You are on page 1of 50

Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Panduan Teks

BAHAGIAN LELAKI DAN PEREMPUAN


Sempena Majlis Tadarus Al-Qur’an
1435H / 2014M
Penasihat
MOHD SHARKAWI BIN ALI AKBAR
Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan

Penyelaras
USTAZ YAZID BIN RAZALI
Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Samarahan

Saf Penggubal
USTAZ PADIL BIN BUJANG
(Ketua Penggubal)

Panel Penggubal
USTAZ A’ALI MUSALAM SHAH BIN HAMDEN
USTAZ SALLEH BIN SABANG
USTAZ FAUZAN BIN MD ROSDI
USTAZAH SHARIFAH MASNI WAN SHEKH
USTAZAH NORIMAH BINTI ADON
USTAZAH SYARIFAH MAIMON WAN SULONG
USTAZAH NOOR NAJIHAH BINTI MD NAJIB
USTAZAH SITI RAHIMAH AB RASHID
USTAZAH SITI SILAWATI BINTI IBRAHIM
USTAZAH FATIMAH BINTI KIPLI

Disediakan oleh:
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan,
Jalan Dato’ Mohd Musa,
94300 Samarahan,
SARAWAK.
No. Tel : 082-629597
No. Faks : 082-628359

Rekabentuk dan Taipset


AMS Simple Solution ©

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

ISI KANDUNGAN HALAMAN

TEKS BERCERITA
TEKS BERCERITA BAHAGIAN
BAHAGIAN LELAKI
LELAKI

1) Kisah Wahyu Pertama Rasulullah ……………………………………… (2)

2) Kisah Nabi Ilyas a.s. ………………………………………………………. (7)

3) Kisah Kemungkaran Kaum Nabi Isa …………………………………... ( 12 )

4) Kisah Nabi Syuib Dengan Kaumnya ………………………………….. ( 19 )

TEKS
TEKS BERCERITA
BERCERITA BAHAGIAN
BAHAGIAN PEREMPUAN
PEREMPUAN

1) Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar ……………………………. ( 25 )

2) Kisah Nabi Zulkifli a.s. ……………………………………………………... ( 30 )

3) Kisah Keangkuhan Raja Namrud ……………………………………… ( 36 )

4) Kisah Tujuh Orang Pemuda Yang Beriman ………………………….. ( 42 )

Perhatian

Kesemua teks cerita yang disediakan ini adalah sebagai contoh dan
panduan. Guru-guru yang melatih peserta bolehlah menambah, menukar
mana-mana bahagian isi yang dirasakan sesuai khususnya bahagian
pengajaran dan isu-isu semasa yang terkini. Masa yang diperuntukan
untuk pertandingan bercerita ialah 8 minit sahaja.

Soalan spontan yang disertakan adalah hanya sebagai panduan kepada


para guru yang melatih peserta bercerita kisah daripada Al-Quran.
Hanya satu soalan sahaja yang akan diajukan oleh hakim kepada
peserta sejurus selepas peserta menyampaikan cerita. Masa yang
diperuntukkan untuk sesi soalan spontan ialah 3 minit sahaja.

- Panel Penyusun -

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 1 (L) : WAHYU PERTAMA RASULULLAH

TEKS

Awal bismillah mula bicara


Assalamualaikum pembuka cerita
Wahyu pertama Rasulullah akan kucerita
Jadikan teladan kita bersama [Pantun]

Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru , seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Gua Hirak terletak di Jabal Nur,


5 km dari Masjidil-Haram,
Tinggi puncak sekitar 200 m
Tempat terpencil tiada berpenghuni (sajak)

Pada saat usia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad S.A.W suka mengasingkan
diri kerana bingung mengenangkan masyarakat Arab yang hidup
bergelumang dengan maksiat dan dosa.

Firman Allah :
   
“Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia
memberikan petunjuk.”

(Potongan ayat 7 : Surah Ad Dhuha)

Maka, Nabi Muhammad s.a.w diberikan petunjuk melalui mimpi supaya


mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Dengan cara ini sajalah, Allah dapat
mempertahankan iman baginda. Lantas Rasulullah beribadah di Gua Hira’
dengan penuh keikhlasan, mengasingkan diri untuk mencari ketenangan
daripada masyarakat Arab yang sesat dan tidak bermoral itu
dengan hanya berbekalkan roti sahaja. Baginda juga, sering memikirkan
keagungan Pencipta alam ini.

Ya kawan-kawan...
Ciri-ciri masyarakat jahilliyah pada masa itu, kini semakin menular
dengan hebat pada masa sekarang. Gejala keruntuhan moral
seperti berzina, membuang dan membunuh anak, menjadi nanah di
dalam masyarakat Islam. Sungguh menyedihkan. Maka ayuhlah umat
Islam ikutilah firman Allah ini:

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

      


   
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan
Taatlah kamu kepada Rasulullah.”

(Potongan ayat 59 : Surah An Nisa’)

Berulang alik beribadat


Diberi bekalan makanan
Khadijah isteri yang taat
Menjadi contoh dan teladan [Nasyid Selawat]

Sidang pendengar budiman,

Akhirnya, pada malam 17 Ramadhan 610 Masihi, datanglah Malaikat Jibril


yang menyerupai seorang lelaki lantas berkata: “BACALAH WAHAI
MUHAMMAD!”

Baginda ketakutan dan menjawab: “Aku tidak tahu membaca!!!”. Malaikat


Jibril mengulanginya sebanyak 3 kali. Rasulullah tetap menjawab: “Aku tidak
tahu membaca!!!”. Maka Malaikat Jibril terus memeluk baginda dan
membacakan ayat 1 hingga 5 surah Al-Alaq. Nabi Muhammad S.A.W pun
mengikuti bacaan malaikat Jibril seperti firman Allah:

          
        
    

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia


Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan
Tuhanmulah yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan
perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya”.

Ya kawan-kawan,
Bermula pengistiharan “IQRA’” oleh Malaikat Jibril, sejarah manusia
berubah wajah. Banyak kemajuan sains, teknologi dan sebagainya
adalah bersumber daripada usaha-usaha awal umat Islam yang
digerakkan dari wahyu pertama ini. Oleh itu, amalkanlah amalan
membaca. Bak kata pujangga “Membaca itu jambatan ilmu dan Ilmu
itu pelita hidup”. Ilmulah menjadikan kita umat yang bijakpandai

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

dan berjaya di dalam kehidupan.

Menggeletar ketakutan jasad baginda


Kembali ke rumah bertemu isterinya
Diselimutkan baginda dengan segera
Lantas ditenangkan cemas yang melanda [Syair]

Setelah mendengar penjelasan suami tercinta, Khadijah menenangkan


baginda dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh kasih sayang.
Khadijah terus menyarankan baginda berjumpa dengan sepupunya Waraqah
bin Naufal untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya. Sesuai dengan
kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”.

Waraqah pun berkata: “Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah


Nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup di waktu
itu, nescaya akulah orang yang pertama menolongmu daripada
orang-orang memusuhimu,.” Waraqah menjelaskan, peristiwa itu
merupakan tanda bahawa Rasulullah s.a.w telah dipilih oleh Allah s.w.t
sebagai seorang Nabi dan Rasul untuk menyampaikan ajaran Islam kepada
seluruh umat manusia.

Ya sahabatku sekalian,
Kata-kata lemah lembut isteri tercinta telah membuatkan hati
baginda tenang. Sifat isteri solehah dan keibuan Ummu mukminin
Saidatina Khadijah adalah contoh terbaik Ibu Mithali yang
mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, dermawan
dan menjaga rahsia.

Firman Allah :
      
“Maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat
(kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan
dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama.”

(Potongan ayat 34 : Surah An Nisa’)

Mendengar kata-kata Waraqah itu, maka tenanglah hati Khadijah. Selepas


peristiwa itu,,Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul dan berdakwah
kepada umat manusia. Rasulullah menjadi rahmat kepada semesta alam.

Firman Allah :
     

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

“Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)


rahmat bagi semesta alam.”

(Potongan ayat 107 : Surah Al Anbia)

Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan Rasul
terakhir mengajar manusia dan jin ke jalan yang benar dan seterusnya
pembawa rahmat ke seluruh alam.

Namun, kawan-kawan semua,


Pada masa kini. Ada juga yang murtad dari agama Islam dan
mengamalkan ajaran sesat seperti ajaran fahaman “Syiah”. Justeru
itu, Kita wajib yakin sepenuh hati bahawa Rasulullah s.a.w adalah
nabi akhir zaman. Kita hendaklah bersyukur kerana negara kita
menjadikan agama Islam aliran ahli sunnah waljamaah sebagai
agama rasmi.

Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada
Allah s..w.t dan mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan segala
larangan Allah s.w.t. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalam syurga
Allah s.w.t kelak.

Bacalah,
Sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Kejadian di dunia

Bacalah,
Tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan [Nasyid IQRA’ : Rabbani]

Nun di sana indahnya pelita


Sambil berjalan cahaya tersebar
Akhir kata tamatlah cerita
Ambil pengajaran jadikan iktibar [Pantun]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.
CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH WAHYU PERTAMA
RASULULLAH

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

1. Rasulullah mengasingkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk


mencari hakikat pencipta alam semesta ini. Nyatakan 2 cara lain bagi
anda sebagai seorang pelajar untuk mencari ketenangan semasa
belajar.

2. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah menyuruh


baginda membaca. Sebutkan 2 faedah yang kita dapat daripada
mengamalkan budaya membaca.

3. Siti Khadijah menenangkan Rasulullah yang ketakutan selepas


menerima wahyu yang pertama dengan penuh kasih sayang. Nyatakan
2 cara untuk anda menunjukkan rasa kasih sayang anda terhadap ibu
bapa.

4. Ajaran sesat semakin berleluasa di Negara kita pada masa kini.


Sebagai pelajar, sebutkan 2 cara untuk mengenali jenis dan nama
ajaran sesat yang diharamkan.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 2 (L) : KISAH NABI ILYAS A.S.

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terima kasih pengacara budiman


Barisan hakim hadirin sekalian
Hayatilah cerita saya sampaikan
Kisah Nabi Ilyas a.s.tajuk pilihan [Pantun]

Kawan-kawan,

Nabi Ilyas a.s ialah anak Yasin dari keturunan Nabi Harun a.s yang keempat.
Baginda diutuskan kepada kaum Bani Israel yang suka menyembah patung
berhala yang dinamakan Ba’al.

Firman Allah :
    
“Dan sesungguhnya Ilyas adalah daripada rasul-rasul (kami) yang
diutus.”

(Potongan ayat 123 : Surah As Saaffat)

Ya kawan kawan,

Nabi Ilyas a.s mendapat tugas dari Allah SWT untuk menyedarkan kaum Bani
Israil yang suka menyembah berhala Ba’al. Nabi Ilyas a.s mengingatkan
kaumnya, bahawa berhala yang mereka sembah itu bukan Tuhan yang
sebenarnya. DIa juga menyerukan agar mereka takut kepada Allah SWT yang
menciptakan alam semesta. Namun, kaum Bani Israil mendustakan seruan
Ilyas tersebut. Kisah Nabi Ilyas yang memperingatkan kaumnya itu terdapat
dalam Al-Quran.
Firman Allah :
     
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi
laranganNya.”

(Potongan ayat 124 : Surah As Saaffat)

Ya kawan-kawan,
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

tuntutan dalam Islam. Kesungguhan pihak-pihak NGO dalam


melibatkan diri untuk memberi kesedaran kepada anak muda masa
kini hendaklah kita contohi agar anak muda masa kini dapat
menghindarkan diri daripada terjebak kepada perkara yang boleh
mengundang kemurkaan Allah.

Ha….kawan-kawan nak tahu? Nabi Ilyas a.s telah mendapat tentangan yang
hebat daripada kaumnya. Bahkan mereka lebih kejam dan merancang akan
membunuh Nabi Ilyas a.s.

Firman Allah :
     
“Patutkah kamu menyembah berhala Ba’al dan kamu meninggalkan
(ibadah kepada) sebijak-bijak pencipta?”

(Potongan ayat 125 : Surah As Saaffat)

Nabi Ilyas begitu lantang bersuara melarang mereka menyembah patung


yang tidak bernyawa tersebut. Peristiwa ini menyebabkan kaum Bani Israel
sangat marah dan berusaha untuk menghancurkan Nabi Ilyas.

Hati sedih tidak terperi


Kaumnya ingkar dan sombong diri
Nabi Ilyas berusaha tak berhenti
Supaya mereka sedarkan diri [Nasyid Sepohon Kayu]

Ya Kawan-kawan,
Usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan pasti akan berdepan
dengan pelbagai rintangan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
berusaha dengan tekun dan sabar tanpa berputus asa. Contohilah
kegigihan Datuk Hassan Bin Azhari dalam mengembangkan ilmu al-
Quran. Kerana kesungguhannya itulah menyebabkan beliau telah
dianugerahkan sebagai tokoh Maulidur Rasul 2013 yang lalu.

Kawan-kawan,

Kaum Bani Israel tidak sedikitpun mahu menerima seruan kebenaran


daripada Nabi Ilyas a.s. Lalu…….Nabi Ilyas a.s berfikir dan berdoa kepada

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Allah SWT supaya tidak menurunkan hujan di kawasan penempatan mereka


di Negeri Baalbek.

Nabi Ilyas a.s mencari cara


Menyedarkan kaum penyembah berhala
Namun kaumnya menolak sahaja
Lalu Allah menurunkan bala [Nasyid Taubat seorang
hamba]

Firman Allah :
   
“Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir
(untuk diseksa).”

(Potongan ayat 127 : Surah As Saaffat)

Air minuman kehabisan


Tanaman musnah bersama ternakan
Sungai, kolam mahupun tadahan
Semuanya gersang dalam kekeringan [Sajak]

Penduduk Baalbek menjadi cemas dengan situasi dan ujian tersebut.

Ya kawan-kawan,
Kita janganlah menolak seruan Nabi atau seruan ke arah kebaikan
kerana dikhuatiri akan ditimpa bencana seperti bencana banjir
lumpur yang telah melanda di Indonesia baru-baru ini yang telah
mengorbankan banyak nyawa.

Kawan kawan sekalian,

Hari berganti minggu, bulan bertukar tahun. Penduduk Negeri Baalbek


semakin cemas dan gelisah. Ada dalam kalangan mereka yang mula
menyedari bahawa Tuhan Baal yang mereka sembah berkurun lamanya tidak
sedikitpun mampu membantu mereka di dalam kesusahan. Mereka berjumpa
Nabi Ilyas dan menyatakan keimanan mereka kepada Allah SWT dan
menolak kejahilan. Allah menamatkan kemarau panjang yang telah berlaku
selama 3 tahun di negeri Baalbek.

Gembira hati bukan kepalang


Siksa kemarau mula menghilang
Kepada Allah doa dipanjang
Hidayah dihati jadi terang [Nasyid Sepohon Kayu]

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Ya kawan-kawan,
Sikap menyesali kesilapan yang telah dilakukan amatlah baik dan
sesungguhnya Allah maha penerima taubat. Ini dapat dilihat melalui
penghijrahan ramai artis Negara kita yang sudah berubah daripada
kejahilan kepada kebaikan. Kita doakan moga mereka istqomah
dalam amalan mereka…amin…

Hadirin sekalian,

Perbanyakkanlah amalan mulia


Buat bekalan menuju ke sana
Berakhir sudah cerita saya
Moga mendapat pengajaran darinya

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH NABI ILYAS A.S.

1. Nabi Ilyas a.s. diutuskan untuk menyedarkan kaumnya tentang


kesalahan yang telah dilakukan mereka. Sebutkan 2 cara untuk
anda menyedarkan rakan anda daripada melakukan kesilapan.

2. Dakwah Nabi Ilyas a.s. mendapat tentangan daripada kaumnya.


Nyatakan 2 keburukan menghalang orang lain daripada
menyampaikan perkara yang baik.

3. Kesungguhan Nabi Ilyas dalam menyampaikan dakwah patut dicontohi.


Nyatakan 2 faedah daripada usaha bersikap bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

4. Kaum yang menentang Nabi Ilyas insaf dan kembali beriman kepada
Allah. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, apakah 2
tindakan yang akan anda lakukan?

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 3 (L) : KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terima kasih tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Nabi Isa adalah


Rasul mulia, istimewa
Kemungkaran kaumnya
Tajuk cerita pilihan saya [Lagu Isabella]

Hadirin sekalian,

Nabi Isa merupakan seorang nabi dan rasul ‘ulul ‘azmi. Lahirnya tiada
berbapa daripada seorang ibu yang bernama Maryam. Maryam merupakan
seorang wanita mulia yang kuat beribadah kepada Allah.

Firman Allah :
         
   
“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah
memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan
seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata ) dengan kalimah
daripada Allah nama anak itu; al-Masih Isa Ibn Maryam.”

(Potongan ayat 45 : Surah Ali ‘Imran)

Hadirin sekalian,

Pada zaman sekarang ramai bayi yang dilahirkan tanpa diketahui


siapa bapa mahupun ibu mereka dan dibuang merata-rata. Ingatlah
tiada lagi wanita istimewa yang Allah jadikan seperti Maryam dan
apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh perbuatan dosa
segelintir manusia. Jadi, sama-samalah kita menghindari daripada
melakukan perbuatan keji seperti zina yang mendatang dosa serta
menghancurkan institusi keluarga.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Kawan-kawan,

Nabi Isa telah dilantik menjadi rasul ketika berumur 30 tahun setelah
turunnya wahyu Allah yang memerintahkan baginda untuk mengajarkan
kitab Taurat dan Injil kepada kaumnya Bani Israel sebagaimana firman Allah
dalam surah Ali Imran ayat 48-49. Kaum Bani Israel begitu banyak membuat
kemungkaran seperti menolak kewujudan akhirat, termasuk juga hakikat
hisab, dosa dan pahala.

Di samping itu, terdapat juga golongan daripada pemimpin-pemimpin agama


yang telah menyelewengkan ajaran agamanya kepada ajaran sesat. Namun
begitu, Nabi Isa telah dapat menyangkal segala dakyah mereka dengan
mengemukakan hujah yang kuat sambil menerangkan kesesatan jalan yang
mereka tempuh.

Akan tetapi, keingkaran serta kekufuran itu sudah sebati di dalam jiwa dan
darah daging mereka. Ketika gelombang keingkaran dan kekufuran
memuncak, Nabi Isa telah berdiri di tengah-tengah kaumnya sambil bertanya
siapakah yang mengikutnya ke jalan Allah. Pengikut-pengikutnya terus
menyahut seruan Nabi Isa dengan penuh keberanian sedangkan mereka
hanyalah golongan yang kecil di tengah-tengah lautan orang kafir.

Firman Allah :
           
.     

“Maka tatkala Nabi Isa merasa akan kekufuran dari mereka,


berkatalah ia: “Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?”.
Orang-orang Hawarriyun berkata : “Kamilah penolong-penolong
(Utusan) Allah.”

(Potongan ayat 52 : Surah Ali ‘Imran)

Hadirin sekalian,
Jika kita melihat ke dalam masyarakat Negara kita sekarang, betapa
banyaknya ajaran sesat yang menular. Contohnya, ajaran Tuhan
Harun dan Syiah. Bersama-samalah kita berpegang teguh dengan
sunnah Rasulullah dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup
agar kita tidak berada dalam kesesatan.

Begitu indah dunia ,siapapun kan tergoda


Harta pangkat dan wanita, melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati, kita kan dikuasai

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Syaitan nafsu dalam diri, musuh yang tersembunyi [Nasyid


Fatamorgana]

Kawan-kawan,

Bani Israel adalah kaum yang menyeleweng dari jalan yang benar dan
melampaui batas ketentuan Allah. Mereka hanyut kerana leka dengan
pengumpulan harta, malah tidak membezakan langsung antara halal dan
haram. Oleh kerana itu Allah telah mengharamkan sebahagian besar
daripada harta-harta mereka yang baik-baik, walaupun sebelumnya
dihalalkan.

Firman Allah :
       

“Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang
Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang
pernah dihalalkan bagi mereka”.

(Potongan ayat 160 : Surah An Nisa’)

Mereka mengingkari adanya roh, hari kiamat dan mahsyar yang beerti
mereka ini tidak beriman dengan hari Hisab dan azab siksaan. Oleh kerana
itulah, mereka tenggelam dalam keseronokan dan kemewahan, tanpa
mempedulikan adanya perhitungan amal baik dan buruk di akhirat kelak.

Hadirin sekalian,

Saya berasa khuatir dengan keadaan masyarakat kita sekarang


yang seakan-akan telah hilang pertimbangan walaupun hidup di
zaman moden dan berteknologi. Nilai-nilai murni seperti amanah,
tanggungjawab dan kasih sayang semakin pudar. Saban hari berita
tentang kes ragut, pecah rumah, rasuah dan juga bunuh sering
dipaparkan di dada akhbar. Ini jelas menunjukkan betapa tipisnya
nilai keimanan manusia akhir zaman. Kebanykkannya berlaku
kerana ingin jadi cepat kaya dan hidup bertuhankan kemewahan
dan keseronokan dunia.

Hadirin sekalian,

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Tokoh-tokoh agama pada zaman Nabi Isa merasa terancam dengan


kedatangan baginda. Ini kerana, kehadiran Nabi Isa membawa banyak
pembaharuan dengan menentang segala perbuatan keji. Mereka yang sudah
lama hanyut dan tenggelam dalam lautan hawa nafsu serta keseronokan
duniawi. Nabi Isa juga menyingkap segala rahsia pengkhianatan mereka dan
menyebarkannya dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, mereka berpakat untuk melawan dan menolak kebenaran Nabi Isa
a.s. Antara usaha yang mereka lakukan untuk menyulitkan ajaran Nabi Isa
ialah dengan meminta sesuatu yang boleh menggugat kebenaran risalah dan
kerasulannya. Maka Allah telah mendatangkan beberapa mukjizat kepada
Nabi Isa bagi menunjukkan kebenaran risalahNya.

Bagi mengajar hakikat roh


Tanah liat dibentuk menjadi burung
Usaha Nabi Isa bersungguh-sunguh
Agar kaumnya tidak lagi terpesong

Orang buta melihat semula


Orang sopak kembali sihat
Mukjizat diturunkan hebat belaka
Mengajak Bani Israel segera bertaubat

Orang mati dapat dihidupkan


Makanan setiap orang juga diceritakan
Banyak sungguh mukjizat ditunjukkan
Mengharapkan Bani Israel akan beriman

Firman Allah :
        
   
“Aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk
burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor
burung yang hidup dengan izin Allah”.

(Petikan Surah Ali Imran: Ayat 49)

Kawan-kawan,
Kita hanyalah manusia biasa dan tidak mampu melawan kekuasaan
Allah s.w.t. Banyak tanda-tanda kekuasaanNya yang membolehkan
kita berfikir dan beriman kepadaNya tanpa rasa ragu sedikitpun.
Jangan sekali-kali terlibat dengan amalan mencabar kekuasaan Allah
seperti mengubah kejadian daripada lelaki kepada wanita seperti

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

yang dilakukan oleh sebahagian pengamal seks luar tabii pada hari
ini yang dikenali sebagai LGBT.

Hadirin sekalian,

Mukjizat-mukjizat yang diberikan Allah kepada Nabi Isa dapat


memperkukuhkan kenabiannya serta dapat menghindari keraguan kaumnya
terhadap ajaran yang dibawa. Tetapi Yahudi adalah kaum yang keras hati.
Mereka menentang dan melarang orang ramai daripada mendengar dakwah
melalui cara mengadakan mesyuarat dan pertandingan. Tetapi perbuatan
mereka ini hanyalah sia-sia kerana mereka tidak dapat membendung
golongan fakir miskin daripada mengikut dakwah Nabi Isa a.s. Justeru,
sesuatu perlu dilakukan.

Yahudi !
Betapa kerasnya hati bangsamu
Kejam berbuat sebarang laku
Lantaran gagal menghalang dakwahnya Isa
Kini kau menghasut orang-orang Roma

Yahudi !
Kaisar runtuh dek pelakuan Isa
Kau canangkan merata-rata
Agar masyarakat membenci Isa
Hukuman salib kau jatuhkan untuknya
Itu hanya fitnahmu semata.
Kerana Allah Maha Berkuasa [Sajak]

Allah telah menyelamatkan Nabi Isa daripada hukuman salib yang mereka
rencanakan dengan menggantikan Nabi Isa dengan kaum mereka sendiri
yang bernama Yahuza. Meronta-ronta dia minta dilepaskan sambil berkata;
“Aku bukan Isa! Aku bukan Isa!”. Jerit pekik Yahuza tidak dihiraukan dan
hukuman terus dilakasanakan.

Mereka merasa puas hati kerana dapat menghukum Isa. Sedangkan


perancangan Allah lebih bijaksana. Nabi Isa telah diangkat ke langit dan
peristiwa ini telah diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah :
        

“Dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

mengangkat Nabi Isa kepadaNya.”

(Petikan Surah An-Nisa’: Ayat 157 dan 158)

Kawan-kawan,
Beberapa hadis sahih menyebut bahawa Nabi Isa akan diturunkan
ke bumi sebagai salah satu tanda datangnya hari kiamat. Namun
kita telah dikejutkan dengan kenyataan ramalan puak Maya yang
mendakwa akan berlaku kiamat pada tahun 2013. Lantaran
daripada cerita tersebut ramailah orang telah membuat persiapan,
tidak kurang juga ada yang membunuh diri. Sebagai orang yang
beriman kita sepetutnya dapat menyangkal dakyah tersebut dengan
bijaksana.

Hadirin sekalian,

Kemungkaran dan kekejaman Yahudi tidak berhenti setelah dapat


menangkap dan membunuh Nabi Isa. Kita lihatlah sekarang kekejaman
mereka semakin bermaharajalela terhadap rakyat Palestin. Justeru marilah
kita menadah tangan dan sama-sama berdoa:

“Ya Allah! Selamatkan rakyat Palestin daripada kekejaman tentera Yahudi.


Berilah kekuatan dan keteguhan iman kepada mereka untuk menempuh
ujian ini sebagai tanda taqwa kepadaMu. Amin!”

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH KEMUNGKARAN KUM


NABI ISA

1. Maryam mengandungkan Nabi Isa tanpa melalui proses perkahwinan


seperti manusia yang lain. Nyatakan 2 hikmah daripada
kebesaran Allah yang dinyatakan dalam cerita tersebut.

2. Keingkaran dan kekufuran telah menebal di dalam hati kaum Nabi Isa.
Nyatakan 2 keburukan orang yang bersifat ingkar.

3. Allah telah mengharamkan harta kaum Nabi Isa yang baik walaupun
sebelumnya ianya adalah halal. Nyatakan 2 faedah yang kita
dapat daripada memakan makanan yang halal.

4. Nabi Isa telah menghidupkan seekor burung dengan menggunakan


tanah liat. Nyatakan 2 kepentingan mukjizat kepada para nabi
dan rasul.

5. Kemungkaran Yahudi tidak berpenghujung. Nyatakan 2 sumbangan


anda sebagai orang Islam bagi membantu penduduk Islam di
Palestin.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 4 (L) : NABI SYUIB DENGAN KAUMNYA

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terima kasih pengerusi majlis


Barisan hakim yang arif lagi bijaksana
Penjaga masa yang setia dengan tugasnya
Hayatilah cerita yang ingin saya sampaikan
Kisah Nabi Syuib dengan kaumnya jadi pilihan

Kawan-kawan kenal siapa itu Nabi Syuib?

Nabi Syuib merupakan merupakan keturunan Nabi Ibrahim. Baginda


merupakan Rasul yang diutuskan untuk pendudk Madyan.

Kota Madyan letaknya di Yodania


Tempat tinggal Nabi Syuib yang mulia
Penduduknya kafir, derhaka, durjana
Pohon lebat Aikah disembah dipuja [Syair]

Demikianlah keadaan penduduk yang dihadapi oleh Nabi Syuib dalam


perjuangan dakwahnya.

Firman Allah:
         
    
“Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka
Nabi Syu'aib. Ia berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan
Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.”

(Potongan ayat 85 : Surah al-A’raf)

Ya kawan-kawan,
Usaha dakwah berterusan perlu terus giat dilakukan pada masa kini.
Seperti program realiti tv yang menjadi fenomena kebelakangan ini
iaitu “Program Pencetus Ummah” yang telah menarik minat orang
Islam dan bukan Islam untuk menontonnya. Kawan-kawan pula…
ajaklah mak ayah menonton sama.

Kawan-kawan,

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Perjalanan dakwah Nabi Syuib adalah sama seperti Nabi dan Rasul yang lain.
Mesti mendapat tentangan yang hebat daripada umatnya. Jika tidak
mendapat tentangan, bukanlah dakwah namanya. Hanya sedikit daripda
penduduk Madyan yang mengikut ajaran baginda malah ramai di kalangan
mereka mencerca serta menghina baginda.

“Wahai Syuib, adakah solatmu yang banyak itu menyuruh kami


supaya meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang
kami?”
Soal penduduk Madyan dengan angkuh kepada Nabi Syuib.

Nabi Syuib menjawab persoalan mereka dengan berhikmah. Hal ini


digambarkan oleh Allah dalam firmannya:
         
  
“Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan
bukti yang nyata dari Tuhanku dan Dia pula mengurniakan daku
pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya”

(Potongan ayat 88 : Surah Hud)

Nabi Syuib insan istimewa


Misi diterus dengan harapan
Walau diejek serta dihina
Berputus asa bukanlah pilihan [Pantun]

Kawan-kawan,
Sikap tidak berputus asa adalah satu sikap yang murni. Hal ini
dapat dilihat melalui perjuangan penduduk Palestin yang tidak
pernah berputus asa dalam mempertahankan tanah air mereka
daripada dicerobohi oleh tentera Israil.

Syuib menyeru bertalu-talu


Sembahlah Allah Tuhan yang satu
Walau ummat tetap membisu
Namun Syuib tidak pernah lesu

Azam Nabi tetap membara


Azab Allah dijadikan berita
Penduduk Madyan tak kisah juga
Layaklah mereka digelar derhaka [Nasyid Rasulullah – Hijjaz]

Firman Allah:

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

           
     

“Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku


menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah
menimpa kaum Nabi Nuh atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi
Soleh.

(Potongan ayat 89 : Surah Hud)

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian Allah.
Para Dai’e bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran Islam
kepada semua manusia dengan penuh keazaman dan kesungguhan.
Bertepatan dengan peranan JAKIM, ABIM serta badan-badan dakwah
yang melaksanakan program pembangunan Ummah dan
penghayatan Islam di Negara ini.

Derhaka Jebat derhaka bertempat


Derhaka mereka mengundang bencana
Bila hidup sudah dilaknat
Kesenangan yang ada pasti binasa [Syair]

Akibat daripada keingkaran penduduk Madyan terhadap dakwah Nabi Syuib,


maka Allah telah menurunkan azab berupa kemarau panjang, gempa bumi
serta suara yang kuat sehingga menggerunkan mereka serta menyebabkan
kebanyakan mereka mati bergelimpangan.

Firman Allah:
        

“dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara


yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat
yang tersungkur di tempat masing-masing.”

(Potongan ayat 94 : Surah Hud)

Ya kawan-kawan,
Ingatlah bahawa setiap perbuatan jahat kita akan mendapat balasan
yang setimpal daripada Allah. Dewasa ini gempa bumi berlaku di
sana-sini sehinggakan mengorbankan banyak nyawa. Kita sebagai

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

makhluk ciptaan Allah, sentiasalah bermuhasabah disebalik setiap


kejadian.

Demikianlah kawan-kawan Kisah Nabi Syuib dengan kaumnya.

Sirah Nabi jadikan panduan


Buat pedoman perjalanan insan
Kisah Syuib jadikan tauladan
Agar menjadi hamba beriman [Pantun]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH NABI SYUIB DENGAN


KAUMNYA

1. Nabi Syuib a.s. diutuskan kepada penduduk Madyan. Nyatakan 2


amalan yang menjadi kesalahan bagi penduduk Madyan.

2. Penduduk Madyan menentang ajaran Nabi Syuib dengan mengejek


baginda. Nyatakan 2 kesan buruk daripada sikap mengejek
orang lain.

3. Nabi Syuib mempunyai keazaman yang kuat dalam misi dakwahnya.


Nyatakan 2 cara untuk meningkatkan keazaman anda dalam
proses belajar di sekolah.

4. Penduduk Madyan terlalu keras hati dan tidak mahu menerima dakwah
Nabi Syuib. Nyatakan 2 ciri untuk orang keras hati atau degil.

5. Allah membalas perbuatan derhaka penduduk Madyan dengan


setimpal. Nyatakan 2 perkara yang boleh menyebabkan kita
menjadi derhaka kepada Allah.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 1 (P) : PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

TEKS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih pengacara budiman


Barisan hakim hadirin sekalian
Hayati cerita yang saya sampaikan
Kisah Persaudaraan Muhajirin dan Ansar tajuk pilihan

Kawan-kawan,

Muhajirin bermaksud para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah


manakala Ansar ialah penduduk Madinah yang memeluk Islam dan
membantu perjuangan Rasulullah S.A.W

Permulaan langkah yang bijaksana


Di bumi Madinah Rasulullah S.A.W laksana
Muhajirin dan Ansar bersatu bersama
Ukhuwah Islamiyah seia sekata
[Pantun]
Bersumpah berjanji kedua-duanya
Tanpa mengira keturunan dan rupa
Muhajirin datang Ansar menerima
Tanpa prejudis dan prasangka

Firman Allah :
        

“Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka


berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka
dari golongan kamu.”
(Potongan ayat 75 : Surah Al Anfal)

Ya kawan-kawan
Indahnya persaudaraan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW telah
menimbulkan satu perasaan kasing sayang amat mendalam hingga
lebih mengutamakan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
Keikhlasan golongan Ansar menyambut ketibaan tetamu perlu kita
contohi lebih-lebih lagi dalam suasana Tahun Melawat Malaysia 2014
ini. Pelancong yang datang perlu kita raikan dengan sopan dan
berbudi bahasa.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah S.A.W mendapati masyarakat


Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan pegangan agama. Ini
menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan penduduk Madinah.
Atas permintaan dan sokongan kaum Muhajirin dan Ansar, baginda dapat
membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Rasulullah pemimpin yang bijaksana


Strategi diatur membentuk negara
Muhajirin dan Ansar menjadi saudara
Hilanglah sudah segala sengketa

Hidup bernegara amatlah perlu


Menjunjung perintah Allah yang satu
Semua penduduk hidup bersatu
Bagi membina Madinah yang maju [Nasyid Sepohon Kayu]

Lalu, baginda pun memanggil wakil penduduk Madinah untuk bermesyuarat.


Tujuannya… untuk membentuk undang-undang dan perlembagaan. Hasilnya
terbentuklah sebuah negara Madinah. Inilah negara Islam yang pertama di
dunia. Subhanallah…

Firman Allah :
  
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama
mereka.”

(Potongan ayat 38 : Surah Asy-Syura)

Kawan-kawan,
Perancangan yang baik adalah tonggak kejayaan. Begitulah dengan
kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan
sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang
diingini. Contohnya, peperiksaan UPSR yang akan tiba, kita
seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji
dengan baik. In sha Allah, hasilnya nanti akan mendapat keputusan
yang cemerlang.

Piagam Madinah banyak faedah

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Perpaduan rakyat utuh tak goyah


Hidup umat terbentuk harmoni
Kepimpinan rasul wajar diikuti
[Sajak]
Negara Madinah punya peraturan
Hidup sejahtera negara makmur
Berkat kejujuran dan keikhlasan
Ekonomi rakyat semakin subur

Melalui piagam ini, Rasulullah dilantik menjadi ketua negara. Peribadi mulia
Rasulullah telah Berjaya menambat hati penduduk Madinah. Mereka akur
dengan undang-undang yang telah dibentuk.

Firman Allah :
      
   
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan
Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-
orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

(Potongan ayat 59 : Surah An-Nisa)

Kawan-kawan,
Marilah bersama kita jayakan kempen menghayati Rukun Negara
yang menjadi teras perpaduan. Ketaatan kepada pemimpin perlu
dipertahan. Jangan sekali-kali kita mencontohi sesetengah golongan
yang tanpa segan silu mengaku diri mereka sultan, atau dari
kerabat diraja yang palsu seperti yang berlaku baru-baru ini.

Ya kawan kawan,

Indahnya persaudaraan di antara Muhajrin dan Ansar. Sesungguhnya


persaudaraan ini dijalinkan atas dasar persaudaraan seagama dan bukan
atas dasar kesukuan atau perkauman.

Persaudaraan sejati tanpa rasa sangsi


Berjanji setiakawan sepenuh hati
Saling menyayangi laksana saudara sendiri
Mencapai kemuliaan redha ilahi [Sajak]

Ibarat isi dan kuku


umpama nyawa dan badan

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

laksana irama dan lagu


cubit paha kiri terasa paha kanan [Sajak]

Begitulah diibaratkan kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar dalam


menjunjung panji-panji Islam yang terus tersebar luas ke seluruh alam.
Namun hari ini kita cukup sedih kerana seolah-olah semangat persaudaraan
yang dihidupkan oleh Muhajirin dan Ansar semakin hilang ditelan zaman.
Lihat sajalah perpecahan sesama umat Islam kerana perbezaan politik dan
pandangan. Perbalahan dan peperangan kerana merebut jawatan dan
kedudukan. Lihatlah sahaja krisis di Mesir, Syria, Sudan dan banyak lagi.

MasyaAllah…kemana hilangnya keimanan? Lenyapnya ukhuwah


persaudaraaan, sesama sendiri saling berbunuhan. Tepuk dada tanyalah
iman.

Firman Allah :
        
  

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu


damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada
Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

(Potongan Surah al-Hujuraat ayat 10)

Begitulah kisah ikatan persaudaraan


Muhajirin dan Ansar dijadikan tauladan
Kekal relevan sepanjang zaman
Ambilkan iktibar jadikan pengajaran [Nasyid Puji-Pujian –
Raihan]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH PERSAUDARAAN


MUHAJIRIN DAN ANSAR
1. Persaudaraan dalam Islam menjadi asas kekuatan umat. Nyatakan
DUA contoh kelebihan menjadi umat yang kuat.

2. Semangat setia kawan amat dituntut dalam ajaran Islam. Sebutkan


DUA cara menjaga hubungan silaturrahim.

3. Perancangan yang teliti dan sistematik merupakan salah satu iktibar


daripada peristiwa persaudaraan Muhajirin dan Ansar. Sebutkan DUA
faedah membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu
perkara.

4. Piagam Madinah adalah undang-undang dan perlembangaan bertulis


yang pertama di dunia sebagai garis panduan mentadbir negara.
Nyatakan DUA cara mengelakkan diri daripada melanggar
peraturan sekolah.

5. Rasulullah SAW membina persaudaraan di antara kaum Muhajirin dan


Ansar atas dasar keimanan dan ketakwaan. Nyatakan DUA cara
mengelakkan perpecahan dalam hubungan persaudaraan.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 2 (P) : KISAH NABI ZULKIFLI A.S

TEKS

Awal Bismillah Pembuka Bicara,


Assalamualaikum Ahlan Wasahlan,
Kisah Nabi Zulkifli Tajuk Cerita
Buat Pedoman Jadikan Teladan [Pantun]

Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan.

Nabi Zulkifli anak Nabi Ayub


Cucu kepada Nabi Ibrahim
Menyeru kaumnya menyembah Yang Esa
Untuk beribadat dan membayar zakat

Memiliki 2 orang cahaya mata


Wafat ketika berusia 95 tahun
Terkenal dengan sifat kesabaran
Diutuskan Allah kepada kebenaran [Sajak]

Tahukah kawan-kawan? BASYAR adalah nama asal nabi Zulkifli. Gelaran


Zulkifli diberikan kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan
kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu dan sanggup
memegang janji. Selain itu, Nabi Zulkifli juga terkenal sebagai seorang yang
penyabar.

Firman Allah :
        
“Dan (Demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli;
semuanya adalah dari orang-orang Yang sabar.
(Potongan ayat 85 : Surah Al Anbia)

Berdasarkan firman Allah di atas, maka terbuktilah Nabi Zulkifli merupakan


seorang yang amat penyabar sejak dari kecil sehingga dewasa. Beliau tidak
pernah berbohong, sentiasa menepati janjinya dan tidak pernah mengeluh
apabila diberi cubaan daripada Allah s.w.t. Maka tidak hairanlah, hatta orang
yang belum mengenalinya pun, akan terus menyukainya apabila bersua
kerana tingkah lakunya yang mencerminkan kebenaran.

Ya Kawan-kawan,
Baru-baru ini, fenomena banjir besar yang banyak menyebabkan
kemusnahan harta benda rakyat Kelantan, Johor, Terengganu dan

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Pahang. Namun mereka tetap sabar menerima dugaan Allah ini.


Justeru itu, marilah kita amalkan sifat kesabaran dalam kehidupan
seharian kita kerana sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman.

Nabi Zulkifli diutuskan kepada kaum Amoria, di sebuah Negara bernama


Damaskus yang dipimpin oleh seorang raja yang bijaksana, tidak
mementingkan diri, sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan
negaranya.

Pada suatu hari, berkumpullah rakyatnya untuk mendengar Raja bertitah:


"Siapakah yang sanggup berlaku sabar, jika siang hari berpuasa dan
jika malam hari beribadah?".

"Untuk apa wahai Paduka?" tanya salah seorang rakyatnya.

"Aku sudah terlalu tua memimpin negeri ini. Aku ingin mencari
penggantiku, akan tetapi orang itu harus memenuhi syaratku tadi."
jelas sang raja.

Rakyat membisu seribu bahasa dan saling berpandangan tanpa mengatakan


kesangggupan. Akhirnya, Basyar bertawakkal kepada Allah dan terus
mengangkat tangannya seraya berkata: “Saya sanggup Tuanku."

“Hahhhhhhh!!!” Raja dan rakyatnya merasa terkejut dengan kesanggupan


Basyar lantaran usianya masih sangat muda.

“Benarkah apa yang engkau katakan wahai anak muda?" tanya raja.

"Aku sanggup berlaku sabar, sanggup menjalankan puasa di siang


hari dan menjalankan ibadah di malam hari.” kata Basyar dengan
penuh keyakinan.

Sejak saat itulah dia dipanggil dengan sebutan Zulkifli yang bererti
"Sanggup".

Pengakuan Zulkifli diragui Raja,


Lantaran usianya yang masih muda,
Kesanggupan dan kesabaran nabi mula dirasa
Zulkifli dilantik menjadi Raja [Sajak]

Sesungguhnya sifat bertawakkal, sabar dan keyakinan Nabi Zulkifli akhirnya


mengangkat darjatnya dirinya hingga diangkat menjadi raja.

Firman Allah :

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

        

“sesiapa Yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh


yakin, maka Allah akan menolongnya), kerana Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.”
(Potongan Ayat 49: Surah Al-Anfal)

Ya kawan-kawan,
Kesanggupan, keyakinan dan sifat bertawakkal rakyat palestin yang
berjuang hingga ke akhir hayat untuk mempertahankan agama dan
tanah air mereka, patut kita contohi. Bak kata pepatah “Biar putih
tulang, jangan putih mata”. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama
orang-orang yang sabar.

Sepanjang Nabi Zulkifli memerintah, baginda sangat yakin bahawa rakyatnya


akan mendapat kedamaian di bawah kepemimpinan baginda. Raja turut
merasa gembira sekali lantaran Zulkifli tetap memenuhi janjinya untuk
berpuasa di siang hari dan menjalankan ibadah di malam hari. Namun begitu
Zulkifli tidak pernah mengabaikan urusan pemerintahan, malah melayani
rakyatnya dengan baik sekali. Zulkifli seorang pemimpin yang
bertanggungjawab ke atas Negara dan rakyatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w :

‫عي يت رهه‬
‫ن رر ه‬ ‫سكئوُ ل‬
‫ل عر م‬ ‫م م‬ ‫ور ك كل لك ك م‬
‫م ر‬ ‫ك كل لك ك م‬
‫م رراَعع‬

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab


terhadap apa yang kamu pimpin”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Akhirnya, Raja yang tua itupun menghembuskan nafasnya terakhir dengan


tenang.

Kawan-kawan,
Contohilah sifat kepimpinan dan kesabaran Nabi Zulkifli ini.
Pemimpin yang bertanggungjawab akan disanjungi rakyat.
Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) oleh Kerajaan
Malaysia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat
jelata.

Kesabaran Zulkifli terus diuji


Godaan syaitan terus menyusuli
Di malam hari zulkifli ditemui

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Mengadu merintih masalah diri [Nasyid Rasulullah]

Iblis mendatangi Nabi Zulkifli ketika dia beribadat. “Tuk! Tuk!” bunyi ketukan
pintu. Apabila dibuka, tiada sesiapa. Akhirnya Nabi membuka sahaja pintu
kerana Nabi percaya tetamu ini mempunyai kepentingan yang harus
diselesaikan pada malam ini juga.

Tiba-tiba, muncullah tetamu yang ditunggu. “Silakan masuk tuan,” kata Nabi
Zulkifli. Nabi Zulkifli kemudian menanyakan maksud kedatangannya. Tamu
itu menundukkan mukanya dan menjawab: “Ampun tuanku, masalah ini
mesti diselesaikan pada malam ini juga kerana rumah hamba pun
sangatlah jauh dari sini.” jawab tamu itu. Setelah diceritakan masalanya,
akhirnya Nabi Zulkifli bersedia menyelesaikan masalah itu sendiri
sehinggalah tetamu itu berpuas hati.

Zulkifli menyuruh tetamunya pulang esok pagi sahaja. Namun, alangkah


terkejutnya Nabi Zulkifli tetamunya sudah tidak ada lagi pada keesokan
harinya. Baginda tahu bahwa tetamu semalam adalah Iblis. Meskipun waktu
tidurnya terganggu dengan adanya tamu itu, Nabi Zulkifli tidak pernah
mengeluh sebab ia menganggap bahawa tetamu adalah barakah. Menolak
tetamu bererti menolak barakah. Sepertimana sabda Nabi: “Sesungguhnya
tetamu itu, apabila masuk ke rumah seseorang mukmin, maka ia
masuk bersama dengan seribu barkah dan seribu rahmat.”

Sabda Rasulullah :

‫ه‬
‫جاَئ ممزت م ي‬
‫ة م‬ ‫ضي ن م‬
‫ف ي‬ ‫م م‬ ‫فل ني مك ن م‬
‫ر ي‬ ‫ر م‬ ‫وم م اَنل م م‬
‫خ م‬ ‫واَل ني م ن‬
‫ه م‬
‫ن مباَ لل م‬
‫م ن‬ ‫ن يي ن‬
‫ؤ م‬ ‫ن م‬
‫كاَ م‬ ‫م ن‬
‫م‬
“Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat,
hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah muliakanlah tetamu walaupun dia buruk akhlaknya.
Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang berlangsung sekarang
ini menuntut kita untuk memuliakan kedatangan tetamu sama ada
dari dalam mahupun luar negara. Semoga dengan keihklasan kita
menerima kedatangan tetamu akan menjadi hidup kita lebih berkat
dan selamat.

Dengan itu maka berakhirlah cerita saya pada hari ini. Semoga kita dapat
mengambil iktibar daripada kisah Nabi Zulkifli ini terutama sekali dalam soal
kepimpinan. Wallahu ‘alam.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAH SPONTAN KISAH NABI ZULKIFLI A.S

1. Nabi Zulkifli seorang yang penyabar. Nyatakan 2 kelebihan sifat


sabar.

2. Semasa menawarkan diri untuk menjadi Raja, Nabi Zulkifli telah


bertawakkal kepada Allah sebelum membuat keputusan. Apakah 2
faedah yang kita perolehi daripada sifat bertawakkal?

3. Rakyat berasa aman dan damai apabila berada di bawah pimpinan


Nabi Zulkifli. Sekiranya anda seorang pengawas sekolah,
nyatakan langkah-langkah anda agar rakan-rakan anda
mengikut peraturan sekolah.

4. Nabi Zulkifli memuliakan tetamunya walaupun ianya adalah Iblis.


Sebutkan 2 adab apabila kita dikunjungi tetamu.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 3 (P) : KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

TEKS

Assaalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...

Terima kasih pengacara budiman


Panel hakim hadirin sekalian
Hayatilah cerita yang saya sampaikan
Keangkuhan Raja Namrud tajuk pilihan [Pantun]

Kawan-kawan,

Namrud bin Kan’aan seorang Raja


Hidup dizaman Nabi Ibrahim
400 tahun memerintah Mesopotamia
Tetapi beliau sombong dan zalim [Pantun]

Kawan-kawan....

Dalam sejarah peradaban dunia, Raja Namrud dilabelkan sebagai seorang


raja yang angkuh sehingga sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan. Suatu
hari ketika pertemuan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim. Dengan angkuh
Raja Namrud bertanya :

“Wahai Ibrahim, siapakah TuhanMu? Adakah bagimu Tuhan selain


aku?”

Nabi Ibrahim tetap yakin menyatakan bahawa Tuhan baginda adalah yang
menghidupkan dan mematikan. Namun kawan kawan, Raja Namrud enggan
mengalah dan menjawab dengan sombong :

“Aku juga boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga.


Hahhaahaahahahahha...”

Firman Allah :
       
“Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai
Tuhannya.”
(Potongan ayat 258 : Surah Al Baqarah)

Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Ingat kawan-kawan...
Menyekutukan Allah merupakan satu dosa besar dan mesti dijauhi.
Sedemikian juga dengan fenomena ajaran sesat yang sering kita
dengar di negara kita kebelakangan ini. Ia hendaklah dijauhi kerana
ia boleh mendatangkan mudharat. Misalnya dalam kejadian seorang
ayah yang telah mengelar hingga mati anaknya yang berusia 7
tahun di Bandar Baru Bangi baru-baru ini dikatakan ada kaitan
dengan ajaran sesat. Semoga kita terhindar dari menghadapi ujian
seberat ini.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Pada suatu masa ketika rakyat di Kota Babylon asyik berpesta. Nabi Ibrahim
mengambil kesempatan untuk memusnahkan berhala-berhala sembahan
kaumnya dan meninggalkan berhala yang paling besar.

Namrud marah pada pemuda


Yang menghancurkan tuhan berhala
Ibrahim ditangkap lalu disiksa
Dibakar dalam api yang menyala [Nasyid 1 Muharram]

Firman Allah :
    
“Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap
tuhan-tuhan kami.”

(Potongan ayat 59 : Surah Al Anbia)

Nabi Ibrahim tidak takut dengan tindakan kejam Raja Namrud terhadapnya
kerana baginda yakin Allah pasti membantunya.

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah berani untuk menegakkan kebenaran terutama
dalam menegakkan syiar Islam. Hal ini dapat dilihat melalui
penjelasan Pencetus Ummah Syahul yang menjawab dengan jelas
soalan hukum berpegang tangan dengan bukan muhrim ketika
berlakon yang dikemukakan oleh pelakon sendiri iaitu saudara
Arash Mohammad. Jawapan yang diberikan dengan jelas dan berani
ini telah mendapat pujian daripada para juri.

Kawan-kawan yang budiman,

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Saban hari keangkuhan Raja Namrud menjadi jadi.

Namrud yang jahat semakin sombong...


Ingin membunuh Allah yang Maha Agung... [Syair]

Dia melatih burung-burung gergasinya agar terbang ke langit, namun tidak


berjaya. Iblis yang sekian lama ingin menambahkan kesesatan Namrud
memberikan satu ilham untuk menjadikan burung itu dapat terbang. Setelah
berjaya, Namrud pun pergi ke langit setinggi yang boleh dengan membawa
busur dan panah. Setelah berasa cukup tinggi, Namrud pun melepaskan
panahnya.

Allah memerintahkan malaikat Jibril agar menangkap panah tersebut dan


melumurkannya dengan darah. Kemudian Jibril melemparkan panah itu
semula ke bawah. Setelah mendapati panah yang dibalingnya tadi
berlumuran dengan darah, Namrud berasa sangat gembira kerana kononnya
dia berjaya membunuh ALLAH.

Namrud turun ke bumi dengan megahnya dan sekali lagi mengakui dirinya
sebagai tuhan.

Firman Allah :
      
“Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada
kaum yang zalim.”

(Potongan ayat 258 : Surah Al Baqarah)

Ya kawan-kawan,

Kita janganlah sekali-kali mencabar kekuasaan Allah. Sepertimana


yang telah dilakukan oleh orang Barat yang mencipta kapal Titanic
dengan harapan kapal tersebut dapat menandingi bahtera Nuh.
Namun, ia telah ditenggelamkan oleh Allah nun jauh ke dasar lautan
berbanding bahtera Nuh yang tersadai gah di puncak Ararat. Apa
yang lebih dahsyat ialah terdapat seorang bekas kapten kapal yang
berani mengaku dirinya Allah dan Nabi Akhri Zaman. Kes ini telah
dibicarakan di mahkamah Syariah Melaka baru-baru ini. Semoga kita
terhindar dari kesesatan seumpama ini.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,

Keangkuhan Raja Namrud semakin menjadi-jadi sehingga beliau mencabar


semula Nabi Ibrahim seraya berkata :

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah


mereka supaya berperang denganku."

Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah untuk memberi pengajaran


kepada manusia sombong seperti Raja Namrud. Tiba-tiba, tentera Raja
Namrud ketakutan. Ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi
dengan jutaan nyamuk.

Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang


membingitkan. Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba
menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi
menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah. Namun Allah
menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran
tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke
mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh
tubuhnya.

Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud.


Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat.
Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh
rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung
kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui
ajalnya.

Firman Allah :
       
“Dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah
sahaja. “

(Potongan ayat 31 : Surah Al Muddassir)

Ya Kawan-kawan,
Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam
kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang
ingkar dengan ajaran Allah. Ingatlah, setiap perbuatan jahat kita
akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Kejadian
pelbagai bencana alam seperti taufan Haiyan yang melanda Filipina
baru-baru ini, mengingatkan kita agar sentiasa bermuhasabah diri
tentang hakikat kekuasaan Allah.

Begitulah kisah manusia durjana


Sehingga ajalnya tetap derhaka
Balasan Allah adil saksama

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Ambil pengajaran buat selamanya [Pantun]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

1. Raja Namrud mengakui dirinya sebagai Tuhan. Nyatakan 2 faktor


yang boleh menyebabkan kita mensyirikkan Allah.

2. Berkata benar walaupun diancam adalah sifat yang terpuji. Sebutkan


2 faedah daripada sifat bercakap benar.

3. Raja Namrud seorang raja yang sombong dan angkuh. Berikan 2


kesan daripada kita bersikap sombong.

4. Allah telah memusnahkan tentera Raja Namrud dengan mengirim


kumpulan serangga dan nyamuk. Nyatakan 2 pengajaran daripada
hukuman tersebut.

5. Muhasabah diri ialah kembali kepada Allah dalam setiap perbuatan.


Nyatakan 2 cara untuk menjadikan kita sentiasa ingat kepada
Allah.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

TAJUK 4 (P) : TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terima kasih pengacara budiman


Barisan hakim hadirin sekalian
Kisah tujuh pemuda beriman
Jadi pilihan buat pedoman [Pantun]

Gua Kahfi terletak kira-kira 7 km dari pusat Bandar Amman Jordan. Di sinilah
tempat tujuh orang pemuda melarikan diri daripada pemerintahan Raja
Daqyanus yang memerintah penuh kezaliman, kemungkaran, penindasan
dan kebatilan.

Firman Allah :
       
“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah
petunjuk.”

(Potongan ayat 13 : Surah al-Kahfi)

Dengan rasa penuh keimanan


Pada Pencipta seluruh alam
Mengabdikan diri penuh ketakwaan
Seiring masa siang dan malam [Pantun]

Rakan-rakan dan hadirin yang saya muliakan,


Marilah kita bersama mencontohi sifat tujuh pemuda yang bertaqwa
ini. Mereka menjauhi amalan mungkar dan memelihara maruah diri
walaupun diancam dengan hukuman yang berat sekali. Bersamalah
kita menjauhi sikap buruk seperti ponteng sekolah, merempit,
merokok serta membuli yang hanya akan merugikan diri sendiri dan
menyusahkan orang lain.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Hadirin sekalian,

Di dalam gua itulah, mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah
SWT. Dengan kuasa Allah, mereka telah ditidurkan dengan nyenyaknya
sehingga beratus tahun lamanya.

Firman Allah :
       
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu,
bertahun-tahun lamanya”

(Potongan ayat 11 : Surah al-Kahfi)

Allah SWT menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya


melalui peristiwa ini. Dengan takdir Allah SWT pemuda-pemuda yang
beriman ini telah ditidurkan dalam jangka masa yang terlalu lama iaitu
selama 300 tahun mengikut perkiraan tahun Masihi atau 309 tahun mengikut
perkiraan tahun Hijrah.

Walaupun tempoh masa mereka tidur itu teramat lama tanpa makan dan
minum, tetapi dengan kuasa Allah SWT badan dan jasad mereka tidak
hancur dan musnah. Bahkan, Allah SWT menyatakan jika kita lihat keadaan
mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka
sebenarnya sedang tidur. Allah SWT membalik-balikkan mereka dalam tidur
mereka supaya badan mereka tidak dimakan tanah.

Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian,


Lihatlah betapa ramai manusia pada zaman sekarang yang masih
kufur dan ingkar walaupun terlalu banyak bukti dan kekuasaan Allah
yang telah mereka saksikan, nikmati dan peroleh. Semakin ramai
kita saksikan, saudara seislam kita memilih kehidupan yang
ternyata jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Kita perlu
mencontohi kesungguhan sepasang suami isteri yang baru-baru ini
sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang negara Sweden
demi memastikan anak-anak mereka mematuhi ajaran Islam.

Hadirin yang dimuliakan,

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah SWT, maka terbangunlah


tujuh pemuda beriman ini daripada lena yang teramat panjang. Sebaik
sahaja bangun dari tidur, mereka berasa lapar. Lalu, diutuskan seorang wakil
dalam kalangan mereka untuk pergi ke bandar membeli sesuatu untuk
dimakan. Sebelum berangkat, rakan-rakan yang lain berpesan agar si wakil
yang bernama Tamlikha ini supaya mencari makanan yang halal dan bersih.

Lihatlah wahai rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian,

Betapa bersih dan terpujinya akhlak para pemuda ini. Walaupun dalam
keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, mereka tetap tidak
mengabaikan soal halal haram dalam kehidupan mereka. Ini menandakan
bahawa mereka ialah pemuda yang bertaqwa kepada Allah. Di dalam Al-
Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertaqwa kepadaNya sedaya yang
kita mampu, dalam keadaan apa sekalipun samada senang atau susah.

Firman Allah :

      


 
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah SWT menurut
kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah
nafkah yang baik untuk dirimu”

(Potongan ayat 16 : Surah al-Taghabuun)

Hadirin yang dimuliakan,


Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk sentiasa
memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah daripada
sumber yang halal dan tidak syubhah serta bersih. Ini kerana
pemakanan seseorang individu itu sebenarnya akan banyak
meninggalkan kesan kepada hati kita. Berkata Imam Ghazali
Rahimahullah: "Perut yang kenyang dari yang halal adalah punca
segala kecelakaan. Apatah lagi jika dikenyangkan perut itu dengan
yang haram". Oleh itu, kita perlu menyokong tindakan kerajaan
dalam memerangi Rasuah seperti yang terdapat dalam Pelan
Integriti Nasional yang dilancarkan baru-baru ini. Rasuah
merupakan sebahagian daripada penyumbang sumber rezeki yang
tidak halal.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Allah SWT telah mentakdirkan berita tentang mereka diketahui oleh hamba-
hambaNya yang lain. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ini dibangkitkan
Allah, suasana negeri itu telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri
merupakan orang yang beriman kepada Allah SWT. Namun masih terdapat
segelintir rakyatnya yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat dan
bagaimana Allah SWT menghidupkan orang yang telah mati apatah lagi yang
telah beribu tahun lamanya dimakan tanah. Kesemuanya telah direncanakan
Allah. Bertepatanlah tujuh pemuda ini dibagkitkan pada zaman tersebut dan
menzahirkan kekuasaannya kepada hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.

Firman Allah :

       


        
“Dan demikian (pula) kami memperlihatkan (manusia) dengan
mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar,
dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya.
Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka.”

(Potongan ayat 21 : Surah al-Kahfi)

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Bersamalah kita sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi
hari kebangkitan. Memperbaiki amalan, mempertingkatkan
keimanan dan menjauhkan daripada perkara mungkar dan maksiat.
Isu-isu berkaitan permasalahan akidah seperti ajaran syiah patut
kita ambil berat supaya keimanan kita kepada Allah SWT tidak
terjejas.

Sejurus selepas itu, Allah SWT mematikan mereka selepas memberikan


ucapan selamat tinggal kepada raja dan orang-orangnya. Maka tiadalah lagi
keraguan dalam hati mereka tentang soal hari kematian dan hari
kebangkitan.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

Selesai sudah kisah disampaikan


Semoga hadirin mendapat pengajaran
Andai tersilap harap dimaafkan,
Kitalah hamba serba kekurangan. [Lagu Puteri Santubong]

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

45
Contoh Teks Sekolah Rendah MTQ 2014

CONTOH SOALAN SPONTAN KISAH TUJUH PEMUDA YANG


BERIMAN

1. Tujuh pemuda beriman telah melarikan diri ke dalam sebuah gua.


Nyatakan sebab mengapa mereka menyembunyikan diri di
dalam gua.

2. Raja Daqyanus merupakan Raja yang zalim serta menindas. Nyatakan


2 akibat daripada sikap berlaku zalim kepada sesama manusia.

3. Tamlikha mewakili rakannya keluar untuk mencari makanan dan


minuman yang halal. Sebutkan 2 contoh pekerjaan untuk
mendapatkan rezeki yang halal.

4. Kisah Tujuh Pemuda Yang Beriman ini mengajar kita untuk menjauhi
perkara-perkara mungkar. Nyatakan 1 contoh amalan keji dan
akibat daripada amalan tersebut.

5. Isu Syiah telah menjadi fenomena di Malaysia kebelakangan ini.


Jelaskan 2 cara untuk mengelak diri daripada terjebak dengan
ajaran Syiah itu.

45

You might also like