You are on page 1of 3

KEPENTINGAN INTERNET UNTUK KANAK-KANAK

Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menggalakkan penggunaan internet


di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kecapaian internet belum menyeluruh di
negara ini, tetapi teknologi ini telah digunakan di semua peringkat masyarakat,
termasuk golongan kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem


pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet.
Golongan kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar
didapati. Kini, kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan
hanya menekan butang komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh
mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. Capaian
kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian
fail Archie, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Internet juga
membenarkan komunikasi antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-mel
dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai
sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat
budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.

Pertukaran maklumat antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan


mental dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi
peluang kepada kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek
yang diminati. Perpustakaan-perpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber
kepada kanak-kanak untuk pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran
mereka. Jika maklumat yang dicari tidak terdapat di perpustakaan tempatan,
maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan di luar negara.

Kanak-kanak boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa. Kanak-
kanak didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat
dan foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang
pemikiran mereka, kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah
fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. Kanak-
kanak yang didedahkan kepada World Wide Web (www) dapat mencari maklumat
yang dikehendaki. Di peringkat umur yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada
pelbagai masalah sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan
disko. Dengan adanya internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka
menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat ataupun membaca pelbagai
bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat menyesuaikan minat seperti membina
enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan kereta api sebagai hobi. Bukan sahaja
mengisi masa lapang kanak-kanak, malahan meningkatkan kecerdasan otak.
Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-
kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan
kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program
pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara
pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan
pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan
suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak
senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan


kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan
bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan
ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu
menjadi semakin mudah.

You might also like