You are on page 1of 9

Tarikh Lampiran 1

Hari
Mata pelajaran BAHASA MELAYU
Kelas TAHUN 2
Masa 8.00 a.m hingga 9.00 a.m
Bilangan Murid
Tema 7. SAYA ANAK MALAYSIA
Tajuk MARI BERPANTUN
Murid dibimbing untuk :
4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang
Standard Kandungan betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
3.6.Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
Murid berupaya untuk :
4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang
Standard Pembelajaran betul secara didik hibur
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi
dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.
Penerapan Konstruk Konstruk 4 – Keupayaaan membaca dan menulis suku kata
LINUS tertutup
BBB/BBM Kad Petikan, kad imbasan, lembaran kerja
KBAT Menganalisis, menaakul
Pada akhir pelajaran murid dapat:
a) Murid Menguasai :
i. Melafazkan 4 rangkap pantun 4 kerat menggunakan
Objektif Pembelajaran sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Melengkapkan pantun 4 kerat dengan mengisi
sekurang-kurangnya 5 daripada 6 tempat kosong yang
disediakan.

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Refleksi
Rasa Sayang

Rasa sayang hei


Rasa sayang sayang hei
Hei lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hei

Dua tiga kucing berlari,


Mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama adik seorang.

Rasa sayang hei


Rasa sayang sayang hei
Hei lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hei

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Lampiran 2

Mari Berpantun
Burung tempua burung pekaka,
Mencari ulat di pohon berangan;
Rakyat berbangga Malaysia merdeka,
Raja berdaulat jadi sanjungan.

Buah bidara buah delima,


Letak di dalam bakul jerami;
Masjid negara lambang agama,
Tanda Islam anutan rasmi.

Bunga raya menghias taman,


Cantik warnanya dipandang mata;
Rukun Negara menjadi pedoman,
Pegangan semua rakyat jelata.

Pergi ke kedai tergesa-gesa,


Hendak membeli gula melaka,
Malaysia maju rakyat sentosa,
Negara aman bebas merdeka.
Lampiran 3
Aktiviti Kumpulan

Kumpulan 1

Sesak sungguh di pasar tani,


Penat berjalan sakitnya paha;
_______________________________________,
_______________________________________.

Kumpulan 2

Terketar-ketar si penjual roti,


Hendak seberang jambatan kayu;
_______________________________________,
_______________________________________.
Kumpulan 3

Pakai TMNet jalur lebar,


Yuran mahal tak sia-sia;
_______________________________________,
_______________________________________.

Kumpulan 4

Dapur kotor mahu disental,


Habis tertumpah kuah laksa;
_______________________________________,
_______________________________________.
Lampiran 4

Pilihan jawapan.

Malaysia Boleh slogan kami,


Asalkan ada daya usaha.

Berbudi bahasa hormat menghormati,


Jadilah warga sopan selalu.

Jalur Gemilang megah berkibar,


Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Jati diri hendaklah kental,


Semangat wajar membangunkan bangsa.
Lampiran 5
Kad suku kata tertutup

letak pedoman

taman bakul

masjid cantik

rukun rasmi
Lampiran 6
Mencipta pantun
Bina maksud pantun-pantun berikut
berdasarkan pembayang yang diberi.

Sorong papan tarik papan,


Buah keranji dalam perahu;
________________________________________,
________________________________________.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi;
________________________________________,
________________________________________.
Lampiran 7

Aktiviti Pengayaan Pemulihan


Sebut perkataan-perkataan berikut.

pistol bantal

cermin dendam

rambut cantum

You might also like