You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

02500 MATA AYER, PERLIS.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0


KALI PERTAMA SESI 2014

Tarikh : 07 Februari 2014 (Jumaat)


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Noorizah binti Shuid
(Guru Besar)
Kehadiran :

1. Pn. Noorizah binti Shuid


(Guru Besar)
2. En. Mohd Nadzari bin Baharom
(PK Pentadbiran)
3. Pn. Sharifah Ajar binti Syed Endut
(PK HEM / Guru Literasi BM Tahun 3A)
4. En. Chatri A/L Sing
(PK KO / Guru Literasi BM Tahun 3C)
5. Pn. Athiyah binti Shuid
(Ketua Panitia BM)
6. Pn. Fauziah binti Musa
(Guru Pemulihan)
7. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman
(Guru Data / Guru Numerasi Tahun 1A & 1C)
8. Pn. Ruzaini binti Ismail
(Penyelaras Linus / Guru Literasi BM Tahun 2A)
9. Pn. Hisnawati binti Che Ishak
(Guru Literasi BI Tahun 1A & 3A)
10.Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah
(Guru Pra)
11.Pn. Nur Adila binti Mohd. Fadzil
(Guru Pra)
12.Pn. Maslina binti Kamaluddin
(Guru Literasi BI Tahun 2C)
13.Cik Suraiza binti Abdullah
(Guru Numerasi Tahun 2A & 3C)

1
14.Cik Noormila Fairus binti Bahari
(Guru Literasi BM Tahun 1A & 1C)

Tidak Hadir Bersebab:

1. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah


(Guru Literasi BM Tahun 2C)
2. Pn. Juniza binti Hashim
(Ketua Panitia BI / Guru Literasi BI Tahun 1C & 2A)
3. Pn. Hartina binti Rosdi
(Guru Literasi BI Tahun 2A)
4. Encik Isa bin Mat
(Guru Kaunseling)
5. En. Ramlee bin Hussain
(Ketua Panitia Matematik / Guru Numerasi Tahun 3A)

1.0 Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AJK Linus yang
sudi hadir pada Mesyuarat Linus 2.0 Kali Pertama 2014.
1.2 Pengerusi juga berharap agar segala aktiviti dapat dijalankan bersama agar
penglibatan serta penambahbaikan dapat diselaraskan.
Makluman : Guru Linus

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat menghadirkan diri
walaupun mesyuarat diadakan pada sebelah petang. Memaklumkan terdapat 11
buah sekolah akan ditempatkan 2 orang guru pemulihan kerana masalah Linus
tegar (lebih 30 orang murid).
Makluman : Semua AJK
2.2 Pihak sekolah perlu mencalonkan seorang guru pemulihan Bahasa Inggeris (BI)
kerana pihak Kementerian Pelajaran tidak dapat menyediakan guru pemulihan
tersebut. Panitia BI perlu berbincang dan memilih seorang calon. Guru tersebut
akan diberi kursus.
Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris
2.3 Beliau juga memaklumkan tentang pencapaian Peringkat Negeri. Rujuk
Lampiran.
Tindakan : Semua AJK Linus

2
2.4 Guru Pra sekolah secara automatik merupakan AJK Linus dan mereka perlulah
menumpukan konstruk 1 hingga 4 semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
samping sukatan pelajaran sedia ada.
Tindakan : Guru Pra Sekolah
2.5 Pelaksanaan saringan Linus dijalankan secara berpusat. Guru perlu membimbing
murid semasa saringan dan boleh disambung pada hari berikutnya sekiranya
murid tidak dapat menghabiskan soalan yang diberi.
Tindakan : Semua Guru Linus
2.6 Pengurusan Fail – 4 fail perlu dilengkapkan.(Rujuk lampiran)
Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha Linus

3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Cadangan : Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarulzaman


Sokongan : Cik Suraiza binti Abdullah

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Tiada

5.0 Program Linus 2.0

5.1 Pn. Hisnawati mencadangkan kelas tambahan untuk murid-murid Linus kerana
konstruk telah ditinggikan (1 -12).
5.2 Pn. Ruzaini memaklumkan istilah ‘kelas bimbingan’ perlu ditukar agar
pendekatan/pengajaran yang digunakan nampak lebih mesra. Kelas bimbingan
akan diadakan selepas saringan 1. Jadual boleh rujuk kepada En. Mohd Nadzari.
Tindakan : Semua AJK Linus
5.3 Pn Guru Besar mencadangkan diadakan tuisyen berbayar. Beliau juga
mencadangkan kaedah PdP ditukar/diubah untuk menarik minat murid terutama
subjek BI. Lebihkan lisan daripada tulisan.
Tindakan : Semua AJK Linus
5.4 En. Mohd Nadzari meminta Pn. Ruzaini menyemak semula Pelan Strategik.
Beliau juga mencadangkan ‘Program Bersama Waris’. Guru sediakan
modul/bahan. Kelas Bimbingan di akhir PdP (1.10 -1.40) dan ‘Program Bersama
Waris’. Sediakan surat waris untuk pelancaran program selepas saringan nanti.
Tindakan : Penyelaras dan Setiausaha
5.5 Pn. Ruzaini memaklumkan cadangan daripada En. Shariff (FasiLinus) agar
diwujudkan Sudut Linus di dalam kelas termasuk guru Pra sekolah.
Tindakan : Semua AJK Linus

3
6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Pn. Athiyah memaklumkan murid kurang memberi tumpuan semasa guru sedang
mengajar dan ini menyebabkan mereka ketinggalan meskipun berbagai cara telah
digunakan untuk menarik minat mereka.
6.2 Pn. Guru Besar menyarankan guru mengajar dan melatih murid teknik menulis
yang betul.
Tindakan : Semua AJK Linus
6.3 En. Chatri berkongsi cara dan kaedah yang beliau gunakan mengajar BM di
dalam kelas 3C. Setiap hari murid diminta menulis perkataan susah yang disebut
oleh beliau. Perkataan tersebut akan diulang setiap hari sehingga murid mahir dan
betul ejaan. Tarikh dan hari juga murid perlu mengeja setiap kali hendak menulis
bertujuan memahirkan ejaan mereka. Beliau juga memaklumkan dalam e-guru
banyak kaedah pengajaran boleh dikongsi bersama.
Makluman : Semua Guru Linus
6.4 En. Mohd Nadzari memaklumkan tentang Buku Pengoperasian Linus. Penyelaras
Linus perlu ada buku tersebut. Beliau juga memaklumkan senarai AJK Linus.
Makluman kepada semua AJK Linus :
 Bulan Jun nanti guru Pra sekolah perlu mengajar konstruk 1 dan 2.
 Pengisian Data Linus- Penyelaras dan Setiausaha ambil perhatian
 Program Membaca (NILAM). Laksanakan di dalam kelas masing-masing
dan banyakkan bahan bacaan.
 Sikap murid- guru perlu menyatakan kehendak dan peraturan di dalam
kelas/subjek agar murid lebih berdisiplin dari segi psikologi dan
seterusnya dapat menarik minat mereka mengikuti PdP.
 Guru perlu ada eviden(data pelaporan di dalam buku Rekod Mengajar).
Makluman : Semua Guru Linus

4
7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pn. Guru Besar memaklumkan segala masalah boleh dirujuk dan berbincang
dengan beliau. Beliau juga berharap para guru dapat membentuk sahsiah murid di
samping akademik. Terima kasih kepada semua guru dan juga Pn. Dalila sebagai
pemerhati.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………….. ………………………
(NOORMILA FAIRUS BT BAHARI) (RUZAINI BT ISMAIL)
Setiausaha Jawatan kuasa Linus 2.0 Penyelaras Linus 2.0,
Sk Guar Nangka, Perlis SK Guar Nangka, Perlis

5
LAMPIRAN PMP5

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA


LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT
TAJUK MESYUARAT : MESYUARAT LINUS 2.0 KALI PERTAMA 2014 TARIKH: 7 FEBRUARI 2014

RUJUKAN STATUS
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
MINIT / MS PERLAKSANAAN

Disediakan oleh:

…………………………………………………
( )
6

You might also like