You are on page 1of 5

2

SULIT*
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

1. Nyatakan empat cara untuk menerapkan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara
dalam kehidupan rakyat. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………...

(b) …………………………………………………………………………………………...

(c) …………………………………………………………………………………………...

(d) …………………………………………………………………………………………...

2. Jelaskan dua strategi untuk mencapai status negara maju. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...........

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(b) …………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………...

3
SULIT*
3. Jelaskan dua teras yang diberi penekanan dalam Dasar Automatif Nasional untuk
memajukan industri automotif di negara ini. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………....

…………………………………………………………………………………………...............

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(b)………………………………………………………………………………………….....

…………………………………………………………………………………………………...

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

4. Senaraikan tiga kawasan koridor pembangunan wilayah yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan. [3]

(a) …………………………………………………………………………………………...

(b) …………………………………………………………………………………………...

(c) …………………………………………………………………………………………...

SULIT*
4
SULIT*

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan keluasan sawah padi mengikut negeri terpilih dari
tahun 2013 hingga tahun 2016 di Malaysia.

Menjelang tahun 2016, pengeluaran padi negara akan ditumpukan kepada jenis
bernilai tinggi untuk kegunaan tempatan dan eksport. Pengeluaran padi telah meningkat pada
kadar purata 13.8% setahun ekoran daripada pemulihan kawasan sawah padi yang terbiar.
Pada tahun 2013, keluasan kawasan tanaman padi di negeri Kelantan ialah 1233 hektar tetapi
meningkat keluasan kepada 1330 hektar pada tahun 2014 sebelum meningkat kembali
sebanyak 430 hektar setahun kemudian. Padi dijangka akan ditanam di kawasan seluas 1440
hektar pada tahun 2016.

Negeri Kedah mempunyai kawasan tanaman yang paling luas berbanding dengan
negeri-negeri lain bagi kesemua tahun. Negeri ini mencatat keluasan tertinggi pada tahun
2013, iaitu 4287 hektar. Keluasan kawasan sawah ini berkurangan pada tahun 2014, menjadi
3610 hektar dan berkurangan lagi sebanyak 262 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya
pada tahun 2015. Jumlah kawasan sawah padi dianggarkan meningkat semula kepada 4100
hektar pada tahun 2016.

Negeri Perak mempunyai keluasan kawasan sawah padi bagi tahun 2013, iaitu
sebanyak 1385 hektar. Walaupun keluasan kawasan sawah ini mengalami pengurangan
kepada 1181 hektar pada tahun 2014 tetapi meningkat semula kepada 1205 hektar setahun
kemudian. Galakan kerajaan supaya mengurangkan masalah tanah sawah terbiar
menyebabkan para petani beralih berusaha memulihkannya sehingga dijangka meningkatkan
keluasan kawasan sawah padi kepada 1220 hektar pada tahun 2016.

Keluasan sawah padi di Selangor sejumlah 1971 hektar pada tahun 2013. Keluasan
berkenaan meningkat kepada 2367 hektar pada tahun 2014 tetapi merosot kepada 2334 hektar
pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan sawah padi berkenaan dijangka
akan mencapai paras 2560 hektar pada tahun 2016.

(dipetik dan disesuaikan dari pada Perangkaan Agromakanan 2017,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)

SULIT*
5
SULIT*
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan dibawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut jenis tanaman pada tahun 2015 dan
tahun 2016.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan
output negara. Jumlah guna tenaga di Malaysia menunjukkan peningkatan pada tahun 2016
jika dibandingkan dengan tahun 2015 iaitu sebanyak 14,208.67 ribu orang. Pada tahun 2016,
guna tenaga adalah sebanyak 14,403.20 ribu orang.

Pada tahun 2015, penanaman kelapa sawit telah mencatat jumlah guna tenaga yang
paling tinggi iaitu sebanyak 8581.48 ribu orang berbanding dengan tahun 2016. Jumlah ini
menunjukkan pengurangan sebanyak 203.05 ribu orang berbanding dengan tahun 2016.
Jumlah guna tenaga yang terlibat dengan penanaman padi adalah paling sedikit berbanding
dengan jenis tanaman lain untuk kedua-dua tahun tersebut. Pada tahun 2015 jumlah guna
tenaga penanaman padi sebanyak 239.15 ribu orang, berlaku peningkatan kepada 242.43 ribu
orang pada tahun 2016.

Akibat daripada masalah harga getah telah menyebabkan berlaku pengurangan dalam
bilangan tenaga buruh. Pada tahun 2015, hanya 2321.22 ribu orang terlibat dengan
penanaman getah. Setahun kemudian, jumlah guna tenaga bagi penanaman ini meningkat
sebanyak 88.82 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Bagi penanaman sayur-
sayuran pula, menunjukkan bilangan guna tenaga ketiga terbanyak dengan catatan 1758.5 ribu
orang pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, jumlah guna tenaga yang terlibat dengan
penanaman sayur telah merosot kepada 1711.27 ribu orang setahun kemudian.

Guna tenaga yang terlibat dengan penanaman lain mencatat jumlah guna tenaga
sebanyak 1308.32 ribu orang pada tahun 2015. Bilangan ini berkurangan sebanyak 53.39 ribu
orang pada seterusnya. Kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada sektor pertanian,
kerana sektor ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, Malaysia, 2017)

SULIT*
6
SULIT*
Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

7. Kempen Beli Barang Buatan Malaysia ialah strategi yang dilaksanakan melalui Dasar
belilah Barangan Buatan Malaysia untuk memantapkan ekonomi negara. Jelaskan usaha-
usaha untuk mencapai matlamat Belilah Barangan Buatan Malaysia.

8. Aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi membawa pelbagai kesan kepada kehidupan .
Bincangkan.

SULIT*

You might also like