi berparlimen.
1942 1946
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) Sebuah Majlis Penasihat (Advisory Council)
menyebabkan terhalangnya perkembangan dibentuk dan dianggotai oleh 13 orang ahli
perlembagaan tetapi peristiwa itu telah melahirkan mewakili Negeri-Negeri Melayu dan dua buah
kesedaran politik dalam kalangan masyarakat. Negeri Selat - Melaka dan Pulau Pinang.British
cuba menyatukan ketiga-tiga sistem pentadbiran
(Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak
Bersekutu, Negeri Selat - Pulau Pinang dan
Melaka) melalui rancangan Kesatuan Malaya
{Malayan Union). Malayan Union ditentang hebat
terutama oleh orang-orang Melayu yang dipimpin
oleh Dato' Onn Jaafar, Yang Dipertua UMNO ketika
itu. Malayan Union ditentang kerana diyakini akan
menggugat kedaulatan Raja-Raja Melayu.
1948 1951
Penentangan terhadap Malayan Union menghasilkan Sistem Ahli (Member System) yang menjadi
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Melalui perintis kepada sistem kerajaan
perjanjian ini Majlis Penasihat digantikan dengan berkabinet/Jemaah Menteri seperti yang ada pada
Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative hari ini diperkenalkan. Dalam sistem ini ahli-ahli
Council) dengan jumlah ahli yang dilantik seramai 75 diberikan beberapa portfolio di bawah
orang (3 ahli ex-officio, 11 orang ahli dari Negeri- tanggungjawab mereka.
Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat, 11 orang
pegawai British dan seramai 50 orang ahli tidak rasmi).
Bual pertama kali Majlis Perundangan mempunyai
kelebihan dua pertiga bilangan suara ahli tidak rasmi.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan


satu langkah British untuk merangka dasar -dasar asas
kerajaan berparlimen.
1952 1953
Raja-Raja Melayu telah mengurniakan sebuah Cokmar Pesuruhjaya Tinggi berhenti mempengerusikan Majlis
kepada Majlis Perundangan Persekutuan. Cokmar dan tempat beliau digantikan dengan Yang di-Pertua
mempertingkatkan lagi status Majlis kerana Cokmar yang dilantik iaitu Dato' Sir Mahmud bin Mat.
merupakan satu lambang keagungan, kehormatan
sinonim dengan kebesaran sistem demokrasi
berparlimen.
1955 1956
Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Tanah
bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Melayu mengetuai satu misi ke London untuk menuntut
dibubarkan untuk membolehkan Kerajaan mengadakan kemerdekaan. Kerajaan British bersetuju supaya
pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih sebuah kerajaan sendiri yang bertanggungjawab
ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis Perundangan sepenuhnya dalam hal ehwal dalam negeri dimulakan
Persekutuan. dengan serta merta.

Dalam pilihan raya umum pada Julai 1955 Parti


Perikatan, gabungan UMNO, MCA dan MIC berjaya
memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah
dipertandingkan.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra dilantik sebagai Ketua


Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan beliau
membentuk Kabinet atau Jemaah Menteri Pertama
Tanah Melayu.Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih
melalui pilihan raya umum (menggantikan 50 orang ahli
tidak rasmi), 35 orang ahli yang dilantik mewakili
kepentingan-kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi
terdiri daripada Menteri Besar dan wakil-wakil negeri.
Ini ialah satu tanda kemajuan yang besar dalam
perkembangan sistem pentadbiran demokrasi
berparlimen tanah air.
1957 1959
Satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu telah digubal oleh Satu pilihan raya umum diadakan. Berikutan itu sistem
badan bebas terdiri daripada pakar undang-undang Parlimen dua Dewan yang mengandungi institusi Seri
beberapa buah negara Komanwel yang diketuai oleh Lord Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Reid. Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Majlis Dewan Rakyat dibentuk.
Perundangan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen
yang berpandukan model W estminster adalah yang terbaik
bagi negara ini.

YTM Tunku Abdul Rahm an Putra dilantik sebagai Perdana Menteri


yang pertam a dengan Jem aah Menteri seram ai 12 orang.

Pada 31 Ogos 1957 pengisytiharan kemerdekaan diadakan


di Stadium Merdeka. Majlis Perundangan Persekutuan
menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan
Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.

P em buk aan P art i m en P ert am a ol eh S eri P aduk a B a g i n d a Yang di P ert uan


A gong I, T uank u A bdul R ahm an i bni A I·Ma r hum T u a n k u Muham m ad di
D e wa n T unk u A bdul R ahm an . J al an A m pang

YT M T unk u A b d u l R ahm an P utra dengan J em aah


Mente ri P ertam a sel epas Merdek a
1959 1961
Mesyu arat Pe rtam a, Pe n g gal P ert am a, Parlim en Pertam a diadakan di Usul unt uk m enyatuk an Persekutuan T anah Mel ayu, S abah, S arawak d a n
De wa n T unk u A bd ul Ra hm an pa d a 1 1 S ept em ber 1959. Dewan Rakyat Singapura ol e h YTM Tunku Abdul Rahm an dil uluskan oleh Dewan Rakyat
de n g an 1 0 4 ora n g a hli ya ng di pilih rakyat m ula bers idang buat pertam a dan pada 18 Oktober 1961 pertem uan diadakan ant ara YTM Tunku dengan
kalinya p a d a h ari itu. De wa n Ne g ara yan g m eng a n dungi 38 orang ahli yang Perdana Ment eri Great Britain di London. K edua-dua pihak berset uj u
dila ntik ju g a be rsida n g p a da h ari ya ng s am a. Pada hari bers ejarah it u dengan cadangan penubuhan Malaysia.
be rm ulala h sistem pem erintah a n dem okrasi b erpa rlim en di t anah air yang
m erdeka.

Sidang Parlim on yang portam a berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahm an


pada 11 Septem ber 1959

1962 1963
Suruhanjaya Cobbol d di bawah pim pinan Lord Cobbol d dit ugaskan untuk Perjanji an Mal aysia ant ara Persek utuan T a na h Melayu, Unit ed Kingdom 01
m engkaji p e nd a p at rakyat S ab a h d a n Sara wak m engenai kem asukan negeri Great Brit ain d a n Ireland Utara, S abah da n S arawak t elah dicapai. Sem ua
terse b ut ke d alam Mal aysi a. S eb a h agi a n b es ar rakyat n eg eri berkenaan pihak berset uju dengan t erm a Malaysia A greem ent . Dewan
be rset uju de n g an ko nse p Mal aysi a d an P en yat a Suruhanj aya Cobbold Undangan S abah, Sarawak dan Singapura m elulus kan res olusi yan g
diterim a. m em bolehk an penubuhan Malaysia. P engisyti haran Mal aysia di adak an p a d a
16 S eptem ber 1963.Dewan Rakyat ketik a itu m em punyai 1 5 9 orang ahli
iaitu
104 orang d ari Tanah Mel ayu, 16 orang d ari Sabah,2 4 orang dari Sarawak
dan 15 orang dari Singapura m anakal a D e wan Negara pul a m em punyai 5 0
orang ahli iait u 2 8 orang m ewakili 1 4 Dewan Undangan Negeri d a n 22 ora n g
dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
1963
Seri Paduka Baginda Yang d;-Pertuan Agong III merasmikan
pembukaan bangunan Parlimen berhampiran Tasik Perdana
pada 2 November 1963.Parlimen pertama dibubarkan pada
1 Mac 1964 dan pilihan raya umum diadakan pada 25
Aprill1964.Bilangan kerusi Dewan Rakyat terus bertambah
hingga kepada 222 kerusi pada Parlimen yang ke-12.
Dewan Rakyat Malaysia
Jadual 1: Keputusan Parlimen PRU 2008 dan PRU 2013.

Negeri Jumlah Kerusi BN PAS PKR DAP

PRU PRU PRU PRU PRU PRU PRU PRU PRU PRU
2008 2013 2008 2013 2008 2013 2008 2013 2008 2013
Perlis 3 3 3 3 0 0 0 0 0 0
Kedah 15 15 4 10 6 1 5 4 0 0
Kelantan 14 14 2 5 9 9 3 0 0 0
Terengganu 8 8 7 4 1 4 0 0 0 0

Pulau Pinang 13 13 2 3 0 0 4 3 7 7

Perak 24 24 13 12 2 2 3 3 6 7
Pahang 14 14 12 10 0 1 2 2 0 1
Selangor 22 22 5 5 4 4 9 9 4 4
W.P. Kuala
11 11 1 2 1 0 4 4 5 5
Lumpur

W.P. Putrajaya 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0

Negeri
8 8 5 5 0 0 1 1 2 2
Sembilan
Melaka 6 6 5 4 0 0 0 1 1 1
Johor 26 26 25 21 0 0 0 1 1 4

W.P. Labuan 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0

Sabah 25 25 24 22 0 0 0 1 1 2
Sarawak 31 31 30 25 0 0 0 1 1 5
Jumlah 222 222 140 133 23 21 31 30 28 38
Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan
dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang
perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan
diraja.
Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen
dan Ahli Yang Berhormat.
Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili
satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai
melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama
lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
1. Warga negara Malaysia
2. Tidak kurang dari 21 tahun
3. Waras fikiran
4. Bukan seorang muflis
5. Tidak mempunyai rekod jenayah
6. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat
dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli
dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan
taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan Perlembagaan.
Tugas
Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari
tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.

Pembubaran
Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri
melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu. Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi
bicara Yang di-Pertuan Agong.
Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal
ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli
dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan.
Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang
menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.
Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang
memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang
mentadbir negara ini.
Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk
menganggotai Jemaah Menteri.Badan eksekutif ini berperanan membawa atau
mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.
Hak istimewa
Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu
perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan; satu-satunya badan yang boleh
mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan
Kebebasan.
Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat
sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut
dibenarkan bersuara.
Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar
dewan.
Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13
Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang
secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi.
Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang
berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4
Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.
Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan
penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri
Proses menggubal undang-undang
Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya
terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan
dibantu oleh Jabatan Peguam Negara.
Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan
dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri.
Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-
agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.
1.Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
2.Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
3.Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu
undian ke atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk


diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majoriti dua pertiga adalah diperlukan,
seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan.
Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke
Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi.
Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang.
Walaubagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya
selama sebulan dan kadang-kadang setahun.
Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan
Negara.
Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari.
Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke
parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan.
Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan
pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika
rang undang-undang itu diluluskan semula.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan
diraja.
Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan
sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan
berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.
Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang
akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang
beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima
salinan tersebut.
Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang
sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen.
Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga
bacaan pada hari yang sama.
Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas
Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan
sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971.
Rang Undang-undang Persendirian
Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu
dibawa oleh pihak kerajaan.
Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undang-undang
Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-
undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering
menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli
parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang.
Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti
daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang
ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian.
Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-
undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan
rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan
Rakyat terlebih dahulu
Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil
pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering
dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa
hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang
melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua
dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu
oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi
timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan
Rakyat yang lain.
Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat.
Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan
tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan
perjalanan persidangan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri
Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional.
Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak
mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah.
Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin
Tuanku Jaafar(Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald
Kiandee(Beluran-BN).
Kedudukan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)

Tahun Kerajaan* Pembangkang


Jumlah
No. Pilihan %
Bil. Kerusi % Kerusi % Undi Bil. Kerusi % Kerusi Kerusi
raya Undi
1 1959** 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3 104
2 1964** 89 85.58 58.5 15 14.42 41.5 104
3 1969 95 66.00 49.3 49 34.00 50.7 144
4 1974 135 87.66 60.7 19 12.34 39.3 154
5 1978 130 84.42 57.2 24 15.58 42.8 154
6 1982 132 85.71 60.5 22 14.29 39.5 154
7 1986 148 83.62 55.8 29 16.38 41.5 177
8 1990 127 70.55 53.4 53 29.45 46.6 180
9 1995 162 84.38 65.2 30 15.62 34.8 192
10 1999 148 76.68 56.5 45 23.32 43.5 193
11 2004 198 90.41 63.9 21 9.59 36.1 219
12 2008 140 63.1 50.27 82 36.9 46.75 222
13 2013 133 89 222
 Badan kehakiman terletak di mahkamah.

 Peranan badan kehakiman ialah menjaga


keadilan semua pihak tanpa mengira
kedudukan, keistimewaan, warna kulit,
fahaman politik, agama, besar @ kecil
organisasi atau pun pengaruhnya.

 Ia merupakan satu badan yang bebas.


 Mahkamah mempunyai 4 bidang
kuasa yang besar iaitu:

- mentafsirkan perlembagaan
- mentafsir sesuatu undang2
- mengisytiharkan sesuatu
undang-undang2 bertulis
persekutuan @ negeri
sebagai tidak sah
- Kuasa mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan sebagai tidak
sah di sisi undang-undang
 Sistem mahkamah di Malaysia secara
umumnya boleh dibahagikan kepada
3 peringkat iaitu Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Rendah.
 Terdapat 9 jenis mahkamah iaitu:
- Mahkamah Agung
- Mahkamah Tinggi
- Mahkamah Sesyen
- Mahkamah Majistret
- Mahkamah Penghulu
- Mahkamah Anak Negeri/Daerah
- Mahkamah Juvana
- Mahkamah Syariah
- Mahkamah Perusahaan
Badan Eksekutif

 Fungsi Badan eksekutif di peringkat


Persekutuan/Negeri:-
bertanggungjawab memerintah
negeri/negara.

 Terdiri daripada Raja/Sultan @


YDP Negeri & Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
 Gelaran Sultan
Ketua Negeri bagi Negeri Beraja seperti Selangor, Perak,
Pahang, Kelantan, Kedah & Terengganu.
 Gelaran Yang Dipertuan Besar
Ketua Negeri bagi Negeri sembilan.

 Gelaran Raja
Ketua Negeri bagi Perlis.

 Gelaran Yang Dipertua Negeri


Ketua Negeri bagi Negeri tidak beraja seperti Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak

 Raja/Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan


bertindak berdasarkan prinsip menurut nasihat dari
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 Begitu juga YDP Negeri dimana ia turut bertindak atas


prinsip menurut nasihat.
Raja/Sultan berkuasa memutuskan UU
mengikut budi bicara baginda dalam perkara:
 Melantik Menteri Besar
 Tidak memperkenankan permintaan untuk
pembubaran DUN
 Meminta supaya diadakan satu mesyuarat
MRR semata-mata membincangkan:-
- keistimewaan
- kedudukan
- kemuliaan
- kebesaran
Raja-Raja @ mengenai amalan @
upacara agama Islam
 Fungsi Raja/Sultan:-
- ketua agama Islam
- ketua adat istiadat Melayu
- melantik waris @ permaisuri,
Pemangku Raja atau Jemaah
Pemangku Raja
- melantik orang menyandang pangkat,
gelaran, kemuliaan & kebesaran
di sisi adat Melayu dan menetapkan
tugas2 yang berkenaan
- membuat peraturan mengenai balai
diraja dan istana
Kabinet Negeri

 MMKN menyerupai Jemaah


Menteri di peringkat
persekutuan.
 Ia boleh dianggap sebagai
kabinet negeri.
 Negeri2 Melayu beraja
- diketuai oleh Menteri Besar
 Negeri Melayu tidak beraja
- diketuai oleh Ketua Menteri
 Sebagai badan yang memerintah,
MMKN bertanggungjawab:

- Membentuk dasar-dasar kerajaan


negeri & melaksanakan dasar-dasar
tersebut.

- Menasihati Raja @ yang Dipertua


Negeri masing-masing.
Dewan Undangan negeri
 Badan perundangan negeri terletak pada
Dewan Undangan Negeri (DUN).
 Dewan ini menyerupai Parlimen di
peringkat persekutuan
 Setiap negeri mempunyai satu dewan
sahaja berbanding dengan Parlimen yang
mempunyai 2 dewan iaitu:-
- Dewan Rakyat & Dewan Negara.
 Dewan Undangan Negeri berfungsi:-
- mendengar, membahas & menggubal
UU negeri untuk diterimapakai di
peringkat negeri masing2.
 Keanggotaan dewan ini terdiri daripada
Raja/Sultan/YDP Negeri & sebilangan Ahli
Dewan Undangan Negeri (DUN).
 Ahli DUN dipilih melalui pilihan raya.
 DUN ini juga dianggotai oleh 3 orang ahli
yang dilantik oleh kerajaan negeri.
 Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,
Penasihat Undang2 Negeri & Pegawai
Kewangan Negeri. Pembentangan,
pembahasan & kelulusan undang2 hanya
dibuat oleh ahli DUN sahaja.
 Sistem pemerintahan & pentadbiran negara
terbahagi kepada beberapa peringkat:-
- bahagian (Residen)
- daerah (Pegawai Daerah)
- mukim (Penghulu/Ketua
Anak Negeri/Pegawai
Perkhidmatan Tadbir)
- kampung (Ketua Kampung/
Penghulu)
PEMBENTUKAN DASAR AWAM DI MALAYSIA

Yg Dipertuan Agong/Sultan

Mereka yg berpengaruh dan berkuasa/politician
(Penentuan dan penggubalan dasar)
↓↑
Gol Profesional dan Pentadbir

Perlaksanaan Dasar

(Masalah awam) ↔ RAKYAT BERBILANG KAUM ↔ (Strata dlm masy majmuk)
ALIRAN PROSES PELAKSANAAN DASAR AWAM

Kabinet

J/K Perancangan Pembangunan Negara

Kumpulan Perancangan antara Agensi

Perbendaharaan ↔ Unit Perancangan Ekonomi ↔ Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

Jawatankuasa Tindakan Negeri

Jawatankuasa Tindakan Daerah

Jawatankuasa Pembangunan Daerah
PERKAITAN ANTARA DASAR AWAM DENGAN POLITIK

-Dasar awam merupakan kprsn yg dibuat melalui sistem politik


-ia boleh dilihat melalui aspek tuntutan dan sokongan:
a) Tuntutan bermaksud kemahuan rakyat dan kemahuan pertubuhan utk
mencapai perkara2 yg berkaitan dgn kebajikan masy, pengajian tinggi,
penyertaan dlm politik dsb.
b) sokongan pula ialah maksud sokongan yg diberi oleh rakyat.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerajaan mesti menghsilkan
suatu kptsn pada tiap2 tuntutan yg dilakukan oleh rakyat.
Kerajaan mesti menimbangkan tuntutan yg mana perlu diberikan
keutamaan.
-Ada 3 proses dasar awam dibentuk iaitu saluran politik (arahan kabinet/
anggota parti politik berkenaan); proses pentadbiran (pemerintahan); dan
politik dan pentadbiran.
PERKAITAN ANTARA RAKYAT, KERAJAAN DAN DASAR

-bagi melihat perkaitan antara rakyat, kerajaan dan dasar, perlu dilihat
kpd penggubalan dasar yg boleh dilihat kpd 2 aspek
a) setiap dasar berpunca drpd masy itu sendiri sama ada berfungsi utk
menyelesaikan masalah, memenuhi tuntutan masy utk membangunkan
masy dsb
b) kerajaanlah yg bertanggungjawab dlm pembentukan dasar2 sesebuah
negara. Ini berikutan dgn autoriti yg mereka miliki dari segi penggubalan
dasar dan perlaksanaan yg telah dibentuk. Jika mendatang kesan yg
tidak baik maka risikonya akan jatuh ke bahu kerajaan yg perlu memikul
tanggungjawab dlm mengatasi kejadian tsb
-keberkesanan kerajaan dlm meimplimentasi dasar adalah bergantung kpd
kebolehan dari awal dan membuat perancangan yg teliti bagi
menyelesaikan masalah2 awam serta konflik antara kerajaan dgn rakyat
HUBUNGAN ANTARA POLITIK DENGAN DASAR AWAM

- Dasar sesebuah negara/negeri dirancang dan dibentuk oleh pemimpin


politik dan diimplimentasi/dillaksanakan oleh penjawat awam
-Pemimpin parti politik menampilkan manifesto/janji pilihan raya, setelah
mereka menang dan menguasai Kerajaan maka mereka akan berusaha
melaksanakan janji mereka berdasarkan kemampuan/kedudukan
kewangan Kerajaan yg dikuasai; kemantapan dan persediaan
jentera pelaksana; dan faktor persekitaran dan isu semasa
-Pemimpin politik yg menguasai Kerajaan akan memperkenalkan
seterusnya mewar-warkan dasar populis mereka (seperti MES di Selangor
dan 1 Malaysia di peringkat Persekutuan) agar rakyat terus menyokong
parti mereka utk survival/mileage kuasa politik mereka pada pilihan raya
akan datang
-Konflik kepentingan akan berlaku jika pegangan politik di Peringkat
Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak sehaluan
Cth: Kerajaan Persekutuan/BN menubuhkan Jabatan Pembangunan
Persekutuan (JPP) melalui agensi2 Kerajaan Persekutuan dan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan
(JKKP) di Negeri2 yg dikuasai parti pembangkang

You might also like