You are on page 1of 3

SMA AL-MAARIF

FELDA BUKIT GOH, 26050 KUANTAN

LAPORAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

TOPIK BUTIRAN / KETERANGAN

PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

PENGENALAN Pengawas merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka


merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan
kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun
kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh
yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas wajar diadakan.

MATLAMAT Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi
pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Di samping itu juga, sifat
kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin
negara seterusnya.

OBJEKTIF 1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya


melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi
dan penuh bertanggungjawab.
2. Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas yang telah dilantik dapat
menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk
menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.
3. Memupuk semangat berkerjasama di kalangan pengawas dalam usaha
memupuk iklim perpaduan di sekolah.

TARIKH 5 FEBRUARI 2018 (ISNIN)


PELAKSANAAN 0730 – 0830

TEMPAT TAPAK PERHIMPUNAN SMA AL-MAARIF

KUMPULAN 44 ORANG PENGAWAS


SASARAN
JADUAL PROGRAM Masa Aktiviti
0730 - Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
- Nyanyian tiga buah Lagu Patriotik
- Bacaan Doa

0745 - Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua.

0800 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan

0815 - Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas


SMA Al-Maarif sesi 2018 iaitu adik Mohd Izzat
Habiburahman b Mohd Azizan

PENILAIAN Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas ini akan memberi suntikan
semangat kepada pengawas untuk melaksanakan tanggngjawab yang
diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan SMA Al-Maarif
mencapai masalah disiplin sifar.
ULASAN Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas ini telah berjalan dengan
lancar seperti yang telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung
mahu pun tidak. Tidak lupa kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya
Tuan Pengetua SMA Al-Maarif yang senantiasa menyokong usaha untuk
memartabatkan Badan Pengawas sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..…………………………………… …………………………………….
(FADZIL HAFIZ B ABU TALIB) (ZAINUN BT ISMAIL)
AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI KETUA GURU PENASIHAT
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS
SMA AL-MAARIF SMA AL-MAARIF
LAPORAN BERGAMBAR

You might also like