You are on page 1of 1

Rujukan kami : 2019/01/03-008

Tarikh : 11 Jan 2019

Kepada :
Semua AJK PERAKAN Cawangan Limbang,
Ahli PERAKAN Cawangan Limbang.

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PERAKAN CAWANGAN LIMBANG KE 4 2019-2021


Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 16hb Februari 2019


Tempat : Dewan KEMAS, Limbang
Masa : 09.30 pagi.

2. Agenda yang akan dibincangkan seperti berikut :

2.1 Ucapan Aluan Pengerusi Tetap


2.2 Pengesahan cukup korum untuk mesyuarat
2.3 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas 2017/2018
2.4 Mengesahkan laporan kewangan cawangan yang berakhir pada Disember 2018
2.5 Menerima laporan aktiviti bagi tahun 2018
2.6 Membubarkan AJK Cawangan bagi sesi 2016/2018
2.7 Menjalankan pemilihan AJK Cawangan bagi sesi 2019/2021
2.8 Memilih 05 orang perwakilan untuk ke mesyuarat Tahunan Perwakilan Induk bagi tahun
2018
2.9 Perbahasan Usul-usul (sekiranya ada)
2.10 Penutup.

3. Sehubungan dengan itu, kehadiran dan kerjasama tuan puan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih. Semoga hubungan ukhwah wasatiyah sesame kita terus terjalin dan
diberkati Allah S.W.T.

Sekian, Terima Kasih.

SEPAKAT SETIA SOKMO

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………….

(ANUAR BIN JUSOH)


Pengerusi PERAKAN Cawangan Limbang

You might also like