You are on page 1of 21

1 Muhammad Suhaimi bin Musa

KAIB2011
Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV
Universitas Mulawarman, Kalimantan Timur,Indonesia, 26-27 Oktober, 2011

Prinsip Islam Di Dalam Ruang Kediaman Muslim

Oleh

Muhammad Suhaimi bin Musaa,


Assoc. Prof. Dr. Anuar Talibb,
Assoc. Prof. Dr Mohd Dani bin Mohamadc
a
FSPU, UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
b
FSPU, UiTM Shah Alam, 45450 Shah Alam, Selangor
c
CITU, UiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor

Abstrak

Ruang kediaman bagi Muslim adalah refleksi keperabadian Muslim dan masyarakatnya. Kediaman yang bersih dan
teratur mencerminkan keutuhan keperibadian, adab dan tingkahlaku penghuninya terhadap Tuhannya. Ini telah
dibuktikan oleh rekabentuk kediaman di awal Islam (bermula tahun pertama Hijrah) terdahulu bahawa unsur-unsur
fizikal (lantai, dinding, siling, pintu, tingkap dan sebagainya) dan spiritual (adab dan tingkahlaku, kepercayaan,
ibadat) di dalam rekabentuk kediaman Muslim saling memerlukan. Pengalaman dan rujukan di dalam rekabentuk
kediaman terdahulu adalah rujukan penting kepada rekabentuk kediaman Muslim pada hari ini. Tafsiran kediaman
Barat yang berasaskan manusia sebagai intipati rekabentuk (human centered) merangkumi aspek fungsional dan
estetika semata-mata harus disangkal. Aspek spriritual (tauhid) yang mendominasi rekabentuk kediaman Islam di
pandang sebelah mata. Akibatnya rekabentuk kediaman hari ini menjadi amat ringkas, lesu tanpa jiwa kerana
pengabaian terhadap elemen spritual dan ketauhidan ini. Rekabentuk Islam yang berasaskan Tauhid dan ketuhanan
dikatakan hanya berlaku di rumah Ibadat seperti Masjid, Madrasah dan Istana sahaja. Kertas kerja ini akan
membincangkan keperluan elemen-elemen rekabentuk ini untuk pembentukan peribadi keluarga Muslim. Elemen
rekabentuk seperti lantai, dinding dan siling beserta elemen- elemen pintu, tingkap , siling, bilik dan lain-lain
dikupas berdasarkan adab islami dan keperluan shariah. Antara persoalan yang akan di bincangkan ialah isu privasi,
aurat, isu kejiranan, tandas, laluan, keselesaan yang mempunyai hubungkait dengan pembentukan keperibadian
Muslim di dalam kediaman Muslim tradisional lampau dan kediaman moden pada hari ini. Kertas kerja ini di harap
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan elemen – elemen rekabentuk kediaman di dalam
pembangunan akhlak Muslim pada generasi hari ini.

Kata kunci: Konsep Kediaman, Ruang, tradisional,Muslim

Corresponding author. Tel.:+60194265678; fax: +6053742244


E-mail address: suhaimi245@perak.uitm.edu.my

1
2 Muhammad Suhaimi bin Musa

1. PENGENALAN

Produk kediaman menurut Islam merupakan satu keperluan kepada masyarakat Islam di dalam membantu
pembangunan keluarga agar menjadi seorang Individu Muslim yang menepati kehendak dan karaktor yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T. Persoalan yang timbul adakah perumahan yang disediakan pada hari ini menepati
kehendak dan keperluan ke arah itu?. Dengan kehadiran banyak produk-produk lain seperti di dalam bidang
perbankan dan sebagainya, produk perumahan sewajarnya juga harus menepati keperluan ummah masakini.
Kewajiban menyediakan ruang kediaman yang menepati kehendak shariah merangkumi keseluruhan strata hirarki
masyarakat Muslim. Perbezaan fungsi kediaman samada sebuah istana atau sebuah pondok kecil tidak membataskan
kewajiban untuk memenuhi keperluan shariah di dalamnya. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas prinsip-
prinsip Islam yang sepatutnya wujud di dalam rekabentuk rumah moden pada hari ini ini (yang mengikut acuan
Barat). Dua kajian kes yang mempunyai latarbelakang fungsi, tempat, dan budaya yang berbeza dirujuk bagi melihat
kewujudan prinsip Islam di dalam ruang kediaman tradisional di Alam Melayu yang sepatutnya di kekalkan.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Di dalam membicarakan ruang kediaman Islam, kita harus memahami sistem sosial muslim secara umum sebelum
membicarakanya secara terperinci. Sistem perbandaran Islam berlandaskan sistem kemasyarakatan Islam yang
berlandaskan Shariah sebagai undang-undang kehidupan Muslim. Masyarakat Islam tradisional menjalani
kehidupan mereka dengan asas shariah dan ketauhidan sebagaimana di tentukan oleh Al Qur’an dan As-sunnah.

Traditional Islam defends the Shari'ah completely as the Divine Law as it has been understood and
interpreted over the centuries and as it has been crystallized in the classical schools (madhahib) of
Law. Moreover, it accepts the possibility of giving fresh views on the basis of legal principles (ijtihad),
as well as making use of other means of applying the Law to newly-created situations, but always
according to such traditional legal principles as qiyas, ijma' and istihsan. Moreover, for traditional
Islam, all morality is derived from the Quran and Hadith and, in a more concrete manner, from the
Shari'ah. (Nasr, 1987)

Seorang Muslim yang harus menjalani kehidupan berdasarkan keperluan syariah yang bersandarkan Al Qur’an dan
Hadith memerlukan persekitaran dan ruang lingkup fizikal Islam yang juga harus memenuhi kriteria syariah. Maka
kerangka sosial Muslim (ibadat dan muamalat) dan kerangka fizikal (perbandaran Islam, kediaman) adalah saling
memerlukan. Nasr (1987) menjelaskan

As far as social life is concerned, the traditional perspective insists upon Shari'ite institutions and
units, such as the family, the village and local urban quarters, and generally upon a social fabric
based on the bonds created by religion.

Pembentukan kediaman Islam adalah berdasarkan kepada dua mekanisme iaitu undang-undang Islam (dikenali juga
sebagai undang-undang syariah) dan keadaan dan persekitaran setempat dikenali sebagai Urf ( ‫)عععرف‬. Urf
menjadikan rekabentuk ruang perlu ditafsir berdasarkan keperluan dan budaya setempat selagi ia memenuhi
kehendak Islam (Mortada,2003). Adat dan budaya setempat membuatkan rekabentuk kediaman Muslim berbeza dari
segi rupa tetapi selari dari segi prinsip. Ini telah terbukti melalui rekabentuk rumah tradisional Muslim samada di
negara Arab, Malaysia atau Indonesia.

3. DEFINISI RUMAH MUSLIM

Menurut Hakim(1986) dan Josef W. Meri (2006), terdapat dua perkataaan yang kebiasaanya dirujuk untuk rumah
atau kediaman di dalam bahasa Arab iaitu pertama ‘Dar’ yang berasal dari perkataan dar-a bermaksud mengelilingi
( to surround, an enclosure), kebiasaannya dirujuk kepada rumah yang besar seperti istana, banglo. Manakala
kedua ; bayt bermaksud tempat berlindung yang tertutup (a cover shelter). Ia berasal dari perkataan ba-ta bermaksud
tempat meluangkan masa untuk semalaman (to spend the night) merujuk kepada rumah yang kecil , pangsapuri atau
bilik.

2
3 Muhammad Suhaimi bin Musa

Manakala di dalam Encyclopaedia of the Qur’an menyatakan terdapat empat perkataan Arab yang merujuk kepada
rumah di dalam Al- Quran iaitu bayt (pl. buyūt), dār (pl. diyār), sakan dan ghurfa. Manakala terdapat tiga perkataan
terbitan daripada perkataan asal iaitu ma_wā, “shelter, refuge,” (from awā), mathwā, “dwelling” (daripada thawā),
dan maskin, “dwelling” (daripada sakana). Perkataan-perkataan ini telah di sebut sebanyak 164 kali di dalam al
Qur’an kebanyakkannya di dalam surah-surah ‘Madaniyyah manakala satu per tiga lagi di turunkan di surah-surah
Makiyah. Sebagai tambahan terdapat beberapa perkataan yang lain di rujuk kepada istana iaitu (sarh dan qasr, pl.
qusur). Perkataan lain yang masih merujuk kepada tempat tinggal ialah kata kerja bawwa’a,bermaksud “to provide
accommodations” dan mustaqarr, “tempat berehat” atau “tempat tinggal.” Perkataan Manzil, walaupun bermaksud
‘rumah’ tiada dinyatakan di dalam al qur’an . Hanya kata gandanya sahaja iaitu [manazil] muncul dua kali iaitu
merujuk kepada bulan (McAuliffe, 2001).

Di dalam Dictionary Of Architecture And Building Construction (Nikolas, 2008) rumah di maksudkan sebagai
tempat penginapan (dwelling) yang berdiri bebas (free standing) dengan ruang tempat tinggal untuk satu unit
keluarga.

Pandangan Yusof Qardawi (1997) iaitu tempat kediaman bagi muslim ialah tempat di mana muslim wajib
mempertahankan dirinya dari elemen-elemen luar dimana dia akan merasa bebas dari kekangan serta tekanan dari
masyarakat sekeliling. Maka rumah harus mempunyai elemen yang menyenangkan dan merehatkan diri. Ini
bertepatan dengan firman Allah

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu
rumah-rumah (kemah-kemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa) nya di
waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu domba, bulu unta dan
bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). (Al-
Nahl: 80)

Merujuk kepada ayat di atas Yusof Ali (1999) pada nota kaki menyatakan terdapat tiga kualiti pada umat manusia
yang perlu di gunakan bagi membentuk rumah yang yang baik serta di redai Allah iaitu elemen sosial (hubungan
sesama manusia), intelektual (penggunaan teknologi) dan spiritual (hubungan dengan Allah). Rumah harus
berobjektif untuk menggalakkan proses keimanan agar muslim mampu mencapai peringkat tertinggi di dalam
hubungan mereka dengan Allah. Malah pandangan barat terhadap terhadap kepentingan rumah yang baik
rekabentuknya selari dengan kehendak agama Islam. Byran (2001) menyatakan gabungan diantara struktur,
persekitaran dan objek adalah medium komunikasi yang akan mempengaruhi penghuni di dalamnya. Maka jurureka
atau akitek wajar memanupulasikan tiga faktor tersebut di dalam merekabentuk rumah orang Muslim.

Fungsi rumah selaku pusat aktiviti keluarga wajar memenuhi keperluan jasmani dan rohani (Shirly, 2004). Maka
wajar rumah itu dibangunkan selaras dengan kehendak shariah. Kesimpulannya kediaman di dalam Islam perlu
mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan ajaran Islam iaitu
1. Tempat untuk membangunkan keluarga, membentuk peribadi Muslim yang sejati ke atas anak-anak dan
ahli keluarga.
2. Ruang menenangkan hati, jiwa dan merehatkan diri
3. Ruang yang terasing dari dunia luar
4. Ruang latihan untuk bersosial berlandaskan kehendak adab-adab Islam.
5. Ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah agar mencapai tahap tertinggi keimanan.
6. Penggunaan teknologi dan teknik terkini bersesuaian dengan keadaan semasa selagi ia dapat membantu
mencapai tahap keselesaan lantas meningkatkan hubungan dengan Allah.

4. ASAS REKABENTUK KEDIAMAN DI DALAM ISLAM

Untuk mencapai kriteria rekabentuk maksimum kediaman di dalam Islam, asas berikut harus di fahami oleh
jurureka, akitek dan mereka yang terbabit di dalam proses rekabentuk kediaman Muslim.

A. Konsep Hubungan

i. Individu

3
4 Muhammad Suhaimi bin Musa

Individu wajar dibenarkan untuk mempunyai masa dan ruang peribadi untuk melakukan perkara-perkara yang di
sukai, keperluan untuk beribadat dan melakukan rutin harian yang lain. Di antara contoh aktiviti peribadi yang
memerlukan ruang ialah ruang untuk bersolat, belajar, membaca Al Qur’an, membuat kerja-kerja peribadi dan
sebagainya.

ii. Keluarga
Hubungan keluarga bagi masyarakat Islam terutamanya di antara kedua orang tua dengan anak adalah amat berbeza
dengan sistem kekeluargaan barat. Tanggungjawab anak terhadap orang tuan tidak akan terputus walaupun beliau
berhijrah kerana mencari rezeki atau berkahwin berbeza dengan masyarakat barat yang kebanyakkan memeutuskan
hubungan mereka dengan kedua orang tua lantas menjadi seperti orang asing. Hubungan ini bukan terhad kepada
kedua orang tua sahaja malah turut dituntut kepada ahli keluarga dan kaum kerabat yang lain dari ushul (ke atas)
sampai furu’ (ke bawah). Maka ke atas mereka (datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, anak-anak mereka)
terdapat tanggungjawab yang wajib di penuhi kerana mereka adalah ahli keluarga (arham). Tanggungjawab tersebut
adalah seperti ziarah- menziarahi, berkasih sayang, berbuat baik dan memelihara hubungan (Yusof Qardawi, 2005)
Firman Allah SWT :

Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan
orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridaan
Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung. (Ar Rum:38)

"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknnya." (Al Isra': 26)

a. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


Tanggungjawab anak-anak anak-anak diwajibkan menjaga hubungan mereka dengan ibubapa terutamanya
apabila kedua-duanya sudah tua dan jatuh sakit. Maka, untuk menjalankan tanggungjawab ini, keperluan
menyediakan ruang yang bersesuaian seperti tempat mandi orang sakit, ruang sirkulasi untuk orang yang tidak
berupaya (handicapt), ruang untuk beribadat amat diperlukan.

b. Penambahan ahli keluarga


Penambahan ahli keluarga wajar di beri perhatian. Pertambahan ahli keluarga bukan sahaja hanya pada
pertambahan anak tetapi kehadiran menantu, kedatangan ibubapa yang akan tinggal bersama. Pembantu rumah
juga adalah sebahagian daripada faktor pertambahan yang perlu diberi perhatian.

c. Hubungan sesama anak lelaki dan perempuan


Anak lelaki dan anak perempuan wajib di pisahkan tempat tidur apabila mencapai umur 10 tahun.

d. Kehadiran ahli keluarga yang telah berkahwin


Walaupun berkahwin, tanggungjawab anak lelaki kepada kedua orang tuanya adalah berterusan. Islam
menggalakkan anak-anak yang tidak tinggal bersama samada bujang atau telah berkahwin untuk pulang
menziarahi kedua ibubapa dengan membawa ahli keluarga masing-masing. Ruang kediaman harus mampu
menampung kehadiran tetamu-tamu ini terutamanya ketika hari- hari penting seperti cuti am dan musim
perayaan. Ini amat berbeza dengan sistem kekeluargaan barat yang terputus hubungan mereka apabila mereka
telah dewasa dan berkahwin.

iii. Kejiranan
Faktor kejiranan merupakan pengaruh utama senibina Islam (Hakim,2001). Ini adalah kerana tanggungjawab
Muslim untuk menjaga hubungan jiran sekelilingnya. Antara amalan yang di tuntut oleh Islam ialah memilih jiran
yang salih , menyukai segala kebaikan yang terdapat pada jiran, menjaga hubungan dengan jiran baik dari ucapan
atau perbuatan, berbuat baik pada jiran, bersabar dengan gangguan dari jiran dan menunaikan hak seorang muslim
terhadap muslim yang lain seperti memuliakan tetamu, menziarahi terutamanya apabila jiran menerima musibah,
sakit, berlaku kematian, menerima jemputan dan sebagainya (A Aziz Fathi, 2000). Jiran di tafsirkan sebagai mereka
yang berada didalam lingkungan 40 buah rumah dari semua sudut (Hughes,1885).

Menurut Hadith oleh Malik ibn Anas iaitu “La Dharar wa la Dhirar” bermaksud tidak menyakiti dan tidak disakiti
meletakkan syarat kepada pembinaan, pengubahsuaian atau perkara-perkara seumpamanya perlu menghormati jiran

4
5 Muhammad Suhaimi bin Musa

sebagai mana kita mahu jiran kita menghormati kita. Maka berikut adalah perkara yang perlu di beri perhatian
(Ismawi Zen,2009).
1. Menghormati hartabenda orang lain terutamanya jiran
2. Elakkan daripada membuat kerosakan ke atas hartabenda dan hak jiran
3. Elakkan daripada mengambil kesempatan terhadap harta benda jiran

Konsep “La Dharar wa la Dhirar”merupakan asas rekabentuk yang di aplikasikan di bandar-bandar tradisional
Islam. Rekabentuk bandar tradisonal Islam yang kebanyakkannya berbentuk ‘cluster’ dengan ciri-ciri susun atur
bandar (urban setting). Ciri utamanya iaitu dinding rumah yang berkongsi, adalah bersesuaian dengan perumahan
moden di Malaysia. Rekabentuk rumah Melayu yang freestanding atau binaan bebas mempunyai konsep rekabentuk
yang agak berbeza dengan perumahan hari ini seperti rumah teres dan apartment. Maka sistem perumahan
perbandaran di awal Islam adalah rujukan terbaik jika diadun bersama dengan senibina vernacular tempatan iaitu
rumah tradisional Melayu. Menurut Azab (2008)

“The principle la darar wa la dirar occupies a broad chapter in Islamic building law, and upon it are built
innumerable rulings. It has influenced the procedure of building in Islamic cities

B. Konsep Ruang

Beberapa ciri keruangan yang perlu difahami dan diikuti oleh Muslim bagi menghasilkan rumah yang mempunyai
ciri-ciri islami. Berdasarkan Al Qur’an dan Hadith beberapa ciri-ciri ruang yang perlu di ikuti:

i. Memenuhi keperluan Ibadah


Ruang yang disediakan harus memenuhi keperluan dan kehendak aktiviti seorang muslim. Keperluan bukan sahaja
tertakluk kepada ibadat khusus semata-mata tetapi juga ibadat-ibadat lain seperti belajar, adab dan etika makan, adab
di dalam tandas, adab meraikan tetamu, keselesaan dan sebagainya. Ruang-ruang yang disediakan seharusnya
berupanya memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti ini. Marzukhi (2007) menyatakan terdapat 14 adab di dalam rumah
iaitu adab tidur, adab tandas, adab makan, adab makan, adab pakai kasut, adab mata, adab telinga, adab masjid ,
adab rumah, adab duduk, mengadap qiblat, mulakan dengan kanan, menghormati tetamu, adab menjadi tetamu,
larangan percampuran lelaki dan perempuan sebagai adab yang akan mempengaruhi perletakkan ruang. Keperluan
untuk beribadat menjadikan penentuan arah Qiblat adalah menjadi suatu keutamaan kerana ia mempengaruhi
orientasi rumah, arah pintu masuk, perletakkan ruang bersolat, ruang tidur (katil atau tilam), ruang tandas dan ruang
meletakkan mayat apabila berlaku kematian.

ii. Saiz ruang


Saiz ruang perlu merujuk kepada adab-adab dan keperluan ruang. Saiz dan ukuran harus merujuk aktiviti dan
keperluan ibadah yang berlaku di dalamnya. Saiz ruang serta bilik pada rumah moden hari ini berpandukan
keperluan barat mengabaikan keperluan ibadat. Tiada panduan khusus untuk antropometrik dan ergonomik Islam
yang boleh dirujuk oleh jurureka dan akitek Islam. Contoh saiz bilik tidur dan ruang tamu perlu mengambilkira
ruang bersolat , sekurang-kurangnya cukup untuk bersolat berjemaah.

iii. Susun atur Ruang


a. Fleksible
Shabani et al (xxxx) di dalam kajian beliau berkaitan faktor privasi di dalam rumah pangsapuri kompak di Iran
dari perspektif Islam menyatakan rekabentuk fleksibel adalah antara syarat rekabentuk rumah Muslim.
Rekabentuk fleksibel adalah berkaitan dengan susunatur ruang, perabut yang mudah alih dan sebagainya.
Rumah tradisional Melayu adalah ekpressi konsep fleksibeliti ini. Rekabentuk rumah Kutai di Perak adalah
contoh rumah Muslim yang menggunakan fleksibiliti di dalam susun atur ruang(Anuar Talib,2005). Rumah
Kutai hanya hanya mempunyai satu bilik (berdinding tetap) dan bilik ini hanya di khususkan kepada anak
perempuan sahaja. Ruang-ruang lain yang bersifat susunatur ruang yang terbuka (open planning) wujud
mengikut keperluan masa dan kegunaan. Langsir di jadikan sebagai pembahagi ruang sementara untuk ibubapa
membentuk “bilik” pada malam hari.

b. Jumlah Ruang yang memenuhi keperluan Aktiviti

5
6 Muhammad Suhaimi bin Musa

Rekabentuk rumah menurut Baessa et al. (2010) pula adalah kualiti susunatur ruang dalamannya merangkumi
organisasi ruang dan perletakkan ruang bersesuaian dengan fungsi dan keperluan penghuninya. Rupa bentuk
bangunan bergantung kepada aktiviti – aktiviti di dalamnya.

c. Rekabentuk harus menghormati penggunaan asal elemen-elemen rekabentuk atau komponen-komponen


bangunan tersebut kerana dikhuatiri akan merubah pemandangan persekitaran dan mengganggu pandangan
mata (visual) dan menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan jiran-jiran.

d. Privasi
Privasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu privasi pandangan (visual privacy) dan privasi akustik (acoustical
privacy). Susun atur ruang kediaman harus memenuhi kehendak privasi di dalam Islam. Sebarang bukaan pada
dinding dan perletakan penghadang perlu memenuhi kehendak dan keperluan privasi wanita yang berada di
dalamnya. Beberapa faktor yang mempengaruhi aspek privasi ialah aspek malu, mahram, zina, khalwat dan
aurat. Aspek aurat adalah adalah aspek yang sering ditekankan di dalam perbincangan berkenaan ruang
kediaman. Di dalam Islam , wanita yang ingin melayani tetamu lelaki suaminya wajib berpakaian yang sesuai
dan menutup aurat dan mendapat kebenaran suami. Ini berdasarkan kepada hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim
yang diriwayatkan oleh Sahl ibn Sa’d al-Ansari (Yusof Qardawi,1999).

“ Abu Usayd as-Sa’idi invited the Prophet(pbuh) and his Companians to his wedding. The food
was prepared and served by none other than his wife, Umm Usayd. Sdhe had soaked some dates
in milk in a stone pot overnight. When the prophet(pbuh) had finished his meal, she smashed the
dates and brought the drink to him”

e. Menghormati alam sekitar


Pembinaan kediaman Muslim harus menghormati persekitaran di sekeliling. Contohnya kedudukan matahari
naik dan turun, cahaya, angin dan sebagainya. Contoh rumah Muslim terbaik yang memenuhi kehendak
persekitaran setempat ialah rumah tradisional tempatan. Pembinaannya mengambil kira persekitaran
setempat.Konsep menghormati kosmologi ini bertepatan dengan ajaran Islam. Omer Spahic (2004) menegaskan

“That virtually everything in human life, including the way people look like and the languages
they speak, is greatly influenced by natural elements”

C. Konsep Kebersihan

Kebersihan di dalam Islam merupakan sebahagian daripada Iman. Nabi Muhammad SAW menuntut kita agar
menjaga kebersihan rumah untuk menunjukkan keindahan Islam. Maka sistem pengurusan sampah harus efektif dan
menyebabkan bau yang boleh mengganggu ahli keluarga dan jiran tetangga. Yusuf Qaradawi(1999) menyatakan
Rasulullah SAW bersabda

Assuredly, Allah(Glorified be He) is good and loves goodness, is clean and loves cleanliness, is
generous and loves generosity, is hospitable and love hospitality. So keep your rooms and
couryards clean, and do not like the Jews.
riwayat At-Tirmidhi

D. Keindahan dan perhiasan

a) Perhiasan
Muslim digalakkan untuk menghias rumah mereka dengan bunga-bungaan atau tumbuhan hijau, kain yang
bercorak dan lain-lain perhiasan selagi perhiasan tersebut tidak bertentangan dan dibenarkan oleh Islam (Yusuf
Qaradawi,1999). Firman Allah:

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?"
Al-A’raf:32

6
7 Muhammad Suhaimi bin Musa

Namun begitu, penggunaan perhiasan daripada emas, perak dan sutera asli di haramkan sama sekali di dalam
rumah sebagaimana hadith nabi yang diriwayatkan oleh Umm Salamah di dalam hadith oleh Muslim (Yusuf
Qaradawi,1999)

“Whoever eats or drinks from gold or silver utensils is indeed filling his stomach with the fire of
hell. “

b) Patung
Islam mengharamkan Muslim untuk menyimpan patung yang mempunyai bentuk yang lengkap. Kehadiran
patung sebegini di dalam rumah akan menyebabkan malaikat tidak akan memasuki ke dalam rumah kerana ia
menyerupai perbuatan orang bukan Islam. Yusuf Qaradawi(1999) memetik hadis Rasullullah SAW riwayat Al-
Bukhari dan Muslim

“Assuredly the angels do not enter a house in which there are statues or figures”

c) Gambar
Menurut Yusof Qardawi (1999) menggantung gambar atau perhisan satu dimensi seperti akan menjadi haram
sekiranya ia menyalahi ajaran agama seperti gambar menjadi bahan sembahan. Motif – motif pada kain dan
lain-lain perhiasan adalah perlu di abstrakkan atau dihilangkan sifat asalnya sekiranya motif yang digunakan
adalah motif manusia dan binatang. Lukisan dan gambar alam semulajadi di benarkan di dalam Islam (Yusof
Qardawi,1999). Namun begitu ia dibenarkan selagi ia tidak mengganggu pandangan terutamanya ketika
bersolat.

Kesimpulan

Rumah merupakan tempat untuk penghuninya untuk beristirehat, menenangkan badan dan jiwa (Spahic, 2004).
Dengan ertikata yang lebih tepat ia perlu membawa roh islam di mana elemen-elemen positif ke arah tersebut perlu
di pupuk dan dibangunkan. Elemen-elemen tersebut adalah ibadat, suasana ilmu, kekeluargaan serta membawa
mesej Islam. Nikolas, (2008) menyatakan rumah orang Muslim secara umumnya harus menjadikan kehidupan sosial
seharian sebagai sebahagian daripada ibadat; iaitu untuk mengingati Allah, tentang adab samada baik atau buruk dan
mendapat rahmat daripada Allah. Maka adab-adab rutin seharian harus di jaga oleh penghuninya.

5. ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK KEDIAMAN DAN PENGARUH ISLAM DI DALAM


REKABENTUK RUMAH TRADISIONAL.

Untuk membincangkan tajuk perbincangan, penulis memilih memilih dua rumah tradisional di Alam Melayu yang
mempunyai karaktor senibina dan latarbelakang yang berbeza sebagai kajian kes. Pemilihan kedua-dua jenis rumah
tradisional ini adalah bagi melihat kesamaan prinsip Islam di dalam rumah Muslim di alam Melayu walaupun
berbeza jenis rumah, latarbelakang budaya dan tempat.Kedua-dua rumah telah dibuktikan oleh pengkaji Anuar Talib
(2005) di dalam thesisnya “The Perak Kutai Asli Malay House:Form, Function And Meaning” dan Shirley
Melinda(2004)di dalam thesisnya “Pengaruh Islam pada Interior Rumah Bubungan Tinggi di Desa Telok Selong,
Kalimantan Selatan”. Rumah-rumah tersebut adalah:
a. Rumah Pembesar 16 –Rumah Kutai Tok Sedera Bongsu, Bota, Perak , Malaysia
b. Rumah Raja -Rumah Bubungan Tinggi Di Desa Teluk Selong, Kalimantan, Indonesia

7
8 Muhammad Suhaimi bin Musa

Rumah Kutai Rumah Bubungan Tinggi

a) Pembahagian Ruang

Pembahagian ruang di dalam ruang tradisional Kutai dan Rumah Bubungan Tinggi secara amnya menepati ciri-ciri
kediaman Islam (Anuar Talib,2005 dan Shirly,2004). Terdapat tiga peringkat ruang yang menjadi asas untuk
pembahagian ruang iaitu ruang umum@publik atau tetamu, ruang privasi atau ruang keluarga dan ruang belakang
atau ruang dapur (ruang service). Ketiga-tiga peringkat ini mengambilkira privasi kaum wanita dan keluarga .
Walaupun susunatur ruang kedua-dua rumah adalah terbuka, privasi penghuninya masih dititik beratkan . Aspek
privasi dan hirarki ruang di capai melalui tafsiran pemahaman nilai Islam dan sistem kebudayaan setempat seperti
penggunaan tirai, perletakkan ruang aktiviti, penggunaan pintu yang tidak selari, tingkap yang kecil dan sebagainya.

Pembahagian ruang sosial yang menepati ajaran Islam mempengaruhi perletakkan ruang masuk yang berbeza di
antara kaum lelaki dan wanita. Pintu masuk kaum lelaki adalah melalui pintu hadapan (serambi depan pada rumah
Kutai dan pelatar, penampik kecil, penampik tangah dan penapik besar pada Rumah Bubungan Tinggi ) manakala
kaum wanita ialah di bahagian pintu sebelah belakang (serambi belakang untuk rumah Kutai dan Padapuran dan
Panampik Bawah bagi Rumah Bubungan Tinggi) . Maka secara tidak lansung ruang sosial di dalamnya ditentukan
oleh perletakkan pintu masuk ini.

Ruang service

Serambi d
Belakang Ruang privat
A A
e
Bilik
Ruang c
Tengah

B B
Ruang umum atau
b Serambi Depan publik

a Rumah
Tangga

Pelan Rumah Kutai


Pelan Rumah Bubungan Tinggi

Ruang-ruang terdapat di dalam rumah Kutai ialah Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1. Ruang umum atau publik - terdiri penampik kecil
1. Rumah Tangga dan penampik tengah dan penampik besar. Ruang
2. Serambi Depan ini adalah ruang menerima tetamu.
3. Ruang Tengah / Rumah Tengah 2. Ruang Privat atau ruang keluarga – terdiri
4. Serambi Belakang – Merupakan ruang basah iaitu daripada Palidangan (ruang keluarga) dan kedua-
untuk penyediaan untuk memasak, memasak dan dua anjung (ruang beristirehat dan ruang tidur).

8
9 Muhammad Suhaimi bin Musa

membasuh 3. Ruang service- terdiri daripada Panampik Bawah


5. Bilik dan Padapuran. Berfungsi sebagai ruang
memasak dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

b) Pintu Masuk utama

Terdapat tiga fungsi dan keperluan pintu masuk utama ke dalam rumah yang harus di beri perhatian iaitu pertama
pintu masuk utama ini harus mempamerkan “sense of welcoming”, menerima dan meraikan tetamu, tetapi pada masa
yang perlu menjaga aurat atau privasi penghuni serta untuk menunjukkan status pemilik rumah (Ragette, 2006).

Pintu masuk utama merupakan pembahagi ruang di antara ruang publik dan separa publik.Ia seharusnya dibuka ke
dalam ruang penampan (buffer space) bagi mengelakkan tetamu melihat terus ke bahagian dalam rumah (Ragette,
2006). Antara fungsi pintu yang lain ialah menunjukan status pemilik rumah. Tetapi pada masa yang sama ia harus
mengelak pemilik rumah daripada menimbulkan rasa riak sebagaimana di terdapat catatan lama (sekitar 1930) di
utara Iraq bagi menerangkan rekabentuk pintu (Hakim,1981).

“the doors of a house are built very low so that the habitants may be humble”

Pintu utama ini seharusnya mempunyai sais yang lebih besar berbanding pintu –pintu lain dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan supaya apabila berlaku kematian akan memudahkan pengurusan mayat (Hayroman, 2002). Begitu juga
apabila majlis kenduri , menerima tetamu yang ramai dan sebagainya. Bagi rumah yang bertentangan, kedudukan
pintu masuk harus tidak bertentangan bagi mengelakan pandangan terus ke dalam rumah (Hayroman, 2002).
Menurut Anuar Talib (2005) lebar pintu hadapan rumah Kutai di bahagian hadapan lebih besar jika di bandingkan
dengan pintu dibahagian belakang.

Ruang service

Serambi d
Belakang
Perletakkan pintu yang tidak Ruang privat
A A
e
selari bagi mengelakkan
Ruang
Bilik pandangan terus tetamu ke
c
Tengah ruangan kaum wanita
B B
Ruang umum atau
b Serambi Depan publik

a Rumah
Tangga

Pelan Rumah Kutai


Pelan Rumah Bubungan Tinggi

c) Ruang Tamu

Ruang tamu adalah ruang separa umum untuk kaum lelaki. Di dalam rumah Kutai ruang ini di kenali sebagai
serambi depan manakala dan Rumah Bubungan Tinggi ia di kenali sebagai Panampik Kecil, Panampik Tangah dan
Panampik Basar (Ambin Sayup). Fungsi ruang ini pada kedua-dua rumah adalah sama seperti menerima tetamu
lelaki, tempat tidur orang lelaki, tempat aktiviti lelaki dan sebagainya. Aspek privasi kaum wanita dan ahli keluarga
yang lain adalah kriteria utama rekabentuk ruang tamu ini di mana ruang ini disekat dan dihalang samaada dari
pandangan atau elemen rekabentuk seperti dinding dan tirai.

Keadaaan ini ternyata berbeza dengan rekabentuk rumah moden terutamanya rumah teres dan pangsapuri yang
secara dasarnya membenarkan tetamu terlebih dahulu menerjah masuk ruang tamu ini tanpa perlu berada di

9
10 Muhammad Suhaimi bin Musa

dalamnya (Hayroman, 2002). Tiada halangan visual, yang menyekat tetamu untuk mencuri pandang ke dalam ruang
peribadi tuan rumah. Penyediaan tandas khusus pada ruang ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan tetamu
lelaki masuk ke dalam ruang keluarga sebagaimana yang dipraktik di kebanyakkan rumah di Negara Arab.
Penggunaan perabut seperti sofabed adalah antara langkah yang perlu di fikirkan bagi memaksimumkan penggunaan
ruang. Berikut adalah beberapa contoh bagaimana aspek privasi di selesaikan oleh rekabentuk di Negara Yemen:

Pintu masuk perempuan Ruang tamu lelaki

Pintu masuk lelaki Tandas tetamu lelaki

Rajah 1: contoh penyelesaian satu pintu masuk dan ruang tamu di dalam sebuah pangsapuri di Sana’a, Yemen
Ruang tamu wanita/
Tirai ruang keluarga

Tandas tetamu lelaki


Ruang tamu lelaki

Pintu masuk utama

Rajah 2: contoh penyelesaian dua pintu masuk dan ruang tamu di dalam sebuah pangsapuri di Sana’a, Yemen

Terdapat aktiviti berkaitan yang perlu di beri perhatian iaitu keperluan ruang solat berjemaah terutamanya apabila
menerima tetamu.Serambi
Implikasi
d ruang solat ini ialah sebagai langkah memberi pengajaran kepada anak-anak tentang
Belakang
solat dimana anak-anak akan secara tidak lansung akan meniru akhlak ini (Hayroman, 2002). Serambi depan di
A A
dalam Rumah Kutai adalah sebagai ruang menerima, meraikan dan menjamu tetamu lelaki terutamanya pada waktu
siang hari. Pada sebelah malam pula ruang e ini dijadikan tempat tidur bagi orang lelaki (Anuar Talib, 2005).
Bilik
Ruang c
Tengah

B B
b Serambi Depan

a Rumah
Tangga

Serambi depan ( Rumah Kutai)

Serambi depan ( Rumah Kutai)

10
11 Muhammad Suhaimi bin Musa

Pelantar dan Penampik (Rumah Bubungan Besar)


Pelantar dan Penampik (Rumah Bubungan Besar)

d) Ruang Keluarga

Disebut sebagai ruang tengah pada rumah Kutai dan Palidangan pada Rumah Bubungan Tinggi. Ruang ini adalah
khusus untuk ahli keluarga melakukan aktiviti mereka tanpa terganggu oleh tetamu yang datang. Ruang ini juga
berfungsi untuk melakukan aktiviti ibadat bersama keluarga. Menurut Shirly(2004), Palingan berfungsi sebagai
tempat melakukan kegiatan keagamaan bersama-sama. Perlaksanan aktiviti keagamaan di ruang ini seperti solat
berjemaah, membaca al Qur’an di harap memberi tenaga dan keberkatan kepada keseluruhan rumah.
Serambi d
Belakang
A A
e
Bilik
Ruang c
Tengah

B B
Ruang Tengah
b (Rumah Kutai)
Serambi Depan
Ruang Palidangan (Rumah Bubungan Tinggi)

a Rumah
Tangga

Ruang Tengah (Rumah Kutai) Ruang palidangan

e) Ruang Tidur

Di dalam rumah Kutai, ruang serambi di jadikan tempat tidur bagi anak lelaki, lelaki yang tidak berkahwin dan
tetamu lelaki manakala ruang tidur bagi kaum perempuan adalah di ruang tengah. Pada waktu malam ruang ini
di pasang tirai sebagai bilik sementara untuk anak yang berkahwin. Anak perempuan bujang dan tetamu
perempuan di tempatkan di dalam bilik utama. Untuk rumah Bubungan Tinggi bilik tidur adalah pada ruang
anjung kanan dan anjung kiwa. Ibubapa akan tidur sebelah anjung kanan manakala anak-anak di sebelah
anjung kiri. Tempat tidur di sebelah kanan adalah selaras dengan kehendak Islam yang menggalakkan
melakukan sesuatu bermula dengan sebelah kanan. Ruang ini di dalam kedua-dua rumah juga adalah ruang
melakukan ibadah sunat seperti solat, membaca al Qur’an dan sebagainya.

11
12 Muhammad Suhaimi bin Musa
Serambi d
Belakang
A A
e
Bilik
Ruang c
Tengah

B B
Ruang Bilik
b (Rumah Kutai)
Serambi Depan
Ruang anjung (Rumah Bubungan Tinggi)

a Rumah
Tangga

Ruang anjung (Rumah Bubungan Tinggi)


Ruang Bilik (Rumah Kutai)

Di dalam rekabentuk rumah moden, jumlah bilik tidur sering menjadi isu, kebanyakkan beranggapan dengan
perlaksanaan tiga bilik atau lebih rekabentuk perumahan telah di penuhi. Tetapi bagaimana pula dengan rekabentuk
rumah tradisional Melayu seperti rumah Kutai hanya mempunyai satu bilik sahaja, tetapi ia masih dikatakan Islamik
(Anuar Talib, 2005). Manakala rumah Bubungan Tinggi, kedua-dua anjung kanan dan anjung kiwa tidak berdinding,
hanya menggunakan tirai yang disulami manik-manik perak dinamakan dinding air guci (Shirly,2004) juga diakui
menepati kriteria kediaman Islam.

Masyarakat hari ini dipengaruhi dengan pemikiran bahawa setiap bilik perlu diberi fungsi khusus barulah ianya
memenuhi kriteria rekabentuk yang dikehendaki. Istilah ruang yang pelbagaiguna tidak diberi perhatian. Kelebihan
yang terdapat pada rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi ialah tiada fungsi khusus untuk ruang di dalamnya
seperti rumah moden pada hari ini. Menurut Kotnik (2005) walaupun sebahagian bilik di dalam Yemeni Tower
House mempunyai nama khusus seperti majlis, diwan dan sebagainya, kegunaannya tidak khusus untuk tujuan
tersebut sahaja. Dengan karaktor dan perhiasan yang sama pada semua bilik, ia sebenarnya boleh diubah pada setiap
masa mengikut keperluan samada bilik tetamu, tempat jamuan, bilik tidur dan sebagainya.

“The multifunctional use of rooms points to a crucial difference between the Yemenite and the western
understandings of space. Architecture in the western world developed out of scientific paradigm
characterized by rational separation and classification: absolute space is divided into functionally defined
compounds, the room. In Yemen , however space is not absolute but relational, because it always
constructed anew on the basis of changing activities;that is , space is defines by the people present and
their beaviour.”

Didalam situasi yang lain pengasingan tempat tidur apabila berumur 10 tahun sepertimana hadis riwayat Abu Daud
r.a adalah dituntut oleh agama Islam.

“ suruhlah anak kamu sembahyang apabila berumur 7 tahun, pukullah (di tempat yang sesuai untuk mengajar) ia
apabila umurnya 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidurnya”

Hal ini bukanlah bermaksud menjadi kemestian untuk menyediakan 2 bilik tidur untuk kedua-duanya. Keadaan
ekonomi memungkinkan anak lelaki tidur di tempat yang telah ditetapkan di ruang tamu sebagaimana berlaku di
rumah tradisional Melayu. Namun jika acuan perumahan barat sediaada (kegunaan yang specifik dan tidak

12
13 Muhammad Suhaimi bin Musa

pelbagaiguna) masih digunapakai, maka keperluan 3 bilik minimum adalah langkah terbaik iaitu untuk ibubapa,
anak perempuan dan anak lelaki. Itu pun tertakluk kepada saiz yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti di
dalamnya, tidak seperti sesetengah rumah moden (kos rendah) di mana bilik ketiganya sediakan sangat kecil dengan
dimensi 8 kaki X 8 kaki seperti keluasan ruang setor.

f) Dapur dan ruang makan

Ruang dapur di dalam rumah Kutai di kenali sebagai serambi belakang atau serambi dapur dengan tangga dan pintu
masuk yang khusus. Selain berfungsi sebagai ruang dapur ia juga sebgai ruang tamu untuk kaum wanita. Segala
kelengkapan memasak dan aktiviti memasak berada di ruang ini. Di dalam rumah Bubungan Tinggi; ruang dapur
dikenali sebagai ruang padapuran dan panampik bawah adalah sebagai ruang makan. Kedua-dua saling
berhubungkait . Oleh kerana kebanyakan masyarakat Banjar adalah petani, mereka akan mengeluarkan zakat setiap
tahun daripada bahan-bahan daripada simpanan di padapuran (Shirly,2004).

Serambi d
Belakang
A A
e Pelan ruang Padapuran dan Panampik bawah(Rumah
Pelan ruang dapur atau serambi belakang (Rumah Kutai)
Bilik Bubungan Tinggi)
Ruang c
Tengah

B B
b Serambi Depan

a Rumah
Tangga
Ruang Padapuran dan Panampik Bawah (Rumah
Bubungan Tinggi)

Dapur atau serambi belakang (Rumah Kutai)

g) Bilik air dan tandas

Islam melarang membawa masuk ayat Al Qur’an, buku-buku agama atau cincin yang tertulis nama Allah ke
dalam tandas atau bilik mandi (A Aziz Fathi, 2000 di dalam Pasal III-Adab Qadhaa’ al Haajah). Barang-barang
ini perlu ditinggalkan di luar tandas, maka rekabentuk tandas harus juga mengambil kiraan untuk menyediakan
rak atau tempat bagi meletak barang-barang dan kain penutup kepala di luar tandas. Terdapat beberapa aturan
dan adab di tandas yang memberi kesan kepada rekabentuk tandas iaitu (Ragette, 2006)

1. Jangan lakukannya di hadapan orang ramai


2. Jangan lakukannya ke dalam bekas
3. Jangan mengadap dan membelakangi qiblat
4. Jangan membelakangi bulan dan matahari
5. Melangkah masuk dengan kaki kiri

13
14 Muhammad Suhaimi bin Musa

6. Melangkah keluar dengan kaki kanan


7. Menutup kepala
8. Kaki yang sedikit menjungkit
9. Tidak membuang air kecil dengan posisi berdiri
10. Tidak berada lama di dalam tandas
11. Tombol pintu

Di dalam kediaman tradisional , ruang tandas yang dianggap ruang bernajis berada di luar rumah. Maka oleh itu isu
penggunaan tandas dan pelanggaran ruang privasi tidak berlaku sebgaimana rumah moden pada hari ini.

h) Tombol pintu

Penentuan bukaan pintu masuk ke dalam tandas samada buka ke kanan atau ke kiri memberikan implikasi terhadap
langkahan penghuni rumah. Sekiranya pintu tandas dibuka ke arah kiri secara spontannya kaki kanan akan terlebih
dahulu melangkah masuk dan begitulah sebaliknya. Maka kaedah begini juga boleh diguna pakai pada pintu-pintu
ruang lain. Hayroman (2002) mencadangkan acuan langkahan beradab tersebut ketika memasuki tandas;

Sumber: Hayroman (2002)

i) Tingkap

Tingkap berperanan sebagai agen pengudaraan dan visual. Perletakkan tingkap yang terlalu terbuka dan dekat
dengan laluan publik adalah berapa sesuai kerana membuka jalan kepada publik untuk melihat ke dalam rumah
sebagaimana pada kedudukan pintu. Laluan dan kedudukan dinding hadapan yang mempunyai tingkap harus di
jarakkan. Manakala penggunaan ‘soft furnishing’ yang tebal adalah sebagai alternatif. Kedudukan tingkap tidak
boleh berada di dalam kedudukan yang selari dengan tingkap rumah jiran atau pintu masuk rumah jiran. Ketinggian
tingkap pada laluan utama seelok-eloknya berada di atas paras mata (eye level) iaitu melebihi ketinggian 1.5m (5
kaki). Jika hendak di letakkan pada aras yang normal (900mm dari lantai) rekabentuk tingkap harus mengambil kira
pandangan terus dari orang luar dan perlu dijarakkan dari laluan utama seperti koridor dan sebagainya. Tingkap pada
rumah Kutai adalah kecil dengan suasana pencahayaan di dalam rumah yang suram adalah langkah untuk
menghalang pandangan (visual privasi) orang luar untuk melihat ke dalam rumah.

14
15 Muhammad Suhaimi bin Musa

Tingkap pada Rumah Kutai

Tingkap pada rumah Bubungan Tinggi

j) Dinding

Permasalahan dinding dibincangkan secara panjang lebar oleh pengkaji-pengkaji terdahulu kerana terdapat implikasi
shariah terutamanya berkaitan dengan jiran 1. Kebanyakkan perbincangan di dalam topik ini samada dinding atau
bangunan amnya banyak merujuk kepada hadith “No harm or return of harm” (La Darar wa la Dirar) sebagai asas
rekabentuk (Hakim, 1986). Setiap aktiviti kita terhadap komponen dan elemen bangunan harus mengambilkira
kesannya terhadap penerimaan jiran, keadaan ruang jiran, psikologi dan sebagainya.

k) Bentuk Bumbung

Rekabentuk rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi memenuhi keperluan alam sekeliling tempatan. Rekabentuk
bumbungnya adalah bersifat tempatan bersesuaian dengan iklim tempatan yang hujan dan panas. Bentuk bumbung
rumah Bubungan Tinggi dikenali sebagai Sindang Langit. Bentuknya yang semakin merendah di bahagian hadapan
disimbolkan sebagai tanda sujud dan tunduk di dalam ibadat solat. Manakala ukiran burung enggang pada
pertemuan atap (tunjuk langit) diberi penafsiran baru menurut Islam sebagai layang-layang atau gagalungan
(Debdikbud,1982 dalam Shirly,2004).

Bumbung Rumah Bubungan Tinggi atau Sindang


Langit

Bumbung Panjang pada Rumah Kutai

l) Jumlah ganjil pada elemen rumah

1
Lihat Robert Brunschvig, Besim S Hakim, Jean-Pierre Van Staëvel, Simon O’Meara (2007) dan antara kitab-kitab lama yang membicarakan
tentang permasalahan dinding ialah Kitab al-Qada’ wa nafy al-darar an al-afniya wa al-turuq wa al-judur wa al-mabani wa al sahat wa al-
shajar wa al-jami“ (The Book of Judgement and Elimination of Harm regarding Public Spaces, Streets, Walls, Buildings, Courtyards, Trees,
etc.), oleh Ibn al-Imam (d. 991 or 997) dan kitab al-I’lan bi-ahkam al-bunyan (The Book of Pronouncing Building Rulings) oleh Ibn al-Rami,
al-Marji al-Thaqafi ’s (d. circa 1200) Kitab al- Hitan (The Book of Walls) dan Kitab al-Jidar (The Wall Book);

15
16 Muhammad Suhaimi bin Musa

Sebahagian elemen rekabentuk bangunan mempunyai jumlah yang ganjil untuk kedua-dua rumah menepati
hadith nabi yang berbunyi “innaallaha witrun yuhibbul witra” bermaksud Allah itu ganjil (Esa), dia menyukai
yang ganjil . Kedua-dua jenis rumah; rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi mempunyai jumlah anak tangga
yang ganjil iaitu dari 5 ,7 dan 9 anak tangga (Anuar Talib ,2005 dan Shirly,2004). Selain daripada itu rumah
Bumbung Tinggi mempunyai tujuh jenjang lantai dan mempunyai sebelas jeriji jendela. Malah saiz ukuran
rumah Bubungan Tinggi diukur menggunakan ukuran depa di dalam jumlah yang ganjil (Shirly,2004).

Tangga (Rumah Kutai) Tangga ke bahagian karawat atau loteng (Rumah Bubungan
Tinggi)

Jumlah jenjang tangga (Rumah Bubungan Tinggi)

Ukuran ruang (Rumah Bubungan Tinggi)

m) Perabot

Penggunaan perabut yang sangat minimum berkemungkinan di sebabkan fungsi ruang yang pelbagaiguna.
Segala pergerakan dan aktiviti harian dilakukan diatas lantai dan tikar bergulung merupakan “perabut” utama.
Kerusi dan meja tidak digunakan Ketinggian lantai yang berbeza ketinggian selain membezakan ruang adalah
bertindak sebagai tempat duduk. Terdapat bahagian tertentu pada komponen bangunan di jadikan tempat
meletak Al Qur’an seperti Tataban di ruang penampik kecil dan penampik besar. Jika terdapat majlis
keagamaan tataban akan dijadikan tempat menyandar dan tempat meletak al-qur’an kerana kedudukanya yang
agak tinggi (Shirly,2004).

16
17 Muhammad Suhaimi bin Musa

Tataban (Rumah Bubungan Tinggi)

n) Perhiasan

Perhiasan di rumah tradisional Melayu menggunakan motif semulajadi yang terdapat di dalam kawasan persekitaran
setempat. Juruukir mengukir dengan jiwa keislaman mereka, maka oleh itu hasil ukiran yang terhasil mencerminkan
keimanan mereka terhadap keesaan Allah . Larangan menghasilkan seni berasaskan makhluk hidup diterjemahkan
melalui ukiran alternatif yang selari dengan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah seperti ukiran yang berasaskan tumbuh-
tumbuhan, motif lain dan kaligrafi. Motif tumbuh-tumbuhan terdapat pada kedua-dua rumah . Motif yang digunakan
ialah bunga-bunga, daun dan buah-buahan. Bunga bagi masyarakat Banjar bermaksud harapan kepada
kehidupanyang lebih baik, daun-daun mewakili kesuburan dan buah- buahan (buah rambai) sebagai hasilnya yang
dinikmati (Shirly,2004). Ukiran lain yang terdapat pada Rumah Bubungan Tinggi ialah ukiran tali tambang
(bermaksud kesatuan, persatuan atau kekuatan). Ukiran ini berdasarkan ayat Al-Qur’an di dalam surah Al Imran
iaitu “wa’tasyimu bihablillahi jamiaw wala tafaraqu” bermaksud berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Allah dan janganlah kamu berpecah belah”. (Shirly,2004). Motif matahari juga terdapat pada ukirannya. Ia dikaitkan
dengan surah an-Nur, ayat 35 bermaksud Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Manakala motif kaligrafi
pada Rumah Bubungan Tinggi merangkumi ayat al-Qur’an, nama Nabi dan ayat-ayat Al-Qur’an. Terdapat salah satu
motif menggunakan huruf lam jalallah; singkatan daripada “laa haula wala quwwata illa billah” bermaksud “tidak
ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah” mewakili aplikasi zikir yang menjadi amalan masyarakat
Banjar. (Shirly,2004).

Motif pada rumah Kutai Motif bunga-bungaan (Rumah Bubungan Tinggi)

17
18 Muhammad Suhaimi bin Musa

Ukiran Kaligrafi (Rumah Bubungan Tinggi)

Ukiran tali Tambang (Rumah Bubungan Tinggi

6. KESIMPULAN

Ruang kediaman Muslim yang terbentuk berlandaskan Shariah adalah suatu kewajiban kepada semua pihak yang
terbabit. Model kediaman Islam yang ideal mampu di hasilkan jika jurureka, akitek, pentadbir memahami prinsip
asas Islam yang perlu ada di dalam kediaman. Aplikasi prinsip-prinsip Islam ini telah terbukti mampu melahirkan
isirumah yang menepati keperibadian Muslim. Rumah Kutai Tok Sedera Bongsu,Bota, Perak, Malaysia (circa 1870
an) berkeluasan of 590.5 kaki persegi dan Rumah Bubungan Tinggi di Desa Telok Selong, Kalimantan Selatan
(circa 1867) berkeluasan 3172.98 kaki persegi adalah contoh kediaman Muslim yang menjadikan shariah sebagai
aturan rekabentuknya. Kehadiran roh Islam dan elemen spritual di dalam Islam mampu memberi tenaga kepada
keseluruhan rumah. Maka kesimpulannya, rekabentuk kediaman muslim tradisional ternyata berbeza dari kediaman
masakini yang menurut acuan barat yang gagal memenuhi keperluan muslim.
Rujukan

‘Abdul ‘Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada.(2007). Ensiklopedi Adab Islam-Menurut al-Qur-an dan as-Sunnah. Jilid 1 .
Terjemahan dari kitab asal Mausuu’atul Aadaab al-Islaamiyyah oleh Abu Ihsan al-Atsari.. Pustaka Imam Asy-
Syafi’i. Jakarta

‘Abdul ‘Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada.(2007). Ensiklopedi Adab Islam-Menurut al-Qur-an dan as-Sunnah. Jilid 2 .
Terjemahan dari kitab asal Mausuu’atul Aadaab al-Islaamiyyah oleh Abu Ihsan al-Atsari.. Pustaka Imam Asy-
Syafi’i. Jakarta

Abdullah Yusuf Ali (2004). The Meaning of the Holy Qur’an. Amana Publication. Maryland. USA

Ahmad Fahmi Zamzam (2009). Bustanul A’rifin(Taman Orang-orang yang ‘Arifin) terjemahan kitab Bustanul
A’rifin oleh Iman An-Nawawi (631). Khazanah Banjariah. Pokok Sena.

Ahmad Fahmi Zamzam (2009). Hidayatus-Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin (Petunjuk Jalan bagi orang yang
takut kepada Allah Taala) terjemahan daripada kitab Hidayatus-Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin oleh Al Imam-
Al Ghazali. Khazanah Banjariah. Pokok Sena.

Ahmad Marzukhi Bin Monir (2007). Nilai Reruang Rumah Tradisional Melayu:Pengaruh Falsafah Islam Dalam
Rekabentuk Rumah Di Semenanjung Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Unpublished PhD Thesis

Anuar Bin Talib (2005). The Perak Kutai Asli Malay House:Form, Function and Meaning. Universiti Teknologi
MARA, unpublished Thesis

Azab (2008).Residential Architecture in civilization. Journal Islam Today. source:


http://www.isesco.org.ma/english/publications/Islamtoday/25/p10.php. Retrived 21/1/2011

Baessa et al. (2010). An Evaluation of Space Planning Design of House Layout to the Traditional Houses in
Shibam, Yemen, Asian Culture and History. Canadian Center of Science and Education. Vol. 2, no 2; July 2010.
www.ccsenet.org/ach

18
19 Muhammad Suhaimi bin Musa

Hakim, B. S. (1986).Arabic-Islamic Cities-Building and Planning Principles. London, KPI Limited.

Hayroman Ahmad, Hasbullah Abd Rahman, Mohd. Sabrizaa Abd. Rashid (2002). Konsep Pembinaan Ruang
Dalaman dari Perspektif Keharmonian Akhlak. EPISTEME-The Academic Jurnal of UiTM Perak, Malaysia.
Volume 2, Number 1, Jun 2002 .UfoRIA. UiTM Perak

Hisham Mortada (2003). Traditional Islamic Principles Of Built Environment, Routledgecurzon. New York

Hughes, (1885). Dictionary Of Islam. New York: Scribner, Welford, & Co. W. H. Allen & Co. London

Ismawi Zen et al (2009). Home and neighbourhood: an Islamic Perspective in An Anthology of essays on Integrating
Islamic Values in the Theory and Practice of Architecture and the built environment. Kuliyyah of Architecture and
Enviromental Design.UIAM. Kuala Lumpur

Josef W. Meri (2006) Medieval Islamic Civilization: an encyclopedia, volume I, A-K index. Routledge-Taylor and
Francis Group. New York.

McAuliffe (2001) Encyclopaedia of the Qur’ān, Index Volume. Koninklijke Brill nv, Leiden. Netherland

Mohd. Sabrizaa Abd. Rashid (2001) . Pertembungan Nilai antra Islam dan Barat dalam konsep Kediaman di
Malaysia: Kesejajaran dan kontradiksi. EPISTEME-The Academic Jurnal of UiTM Perak, Malaysia. Volume 1,
Number 2, December 2001. UfoRIA. UiTM Perak

Nada (2007). Ensiklopedi adab Islam menurut Al Qur’an dan As-Sunnah . Terjemahan Mausuu’atul Aadaab al-
Islamiyyah oleh Al-atsari. PT. Pustaka Imam Asy-Syafi’i. Jakarta

Nikolai Davies et al (2008). Dictionary of Architecture and Building Construction. Elsevier Ltd.USA.

Ragette (2006).Traditional Domestic Architecture of the Arab Region. American University of Sharjah. Sharjah

Seyyed Hussein Nasr (1987) Traditional Islam in the modern world, Kegan Paul International LTD. Great Britain

Shabani (_____)Achieving Privacy in the Iranian Contemporary Compact Apartment Through Flexible Design.
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid, (2004). 40 Naseeha Li-Islaah il-Booyout.(English Translation - 40


Recommendations For The Muslim Home. retrived 5th may 2011.
http://www.a2youth.com/media/ebooks/fortyrecommendationsforthemuslimhome.pdf

Shirly Melinda (2004). Pengaruh Islam Pada Interior Rumah Bubungan Tinggi di Desa Telok Selong Kalimantan
Selatan. Universitas Kristen Petra. Unpublished PhD Thesis

Omer Spahic (2004). Sudies in the Islamic Built Environment. Research Centre. International Islamic University
Malaysia. Kuala Lumpur

Syaikh Sa’id Hawwa,terjemahan M. Taufiq Ridha. (2002). Tatanan Rumah Muslim (Qanun al-Bait al-Muslim).
Robbani Press. Bandung

Taqi-ud-din and M. Muhsin._______The Noble Qur’an-English Translation of the meanings and commentary. King
Fahd Complex. Madinah K.S.A

Yusof Qardawi (2005). Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah-E- book.
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Qardhawi.html (2 of 2)30/06/2005 8:25:07. retrived 12/4/2011

19
20 Muhammad Suhaimi bin Musa

Yusuf Qaradawi (1997). The Lawful and The Prohibited in Islam. Al-Falah Foundation For Translation, Publication
and Distribution. Cairo

20
21 Muhammad Suhaimi bin Musa

21

You might also like