You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RAWA

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2018

Tarikh: 08 Januari 2018 (Isnin)

Masa: 1.30 tengahari

Tempat: Makmal Komputer SKPR

AGENDA:

1. Perutusan Pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Dasar Pengurusan Koko
5. Taklimat PK KOKO berkaitan perincian agihan tugasan dan perancangan program
tahun 2018
6. Hal Lain
7. Penutup
Kehadiran:
1. Pn.Sariah Binti Tokijan GURU BESAR
2. Pn. Norita Binti Kamaruddin PK KOKURIKULUM
3. En. Mohd Nasir Bin Yaacob PK PENTADBIRAN
4. En. Soyaid Bin Abdullah PK HEM
5. En. Abdul Majid Bin Hamid
6. En. Che Roslan Bin Ismail
7. En. Haris Fuad Bin Karim
8. En. Mohd Radzi Bin Musa
9. En. Zulhimi Bin Mohamad
10. En. Shahrul Nizam Bin Mat Saad
11. En. Muhammad Shukri Bin Abdullah
12. En. Muhammad Akmal Bin Zakaria
13. Pn. Nazriah Binti Hamid
14. Pn. Nasriah Binti Jusoh
15. Pn. Wan Noor Aiza Binti Wan Bakar
16. Puan Rahibah Binti Zakaria
17. Pn. Allauwiyah Binti Jusoh
18. Pn. Zakiah Binti Abdul Gani
19. Pn. Faidzah Binti Hussain
20. Pn. Siti Masroh Binti Mat Arshad @ Hashim
21. Pn. Noriza Binti Zainol Abidin
22. Pn. Sakinah Binti Mohd Munir
23. Pn. Nur Wahida Binti Din
24. Pn Siti Hajar Binti Othman

Tidak Hadir:
-
Pengerusi Mesyuarat : Puan Sariah Binti Tokijan
Guru Besar SK Paya Rawa

Agenda 1.0 : Perutusan Pengerusi

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang
dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut
menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun
2018.

Tindakan : Makluman
.
1.2 Pencapaian KOKO Sukan dan Permainan serta Ko-Akademik tahun 2017
1.2.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam pencapaian
kokurikulum sepanjang Tahun 2017. Antaranya, berjaya menganjurkan kejohanan merentas
desa peringkat sekolah, menganjurkan temasya sukan tahunan sekolah, meyertai perlawanan
Bola Sepak dan Bola Jaring, Perkhemahan Unit Beruniform dan mengelolakan dan melatih
murid untuk pertandingan ko-akademik seperti Majlis Tadarrus Al-Quran, Karnival Bahasa
Melayu, Karnival Bahasa Inggeris

Tindakan : Makluman

1.3 Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum


1.3.1 Visi – Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

1.3.2 Misi – Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan


yang inovatif.
1.3.3 Objektif –

1. Meningkatkan pengurusan kokurikulum

2. Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah diperingkat negeri dan


kebangsaan.
3. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam pertandingan sukan diperingkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu peluang kerjaya pada
masa depan.
5. Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum dalam pelaksanaan
aktiviti sukan.

Tindakan : Makluman
1.4 Dasar KPM

1.4.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB


( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 )
”Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang – kurangnya salah satu gerakerja
Pasukan Badan Beruniform, satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan
atau Permainan.”

1.4.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh


itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB
[ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) ]

1.4.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :


1.4.3.1 Pasukan Badan Beruniform - 18 kali
1.4.3.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali
1.4.3.3 Sukan dan Permainan - 12 kali

1.4.4 Kokurikulum Murid Tahun 4 akan menggunakan Sistem PenilaianPAJSK

bagi keperluan markah PBS UPSR

1.4.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru Penolong


Kanan Kokurikulum.

1.4.6 Guru Besar hendaklah melantik setiap orang guru di sekolah , secara bertulis, dan
diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif
dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

1.4.6 Selain itu, guru-guru di Pendidikan Khas boleh membantu melaksanakan aktiviti
kokurikulum di sekolah asalkan tidak mengganggu PdP di bilik darjah.
1.4.8 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum adalah WAJIB.
( Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985 )

1.4.9 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah


diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut:
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( 1993) yang
berbunyi :
” 4.2 (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab” dan
”4.2 (i) seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah ”

Tindakan : Makluman

1.5 Perancangan 2018 – Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum

1.5.1 Semua guru diminta merujuk buku panduan pengurusan kokurikulum untuk
mengetuahui bidang tugas berkaitan.

1.5.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S.

1.5.3 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu dan permainan 1M1S
diadakan dari hari Khamis mengikut jadual yang ditetapkan seperti di dalam buku
pengurusan Kokurikulum.

Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

Cadangan : Pn. Rahibah Binti Zakaria

Sokongan : Pn. Allauwiyah Binti Jusoh


Tindakan : Makluman

Agenda 3.0 : Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memberitahu kepada semua guru yang terlibat bahawa mulai Tahun 2018
semua murid Tahap 2 yang menyertai aktiviti permainan,kelab/persatuan dan unit beruniform
sekolah akan didaftarkan mengikut dasar Kokurikulum.

3.2 Pengerusi memberitahu mengikut dasar KOKO setiap murid perlu didaftar keahlian
dan perkara ini akan dilaksanakan mulai tahun 2018.

3.3 Pengerusi memberitahu semua guru penasihat agar membuat persediaan awal melatih
murid untuk pertandingan ko-akademik dan sekolah juga boleh menggunakan jurulatih luar
jika perlu.

Tindakan : Semua guru penasihat unit

Agenda 4.0 : Dasar Pengurusan Kokurikulum

4.1 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran Guru Penasihat.
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-
 Persatuan
 Beruniform
 Sukan dan Permainan
4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut :-
 Menggubal perlembagaan
 Melantik Jawatankuasa
 Merekod Kehadiran Pelajar
 Melaksanakan aktiviti harian
 Membuat penilaian
 Menyediakan laporan
4.2 DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR

4.2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu
kegiatan bagi ketiga-
tiga bidang berikut :-
1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan
4.2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

4.2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

4.3 DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN

4.3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan secara berselang seli pada setiap hari
Rabu (12.50 – 1.50 petang)

4.3.2 Kegiatan 1M1S dilaksanakan pada hari khamis (5.00-6.30 petang)

4.3.3 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-


 Cuaca yang buruk seperti hujan lebat dan ribut petir (kegiatan 1M1S)
 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
 Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

4.4 DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau
Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.

4.4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program
Sasaran, iaitu :-
 1M1S - Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling dan Olahraga
 Ko-akademik –Public speaking, Spelling, Story telling, Bercerita Tahap 1 & 2, Pidato,
Tilawah Al-Quran, Hafazan, Khat/Jawi, Bercerita, kuiz Agama, Wirid& Doa, Seni
lukis dan Mewarna.
4.4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi
melalui :-
 Latihan yang bersistematik
 Kelengkapan yang sempurna
 Pertandingan dalaman
 Penyertaan yang aktif

4.5 DASAR 5 :PENGHARGAAN

4.5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-
 Barangan atau Wang Tunai
 Sijil Penghargaan Sekolah

4.6 STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.6.1 MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam
Sistem Pendidikan kita yang murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga
bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-
matlamat berikut :-
1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta memupuk semangat juang yang tinggi.
3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang
berfaedah.
4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis
permainan.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.
6. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum di
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
7. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum di peringkat
zon, daerah dan negeri.

4.7 STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

4.7.1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar

4.7.1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga
bidang kokurikulum berikut :-
1.1.1 Sukan dan Permainan
1.1.2 Bdan Beruniform
1.1.3 Persatuan / Kelab
4.7.1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti.
4.7.1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti
melalui :-
1.3.1 menyertai kursus-kursus
1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

4.8 Penyertaan Murid

4.8 .1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan
kokurikulum
yang ditawarkan berikut :-
4.8.1.1 Bidang Sukan dan Permainan
4.8.1.2 Bidang Beruniform
4.8.1.3 Bidang Persatuan / Kelab
4.8.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan
persatuan yang ditawarkan kepada mereka.
4.8.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal
sehingga tamat persekolahan rendah.
4.8.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana
aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.
4.8.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod
Pelaporan Murid.

4.9 Penjadualan Kegiatan

4.9. 1 Kegiatan Kokurikulum unir Beruniform dan Persatuan/Kelab serta Kegiatan Sukan dan
Permainan di sekolah ini dijalankan setiap hari Rabu 12.50 -1.50 petang.

4.10 Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid

4.10.1 Murid Tahun Empat, Lima dan Enam (Tahap 2) ditawarkan aktiviti permainan
seperti berikut :-
4.10.1.1 Bola Sepak
4.10.1.2 Bola Jaring
4.10.1.3 Bola Baling
4.10.1.4 Catur
4.10.1.5 Olahraga
4.10.1.6 Badminton
4.10.2 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :-
4.10.2.1 Pengakap
4.10.2.2 Puteri Islam
4.10.2.3 TKRS
4.10.2.4 PBSM

4.11 Peningkatan Kemudahan Fizikal

4.11.1Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :-

4.11.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik

4.11.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus


4.11.1.3 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta
memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid.

4.11.1.4 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan


serta mudah diambil apabila diperlukan.

4.12 Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

4.12.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.

4.12.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik


perlu dirancang dan dilaksanakan.

4.12.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid
atau pasukan sekolah yang cemerlang.

4.13 Penganugerahan

4.13.1 Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum


perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-

4.13.1.1 Tokoh Kokurikulum Sekolah

4.13.1.2 Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

4.13.1.3 Juara Sukan Tahunan

4.13.1.4 Pasukan Terbaik Sekolah

4.13.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan,


Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan mengikut kesesuaian.

Tindakan : Makluman
Agenda 5.0 : Taklimat PK Kokurikulum - Agihan tugas dan perancangan
program tahun 2018

5.1 PK Kokurikulum Pn. Norita Binti Kamaruddin menyatakan waktu pelaksanaan


aktiviti Kokurikulum masih tetap iaitu perjumpaan kelab/persatuan dan unit beruniform serta
Kegiatan Sukan dan Permainan diadakan selang seminggu setiap hari Rabu pada pukul 01.50
– 1.50 petang.

5.2 GPK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan


perancangan strategik atau pelan tindakan bagi setiap unit masing-masing. Jawatankuasa
perlu berbincang untuk menyediakan perancangan strategik dan pelan tindakan masing-
masing.

Tindakan : Makluman
5.3 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa:
1. Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan pada 18hb Januari
2018, perincian berkaitan dengan kejohanan ini akan dibincangkan di dalam
taklimat ajk untuk kejohanan tersebut.
2. Temasya Sukan Tahunan SKPR dijangka akan dilaksanakan pada 13hb
Februari 2018. perincian berkaitan dengan latihan rumah sukan dan temasya
sukan akan dibincangkan di dalam mesyuarat sukan yang akan diadakan nanti.

Tindakan : Makluman

Agen 6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid perlu sekurang-kurangnya 90%


dan pada tahun 2017 kehadiran murid keseluruhan adalah hampir 100% dan berharap ia
dapat diteruskan.

6.2 Pengerusi mencadangkan agar unit beruniform mengadakan aktiviti atau pertandingan
seperti memasak untuk melatih murid.
6.3 Pengerusi memberitahu kertas kerja aktiviti untuk mengadakan sesuatu program harus
dirancang.

6.4 Pengerusi memberitahu akan mengadakan kursus kepada semua berkaitan cara
membuat tuntutan.

6.5 Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan kursus untuk menyediakan kertas kerja
dan membuat anggaran perbelanjaan kepada semua untuk diselaraskan.

6.6 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat Agung kelab/persatuan, unit beruniform


serta permainan 1m1s yang akan bermula pada 10 Januari 2018.

6.7 Jumlah perjumpaan setiap unit seperti di bawah akan dicapai dengan aktiviti-aktiviti
sampingan dan jumlah ini adalah minima.

6.7.1 Uniform - 14 kali perjumpaan


6.7.2 Kelab/Persatuan - 13 kali perjumpaan
6.7.3 Permainan 1m1s - 26 kali perjumpaan

Tindakan : Makluman
Agenda 7.0 Penutup

7.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan
tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan diadakan.

7.2 Lebih banyak pencapaian bagi membantu sekolah mendapat Skor terbaik dalam
SKPMG2.
Tindakan : Semua guru penasihat unit

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-
Asr.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
( Pn. Siti Masroh Binti Mat Arshad) ( Pn. Norita Binti Kamaruddin )
Setiausaha Kokurikulum , GPK Kokurikulum
SK Paya Rawa SK Paya Rawa.

You might also like