You are on page 1of 3

Bab 3: Penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British

3.1 TINDAK BALAS KERAJAAN BRITISH TERHADAP PEJUANG DI SARAWAK

3.1.1 Reaksi British pada peringkat awal

Matlamat utama gerakan anti penyerahan adalah untuk menuntut Charles Vyner Brooke
dan kerajaan British menarik semula Rang Undang-Undang Penyerahan yang
diluluskan.
Antara kegiatan yang telah dilakukan oleh gerakan anti penyerahan adalah seperti
menghantar surat dan kawat bantahan kepada kerajaan British, menganjurkan tunjuk
perasaan pada setiap tahun, memulaukan upacara pelantikan Gabenor Sarawak
yang pertama.

Pada mulanya, kerajaan British merasakan gerakan antipenyerahan hanya bersifat


sementara dan dijangka berakhir secara beransur-ansur. Anggapan tersebut meleset
kerana gerakan tersebut semakin merebak dan mendapat sambutan seluruh
negeri.British mula menyiasat untuk mengenal pasti kumpulan yang menjadi pemimpin
gerakan tersebut.

3.1.2 Pekeliling No. 9

Pihak British mendapati pemimpin gerakan antipenyerahan terdiri daripada kakitanagan


awam terutamanya guru-guru. Oleh itu, British memberi amaran kepada kumpulan ini
melalui surat pekeliling yang dinamakan Pekeliling No. 9 pada Disember 1946. Surat
pekeliling itu mengingatkan kakitangan awam supaya memberi kesetiaan kepada
kerajaan dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam gerakan antipenyerahan.
Rajah 3.1.2 Pekeliling No.9

Surat Pekeliling No.9 gagal menakutkan kakitangan awam di Sarawak, tetapi


menambahkan kemarahan mereka. Sebanyak 338 orang kakitangan awam bertindak
meletakkan jawatan sebagai bantahan kepada arahan yang terkandung dalam surat
pekeliling tersebut. Bilangan kakitangan yang paling ramai bertindak sedemikian adalah
87 daripada 152 guru di sekolah kerajaan. 22 daripada 62 sekolah kerajaan terpaksa
ditutup. 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian
dan pulang ke kampung masing-masing.
3.1.3 Kempen, propaganda dan ugutan
British juga telah melakukan kempen memburukkan para pejuang anti penyerahan serta
menuduh perjuangan yang dilakukan itu semata-mata untuk mengekalkan hak istimewa
orang Melayu Sarawak. Ianya bertujuan untuk mencetuskan perselisihan faham
antara orang Melayu dengan Dayak dan mempersenda, menghina serta mencemuh
golongan antipenyerahan dalam majlis-majlis rasmi. Hal ini secara tidak langsung
melemahkan kegiatan para pejuang semakin lemah.
Bukan itu saja, malah British juga turut melakukan ugutan terhadap orang Sarawak
menerusi Young Malay Association (YMA) dengan menggalakkan penubuhan
tersebut.Young Malay Association mengambil ahli baru dalam kalangan golongan
antipenyerahan. Ia mengancam golongan antipenyerahan sekiranya tidak menyertai
pertubuhan tersebut. Kesannya, anak-anak tidak dapat belajar di sekolah kerajaan dan
masyarakat tidak dapat berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

3.2 TINDAK BALAS KERAJAAN BRITISH TERHADAP PEJUANG DI SABAH

Penyerahan Sabah kepada British telah ditentang oleh negara jiran Sabah, iaitu
Kesultanan Sulu. Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah merupakan milik mereka.
Penentangan ini langsung tidak memberi kesan kepada penyerahan Sabah kepada
British. Penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak mendapat sebarang
penentangan yang berkesan daripada rakyat tempatan di Sabah. Antara faktor tidak
berlakunya penentangan disebabkan oleh faktor pendidikan, kemunduran dan
demografi. Oleh itu, tidak berlaku sebarang tindak balas British terhadap pejuang di
Sabah kerana tidak berlaku sebarang penentangan yang berkesan di Sabah.

You might also like