You are on page 1of 56

z

MODUL SEJARAH
NEGERI PERAK
( 1249/3 )
2018

BAB 8 :

Pembangunan dan
Perpaduan Untuk
Kesejahteraan

1
ISI KANDUNGAN
TAJUK PERKARA/SOALAN MUKA
SURAT
Isi Kandungan 2-5

Ahli Panel Penggubal Kertas 3 JPN Negeri Perak 6-7

1 a. Jelaskan latar belakang yang membawa kepada pelaksanaan 8-9


Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
b. Jelaskan secara umum latar belakang pembangunan ekonomi
negara kita selepas mencapai kemerdekaan.

2 a. Huraikan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap 9-13


Kedua yang dilaksanakan pada tahun 1971 hingga 1990.

b. Tujuan dan Matlamat DEB. 13-14

3 a. Dasar Pembangunan Ekonomi 14-17


i) Bincangkan dasar pembangunan ekonomi berikut :
a) Dasar Pertanian Negara
b) Dasar Pensyarikatan Malaysia
c) Dasar Penswastaan
d) Dasar Hala Tuju Cara Baru
e) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
f) Dasar Kependudukan

ii) Jelaskan dasar-dasar yang dibentuk oleh kerajaan untuk 17-19


menjayakan DEB dalam sektor perindustrian .
iii) Jelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi untuk 19-20
menjayakan DEB dalam sektor pertanian.

b. Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan Dasar 20-22


Ekonomi Baru (DEB)

c. (i) Rancangan Pembangunan Ekonomi tahap kedua di 22-23


bawah Rancangan Malaysia Keempat telah meletakkan
asas Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.
Jelaskan.
ATAU
(ii) Huraikan pembangunan sektor perindustrian yang diberi
fokus dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
ATAU
(iii) Matlamat / tujuan / fokus/ tumpuan utama Rancangan
Malaysia Keempat adalah dalam bidang perindustrian.
Jelaskan.
2
4 Kepentingan/ Keberkesanan/ Faedah/ Manfaat Dasar 23-28
Pembangunan Ekonomi

5 a. Rancangan Pembangunan Ekonomi yang dilakukan membawa 28-30


kejayaan dalam aspek ekonomi dan sosial.
ATAU
Kemakmuran ekonomi menjamin kesejahteraan rakyat.
b. Bagaimanakah pelaksanaan DEB mampu menyediakan 30-31
prospek ekonomi negara yang makmur

c. Sektor pertanian dan perindustrian memainkan peranan 32-34


penting dalam memajukan sektor ekonomi.
(i) Jelaskan manfaat pelaksanaan DEB kepada bidang
pertanian.
(ii) Jelaskan manfaat pelaksanaan DEB kepada sektor
perindustrian

d. Peranan DEB sebagai serampang dua mata dalam menyusun 34-36


semula masyarakat tanpa mengira kaum dan membasmi
kemiskinan luar bandar. Buktikan..

e. Bagaimanakah DEB mampu berjaya mengukuhkan perpaduan 36-38


kaum.

f. Hubung kait DEB dengan kejayaan ekonomi negara masa 38-40


kini.
ATAU
DEB yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas merdeka
banyak mengubah landskap pembangunan dan kemajuan
ekonomi negara.

g. Peranan DEB dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat 40-41


luar bandar.

6 a. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha sebagai persediaan 41-42


untuk menghadapi negara maju menjelang tahun 2020.
Beri ulasan anda.

b. Sebagai warganegara yang patriotik, huraikan sumbangan 52-43


anda kepada perpaduan negara.

c. Sejauh mana inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi 43-44


memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya saing di
peringkat global.

3
d. Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari 44-45
ini.
ATAU
Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di
persada antarabangsa.

e. Kejayaan mewujudkan perpaduan kaum yang dilaksanakan 45-46


oleh pemimpin negara kita sehingga menjadi contoh kepada
negara lain. Jelaskan

f. Pembangunan ekonomi negara masih lagi bergantung kepada 46-47


buruh asing.
Bincangkan.

g. Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara 47-48


masyarakat berbilang kaum tidak melaksanakan keadilan
ekonomi?

7 a. Cabaran Untuk Menjadi Negara Maju/Langkah Mengatasi 48-49


(i) Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju. Bagaimanakah
cabaran di atas boleh diatasi?
ATAU
(ii) Sebagai warganegara Malaysia, huraikan cabaran-cabaran
yang dihadapi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran tersebut.

b. Cabaran Untuk Mewujudkan Perpaduan/Langkah Untuk 50-51


Mengatasinya

c. 51-52
“Kerajaan berusaha menggubal dasar baharu yang lebih
responsif kepada aspirasi rakyat berdasarkan keperluan dan
hala tuju pembangunan sosioekonomi negara”

Menteri Hal Ehwal Ekonomi


Berita Harian 23 Julai 2018-10-16

Berdasarkan penyataan di atas, rancangkan satu pelan


pembangunan ekonomi masa hadapan bagi mencapai aspirasi
tersebut.

d. Huraikan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kemajuan 52-53


negara kita serta langkah untuk mengatasinya

4
8 a. Jelaskan iktibar yang diperolehi daripada usaha kerajaan 53-54
untuk mensejahterakan kehidupan rakyat di negara ini.
(10M)
ATAU
b. Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji. (10M)

c. Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai murni yang menjadi 54


pegangan rakyat Malaysia dalam pelaksanaan dasar
pembangunan negara? (10 markah)

9 KESIMPULAN/RUMUSAN 55-56

(i) Pengetahuan yang diperoleh


(iii) Nilai/Unsur patriotisme
(iv) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia
cemerlang

5
Disediakan Oleh:
Tn Haji Puzie Bin Yahya SMK Rungkup,Selekoh, Perak
En. Abdul Ghani Bin Abu Bakar SMK Toh lndera Wangsa, Batu Gajah,Perak
En Yusuff bin Ahmad@Harun SMK Sultan Azlan Shah,Lenggong. Perak
En. Kamarulnizam Amir SMK P.Remis, Perak
Pn. Aini bt Bakri SMK Methodist. (ACS) Sitiawan, Perak
Pn Sabarinah bt Bidin, SMK Tok Perdana, Manjung, Perak
En. S.Sivanandam a/l Subramaniam SMK Methodist ACS, lpoh, ,Perak
En. Mohd Hafiz Bin Omar Baki Sekolah I zz u d i n S h a h , Ip o h , Perak
En Hasri bin Shahbudin Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, Perak
En. Mohamad Adam Bin Abd Aziz SMJK Yuk Kwan, Batu Gajah Perak.
En. Sophist Sanguan SMK Seri Kampar,Kampar Perak
En. Bakri Bin Mohamed Yusof SMK Seri Kampar, Kampar Perak
Pn. Rus Ain Binti Abdullah SMK Jelai, Batu Kurau,Taiping, Perak
Cik Harison Binti Hasan SMKJelai, Batu Kurau,Taiping, Perak
Pn. Jaime Kangoi @ Hafsiah SMK Kg Jambu,Taiping, Perak
En. Goh Boon Kun SMK St. George, Taiping, Perak
Cik Nor Liza Binti. Darus SMK Alang lskandar ,Bagan Serai, Perak.
En. Azmil bin Shariffud-din SMK Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak
En. Jupri Bin Sanhosi SMK Agama Kerian, Jalan Kg Selamat, Semanggol, Perak.
Cik Rofidah bt Ahmad Badri SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak
Pn. Rohaiza Binti Zainal Abidin SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak
En. Mohamad Azhar Bin Haji Radizuan SMK Lambor Kiri, Lambor Kanan, Perak
Pn. Noraliza Binti Abdul Latib SMK lskandar Shah, Parit, Perak
Pn. Aslinda Binti Omar SMK Tapah, Tapah, Perak
Cik Nor Azimah Binti Ariffin, SMK Hamid Khan, Tapah, Perak
En. Mohd Azizul Bin Mohd Gazi, SMK Temenggung Kati, Kuala Kangsar, Perak.
En. Mohd Saifulizan Bin Abdullah, The Malay College Kuala Kangsar, Kuala
Kangsar, Perak.
Pn Asnarina bt Abdul Rahman SMK Sayong , Kuala Kangsar, Perak
En. Mohd Hafiz Bin Mohamad, SMK RLKT Lasah Sg Siput Utara, Perak

6
En. Wan Yunus Bin Wan Isa, SMK Seri Setia, Teluk lntan, Perak
Pn. Mariam Binti Umar SMK Seri Perak, Teluk lntan, Perak
Pn Nur Jam’atur Rafhanah bt Mohamed Nawawi,SMK Seri Perak,Teluk Intan,
Perak
En Izwan b Salleh SMK Horley Methodist, Teluk Intan, Perak
Pn Azlina bt Utot SMK Hutan Melintang, Perak
Pn. Habsah Binti Mohd Yusof SMK Dato Ahmad, Lenggong, Perak
Pn. Norihan Binti Mohd Tahir, SMK Dato' Ahmad, Lenggong, Perak
En Zulkurnain bin Hassan SMK Tan Sri Ab Aziz, Lenggong, Perak
Pn Norazwaliza bt Azizan, SMA Al Ulum Al Syar’iyaan, Bagan Datuk, Perak
En Mohd Shahswan Nizam b Sharuddin, SMK Changkat Lada, Perak
En Mohd Husni bin Ariffin, SMK Raja Chulan,Ipoh, Perak
Pn Hasliza bt Manap, SMK Sungai Kruit, Sungkai, Perak
Pn Murniza bt Md Jidin, SM Sains Tapah, Tapah, Perak
En Ahmad Sabri bin Kamaludin, SMK Raja Shahriman, Beruas, Perak
En Nor Azmi b Izhar, SMK Bandar Behrang, Behrang, Perak
Pn Nurul Hafizah bt Zainudin SMKA Slim River, Slim River, Perak
Pn Zulaikha bt A. Suhaimi, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak

Dengan Kerjasama:

Jabatan Pendidikan Negeri Perak


Pejabat Pendidikan Daerah Kerian
SMK Abu Bakar al Baqir, Bagan Serai, Perak

7
NOTA BAB 8

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara


Malaysia Berdaulat

Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP1), 1971-1990 menggariskan rangka sosio-


ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Selain
daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga
menggariskan dasar, strategi, dasar dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

Sumber : Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-200 halaman 35

TAJUK 1

a) Jelaskan latar belakang yang membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
( DEB ) .
b) Jelaskan secara umum latar belakang pembangunan ekonomi negara kita selepas
mencapai kemerdekaan.

Semasa memerintah Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai


dasar antaranya dasar pecah dan perintah yang hanya untuk memenuhi kepentingan
ekonomi mereka. Selain itu, penggunaan mata wang, pengenalan institusi bank,
perdagangan antarabangsa, penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang
cekap adalah begitu asing kepada penduduk peribumi. Penduduk peribumi terus
ketinggalan dengan sistem ekonomi tradisional yang merupakan ekonomi sara diri.
Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan
yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi
kesejahteraan rakyatnya. Pencapaian Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap
Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis semasa zaman darurat
menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara.

8
Keadaan ini juga disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di
pasaran dunia. Tambahan pula, tragedi 13 Mei 1969 membuktikan bahawa Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama belum dapat membendung masalah
perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara. Ekoran itu,
DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990,


menggariskan rangka sosio ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak
merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberi tumpuan terhadap
pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ini juga bertujuan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan
melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Pelaksanaan mempunyai dua tahap
iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap
kedua bermula 1971 hingga 1990 dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP1). RRJP1 merangkumi Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

TAJUK 2

a) Huraikan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua yang


dilaksanakan pada tahun 1971 hingga 1990.
b) Tujuan dan Matlamat DEB.

a) Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua

Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975)

Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun


yang pertama di bawah DEB .Matlamat rancangan ini adalah untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan, dan wilayah. Tumpuan rancangan
9
ini ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan
pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Program
pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dan beberapa agensi di bawah
Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program
pembangunan wilayah. Agensi- agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah
Rancangan Malaysia Kedua termasuklah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN),
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA),
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP), Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri(PKEN)

Antara agensi kerajaan dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kedua ialah


LPN yang berfungsi menstabilkan harga padi. LKIM membangunkan dan memodenkan
industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA pula membangunkan
kawasan bandar. RISDA membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan
penanaman semula getah. LPP membantu golongan petani melibatkan diri dalam
kegiatan koperasi. PETRONAS memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang
berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menggalakkan
perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan,
ruang pejabat dan kedai.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)

Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan kepada Rancangan Malaysia


Kedua yang turut mendukung aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat menjadi matlamat segala program pembangunan
ekonomi dalam tempoh ini. Program pertanian dan perindustrian diteruskan untuk
meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup
rakyat.

Pembukaan tanah secara besar- besaran dilaksanakan di bawah program


pembangunan wilayah oleh agensi- agensi seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA), Lembaga Kemajuan Terangganu Tenggara (KETENGAH), Lembaga
10
Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Rancangan Malaysia Ketiga memberikan tumpuan kepada penanaman
getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport. Agensi pembangunan wilayah
diperluaskan peranannya untuk mencakupi peranan dalam sektor pembangunan
industri dan perkembangan bandar baru.

Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)

Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB. Walaupun


rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun
program pembangunan ekonomi tetap diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga.
Rancangan Malaysia Keempat memberikan tumpuan kepada perkembangan
perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi
tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir. Strategi Rancangan Malaysia Keempat
dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat
Malaysia (HICOM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1980. HICOM berperanan
mengenal pasti, memula dan menguruskan projek industri berat dengan cekap
sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta.

Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan


menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Skudai Johor,
Senawang,Negeri Sembilan, Bintulu Sarawak, Menggatal dan Likas, Sabah.
Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas. Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di
Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan di Sungai Way (Selangor).

Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian


dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian. Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian
Negara. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri
dan strategi pelaksanaannya. Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar
Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan
sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Penglibatan sektor swasta dapat
mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

11
Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham
Nasional (ASN) bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara
kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB)
dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun 1981. Strategi
Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian adalah memperkenalkan
Dasar Pertanian Negara (DPN). DPN dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan
menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan
infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam


Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun. Pendapatan per kapita
meningkat pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima ialah rancangan lima tahun terakhir untuk


merealisasikan DEB. Penekanan utama adalah untuk meningkatkan sektor
perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan
perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing
dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian. Pada masa yang
sama kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Pembangunan luar bandar diberikan perhatian, dengan penggunaan tanah lebih


cekap. Industri desa seperti kraf tangan digalakkan. Kemudahan kredit dan insentif
diperluas melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.

Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan industri


pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia. Satu lagi
penekanan dalam Rancangan Malaysia Kelima ialah dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan
guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

12
Pada keseluruhannya rancangan pembangunan lima tahun di bawah
pelaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar
kemiskinan menurun manakala dalam KDNK, pendapatan perkapita dan hak milik
modal saham kaum bumiputera meningkat sebanyak 20.3 % daripada sasaran yang
ditetapkan 30%. Sebaliknya hak milik saham bukan bumiputera meningkat kepada 46.2
% melebihi sasaran 40% yang telah ditetapkan. Justeru DEB memberikan manfaat
kepada semua kaum.

b) Matlamat Dasar Ekonomi Baru

Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan
membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Rancangan
Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan Lima Tahun yang pertama di
bawah DEB. Matlamat rancangan ini adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi
dan sosial antara kaum, kawasan, dan wilayah. Dari segi pembasmian kemiskinan
tanpa mengira kaum, kerajaan sedar betapa beratnya tangunggjawab yang terlibat
memandangkan pada masa RRJP1 dilancarkan, hampir separuh daripada jumlah isi
rumah di negara ini adalah miskin. Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada
tahun 1970 adalah sebanyak 49.3% daripada jumlah isi rumah dan matlamat yang
ditetapkan ialah untuk mengurangkannya kepada 16.7% menjelang tahun 1990.
Bilangan isi rumah miskin yang terbesar adalah di luar bandar dengan kadar
kemiskinan sebanyak 58.7% berbanding dengan 21.3% di kawasan bandar. Matlamat
yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar dan bandar
masing-masing kepada 23% dan 9.1% menjelang tahun 1990. Strategi serampang dua
mata DEB yang kedua, bertujuan untuk menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Matlamat ini diharap
akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak guna tenaga, hak milik modal
saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera. Teras utama strategi kedua DEB ini adalah untuk

13
menyusun semula corak guna tenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk
pelbagai kaum di negara ini untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam
ekonomi. Matlamat ini penting memandangkan semasa DEB dilancarkan struktur
pekerjaan memperlihatkan ciri-ciri perbezaan yang amat ketara. Pendek kata,
rancangan ini juga bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan menyediakan
peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti
kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam tempoh pelaksanaan ini pelbagai dasar
pembangunan dan agensi diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan
pembangunan ekonomi negara.

Pencapaian matlamat DEB telah dirancang untuk dilaksanakan dalam konteks


pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, strategi pertumbuhan Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) di bawah RRJP1 telah ditetapkan pada kadar 8% setahun. Kadar
pertumbuhan ini adalah perlu bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan yang
mencukupi untuk membolehkan penyusunan masyarakat dilaksanakan tanpa
menjejaskan golongan lain di samping menyediakan khidmat sosial dan kemudahan
infrastuktur bagi mencapai matlamat sosio ekonomi DEB. Dengan pertumbuhan
ekonomi pada paras 8% setahun, kadar pengangguran dijangka dapat dikurangkan
daripada 7.4% dalam tahun 1970 kepada 3.6% menjelang tahun 1990 dan dengan itu
kita dapat mencapai paras guna tenaga penuh.

TAJUK 3

3a) Dasar Pembangunan Ekonomi

i) Bincangkan dasar pembangunan ekonomi berikut :


a) Dasar Pertanian Negara
b) Dasar Pensyarikatan Malaysia
c) Dasar Penswastaan
d) Dasar Hala Tuju Cara Baru
e) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
f) Dasar Kependudukan

14
a)Dasar Pertanian Negara (DPN)
Dasar Pertanian Negara (DPN) dilancarkan pada 12 Januari 1984 bermatlamat
untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi
pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.
Selain itu, DPN juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun
kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Beberapa strategi untuk mencapai matlamat DPN telah dilaksanakan. Antaranya
menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan FELDA, agensi
pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
Selain itu , program pembangunan in-situ diperkenal untuk memulihkan kawasan
berproduktiviti rendah. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan perkhidmatan
sokongan seperti projek pembangunan pertanian bersepadu yang dilaksanakan oleh
jabatan kerajaan contohnya, KEMUBU, JOHOR BARAT dan SELANGOR BARAT.
Bukan itu sahaja, program ini juga menyediakan khidmat sokongan pertanian
seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. Penglibatan sektor swasta dalam
projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian juga diperkenalkan.

b) Dasar Pensyarikatan Malaysia


Dasar Pensyarikatan Malaysia pula telah diperkenalkan pada 25 Februari 1983
yang bermatlamat merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dalam
pembangunan negara.
Melalui dasar ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki
bersama oleh kerajaan dan swasta. Kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan
pekerja. Semua kakitangan kerajaan dan swasta dipertanggungjawabkan untuk
memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia. Bagi melaksanakannya, sebuah panel
perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta telah ditubuhkan. Pegawai
kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalin hubungan dan berkongsi
kepakaran.
Malahan sektor swasta juga perlu memahami dasar kerajaan dan
mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan
keuntungan maksimum.
15
Manakala pihak kerajaan pula bertindak dengan memberikan khidmat sokongan
bagi memudahkan operasi sektor swasta.

c) Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada Mac 1983 oleh Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamad. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan,
perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar
Penswastaan ini juga bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Selain itu, dasar ini bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti
perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada
sektor kerajaan.
Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara
melalui pelaburan modal oleh sektor swasta. Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak
sebagai jawatankuasa yang memberi garis panduan kepada kementerian atau jabatan
yang ingin menjalankan penswastaan.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan
sama ada secara sepenuhnya atau secara sebahagian. Menerusi Dasar Penswastaan
kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap
pembangunan sektor lain.

d) Dasar Hala Tuju Cara Baru


Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan
luar bandar. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan
golongan petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
Dasar ini mempunyai tiga strategi iaitu dengan mengelompokkan kampung-
kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat
disediakan dengan lebih ekonomik.
Strategi kedua pula ialah meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan
barangan.
Manakala strategi ketiga pula, agensi kerajaan melaksanakan program
pembangunan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
16
e) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi
pelbagai cabaran.
DPDPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum
untuk mengelakkan sebarang pembaziran di samping memastikan sektor perindustrian
dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
Antara strategi pelaksanaan DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan
operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai etika
kerja yang murni.

f) Dasar Kependudukan
Matlamat Dasar Kependudukan ialah mencapai sasaran 70 juta penduduk
menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk memberikan kesan positif terhadap
bekalan tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti negara serta memperluaskan
pasaran dalam negara.
Selain itu dasar ini turut menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan
negara. Dasar kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan
penduduk dengan kadar pertumbuhan sosioekonomi negara khususnya berkaitan
dengan kemudahan pendidikan dan kesihatan serta peluang pekerjaan.

ii. Jelaskan dasar-dasar yang dibentuk oleh kerajaan untuk menjayakan DEB
dalam sektor perindustrian .

a) Dasar Pensyarikatan Malaysia


Dasar Pensyarikatan Malaysia telah diperkenalkan pada 25 Februari 1983 yang
bermatlamat merangsang penglibatan swasta secara aktif dalam pembangunan negara.
Melalui dasar ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki
bersama oleh kerajaan dan swasta. Kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan
pekerja. Semua kakitangan kerajaan dan swasta dipertanggungjawabkan untuk
17
memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia. Bagi melaksanakannya, sebuah panel
perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta telah ditubuhkan. Pegawai
kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalin hubungan dan berkongsi
kepakaran.
Malahan sektor swasta juga perlu memahami dasar kerajaan dan
mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan
keuntungan maksimum.
Manakala pihak kerajaan pula bertindak dengan memberikan khidmat sokongan
bagi memudahkan operasi sektor swasta.

b) Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada Mac 1983 oleh Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamad. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan,
perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar
Penswastaan ini juga bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Selain itu, dasar ini bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti
perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada
sektor kerajaan.
Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara
melalui pelaburan modal oleh sektor swasta. Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak
sebagai jawatankuasa yang memberi garis panduan kepada kementerian atau jabatan
yang ingin menjalankan penswastaan.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan
sama ada secara sepenuhnya atau secara sebahagian. Menerusi Dasar Penswastaan
kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap
pembangunan sektor lain.

c) Dasar Kependudukan
Matlamat Dasar Kependudukan ialah mencapai sasaran 70 juta penduduk
menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk memberikan kesan positif terhadap
bekalan tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti negara serta memperluaskan
pasaran dalam negara.
18
Selain itu dasar ini turut menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan
negara. Dasar kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan
penduduk dengan kadar pertumbuhan sosioekonomi negara khususnya berkaitan
dengan kemudahan pendidikan dan kesihatan serta peluang pekerjaan.

d) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)


Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara menghadapi
pelbagai cabaran.
DPDPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum
untuk mengelakkan sebarang pembaziran di samping memastikan sektor perindustrian
dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
Antara strategi pelaksanaan DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan
operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai etika
kerja yang murni.

iii. Jelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi untuk menjayakan DEB dalam


sektor pertanian.

a )Dasar Pertanian Negara (DPN)


Dasar Pertanian Negara (DPN) dilancarkan pada 12 Januari 1984 bermatlamat
untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi
pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.
Selain itu, DPN juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun
kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Beberapa strategi untuk mencapai matlamat DPN telah dilaksanakan. Antaranya
menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan FELDA, agensi
pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
Selain itu , program pembangunan in-situ diperkenal untuk memulihkan kawasan
berproduktiviti rendah. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan perkhidmatan
sokongan seperti projek pembangunan pertanian bersepadu melalui agensi kerajaan
contohnya, KEMUBU, JOHOR BARAT dan SELANGOR BARAT.

19
Bukan itu sahaja, program ini juga menyediakan khidmat sokongan pertanian
seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. Penglibatan sektor swasta dalam
projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian juga diperkenalkan.

b)Dasar Hala Tuju Cara Baru


Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan
luar bandar. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan
golongan petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
Dasar ini mempunyai tiga strategi iaitu dengan mengelompokkan kampung-
kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat
disediakan dengan lebih ekonomik.
Strategi kedua pula ialah meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan
barangan. Manakala strategi ketiga pula agensi kerajaan melaksanakan program
pembangunan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar

3.b) Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB)

Beberapa agensi telah terlibat dalam menjayakan DEB untuk menyelesaikan


masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Penubuhan agensi-
agensi ini membantu golongan petani serta menggalakkan perkembangan perusahaan
dan perdagangan di samping memajukan bandar. Dalam bidang ekonomi pertanian,
agensi Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) ditubuhkan untuk menstabilkan harga
padi. Seterusnya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
berperanan membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman
semula getah. Manakala Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berfungsi untuk
membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Sementara itu,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) pula bertujuan membangunkan dan
memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.

20
Program pembangunan ekonomi pertanian di kawasan luar bandar diteruskan
dan beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan
untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Antaranya, Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertindak terus memainkan peranan dalam
pembukaan tanah manakala Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA) ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi di kawasan luar bandar.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu
Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) serta
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pula memainkan peranan bagi
melaksanakan program pembukaan tanah secara besar-besaran. Agensi ini memberi
tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
Manakala Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) berfungsi untuk
menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan hasil pertanian. Seterusnya bagi
menjayakan DEB yang menumpukan kepada masyarakat di luar bandar,Majlis Amanah
Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Agensi yang terlibat dalam ekonomi perindustrian pula ialah Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS) yang ditubuhkan untuk memajukan sektor perindustrian dan
perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Sementara, agensi Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri pula berfungsi menggalakkan perindustrian dan
perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan
kedai. Peranan agensi lain iaitu Bank Bumiputera pula bertindak menggalakkan
bumiputera dalam perdagangan manakala Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
bertujuan menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berfungsi bagi menggalakkan kemunculan
industri baru. Agensi Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada
tahun 1980 untuk memberi tumpuan dan memulakan industri berat serta menguruskan
projek industri berat dengan cekap seperti sektor swasta. Agensi pembangunan wilayah
diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan bandar baru.
Contohnya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan untuk
membangunkan bandar.

21
Akhirnya, peranan Perbadanan Pelancongan Malaysia ditubuhkan untuk
merancakkan industri pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990.

3c) (i) Rancangan Pembangunan Ekonomi tahap kedua di bawah Rancangan Malaysia
Keempat telah meletakkan asas Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian. Jelaskan.
atau
(ii) Huraikan pembangunan sektor perindustrian yang diberi fokus dalam
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
atau
(iii) Matlamat / tujuan / fokus/ tumpuan utama Rancangan Malaysia Keempat
adalah dalam bidang perindustrian. Jelaskan.

Rancangan Malaysia Keempat telah dilancarkan dan meneruskan program


pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan ini memberikan
tumpuan kepada perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan
teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Contohnya, kerajaan telah
menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) untuk mengenal pasti,
memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang
dikendalikan oleh sektor swasta. Antara kejayaan daripada usaha ini ialah pembuatan
kereta penumpang iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Berhad
(PROTON).
Selain itu, bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan
asing, perusahaan baru telah dibuka. Contohnya, di Skudai (Johor). Seterusnya, zon
perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai
Way (Selangor).
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian telah
dilancarkan pada tahun 1983 bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian.
Melalui Kajian Dasar Perindustrian Malaysia, kelemahan dalam struktur
perindustrian negara telah dapat dikenal pasti. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk menyemak semula galakan-galakan pelaburan.
22
Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan
industri dan strategi pelaksanaannya. Pelan ini menekankan sektor perindustrian
sebagai “enjin pertumbuhan” ekonomi negara serta teras pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat.
Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia telah diperkenalkan
sebagai perkembangan baru dalam Rancangan Malaysia Keempat bagi melibatkan
sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Penglibatan sektor swasta dapat
mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Usaha ini juga
dapat menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan latihan kemahiran dan
mempertingkatkan pengeluaran barangan tempatan untuk mengawal inflasi.
Disamping itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham
Nasional (ASN) telah dilancarkan bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham
perindustrian antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
Kesimpulannya, Rancangan Malaysia tahap kedua jelas meletakkan asas yang
baik kepada Malaysia ke arah sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya
saing.

TAJUK 4

Kepentingan/Keberkesanan/Faedah/Manfaat Dasar Pembangunan Ekonomi

A. DASAR PERTANIAN NEGARA


B. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
C. DASAR PENSWASTAAN NEGARA
D. DASAR HALA TUJU CARA BARU
E. DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA
F. DASAR KEPENDUDUKAN

A. DASAR PERTANIAN NEGARA

Dasar Pertanian Negara dapat meningkatkan pendapatan sektor pertanian


ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan
berkesan. Dengan ini dapat menambah pendapatan penduduk luar bandar seperti
pekebun kecil .
23
Selain itu melalui DPN juga pertanian telah dijalankan secara komersial di mana
tumpuan telah diberikan kepada tanaman komoditi utama yang berpotensi untuk
dieksport iaitu tanaman getah dan kelapa sawit. Kesannya, negara menjadi pengeluar
minyak kelapa sawit utama dunia sekaligus menjana perkembangan ekonomi
negara.

Melalui DPN ini ,pembukaan tanah baru di bawah rancangan FELDA dan
program pembangunan In-Situ di mana pemulihan dan penyatuan tanah pertanian
terbiar digiatkan. Perkhidmatan sokongan pertanian dan program hala tuju baru
dilaksanakan telah memajukan kawasan luar bandar.

Seterusnya, penggunaan sumber dioptimumkan dengan menggabungkan


perusahaan perhutanan dan pertanian dalam tanah yang sama. Penyertaan sektor
swasta dalam perusahaan perhutanan komersial dan telah meningkatkan bekalan
balak negara.

Selain itu, pemesatan pembangunan industri berasaskan pertanian seperti


industri pembuatan,pemprosesan makanan dan bukan makanan turut dikembangkan.
Hal ini secara tidak langsung dapat memenuhi aspirasi DEB iaitu dapat membasmi
kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan sekaligus dapat merapatkan
jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar .

B. DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

Dasar Pensyarikatan Malaysia telah menyelesaikan masalah ekonomi negara


yang mana sektor swasta telah membantu pihak kerajaan memantapkan ekonomi
negara. Melalui dasar ini, beberapa program telah dijalankan seperti penempatan
pegawai-pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Misalnya, sebagai permulaan sebanyak
18 orang pegawai kerajaan telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade
Association mulai tahun 1984. Hal ini membolehkan pegawai-pegawai tersebut
mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta terutamanya dalam bidang
perniagaan, perdagangan dan industri.

24
Melalui dasar ini, Panel Perundingan telah ditubuhkan di setiap kementerian,
jabatan, badan berkanun dan pejabat-pejabat daerah. Dengan ini kecekapan
pengurusan meningkat sekaligus dapat menambahkan pendapatan negara.

Selain itu, dasar ini telah berjaya mewujudkan kerjasama antara pihak swasta
dengan kerajaan melalui perkongsian maklumat serta saling memahami polisi.

C. DASAR PENSWASTAAN NEGARA

Kepentingan Dasar Penswastaan Negara dapat memindahkan perkhidmatan,


perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dengan
ini, beban kerajaan dapat dikurangkan dan telah meningkatkan produktiviti serta
kualiti perkhidmatan atau barangan.

Melalui dasar ini, pembangunan ekonomi dipercepat melalui pelaburan


modal oleh sektor swasta. Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengalih tumpuan
terhadap pembangunan sektor lain sekaligus telah menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Melalui dasar ini telah diwujudkan Dasar Perindustrian Berat di mana


Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan. Hasilnya Kilang Kereta
Proton di Shah Alam, Selangor dibina untuk pasaran tempatan dan eksport. Kesannya,
rakyat dapat memiliki kereta dengan harga yang berpatutan dan menaikkan imej
negara.

Selain itu, dasar ini telah mempercepat pencapaian matlamat DEB iaitu telah
mewujudkan lebih banyak syarikat bumiputera dan menambah bilangan pengurus
bumiputera.

Seterusnya, dasar ini telah berjaya mengagihkan sumber secara cekap


dengan mewujudkan persaingan yang hebat antara syarikat.

Di bawah dasar ini, beberapa jabatan kerajaan dan badan berkanun telah
diswasta secara sebahagian atau keseluruhan seperti MAS,TNB dan POS Malaysia.

25
Kesannya, mutu perkhidmatan telah ditingkatkan dan menambah keuntungan
pendapatan negara di samping pemilikan saham bumiputera dalam syarikat turut
bertambah.

D. DASAR HALA TUJU CARA BARU

Antara kepentingan Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah kerajaan dapat
membangunkan kawasan luar bandar dan meningkatkan pendapatan golongan
petani dan pekerja desa dengan mempelbagaikan jenis tanaman. Selain itu
FAMA ditubuhkan untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil
pertanian dan meningkatkan pendapatan mereka.

Kepentingan seterusnya ialah berjaya mengelompokkan kampung-kampung


menjadi petempatan yang lebih besar melalui penubuhan FELDA yang berjaya
membuka tanah-tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai
petempatan baru yang dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Penduduk luar
bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru dan menjadi petani moden yang
mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit.

Kepentingan seterusnya ialah berjaya meningkatkan pendapatan golongan


petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa melalui RIDA. RIDA
berperanan memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu
pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor
perniagaan. RIDA kemudiannya digantikan dengan MARA sementara Bank
Bumiputera telah ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor
perusahaan dan perdagangan.

Selain itu Dasar Hala Tuju Cara Baru berjaya mengadakan usahasama dengan
agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan bagi meningkatkan
pendapatan penduduk luar bandar dengan menggiatkan lagi pembukaan tanah di
bawah FELDA. Hal ini membawa kepada kemunculan pelbagai projek seperti Tiga
Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Seterusnya FELCRA ditubuhkan
untuk membantu FELDA dalam membangunkan kawasan luar bandar.
26
E. DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

Antara kepentingan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara ialah


berjaya mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara
menghadapi pelbagai cabaran dengan cara membaiki sistem pengurusan operasi
dan struktur organisasi. Misalnya, menguruskan sumber ekonomi dengan terancang
dan cekap menerusi program pembangunan wilayah seperti Wilayah Ekonomi Pantai
Timur( ECER) agar menjadi modal pembangunan fizikal jangka panjang.

Kepentingan kedua ialah penggunaan sumber negara berjaya dilonjakkan


pada tahap maksimum dengan berkonsepkan pembangunan lestari. Dalam hal ini
penekanan diberikan kepada sumber alternatif yang boleh diperbaharui seperti tenaga
suria, biomas dan hidroelektrik. Bahan buangan seperti kertas dan logam akan dikitar
semula untuk menghasilkan barangan lain.

Kepentingan ketiga ialah sektor perindustrian mampu bersaing pada


peringkat antarabangsa dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan
perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi
serta keperluan tenaga pekerja mahir. Misalnya penubuhan HICOM. Selanjutnya
perusahaan baru telah dibuka di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan) dan
Bintulu (Sarawak). Di samping itu, zon perdagangan bebas diperkenalkan di Bayan
Lepas ( Pulau Pinang) dan di Sungai Way (Selangor).

F. DASAR KEPENDUDUKAN

Kepentingan Dasar Kependudukan adalah untuk mencapai sasaran 70 juta


penduduk menjelang tahun 2100. Hal ini disebabkan pertumbuhan penduduk akan
memberi kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja dan meningkatkan
produktiviti negara serta memperluaskan pasaran dalam negeri.

Seterusnya, jumlah penduduk yang besar dapat menyumbang ke arah


kekuatan politik dan keselamatan negara.

27
Selanjutnya dapat menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan
penduduk dengan kadar pembangunan sosio ekonomi negara seperti kemudahan
pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan.

TAJUK 5

5a) Rancangan Pembangunan Ekonomi yang dilakukan membawa kejayaan dalam


aspek ekonomi dan sosial.

ATAU
- Kemakmuran ekonomi menjamin kesejahteraan rakyat.

Manfaat dari aspek ekonomi

Rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh Malaysia membawa


banyak kejayaan antaranya mengurangkan kadar kemiskinan kepada tahap yang
sangat rendah. Malah, Malaysia diletakkan antara negara yang paling berjaya dalam
memacu sifar miskin dalam kalangan negara Asia Tenggara. Contohnya, kadar
kemiskinan negara dapat dikurangkan antara kaum dengan wilayah daripada 49.3%
kepada 17.1%.

Rancangan Pembangunan ekonomi juga menaik taraf kehidupan rakyat


terutamanya di luar bandar. Malahan, jurang pendapatan antara penduduk luar
bandar dengan bandar berjaya dirapatkan. Contohnya, pelbagai prasarana dan
infrastruktur berjaya disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat seperti
pejabat pos, balai polis, bank dan sebagainya. Bandar Muazzam Shah di Pahang
misalnya mengubah kawasan yang dahulunya sebuah kawasan pedalaman kepada
sebuah bandar yang kian berkembang maju.

Selain itu, rancangan Pembangunan Ekonomi juga membawa kemajuan dan


pemodenan dalam sektor pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan
jentera moden, kualiti benih yang baik serta penyelidikan dan pembangunan ( R& D )

28
membawa kepada pemodenan bidang pertanian. Malahan, universiti tempatan juga
menawarkan pengajian berkaitan dengan sektor pertanian seperti UITM, UPM dan
sebagainya. Agensi seperti MARDI, FAMA dan sebagainya juga mengorak langkah
dalam membawa pertanian negara ke arah pertanian yang maju dan berteknologi
tinggi.

Antara lain, Rancangan Pembangunan Ekonomi juga mengembangkan sektor


perindustrian, perdagangan dan pelancongan. Hal ini membolehkan negara
mengurangkan kebergantungan kepada komoditi utama seperti bijih timah, kelapa
sawit, getah dan petroleum. Dalam sektor perdagangan misalnya Zon Perdagangan
Bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas dan Sungai Way.

Manfaat dari aspek sosial

Kejayaan ekonomi negara meningkatkan taraf sosial masyarakat seperti


pendidikan. Hal ini dapat dilihat bahawa pendidikan telah melonjakkan nama Malaysia
di persada dunia. Contohnya, pembinaan universiti bertaraf antarabangsa seperti
Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Petronas dan sebagainya.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga melaksanakan transformasi dalam pendidikan.
Pelaksanaan Transformasi Pendidikan memacu Gelombang Kedua Pelan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 secara agresif. Malaysia juga berjaya melahirkan
ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti pakar ekonomi, kejuruteraan dan
sebagainya. Contohnya, Mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang
diiktiraf oleh bank dunia dalam aspek pengurusan terbaik sektor kewangan dan
perbankan.

Rancangan Pembangunan Ekonomi juga meningkatkan sektor kesihatan


seperti ramai tokoh perubatan berjaya dilahirkan. Contohnya, pakar virology, Dr Dhesi
Baha Raj yang diiktiraf sebagai barisan innovator kesihatan oleh Universiti Harvard.
Malahan, dalam sektor kesihatan juga, banyak pusat perubatan dan hospital
diwujudkan. Kemudahan yang disediakan ini juga mempunyai kemudahan perubatan

29
yang lengkap dan moden. Contohnya pembinaan Institut Jantung Negara yang dibina
khas untuk pesakit berkaitan masalah jantung.

Sistem pengangkutan dan perhubungan berkelas dunia dan moden juga


berjaya dibina. Pembinaan ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan
utama di dunia. Contohnya ETS, MRT, KLIA 1 dan 2, Lebuh raya Utara Selatan dan
Lebuh raya Pan Borneo.

5b) Bagaimanakah pelaksanaan DEB mampu menyediakan prospek ekonomi


negara yang makmur.

Pelaksanaan DEB mampu menyediakan prospek ekonomi negara yang makmur


melalui peningkatan sektor pelaburan swasta dan awam. Penglibatan sektor swasta
ini hasil pelaksanaan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang
diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Sebahagian besar pelaburan
tersebut adalah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembangunan luar
bandar. Contohnya, dalam tempoh tersebut pelaburan dijangka berkembang pada
kadar 9.1 % setahun, manakala nisbah pelaburan kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) akan meningkat daripada 17.7 % dalam tahun 1970 kepada 22.3%
menjelang 1990.

Penggerak kedua bagi meningkatkan ekonomi ialah perkembangan eksport


negara. Semasa RMK-2 dan ketiga tumpuan kepada tanaman kelapa sawit dan getah
melalui pembukaan tanah secara besar-besaran. Seterusnya dalam RMK-4 tumpuan
telah diberikan kepada bidang perindustrian berat dan perkilangan. Perkembangan
eksport adalah penting untuk mendapatkan pertukaran asing yang mencukupi bagi
membiayai import yang semakin meningkat, khususnya bagi tujuan pelaburan.
Contohnya, eksport barangan pembuatan dijangka menyumbang sebanyak 38.1 %
kepada jumlah eksport barangan dan perkhidmatan menjelang tahun 1990 berbanding
12% dalam tahun 1970.

30
Sektor pertanian juga antara prospek yang dijangka berkembang menerusi
DEB melalui pembukaan tanah baru, pembangunan infrastruktur dan pembangunan
kawasan pertanian sedia ada. Semua ini telah dirangka dalam Dasar Pertanian Negara.
Penubuhan beberapa agensi seperti LPM, LKIM, dan LPP banyak membantu
membangunkan kegiatan ekonomi pertanian. Malahan sektor pertanian telah membuka
lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor pertanian dijangka berkembang
pada kadar 5.4% setahun hasil daripada usaha-usaha meneroka tanah baru dan
pembangunan in-situ.

Sektor pembuatan merupakan sektor penting kerana menyumbang lebih satu


pertiga peningkatan KDNK. Perkembangan sektor ini digerakkan semasa RMK-4
melalui penubuhan HICOM yang memberi tumpuan kepada industri berat. Selain itu,
pembukaan kawasan perusahaan baru seperti di Skudai dan Senawang serta
pembukaan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas dan Sungai Way menggiatkan
sektor perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing. Faktor-faktor yang
menyumbang kepada sektor pembuatan termasuklah sumber asli yang banyak, tenaga
kerja yang ramai, peningkatan pendapatan swasta dan industri.

Perkembangan ekonomi hasil program di bawah DEB telah mewujudkan


pelbagai sektor perkhidmatan selaras dengan perkembangan keseluruhan sektor-
sektor lain dalam ekonomi. Misalnya sektor pelancongan yang telah menggalakkan
kemasukan wang asing ke dalam negara selain membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan. Pertumbuhan pesat dapat dilihat terutama dalam sektor elektrik
dan air serta dalam sektor kewangan, bank, insurans dan hartanah. Sektor kewangan
dan bank memberikan perkhidmatan pinjaman kredit untuk pekilang atau pengusaha-
pengusaha untuk menjalankan operasinya. Misalnya, penubuhan Bank Pertanian .
Pembekalan tenaga elektrik dan air pula menjamin sektor industri berkembang dengan
baik. Kesannya seluruh peringkat kegiatan ekonomi akan dapat dimajukan.

31
5c) Sektor pertanian dan perindustrian memainkan peranan penting dalam
memajukan sektor ekonomi.

i. Jelaskan manfaat pelaksanaan DEB kepada bidang pertanian.

Manfaat DEB dalam bidang pertanian telah menjadikan tebus guna tanah
meningkat sebanyak 24% dalam bidang pertanian. Hal ini jelas dapat dilihat dalam
Rancangan Malaysia Kedua dengan pembukaan tanah secara besar-besaran yang
dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-agensi Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH), dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga
Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman
getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport sekali gus menjana pertumbuhan
ekonomi negara.
Sebagai salah satu langkah menjayakan matlamat DEB, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Pertanian Negara pada 12 Januari 1984. Dasar ini
bermatlamatkan tiga perkara iaitu memaksimumkan pendapatan negara dalam
sektor pertanian, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan
hasil komoditi utama untuk dieksport. Hasilnya, Malaysia berjaya menjadi
pengeluar getah asli utama dunia dan pengeluar utama minyak sawit dunia pada
tahun 1970 hingga 1980. Sebanyak 31.9 % pengeluaran minyak sawit mentah dunia
adalah daripada Malaysia dan satu juta rakyat Malaysia memperoleh pendapatan
menerusi industri minyak sawit sehingga ke hari ini. Selain itu, Malaysia juga telah
menjadi pengeluar dan pengeksport getah asli utama dunia iaitu kira-kira 46 %
daripada jumlah pengeluaran getah dunia. Akibatnya, perkembangan sektor
perusahaan getah Malaysia juga telah berjaya mengeluarkan produk dalam industri
pembuatan sarung tangan perubatan, komponen untuk kereta, tayar dan sebagainya.
Usaha pembukaan tanah yang dijalankan juga telah menggalakkan penanaman
koko yang merupakan tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas
kelapa sawit, getah dan kayu kayan. Malaysia ialah negara pengisar koko yang ketujuh
terbesar di dunia. Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai kawasan

32
penanaman koko terbesar iaitu 6260 hektar iaitu bersamaan 38.9% daripada jumlah
kawasan penanaman koko di Malaysia.
Melalui Rancangan Malaysia Keempat negara telah berjaya memperkembang
sektor pertanian sehingga berjaya melahirkan golongan usahawan dalam bidang
industri asas tani. Golongan ini telah berjaya menambah nilai bahan mentah pertanian
sebagai produk baru yang boleh dipasarkan sekali gus menambah pendapatan mereka.
Selain itu, peluang pekerjaan terbuka luas terutama kepada penduduk luar bandar
akibat kemunculan industri asas tani. Contoh produk industri asas tani yang telah
dihasilkan ialah pekasam, jeruk buah-buahan dan jus mempelam.
Kemajuan sektor pertanian yang ditekankan dalam DEB telah memberi manfaat
dalam aspek pengeluaran makanan untuk negara dan berjaya mengurangkan
import makanan dari negara luar. Sebagai contoh beras dan sayur-sayuran.
Perkembangan bidang pertanian telah memperkenalkan kaedah penanaman baru iaitu,
kaedah pertanian hidroponik yang menggunakan air sebagai medium utama
tanaman. Kaedah ini juga sebagai alternatif bagi mengatasi masalah tanah yang terhad.

ii. Jelaskan manfaat pelaksanaan DEB kepada sektor perindustrian.

Antara manfaat yang diperoleh daripada DEB ialah telah membawa kepada
perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan
teknologi tinggi. Hal ini juga membuka kepada keperluan tenaga pekerja mahir. Di
samping itu, perkembangan ini juga dapat mengurangkan kebergantungan negara
kepada negara-negara maju yang lain. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah
menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Menerusi
penubuhan ini kerajaan telah memulakan dan menguruskan projek industri berat
dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Berikutan daripada ini,
beberapa projek tajaan kerajaan dengan usahasama pelabur asing telah dilancarkan.
Ini termasuk loji simen, besi panas dan pancang keluli, projek kereta nasional, lori enjin
kecil dan kompleks kejuruteraan.

33
Menjelang tahun 70-an kerajaan telah mempelbagaikan ekonomi dengan
menitikberatkan pertumbuhan industri untuk menampung keperluan pekerjaan. Hal ini
dijayakan melalui pemindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti buruh mahir yang
dapat mempercepat program pembangunan dan penyelidikan. Seterusnya pada tahun
80-an pula negara menumpukan kepada industri berat bagi memperkukuhkan asas
perindustrian negara dengan menambah kemahiran rakyat dalam bidang teknologi
tinggi dan mendapat pemindahan teknologi serta kemahiran tinggi daripada negara
Jepun dan Jerman. Bagi mengurangkan import barangan daripada luar, Malaysia telah
memberi tumpuan kepada sektor perindustrian barangan keperluan penduduk seperti
barangan elektrik, barangan plastik dan pakaian. Seterusnya perkembangan sektor
perindustrian telah memperluaskan pasaran industri negara ke peringkat antarabangsa
di samping meningkatkan lagi produk tempatan. Malaysia mempunyai banyak barangan
yang boleh dipasarkan terutamanya industri perkilangan seperti barangan elektrik,
elektronik yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti ASEAN dan APEC.
Kejayaan sektor perindustrian yang dapat menembusi dan bersaing di peringkat
antarabangsa ini telah membuktikan matlamat Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
Negara berjaya dicapai.

5d) Peranan DEB sebagai serampang dua mata dalam menyusun semula
masyarakat tanpa mengira kaum dan membasmi kemiskinan luar bandar.
Buktikan..

Membasmi kemiskinan luar bandar

Kemiskinan merupakan penyebab utama yang menimbulkan perasaan tidak


puas hati dalam kalangan rakyat, kemiskinan bukan hanya terdapat di kawasan luar
bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana
masalah kemiskinan yang berlaku adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan
paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu pada aktiviti pertanian
tradisional, usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan
projek pembangunan telah dirangka supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan
pada golongan rakyat yang menganggur. Dasar ini juga dapat menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan penduduk. Seterusnya dapat memberi peluang

34
perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada
sektor yang lebih lumayan. Pelbagai usaha juga dilakukan untuk mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dengan luar bandar dan
antara wilayah, juga secara tidak langsung akan dapat memodenkan kehidupan di luar
bandar setara dengan kehidupan di bandar. Usaha murni ini juga dapat mewujudkan
kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera serta dapat mengadakan suasana
pekerjaan yang mencerminkan pelbagai komposisi kaum di Malaysia. Projek-projek
pembangunan yang telah dirangka juga akhirnya dapat membaiki taraf dan kualiti hidup
rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

Menyusun semula masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan apabila menjelang tahun 1990 dengan


berakhirnya DEB pemilikan saham dan ekonomi Malaysia akan melambangkan
komposisi kepentingan kaum di negara ini yang mana penyertaan bumiputera adalah
sebanyak 30%, 40 % untuk bukan bumiputera dan selebihnya 30% lagi terdiri daripada
pelabur-pelabur luar negara dalam mencapai matlamat penyusunan semula dasar DEB.
Beberapa strategi telah disusun termasuklah meninggikan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

Kerajaan turut mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga yang terdapat sekarang dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum. Seterusnya kerajaan melalui pelbagai usaha telah
menambahkan dalam pemilikan modal dan stok syarikat dalam pertumbuhan ekonomi.
Usaha membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
orang Melayu dan bumiputera supaya dapat memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank
Bumiputera, Amanah Saham Nasional dan sebagainya. Kerajaan turut memajukan
negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baharu
seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

35
Kesimpulannya DEB yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam konteks
keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk
mencapai tujuan dan matlamat DEB. Usaha ini bukan sahaja memerlukan usaha yang
gigih daripada pihak kerajaan malah memerlukan perubahan sikap, tenaga dan
pemikiran rakyat dan sektor swasta.

5e) Bagaimanakah DEB mampu berjaya mengukuhkan perpaduan kaum.

Dasar Ekonomi Baru berjaya mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia apabila


mewujudkan keadilan ekonomi kepada semua kaum. Hal ini dapat dilihat melalui
penglibatan yang berkesan kaum Bumiputera dalam sektor-sektor moden seperti
kegiatan perdagangan dan perindustrian dan secara tidak langsung juga dapat
menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum.

Selain itu, DEB meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan


golongan miskin. Hal ini dapat dilihat melalui usaha kerajaan menaik taraf kawasan
luar bandar seperti melatih masyarakat pelbagai kaum tentang kepentingan aspek
pelaburan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Industri Kecil dan Sederhana seperti
industri pemprosesan makanan, pembuatan, kayu-kayan, kraf tangan, dan
sebagainya. Perkembangan ini dapat meningkatkan keselesaan dan menyaingi
antara satu sama lain.

Seterusnya, tenaga kerja digunakan secara menyeluruh dan mencerminkan


bilangan komposisi kaum di Malaysia. Hal ini melibatkan semua sektor pekerjaan
seperti ikhtisas dan teknik. Kerajaan menganggap bahawa sektor ini dapat
memainkan peranan utama dalam usaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
kepada semua kaum seperti sektor pembinaan, logam dan perusahaan
perkapalan. Sektor-sektor ini dijangka akan membawa perubahan besar dalam

36
merapatkan jurang sosioekonomi antara kaum di Malaysia dan telah melenyapkan
pelabelan kaum mengikut fungsi dan masalah pengangguran.

Seterusnya, DEB juga berjaya mengukuhkan perpaduan kaum melalui


pelaksanaan Rukun Negara. Di dalam Rukun Negara terdapat 5 teras yang mana
bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik dan progresif.
Sebagai contoh, prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bermakna rakyat
Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Hal Ini sekali
gus membawa kepada perhubungan yang harmoni antara kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dibentuk melalui Falsafah Pendidikan Malaysia


yang menjadi tunjang kepada Dasar Pendidikan Negara. Falsafah ini dapat
melahirkan masyarakat yang intelektual serta menitikberatkan perkembangan
potensi individu bagi tujuan pembangunan komuniti. Sebagai contohnya, pewujudan
Sekolah Wawasan yang mengintegrasikan 3 aliran sekolah dalam satu kawasan
serta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selain itu, kerajaan juga telah
memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk
melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid Kesannya, peringkat akar
umbi, generasi muda telah didedahkan kepelbagaian budaya masyarakat sekeliling
mereka.

Perpaduan kaum di Malaysia diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Dasar


Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini menerapkan satu gaya hidup dan nilai-nilai
yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan yang mana Islam menjadi unsur tunjang dalam membentuk kebudayaan
kebangsaan. Sebagai contoh perarakan Citra Warna Malaysia 2001 yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan budaya disatukan dalam satu program. Pelaksanaan
dasar ini telah menyebabkan wujudnya perasaan sayang antara kaum.

Pengenalan Sukan Malaysia (SUKMA) juga berjaya membentuk masyarakat


Malaysia yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini kerana
aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada satu kaum sahaja malah,
37
kepada semua yang berminat. Sebagai contoh, pasukan bola sepak dan badminton
mempunyai pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Dato’ Mokhtar Dahari,
Dato’ Lee Chong Wei, Sapok Biki dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaum dalam satu
pasukan telah memberikan semangat berkorban untuk negara.

5 f) Hubung kait DEB dengan kejayaan ekonomi negara masa kini.

ATAU

DEB yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas merdeka banyak mengubah


landskap pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.

Kejayaan kepada ekonomi negara pada masa kini berhubung kait dengan
pelaksanaan DEB pada tahun 1971-1990.
Semasa Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga,
pembukaan tanah secara besar-besaran telah dijalankan di bawah program
pembangunan wilayah oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan
KESEDAR yang menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit demi
keperluan eksport. Hasilnya negara kita telah menjadi pengeluar minyak sawit
kedua terbesar di dunia dan pendapatan daripada eksport minyak sawit dan produk
berasaskan sawit mencecah RM78 billion pada tahun 2017.

Penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 di bawah Rancangan Malaysia


Kedua bertujuan untuk membangunkan sumber-sumber minyak dan gas asli di
Malaysia. PETRONAS telah berjaya memajukan kilang industri seperti kilang
menapis petroleum di Lutong ,Miri dan Kerteh di Terengganu. Selain itu kilang industri
lain turut berkembang seperti industri membuat baja Urea dan Petrokimia.
Perkembangan industri berasaskan sumber minyak ini turut memajukan rangkaian
sistem pengangkutan di negara kita.

Di bawah Rancangan Malaysia Keempat, kerajaan telah menubuhkan


Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 berasaskan

38
pelaburan modal dan teknologi berat. Peranan HICOM adalah mengenal pasti
,memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap. Hasilnya,
Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta pertama Proton Saga melalui
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad . Sehingga kini industri automotif berkembang
pesat dipacu oleh 27 pengeluar kenderaan yang telah bertapak di Malaysia. Dengan
pertumbuhan industri automotif negara, secara tidak langsung membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk dan sekali gus dapat mengurangkan kadar
pengangguran negara.

Selain itu pembukaan kawasan perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), di


Senawang (Negeri Sembilan ), di Bintulu (Sarawak) serta di Manggatal dan Likas
(Sabah) telah menggiatkan sektor perindustrian dan menggalakkan pelaburan
modal asing. Melalui Kajian Dasar Perindustrian dan Pelan Induk Perindustrian , hala
tuju bidang perindustrian negara dirangka dengan baik. Kesannya hasil eksport
barangan kilang seperti barangan elektrik dan elektronik telah meningkat dan
menyumbang kepada sumber pendapatan negara.

Penggubalan Dasar Penswastaan dan Pensyarikatan Malaysia dalam


Rancangan Malaysia Keempat menggerakkan penglibatan sektor swasta dalam
menjana pembangunan ekonomi negara. Penglibatan pihak swasta ini telah berjaya
mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan produktiviti
serta kualiti perkhidmatan atau barangan . Selain itu membantu pembangunan
ekonomi melalui pelaburan yang lebih besar dan membawa kepada pengembangan
sektor korporat contohnya Projek Lebuh raya Utara Selatan(PLUS), Syarikat Telekom
Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima , pembangunan kawasan luar bandar


telah diberikan perhatian khususnya industri desa yang berpotensi seperti kraf
tangan. Penubuhan Bank Pertanian Malaysia ,Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia membantu memberi kemudahan kredit dan insentif kepada
pengusaha industri kecil-kecilan. Hasilnya bidang IKS berkembang luas dan
mmemberi peluang kepada rakyat mendapat pekerjaan yang lebih baik .Usaha ini

39
turut menjana pendapatan lumayan kepada pengusaha serta dapat membasmi
kemiskinan .
Tumpuan dalam sektor pelancongan semasa Rancangan Malaysia Kelima
membuka bidang ekonomi baru negara. Penubuhan Perbadanan Pelancongan
Malaysia telah memacu ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan
dalam sektor perkhidmatan seperti perhotelan, pemandu pelancongan dan
bidang kraf tangan. Kemajuan dalam bidang pelancongan turut menyumbang
pelaburan asing dalam pelbagai bidang seperti penyediaan kemudahan taman tema
,hotel lima bintang dan pembangunan pusat-pusat peranginan berkelas dunia.

Pembangunan dan penyelidikan di bawah DEB dalam Rancangan Malaysia


Kelima kini meletakkan kita setanding dengan negara maju yang lain. R &D dimajukan
untuk meningkatkan kadar produktiviti serta keupayaan dan kecekapan guna
tenaga tempatan. Penyelidikan dalam perindustrian seperti penghasilan
kenderaan berteknologi hibrid membuktikan kita mampu bersaing di pasaran
global. Selain itu penyelidikan dalam bidang pertanian telah membolehkan hasil
keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh agensi pertanian
antarabangsa.

Kesimpulannya, pelaksanaan program-program di bawah DEB telah berjaya


memacu ekonomi negara melalui perkembangan KDNK pada kadar yang baik serta
meningkatkan pendapatan per kapita negara.

5g) Peranan DEB dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Melalui DEB kerajaan telah membuka tanah baru untuk pertanian termasuk
menyediakan pelbagai kemudahan asas di kawasan luar bandar. Kerajaan turut
memperkenalkan pelbagai tanaman baru seperti kelapa sawit dan getah. Bagi
menjayakan program tersebut kerajaan turut menubuhkan agensi sokongan untuk
membantu program luar bandar seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Kerajaan turut
memajukan infrastruktur di luar bandar seperti sekolah, balai polis, balai raya , bekalan

40
air bersih dan elektrik. Seterusnya kerajaan turut menawarkan pinjaman kepada
penduduk luar bandar

Kerajaan melalui pelbagai agensi memberi bantuan subsidi baja atau benih
secara percuma kepada petani. Selain itu bantuan pemasaran terhadap hasil keluaran
penduduk luar bandar seperti yang dilakukan oleh FAMA. Kerajaan turut memulihkan
kawasan yang berproduktiviti rendah melalui program in-situ seperti yang dilakukan
oleh agensi FELCRA. Seterusnya kerajaan juga menggalakkan pelaburan dari sektor
swasta di kawasan luar bandar seperti Sime Darby dan Guthrie. Seterusnya kerajaan
juga menggalakkan penggunaan teknologi moden dan menjalankan penyelidikan dan
pembangunan (R & D) dalam sektor pertanian. Program seperti "Satu Kampung Satu
Industri" telah menggalakkan perkembangan industri desa dan dapat melahirkan lebih
ramai jutawan tani. Tuntasnya kerajaan turut memperkenalkan pelancongan inap desa
di kawasan luar yang menyediakan pelbagai pakej yang berasaskan produk pertanian.

Kesimpulannya pelbagai program telah dijalankan di bawah DEB berjaya


mencapai matlamat dalam mengurangkan kemiskinan di luar bandar.

TAJUK 6

6a) Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha sebagai persediaan untuk


menghadapi negara maju menjelang tahun 2020.

Beri ulasan anda.

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha sebagai persediaan untuk


menghadapi negara maju menjelang tahun 2020 antaranya melahirkan warga negara
yang berkualiti tinggi khususnya menguasai teknologi maklumat contohnya
mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Seterusnya meningkatkan semangat patriotisme agar generasi masa depan
mempunyai sikap mementingkan negara. Hal ini untuk melahirkan pemimpin yang
berwawasan kerana pemimpin ini akan dapat memacu kemajuan negara di persada
antarabangsa.

41
Disamping itu, kerajaan juga perlu merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti contohnya pelaksanaan
Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21). Justeru masyarakat berilmu pengetahuan yang
mampu bersaing di peringkat global dapat dihasilkan.
Dari segi ekonomi, kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara
kita dalam pelbagai sektor untuk memastikan pembangunan terus berkembang. Oleh
itu banyak peluang pekerjaan dapat dibuka lantas menambah bilangan tenaga mahir
yang terdiri daripada rakyat Malaysia. Justeru, kerajaan dapat mengeratkan hubungan
diplomatik antara negara maju seperti Jepun, Korea dan Britain.
Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga perlu melakukan penyelidikan
dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi yang terkini. Sebagai contoh
MARDI menghasilkan biji benih yang berkualiti. Oleh itu hasil pengeluaran dan kualiti
pertanian dapat ditingkatkan.
Akhir sekali, kerajaan juga perlu menambah institusi pengajian tinggi untuk
melahirkan generasi yang cemerlang. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan
pentadbiran kerajaan Malaysia kerana melahirkan modal insan yang berwawasan
supaya dapat memacu pembangunan pentadbiran negara pada masa akan datang.
Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan
negara maju menjelang tahun 2020 agar negara kita terus bersaing dengan negara
maju yang lain. Oleh yang demikian, kerajaan menumpukan pembangunan dalam
ekonomi dan sosial supaya rakyat dapat menikmati hasil kemajuan negara.

6b) Sebagai warganegara yang patriotik, huraikan sumbangan anda kepada


perpaduan negara.

Sebagai warganegara yang patriotik kita seharusnya memberikan sumbangan


untuk mengekalkan perpaduan negara. Seperti mana yang kita tahu, perpaduan
merupakan asas pembentukan dan kemajuan sesebuah negara. Sebagai warganegara
yang patriotik kita mestilah menjaga hubungan yang baik dengan kaum lain. Sebagai
contoh menjaga sensitiviti kaum lain. Hal ini bagi mengelakkan perselisihan faham dan

42
prasangka buruk yang akan mencetuskan pertelingkahan. Oleh yang demikian
hubungan baik sesama kaum dapat menjalinkan semangat kerjasama yang utuh.
Selain itu, rakyat yang berjiwa patriotik perlu mengasimilasikan budaya
pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Remaja mestilah sanggup untuk menerima
dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan. Misalnya dalam perayaan,
rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai
kemeriahannya, kita mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh
kaum lain. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan kerana
rakyat akan menghormati budaya kaum lain.
Selanjutnya, rakyat Malaysia hendaklah mengelakkan diri daripada
mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang
mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan
dengan kaum-kaum lain di negara ini. Jadi, setiap kaum dapat menerima segala
perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.
Contohnya, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang
sudah termaktub dalam perlembagaan.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memainkan peranan
penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
khususnya generasi muda. Iltizam dan kesungguhan dalam memupuk semangat
perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman,
maju, dan berdaya saing di peringkat global.

6c) Sejauh mana inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan ekonomi
Malaysia terus berdaya saing di peringkat global.

Kerajaan telah mengambil pelbagai Inisiatif bagi memastikan ekonomi Malaysia


terus berdaya saing di peringkat global. Buktinya kerajaan telah memajukan sektor-
sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan perkhidmatan
agar dapat meningkatkan produktiviti negara.
Selain itu, kerajaan perlu meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari
segi import dan eksport barangan negara. Hal ini dapat meluaskan perdagangan
antarabangsa yang menjadi salah satu tumpuan ekonomi negara. Sebagai contoh
43
Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang dapat menarik pelabur asing ke
negara kita. Oleh itu kita dapat memenuhi pasaran dan menarik minat masyarakat luar
untuk membeli barangan buatan Malaysia.
Seterusnya, bagi bersaing di peringkat antarabangsa kerajaan perlu
memajukan bidang teknologi tinggi supaya dapat menghasilkan produk yang
lebih berkualiti. Contohnya teknologi dalam ICT seperti e-dagang, neurorobotic dan
jalur lebar dalam multimedia dan komunikasi. Hal ini dapat mewujudkan persaingan
antara pihak atau negara lain dalam memajukan bidang teknologi di negara kita.
Banyak institusi kemahiran yang ditubuhkan oleh kerajaan seperti
GIATMARA dan IKBM supaya dapat melahirkan rakyat yang menguasai pelbagai
kemahiran yang diperlukan oleh negara. Hal ini bagi mengelakkan kebergantungan
kepada tenaga kerja dari luar negara dalam bidang profesional. Justeru dapat
melahirkan tenaga kerja yang mahir,kreatif dan inovatif.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menguasai pelbagai
kemahiran dan mempunyai daya saing yang tinggi bagi memastikan kita tidak
ketinggalan dalam arus globalisasi.

6d) Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.

Atau

Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di persada


antarabangsa.

Kemajuan ekonomi Malaysia dizahirkan melalui permodenan dalam bidang


pertanian. Sebagai contoh wujudnya perkembangan teknologi seperti penggunaan
jentera moden, kualiti benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D). Hal ini dapat membawa kepada pemodenan pertanian sekaligus memajukan
ekonomi negara.
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian.
Perkembangan sektor ini dibantu dengan adanya kemajuan pengangkutan dan
komunikasi. Sebagai contoh pelaksanaan k-ekonomi yang berfungsi mengekalkan

44
pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mapan untuk jangka masa panjang. Justeru
dapat membantu dalam perkembangan perindustrian negara.
Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan dalam pembangunan infrastruktur
bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Di samping itu, kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita
untuk melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk
Nicol Ann David. Hal ini kerana Kementerian Belia dan Sukan telah mampu membiayai
jurulatih luar serta menyediakan kemudahan peralatan yang canggih untuk melahirkan
jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, kesan kemajuan ekonomi dalam bidang perusahaan automobil
merupakan mercu kecemerlangan ekonomi negara dengan mengeluarkan kereta
buatan Malaysia setanding negara luar. Contohnya PROTON dan PERODUA. Hal ini
membolehkan kita mengeksport kereta tempatan ke pasaran antarabangsa.
Selain itu, bidang pengangkutan dan perhubungan juga merupakan kesan
kejayaan pembangunan ekonomi. Di Malaysia terdapat sistem pengangkutan yang
terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit
Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, dan Lebuh Raya Utara-Selatan. Hal ini
membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih
cekap sekaligus dapat menggurangkan kesesakan jalan raya.
Kesimpulannya, kejayaan pembangunan ekonomi telah membangunkan negara
dalam pelbagai sektor dan memberi sumbangan besar terhadap kejayaan negara di
pentas dunia.

6e) Kejayaan mewujudkan perpaduan kaum yang dilaksanakan oleh pemimpin


negara kita sehingga menjadi contoh kepada negara lain. Jelaskan

Terdapat banyak kejayaan bagi mewujudkan perpaduan kaum yang


dilaksanakan oleh pemimpin di negara kita antaranya Dasar Ekonomi Baru yang
mewujudkan keadilan ekonomi kepada semua kaum. Dasar ini dilaksanakan oleh
pemimpin bagi menghapuskan jurang ekonomi yang ketara antara kaum supaya
mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

45
Seterusnya pemimpin negara berjaya memupuk perpaduan kaum melalui
Rukun Negara yang menjadi ideologi semua kaum. Hal ini dapat dilakukan melalui
pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara contohnya Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara yang mengukuhkan perpaduan rakyat.
Seterusnya sistem pendidikan yang diperkenalkan bertujuan mewujudkan
perpaduan kaum yang diterjemahkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Melalui kewujudan sekolah kebangsaan dan sekolah wawasan yang diperkenalkan
dapat memperkasa hubungan sesama kaum contohnya melalui Bahasa Kebangsaan
yang menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah di negara kita. Oleh itu, pelajar
daripada pelbagai kaum dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Akhir sekali, pemimpin negara kita juga telah memperkenalkan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum. Melalui
dasar ini setiap kaum mengenali budaya kaum lain melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan
yang dianjurkan seperti Festival Kebudayaan Kebangsaan.
Kesimpulannya, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan kaum. Jelaslah bahawa pemimpin negara memainkan peranan
penting terhadap perpaduan kaum bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

6f) Pembangunan ekonomi negara masih lagi bergantung kepada buruh asing.

Bincangkan.

Pekerja asing di negara ini masih diperlukan kerana mereka juga memainkan
peranan penting dalam sebahagian sektor utama di Malaysia terutama dalam sektor
pembinaan dan perkilangan.
Langkah ini hanya sementara untuk mengisi keperluan pihak industri untuk
mengisi kekosongan jawatan dalam 6 sektor pekerjaan yang formal merangkumi sektor
pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.
Selain itu, perkhidmatan pembantu rumah asing masih diperlukan di negara
kita. Hal ini kerana kebanyakan suami isteri yang bekerja memerlukan khidmat
pembantu rumah bagi menguruskan kerja-kerja rumah. Antara negara luar yang
membekalkan pembantu rumah asing ialah seperti Indonesia dan Filipina.
46
Terdapat 15 buah negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja
asing ke Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya 14 buah negara yang dibenarkan
untuk bekerja di sektor pertanian tidak termasuk Bangladesh. Negara-negara tersebut
ialah Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand,
Kemboja, Sri Lanka, Laos, Turksmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan.
Dari sudut pandangan yang lain, lambakan buruh asing ini menjejaskan peluang
pekerjaan rakyat tempatan .
Selain itu, kehadiran buruh asing menyebabkan pengaliran wang keluar negara
menjejaskan nilai mata wang negara. Keadaan ini disebabkan oleh penghantaran wang
yang dilakukan oleh warga asing ke negara asal mereka. Apabila keadaan ini
berterusan akan menjejaskan ekonomi negara.
Di samping itu, kesan negatif kehadiran buruh asing ini meningkatkan masalah
sosial seperti peningkatan kes jenayah. Sebagai contoh kes pecah rumah, meragut
dan lain-lain. Selain itu, kehadiran buruh asing juga mengancam aspek kesihatan
kerana akan menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit terutamanya buruh
yang datang dari negara yang mundur akibat tahap pengawalan kesihatan yang
rendah. Oleh itu kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dalam menangani
masalah penularan wabak yang dibawa oleh warga asing.
Kesimpulannya, kehadiran pekerja asing mampu memenuhi keperluan pasaran
tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi tempatan. Hal ini kerana proses
pembangunan negara akan ditingkatkan. Namun kehadiran buruh asing akan
memberikan kesan negatif terutama dalam pembangunan sosial.

6g) Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara masyarakat berbilang
kaum tidak melaksanakan keadilan ekonomi?

Sekiranya sesebuah negara masyarakat berbilang kaum tidak melaksanakan


keadilan ekonomi akan menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati antara kaum.
Hal ini akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan pergaduhan antara kaum.
Contohnya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei / pergaduhan kaum di Kampung Medan.

47
Peristiwa tersebut berlaku disebabkan jurang ekonomi yang tidak seimbang
antara kaum lalu mencetuskan sifat perkauman yang menebal dan perasaan benci
kepada kaum lain. Oleh itu, persefahaman antara kaum tidak tercapai.
Selain itu, ketidakadilan ekonomi akan menyebabkan negara sukar mencapai
kemajuan. Hal ini kerana pemimpin yang mementingkan ideologi masing-masing akan
memberi kesan kepada pembangunan negara kerana pelabur asing dari negara luar
bimbang akan modal yang dilaburkan terhadap negara bergolak.
Di samping itu, negara kita akan menjadi mundur jika tiada keadilan ekonomi.
Hal ini disebabkan jurang ekonomi yang ketara antara kaum. Oleh itu, taraf hidup rakyat
yang rendah akan menyebabkan kadar kemiskinan yang meningkat lantas menjejaskan
keseimbangan ekonomi antara kaum.
Kesimpulannya, kesan daripada ketidakadilan ekonomi akan menyebabkan
keamanan dan keharmonian negara tidak akan tercapai. Jadi negara kita tidak dapat
bersaing dengan negara-negara maju lain di peringkat global

TAJUK 7

7a) Cabaran Untuk Menjadi Negara Maju/Langkah Mengatasi

(i) Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju. Bagaimanakah cabaran di atas boleh diatasi?
ATAU
(ii) Sebagai warganegara Malaysia, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan cadangkan langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut.

Cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara


maju ialah kekurangan pekerja mahir. Kita terpaksa menggunakan tenaga mahir dari
luar seperti pekerja mahir luar di sektor pembinaan dan perkilangan. Hal ini akan
melambatkan proses pembinaan negara maju.

48
Selain itu, kos upah buruh yang semakin meningkat menyebabkan negara
terpaksa membawa masuk buruh asing yang lebih murah. Buruh-buruh dari Indonesia
dan Myanmar misalnya dibawa masuk bagi menampung keperluan buruh dalam
pelbagai sektor seperti pertanian, pembinaan dan perkilangan, demi menjimatkan kos
operasi di sektor berkenaan.
Selain itu, negara kita juga menghadapi masalah bahan mentah yang terhad.
Negara kita bukan lagi menjadi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar
sedangkan bahan mentah tersebut diperlukan untuk industri berat. Natijahnya,
kekurangan bahan mentah mengakibatkan kita tidak dapat menjadi negara pengeluar
utama sektor pembuatan.
Cabaran seterusnya ialah kemahiran teknologi kita juga belum setanding
dengan negara-negara maju. Pembangunan teknologi tinggi seperti kaedah
bioteknologi dalam pertanian memerlukan kos yang sangat tinggi. Hal ini
mengakibatkan kita ketinggalan dalam bidang pembangunan penyelidikan.

Langkah mengatasi :
Bagi melahirkan rakyat yang berilmu agar dapat memenuhi keperluan tenaga
mahir, pendidikan vokasional perlu diperkukuhkan supaya bakat dalam pelbagai
bidang dapat dicungkil. Hal ini menepati konsep pendidikan sepanjang hayat bagi
mencapai matlamat Malaysia sebagai hub pendidikan teknologi.
Seterusnya pertukaran teknologi dengan negara maju yang lain dapat
mengatasi cabaran kemahiran teknologi. Penggunaan teknologi terkini dalam industri
berorientasikan eksport seperti melaksanakan e-industri dan e-ekonomi serta bantuan
teknologi luar dapat menangani masalah ini.
Selain itu, langkah seterusnya adalah mempergiatkan program transformasi
ekonomi negara. Antara usaha yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan ialah memberi
maklumat dan pendedahan tentang Revolusi 4.0 supaya masyarakat terdedah kepada
perkembangan ekonomi pada era globalisasi. Hal ini dapat memberi pendedahan dan
persediaan bagi menghadapi perubahan ekonomi pada mada hadapan.

49
7 b) Cabaran Untuk Mewujudkan Perpaduan/Langkah Untuk Mengatasinya

(i). Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan


kesejahteraan rakyat
Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi mengekalkan perpaduan
negara adalah jurang ekonomi antara kaum yang ditinggalkan oleh pemerintahan
British. Hal ini menyebabkan pembangunan ekonomi antara kaum tidak sekata.
Contohnya, petempatan di kawasan bandar didominasi kaum tertentu menyebabkan
segelinitr masyarakat terpinggir. Kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan perlu
menitikberatkan keseimbangan antara kaum.
Selain itu, berlakunya sentimen perkauman yang menebal dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum. Hal ini disebabkan oleh sistem pendidikan vernakular yang
masih diamalkan di negara kita.
Seterusnya, terdapat campur tangan anasir luar yang menggugat perpaduan
kaum di Malaysia. Segelintir anasir luar cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran
negara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini disebabkan tidak
berpuas hati dengan keamanan yang dicapai oleh negara. Contohnya, isu hak istimewa
bumiputera. Kesimpulannya, kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa
pembentukan negara bangsa Malaysia perlu dihormati.

- Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.


Langkah langkah yang boleh diambil adalah mendidik generasi muda Malaysia
menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Hal ini dapat melahirkan
perasaan cinta dan sayang pada negara dalam kalangan rakyat. Contohnya,
pembacaan ikrar Rukun Negara setiap hari di sekolah. Kesimpulannya, semua rakyat
perlu menghayati prinsip Rukun Negara agar perpaduan terjamin.
Selain itu, semua rakyat di Malaysia perlu bertolak ansur antara kaum. Hal ini
penting bagi memastikan agenda perpaduan negara dapat berjalan lancar. Contohnya,
setiap kaum perlu menghormati perbezaan budaya dan agama. Kesimpulannya,
50
perasaan menghormati perbezaan budaya dan agama membawa kepada keharmonian
hidup bermasyarakat.
Di samping itu, rakyat Malaysia juga mesti mengamalkan pendekatan secara
rundingan atau musyawarah. Hal ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah. Contohnya, segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan
dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran yang betul. Kesimpulannya, pendekatan
musyawarah merupakan kaedah terbaik menyelesaikan masalah melibatkan pelbagai
kaum.

7c)

“Kerajaan berusaha menggubal dasar baharu yang lebih responsif kepada aspirasi
rakyat berdasarkan keperluan dan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara”
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Berita Harian 23 Julai 2018-10-16

Berdasarkan penyataan di atas, rancangkan satu pelan pembangunan ekonomi


masa hadapan bagi mencapai aspirasi tersebut.

Kerajaan perlu merangka satu pelan pembangunan ekonomi masa hadapan bagi
mencapai aspirasi tersebut. Antaranya mewujudkan satu kawasan perindustrian baru.
Hal ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Contohnya, membuka
kawasan perindustrian baru bagi menarik para pelabur dalam dan luar negara.
Kesimpulannya, kewujudan peluang pekerjaan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pelan seterusnya ialah membuka kawasan pelancongan yang baru. Hal ini bagi
menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara. Pembukaan pusat pelancongan
desa misalnya bukan sahaja dapat mengembangkan ekonomi tempatan malahan dapat
memperluaskan satu daerah satu industri. Natijahnya, kehadiran pelancong akan
meningkatkan ekonomi negara.
Di samping itu, pelan yang ketiga ialah pembukaan bandar-bandar baharu. Hal
ini kerana pembukaan bandar baharu dapat memberi peluang kepada penduduk
sekitar menjana pendapatan melalui bidang perniagaan. Kesimpulannya, pembukaan
51
bandar-bandar baharu dapat merancakkan perkembangan ekonomi penduduk
tempatan.

7d) Huraikan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kemajuan negara kita serta
langkah untuk mengatasinya

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kemajuan


ekonomi negara ialah kekurangan kemahiran teknologi. Teknologi yang kita miliki
belum setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam bidang perubatan.
Walaupun kita mampu membeli mesin atau peralatan terkini tetapi kita menghadapi
masalah untuk pengoperasiannya kerana kemahiran teknologi kita masih pada tahap
rendah. Kekurangan penguasaan teknologi menghalang kemajuan negara.
Cabaran seterusnya ialah persaingan menarik pelabur asing dengan negara-
negara serantau. Contohnya, ramai pelabur lebih suka untuk melabur di negara-
negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Indonesia kerana kos tenaga buruh yang murah
berbanding di negara kita. Hal ini menjadikan kos pengeluaran di negara tersebut lebih
murah berbanding negara kita.
Cabaran yang seterusnya ialah ekonomi kita secara tidak langsung
bergantung kepada pasaran dunia yang sentiasa berubah-ubah. Keadaan ini
memberi kesan kepada turun naiknya harga barangan. Contohnya harga minyak
negara telah ditetapkan berdasarkan harga minyak mentah dunia. Hal ini menjejaskan
sumber pendapatan negara.

Langkah mengatasi
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam menggalakkan ekonomi
negara adalah menggunakan kemudahan teknologi moden/ICT. Pihak kerajaan
menyediakan kemudahan teknologi/ICT yang lebih canggih bagi memacu
pembangunan ekonomi yang lebih baik. Sebagai contoh penggunaan ICT telah
diperluaskan dalam kalangan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Ia
memberi kesan kepada jaringan ilmu, komunikasi dan perniagaan kepada masyarakat
luar bandar.

52
Selain itu, langkah seterusnya adalah mempergiatkan program transformasi
ekonomi kerajaan. Antara usaha yang diperkenalkan adalah aktiviti pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiatkan pelbagai aktiviti ekonomi dalam
usaha memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan di Malaysia seperti penubuhan
Pusat Transformasi Bandar(UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Dengan
itu, ia dapat menjana ekonomi sama ada di bandar dan luar bandar.
Selain itu, kerajaan memberi pelbagai bantuan seperti subsidi dan pinjaman
modal kepada para pelabur. Hal ini dapat memberi galakan kepada para pelabur
untuk menanam modal di negara kita. Ini akan menjadikan negara Malaysia setanding
dengan negara maju yang lain. Secara tidak langsung pelabur asing juga dapat
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat negara kita.

TAJUK 8 – IKTIBAR

8 a) Jelaskan iktibar yang diperolehi daripada usaha kerajaan untuk


mensejahterakan kehidupan rakyat di negara ini. (10M)
ATAU
b) Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji. (10M)

Iktibar yang diperolehi daripada usaha kerajaan untuk mensejahterakan


kehidupan rakyat di negara ini ialah rakyat dapat hidup bersatu padu dalam
kalangan pelbagai kaum untuk menjamin perpaduan kaum yang kukuh. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.
Selain itu, Sikap kerjasama rakyat membantu kerajaan dalam menyelesaikan
masalah ekonomi negara misalnya rakyat menyumbang dana untuk membantu
kerajaan melangsaikan hutang negara melalui Tabung Harapan.
Rakyat juga perlu berbangga dengan pencapaian negara kita yang semakin
maju dan berdaya saing dengan negara-negara lain yang membangun.Misalnya
berbangga dengan hasil keluaran kereta nasional seperti PROTON.

53
Kekayaan negara dapat dimajukan bersama supaya negara membangun
dengan pesat dan dinikmati secara adil.Rakyat dapat menikmati pembangunan yang
disediakan seperti jalan raya , pangangkutan awam, dan kemudahan yang lain .
Rakyat hendaklah menyokong usaha kerajaan membangunkan negara demi
kesejahteraan rakyat. Misalnya penglibatan pihak swasta dapat mengurangkan beban
kewangan kerajaan dan membantu pihak kerajaan dalam pembangunan sosio-
ekonomi rakyat.

8c) Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai murni yang menjadi pegangan rakyat
Malaysia dalam pelaksanaan dasar pembangunan negara? (10 markah)

Pada pendapat saya, nilai perpaduan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia
ialah sikap tolong menolong, ini kerana sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang
saling memahami antara satu sama lain dan dapat mengelakkan perselisihan faham
terutama dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Contohnya, sambutan
kongsi raya.
Selain itu, sikap saling menghormati dapat mengelakkan daripada tercetusnya
perbalahan kaum. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rasa tidak puas
hati di antara kaum.
Seterusnya, mengamalkan prinsip Rukun Negara yang melibatkan semua
rakyat pelbagai kaum di Malaysia agar masyarakat dapat hidup secara harmoni.
Contohnya, pengamalan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan kesusilaan
mampu melahirkan masyarakat yang beretika.
Di samping itu, perpaduan juga boleh diwujudkan melalui kegiatan kokurikulum
terutama diperingkat sekolah agar dapat mendidik generasi muda untuk saling
bekerjasama dalam pelbagai situasi. Contohnya, dalam aktiviti sukan, penyertaan
pelajar antara pelbagai kaum dan memberi sokongan tanpa mengira kaum.
Kesimpulanya pengamalan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia akan dapat
mewujudkan perpaduan nasional dan memacu pembangunan ekonomi negara.

54
SOALAN 9 : KESIMPULAN/RUMUSAN

(i) Pengetahuan yang diperoleh


(iii) Nilai/Unsur patriotisme
(iv) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang

SOALAN 9 : A

Pengetahuan yang telah saya peroleh daripada tajuk ialah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang tamat pada tahun 1990.

Nilai yang dapat dipelajari ialah rakyat perlu meningkatkan jati diri supaya
ekonomi negara kekal stabil. Semangat jati diri akan menjadi benteng yang kukuh
terhadap pengaruh luar yang mendatangkan kesan negatif seperti rasuah, salah guna
kuasa dan sebagainya.

Antara unsur patriotisme yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah kita
mestilah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan agama,bangsa dan negara.
Selain itu, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita perlulah berusaha
membangunkan negara.

Saya berharap sebagai rakyat Malaysia, kita harus memiliki semangat cinta
akan negara yang tinggi dan berusaha memajukan negara. Pemimpin negara juga perlu
terus cekap dan berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan.

55
SOALAN 9 : B

Pengetahuan yang saya perolehi ialah dasar pembangunan ekonomi dan sosial
telah digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman, sejahtera.

Nilai patriotisme yang diperolehi ialah perpaduan dan keadilan ekonomi dapat
membawa kepada kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan
negara. Selain itu, kerjasama dan tolak ansur antara kaum membawa negara untuk
lebih maju pada masa hadapan.

Harapan saya ialah Malaysia dapat memacu kemajuan negara agar setanding
dengan negara-negara maju di Barat dengan mencapai Wawasan 2020. Kemajuan
yang dicapai perlulah mengunakan acuan sendiri dengan menitikberatkan
keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.

56

You might also like