You are on page 1of 4

UJIAN INTERVENSI 1 JPWP JAWAPAN SOALAN STRUKTUR SEJARAH 1249/2 SPM

SOALAN 1
Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang Pemerintahan, kepercayaan dan pertanian.

(a) Nyatakan dua ciri dalam sistem pemerintahan Tamadun Hwang Ho? [2 markah]
Pemerintahan beraja berkuasa mutlak
Anak lelaki raja sebagai pengganti raja
Kuasa pemerintahan adalah mandat dari tuhan

(b) Nyatakan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang masih diamalkan oleh masyarakat
Cina sehingga hari ini. [2 markah]
Feng Hsui
Konsep Yin dan Yang
Pemujaan roh nenek moyang

(c) Jelaskan kemajuan pertanian dalam tamadun Hwang Ho. [3 markah]


Pembinaan sistem pengairan
Penciptaan cangkul dan sabit
menggunakan batas untuk tanaman
Kemajuan dalam tekbologi pembajakan

(d) Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleg generasi hari ini daripada masyarakat Hwang Ho.
[3 markah]
Kecekalan para pemerintah
Tabah menghadapi masalah
Kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah
Patuh pada ajaran agama

NORHAYATI BINTI MAT ZAIN SMKSP 2010 1


UJIAN INTERVENSI 1 JPWP JAWAPAN SOALAN STRUKTUR SEJARAH 1249/2 SPM

SOALAN 2
Di Makkah, dakwah Islamiah secara terbuka oleh Nabi Muhammad s.a.w. ditentang oleh orang Arab
Quraisy.

(a) Namakan tempat-tempat Nabi Muhammad s.a.w. melakukan dakwah secara terbuka. [1 markah]
Bukit Safa
Rumah Ali bin Abu Talib

(b) Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam di Makkah? [2 markah]
Perbezaan kepercayaan
Menolak konsep persaudaraan Islam
Salah faham terhadap tugas nabi

(c) Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w.? [2 markah]
Cemuhan
Ejekan melalui puisi
pemulauan terhadap keluarga nabi
Ancaman bunuh terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

(d) Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghadapi penentangan
Arab Quraisy? [2 markah]
Dakwah secara lembut
Tidak memaksa
Membaca ayat al-Quran
Menunjukkan teladan yang baik

(e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha penyebaran
Islam. [3 markah]
Tidak mudah berputus asa
Bijak membuat keputusan
Berusaha menegakkan kebenaran
Sabar, tabah, gigih

NORHAYATI BINTI MAT ZAIN SMKSP 2010 2


UJIAN INTERVENSI 1 JPWP JAWAPAN SOALAN STRUKTUR SEJARAH 1249/2 SPM

SOALAN 3
Pada tahun 622 M. Nabi Muhammad s.a.w. telah merangka perlembagaan yang merangkumi aspek
politik, sosial dan ekonomi.

(a) Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam. [2 markah]
Golongan Arab
Suku Aus dan Khazraj
Golongan Yahudi
Bani Quraizah, Bani Quraiqa, Bani Nadhir
Golongan Nasrani

(b) Nyatakan kandungan Piagam Madinah dari aspek berikut:


(i) Politik [1 markah]
Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin Madinah
Nabi sebagai hakim

(ii) Ekonomi [1 markah]


Kerjasama untuk majukan ekonomi
Unsur penipuan dan riba dihapuskan

(iii) Sosial [1 markah]


Masyarakat Madinah dianggap satu ummah
Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan

(c) Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dari segi politik. [2 markah]


Model kerajaan Islam sebagai panduan pemerintahan negara
Kerajaan Islam boleh diterima pakai oleh semua golongan
Undang-undang yang adil dan lengkap
Merangkumi peraturan berkaitan dunia dan akhirat

(d) Apakah nilai masyarakat Madinah yang dapat diterapkan ke dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum? [3 markah]
Hidup bersatu padu
Rela berkorban
Bertimbang rasa
Menghormati kebebasan beragama

NORHAYATI BINTI MAT ZAIN SMKSP 2010 3


UJIAN INTERVENSI 1 JPWP JAWAPAN SOALAN STRUKTUR SEJARAH 1249/2 SPM

SOALAN 4
Revolusi Perindustrian telah melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa imperialis pada abad ke-
19 dan 20.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian? [1 markah]


Pengeluaran barangan secara besar-besaran
Barangan dihasilkan dengan penggunaan mesin
Produk lebihan diperdagangkan

(b) Nyatakan faktor tercetusnya Revolusi Perindustrian di Britain. [3 markah]


Peladang kaya melabur modal
Revolusi Pertanian menyediakan makanan untuk pekerja kilang
rekaan dalam bidang sains dan teknologi
semangat dan kegiatan keusahawanan

(c) Bagaimanakah Revolusi Perindustrian menggiatkan kegiatan imperialisme kuasa-kuasa Eropah?


[2 markah]
Mahu mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak dan berterusan
Untuk meluaskan pasaran
Semangat persaingan antara kuasa-kuasa Barat

(d) Sekiranya anda menjadi seorang pengusaha kilang di Eropah, mengapakah anda perlu
melaksanakan perkara berikut:
(i) Pengkhususan pekerjaan [2 markah]
Mewujudkan tenaga mahir
Meningkatkan kualiti barangan
Mengawal kos

(ii) penggunaan teknologi [2 markah]


Menjimatkan masa
Meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan
Menjimatkan sumber tenaga manusia

NORHAYATI BINTI MAT ZAIN SMKSP 2010 4

You might also like