You are on page 1of 22

BAB 2

Sel Sebagai Unis Asas


Hidupan
• 2.1 Sel – Struktur, Fungsi dan Organisasi
Sel merupakan UNIT ASAS benda
hidup.
Tubuh kita mempunyai berjuta-juta sel.

Hanya boleh dilihat melalui mikroskop.


Sel
Pada 1665, Robert Hooke menjadi
orang yang pertama yang mengkaji
sel dengan menggunakan mikroskop
ringkas. Dia mendapati gabus terdiri
daripada unit-unit kecil yang
dinamakan sel. Sel ini mempunyai
bentuk dan saiz yang berbeza
Sel menjalani proses pembahagian untuk
membentuk sel-sel baharu dan menggantikan
sel-sel yang rosak. Satu sel tunggal akan
Lukisan sel gabus oleh Hooke
menjadi dua sel berasingan dan seterusnya.
8. Langkah yang Betul Untuk Menyediakan Slaid Sel Haiwan
7. Langkah yang Betul Untuk Menyediakan Slaid Sel Tumbuhan
Contoh Sel :-
Fungsi Struktur Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Fungsi Skruktur Sel Tumbuhan
Perbandingan Antara Sel
Haiwan Dan Sel Tumbuhan
Persamaan Sel adalah unit asas sel haiwan dan
sel tumbuhan
Kedua-duanya mempunyai membran sel,
sitoplasma, mitokondria dan nukleus
Sel tumbuhan Perbezaan Sel haiwan

Tetap 1. Bentuk Tidak tetap

Ada 2. Dinding Tiada


sel
Ada 3. Kloroplas Tiada

Ada 4. Vakuol Tiada


Mikroorgani
sma
Unisel Multisel

Uni bermaksud satu


Multi bermaksud banyak
Terdiri daripada satu sel sahaja
Terdiri daripada
Dianggap organisma lengkap banyak sel
kerana boleh menjalankan
semua proses hidupan Kebanyakan organisma
multisel tinggal dalam air

 Ameba  Yis

 Hidra  Spirogira

 Paramesium  Klamidomonas
Jenis – Jenis Sel Haiwan

1. Sel darah Contoh- 2. Sel saraf


merah contoh Sel Membawa maklumat
Mengandungi Haiwan (impuls saraf ) ke
hemoglobin untuk seluruh badan.
mengangkut oksigen
ke seluruh badan.
4. Sel pembiakan
2 jenis : Ovum dan sperma
3. Sel pipi
Berfungsi melindungi Terlibat dalam proses
permukaan dalam pembiakan manusia.
pipi.

5. Sel darah putih


6. Sel otot
Melindungi badan
daripada serangan Berupaya mengecut
penyakit dengan dan menegang
menghapuskan bakteria untuk menghasilkan
dan virus dalam badan. pergerakan.
Jenis – Jenis Sel Tumbuhan

1. Sel Epirdemis 2. Sel Palisad


Berfungsi untuk Mengandungi klorofil
mengurangkan untuk menyerap cahaya
kehilangan air, dan menjalankan proses
membolehkan pertukaran Contoh- fotosintesis
gas, dan penyerapan air
contoh Sel
dan nutrien
Tumbuhan
4. Sel Rerambut Akar
3. Sel Pengawal Sel rerambut akar yang
Stoma merupakan liang seni di antara banyak meningkatkan luas
sepasang sel yang disebut sel pengawal. permukaan untuk menyerap
Stoma biasanya terbuka pada siang hari lebih banyak air dan nutrient
untuk menjalankan proses fotosintesis. dari tanah
Stoma tertutup pada malam hari atau
semasa tumbuhan kehilangan banyak air
pada hari yang panas. Sel pengawal
mengawal pembukaan atau penutupan
stoma
Sistem dalam badan manusia.
Terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama
dalam badan manusia. Setiap sistem terdiri daripada
beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk
melakukan sesuatu fungsi khusus. Fungsi semua sistem mesti
berkoordinasi supaya manusia dapat hidup dengan sempurna.
• 2.2 Respirasi Sel dan Fotosintesis
Apakah Respirasi
Respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi
dalam (respirasi sel). Pernafasan merupakan pertukaran gas antara
organisma dengan persekitarannya manakala respirasi sel pula
ialah proses pengoksidaan dan penguraian glukosa yang berlaku di
dalam sel hidup untuk membebaskan tenaga.
Respirasi Sel
Respirasi sel ialah proses penguraian makanan untuk
membebaskan tenaga. Tenaga yang dibebaskan akan digunakan
untuk semua proses hidup yang berlaku dalam badan. Proses
respirasi sel memerlukan oksigen dan glukosa untuk menghasilkan
tenaga, karbon dioksida dan air.

Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga


Fotosintesis
Tumbuhan hijau mensintesis makanan sendiri melalui
fotosintesis. Makanan yang dibuat oleh tumbuhan iaitu
glukosa kemudiannya disimpan dalam bentuk kanji. Kehadiran
kanji dalam daun menunjukkan fotosintesis telah berlaku.
Ujian Kehadiran Kanji
Proses fotosintesis memerlukan tenaga cahaya,
klorofil, karbon dioksida dan air untuk menghasilkan
glukosa dan oksigen.
Perbezaan antara Proses Respirasi dan Fotosintesis
Respirasi Sel Fotosintesis
Berlaku dalam mitokondria. Berlaku dalam kloroplas
Proses yang membebaskan tenaga Proses yang menyerap tenaga
Menggunakan tenaga kimia dalam Menggunakan tenaga dari cahaya
makanan matahari
Berlaku pada manusia, haiwan, Berlaku pada tumbuhan dan
tumbuhan dan mikroorganisma mikroorganisma
Menguraikan glukosa untuk penghasilan Mensintesis glukosa
tenaga
Menggunakan oksigen dan glukosa Menggunakan karbon dioksida dan air
untuk menghasilkan karbon dioksida, air untuk menghasilkan oksigen dan
dan tenaga glukosa
Sentiasa berlaku Berlaku ketika ada cahaya
Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Semasa
respirasi sel, gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida
disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan
oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis.
Oksigen yang dihasilkan daripada proses fotosintesis pula
digunakan oleh semua organisma untuk respirasi sel.

You might also like