You are on page 1of 3

AN015 SESI 2017/2018

SOALAN TUTORIAL BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN


______________________________________________________________________

1. Berikan definisi bagi perniagaan. ( 2 markah )

2. Syarikat Park Norm Home (PNH) adalah sebuah syarikat mengeluarkan


perabot rumah yang moden dengan menggunakan bahan-bahan kayu
berkualiti tinggi. Selain daripada itu syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan
rundingan untuk rekabentuk dalaman.

Terangkan tentang lima elemen yang terdapat dalam definisi perniagaan


berkaitan dengan produk keluaran syarikat PNH ini. ( 10 markah )

3. Fahim Ameer ialah pelajar lepasan SPM, sementara menanti keputusan


peperiksaannya beliau ingin memulakan perniagaan dengan nama “Hots
Krusty” untuk jualan burger di kawasan perumahannya. Beliau bercadang
untuk menjual burger secara puratanya dengan harga RM3.50 sebiji. Beliau
terpaksa menyewa tapak burger dengan harga RM5 semalam. Kos bahan
mentah daging, sayuran dan lain-lain pelengkap adalah RM2.10 untuk sebiji
burger. Upah rakannya untuk membantu beliau ialah RM2 perjam (5 jam
bekerja untuk satu malam). Belanja utilitI ialah RM 10 satu malam. Burger
jualannya mendapat sambutan hangat dengan kuantiti satu malam 50 biji
berjaya dijual dan perniagaannya beroperasi selama 6 hari seminggu ( andaian
4 minggu sebulan).

Kirakan jumlah keuntungan yang beliau perolehi dalam sebulan. ( 10 markah )

4. Heffney adalah chef yang pakar dalam bidang kek, roti dan pastry. Beliau
mempunyai perniagaan untuk mengeluarkan roti,biskut dan kek dengan
jenama Memey D’bes Bakery yang beroperasi di kawasan Gambang. Produk
keluaran Memey D’bes sangat berkualiti dengan rasanya yang lazat serta
berstatus halal telah mendapat sambutan dari ramai penggemar roti, biskut dan
kek di seluruh negeri Pahang. Selain itu, Heffney juga meletakkan harga
produknya yang agak berpatutan dan kompetetif berbanding para pesaing lain.

Terangkan bersertakan contoh yang bersesuaian tentang ;


a) Proses perniagaan yang dilalui oleh Memey D’bes Bakery (10 markah)
b) Objektif perniagaan bagi Memey D’bes Bakery . ( 5 markah )

5. Wak Sailan adalah seorang pesara Polis dan beliau sangat berminat dengan
dunia perniagaan. Berbekalkan wang hadiah persaraannya beliau telah
membuka sebuah restoran masakan utara di kawasan peranginan Cherating.
Restoran yang berkonsep santai di tepi pantai mengundang ramai pengunjung
dan pelancong . Wak Sailan bercadang untuk membuka cawangan rangkaian

Page | 1
AN015 SESI 2017/2018

restorannya ke Singapura dan Brunei menjelang tahun hadapan. Setakat ini


restoran Wak Sailan telah menawarkan banyak peluang pekerjaan
terutamanya kepada anak-anak muda tempatan serta ibu-ibu tunggal di
kawasan penempatan berdekatan. Wak Sailan juga menyediakan pelbagai
kemudahan di restoran beliau seperti bilik bersolat dan bilik mandi serta
kemudahan tandas dengan caj yang rendah kepada pengunjung pantai.

Jelaskan tentang kepentingan perniagaan Restoran Wak Sailan kepada


masyarakat dan negara. ( 15 markah )

6. Syarikat Bina Teguh Berhad yang diterajui oleh Encik Danish sebagai CEO
telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bentuk pembinaan projek gergasi.
Syarikat ini telah banyak terlibat dengan projek-projek pembinaan di dalam
negara dan negara timur tengah.

Jelaskan tentang persekitaran umum dan persekitaran tugas yang


mempengaruhi perniagaan Syarikat Bina Teguh Bhd. (15 markah )

7. Situasi 1:
Puan Maznah dan suaminya, Encik Mansor baru sahaja berpindah pulang ke
kampong halaman selepas bersara. Di kawasan taman perumahan yang baru
dibeli agak terpencil dari pekan kecil. Rakan-rakan suri rumah kepada Puan
Maznah sering merungut mengenai masalah untuk mendapatkan barang
mentah dan keperluan dapur harian mereka. Setelah berbincang dengan suami
beliau, mereka mendapat idea untuk membuka perniagaan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan suri rumah beliau itu.

Situasi 2:
Merza dan rakan-rakannya baru sahaja menamatkan pengajianmereka di
dalam pelbagai bidang berkaitan perubatan. Memandangkan keadaan ekonomi
waktu ini yang kurang memberangsangkan ini, maka mereka sukar untuk
mendapatkan peluang untuk bekerja makan gaji. Oleh yang demikian Merza
dan rakan-rakan telah bersepakat untuk membuka pusat perubatan di bandar
ini atas persetujuan bersama.

a) Berdasarkan kepada dua situasi yang di atas, anda perlu tentukan bentuk-
bentuk pemilikan perniagaan yang bersesuaian. Nyatakan jawapan anda
dalam bentuk jadual bagi kedua-dua bentuk entiti tersebut berdasarkan ciri
yang berikut:
( 20 markah )
i. Definisi bentuk entiti yang terlibat
ii. Bilangan pemilik perniagaan
iii. Cara penubuhan/pendaftaran
iv. Modal
v. Kawalan dan pengurusan
vi. Tanggungan liabiliti

Page | 2
AN015 SESI 2017/2018

vii. Pembahagian keuntungan


ix. Cukai
x. Laporan kewangan
xi. Contoh nama perniagaan yang dicadangkan bagi kedua-dua situasi.

b) Terangkan lima kebaikan dan lima keburukan bagi kedua-dua situasi.


( 10 markah )

8. Datuk Jenol dan Datin Zek ingin membuat pelaburan dalam sebuah perniagaan
berbentuk syarikat. Mereka telah meminta anda sebagai anak kepada rakan
mereka yang berkelulusan di bidang pentadbiran perniagaan untuk membantu
bagi menerangkan tentang bentuk entiti tersebut.

a) Anda perlu ringkaskan maklumat dengan menyediakan jadual bagi


menyatakan tentang Syarikat Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad
berdasarkan:

i. Jual beli saham


ii. Pembahagian keuntungan
iii. Cukai
iv. Laporan kewangan ( 8 markah )

b) Terangkan tiga kebaikan dan tiga keburukan bagi kedua-dua jenis


syarikat.
( 6 markah)

SOALAN TAMAT

Page | 3

You might also like