You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RIA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 04/ 2017

TARIKH : 30 OKTOBER 2017 ( ISNIN )


MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Bahasa
PENGERUSI : Puan Fazlina binti Yaakub
PENCATAT : Puan Khuzaimah Binti Afandi

KEHADIRAN :

1. Pn. Fazlina binti Yaakub (Ketua Panitia BM )


2. Pn. Rokiah Binti Mee ( Pengetua )
3. Pn. Noraini Binti Mohamad Isa ( Penolong Kanan Pentadbiran )
4. Pn. Aminah Binti Darus ( Penolong Kanan HEM )
5. En. Umar Radzi binBahari ( Guru Kanan Bahasa )
6. En. Abu Osman bin Romli
7. En. Abdul Ghani bin Mat Saman
8. Pn. Hasnah Binti Ahmad
9. Pn. Khuzaimah binti Afandi
10. Pn. Zuraini binti Ahmad

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Nor Zamilah binti Mohamad Nor

AGENDA

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dalam mesyuarat
kali terakhir bagi tahun 2018
2. Beliau juga memaklumkan ada pertembungan dua mesyuarat Panitia Pendididkan Seni Visual dan Panitia
Matematik yang dijalankan serentak menyebabkan ada guru yang tidak hadir mesyuarat pada kali ini.

II. LIMA MINIT INFO PPPM


Makluman ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru kali kelapan terdahulu.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3. Setiausaha Panitia membentangkan minit mesyuarat bil. 03/2017.


4. En. Abu Osman Bin Romli mencadangkan minit mesyuarat bil. 03/2017 diterima dan disokong oleh Pn.
Hasnah Binti Ahmad.

IV. PERKARA BERBANGKIT

5. En. Abu Osman Bin Romli memaklumkan bengkel kertas 1 dan 2 Tingkatan 4 dan 5 kepada Ketua Panitia
oleh Pn. Roslina dan En Shafiee perlu dilaksanakan awal tahun depan.

1
Tindakan : Ketua Panitia

V. POST MORTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN PT3

6. Rujuk Lampiran.
7. Keputusan Percubaan SPM 6.60 61.87peratus lulus target 6.85
8. Keputusan Percubaan PT3 sebanyak 4.30 target 3.63

VI HEADCOUNT

9. Seramai 13 pelajar mendapat A- daripada target KP seramai 24 dan seramai 33 daripada target KP
seramai 24 telah gagal dalam Peperiksaan Percubaan. Manakala seramai 4 pelajar mendapat A daripada
target KP seramai 24 dan seramai 39 pelajar gagal dalam Peperiksaan Percubaan PT3.
10. Pengetua mengingatkan guru-guru supaya cuba membantu pelajar-pelajar SPM yang masih berbaki 4
hari.

Tindakan : Ketua Panitia, semua ahli panitia

VII. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11. Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Akhir Tahun pada 19.11. 2017.
Markah pelajar hendaklah disemak dengan teliti kerana markah tersebut tidak boleh diubah setelah
dimasukkan dalam SAPS.
12. Analisis item perlu dibuat bagi setiap kelas oleh guru mata pelajaran.
13. Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 bermula pada 26.10.17 manakala Tingkatan 1 dan 2 pada 29.1-.17
dan akan berakhir pada 2.11.17
14. Guru-guru yang menyediakan soalan perlu menyerahkan satu set soalan dan skema jawapan untuk
disimpan di dalam fail pengurusan KP.

Tindakan : Semua ahli panitia Tingkatan 3 dan 5

VI. PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI ( PKB )

15. Pencerapan ( SKPMG2) telah bermula dari bulan 9 oleh Pengetua .


16. Guru-guru diingatkan supaya menghantar buku latihan untuk disemak oleh pentadbir sebanyak 4 kali dan
perlu dirujuk dalam buku pengurusan.
17. Pengetua meminta Ketua Panitia menyemak semula Rancangan Pembelajaran Harian Bahasa Melayu
2018 (KSSM, Tingkatan 4 dan 5) bagi setiap tingkatan supaya selaras dan tidak timbul masalah.
18. Tarikh akhir pemantauan NILAM pada bulan September.

Tindakan : Semua ahli panitia

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

19. Tarikh akhir memasukkan skor markah PBS pada 31.10.17

20. Guru-guru dikehendaki membuat pentaksiran individu dan berkumpulan bagi Tingkatan 4 sebanyak dua

kali. Antara aktiviti yang sesuai untuk pentaksiran ialah forum dan dialog.

VII. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PT3 DAN SPM

21. Teknik menjawab Tingkatan 3 oleh En. Abd Ghani telah dilaksanakan pada 28.8.17 manakala Teknik

Menjawab Tingkatan 4 dan Softcopy Bengkel Nahwal oleh Pn. Fazlina telah dilaksanakan pada 14.10.17
2
VIII. PENGURUSAN PANITIA

19. Pengerusi berharap Rancangan Pelajaran Tahunan semua tingkatan siap untuk digunakan dan semua
maklumat dalam Buku Rekod perlu siap sebelum 28 Januari.
20. Kontrak latihan perlu berbeza mengikut kelas dan tingkatan.
21. Perancangan Strategik 2016 telah siap.
22. Duit Panitia sebanyak RM 2155.
23. Pembelian yang dicadangkan ialah Kamus Dewan sebanyak 7 buah dan Tatabahasa Dewan sebanyak 7
buah serta hadiah Bulan Bahasa sebanyak RM 342.66. Perbelanjaan lain ialah hadiah Peningkatan
Prestasi dan Bengkel Teknik Menjawab.
24. En. Ravichandran mencadangkan pembelian Buku Komsas Tingkatan 2 untuk rujukan pelajar sebanyak 35
buah.
25. Ujian Kemahiran 1 akan diadakan pada 28 Februari hingga 3 Mac dan masa 1 jam sahaja.
26. Penyedia kertas soalan Ujian Kemahiran 1 ialah Pn. Khuzaimah (T1), En. Ravichandran (T2), Pn. Zuraini
(T3), En. Abdul Ghani (T4), dan Pn. Rokiah (T5).
27. Penyedia kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah Pn. Nor Zamilah (T1), En. Nazim (T2), Pn.
Zuraini (T3), En. Umar Radzi (T4), dan Pn. Fazlina (T5).
28. Penyedia kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun ialah Pn. Hasnah (T1) dan En. Umar Radzi (T2).
29. Pengetua memaklumkan bahawa penghantaran kertas soalan mestilah disertakan dengan Jadual
Spesifikasi Ujian dan skema jawapan. Penghantaran tanpa maklumat tersebut tidak akan ditandatangani
oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.
30. Maklumat dan Jadual guru boleh diperolehi dari En. Azman.

Tindakan : Ketua Panitia, Semua ahli panitia

IX. HAL-HAL LAIN

31. MBMMBI pada tahun ini akan diagihkan mengikut Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
32. Pengetua mencadangkan supaya program MBMMBI diteruskan walaupun ada program lain untuk
mengelakkan pelajar berputus asa kerana telah bersedia dengan aktiviti pada hari tersebut..
33. Pn. Fazlina memaklumkan CD MBMMBI sesuai digunakan kerana mengikut Pengajaran dan Pembelajaran
Abad ke – 21, Susunan kelas Abad ke – 21 dan KBAT.
34. En. Umar Radzi memaklumkan ada CD dari PKG tetapi tiada guru membuat pinjaman.
35. Pelancaran Bulan Bahasa pada 31 Januari. Kertas kerja perlu dihantar 3 minggu sebelum program
dilaksanakan.
36. Justin, pelajar tingkatan 2 Sarjana tidak berapa berminat untuk belajar semasa mata pelajaran Bahasa
Melayu walaupun pelbagai cara dilakukan.

Tindakan : Ketua Panitia, Semua ahli panitia

X. UCAPAN PENANGGUHAN

37. Pengerusi berharap apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

3
…………………………… ……………………………...
( HASNAH BT. AHMAD ) ( FAZLINA BT. YAAKUB )
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SMK Taman Ria, SMK Taman Ria,
08000 Sungai Petani, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

You might also like