You are on page 1of 20

NO.

RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-02-07

PROSEDUR PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI DAN INGKAR PERINTAH PENUTUPAN

1. NO. RUJUKAN PROSEDUR

UIP-AM-02-07

2. TAJUK

Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan

3. TUJUAN PROSEDUR

Tujuan prosedur ini adalah untuk menggariskan tatacara penutupan premis


makanan yang tidak suci di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan
mengambil tindakan bagi kes ingkar perintah supaya setiap kes dapat dituduh di
mahkamah dengan bukti yang mencukupi dan relevan. Ia juga akan
menyeragamkan aspek teknikal dan perundangan.

4. UNDANG-UNDANG BERKAITAN

4.1. Akta Makanan 1983


Sek. 3 - Lantikan Pegawai Diberi Kuasa oleh Menteri
Sek. 4(1)(a) - Kuasa Memasuki Premis
Sek. 4(1)(c) - Membuka/memeriksa bungkusan makanan
Sek. 4(1)(d) - Kuasa pemeriksaan dokumen
Sek. 4(1)(e) - Kuasa pemeriksaan dokumen pengenalan diri
Sek. 8(1) - Kuasa meminta maklumat
Sek. 10 - Perintah membersih premis/perkakas
Sek. 11 - Perintah menutup premis tidak suci
4.2. Akta Keterangan 1950 (Disemak 1971) – Akta 56
4.3. Kanun Tatacara Jenayah (Disemak 1999) – Akta 593
4.4. Akta Tafsiran 1948 (Disemak 1989) – Akta 388
4.5. Kanun Keseksaan (Disemak 1997) – Akta 574

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 1
5. ANGGOTA YANG TERLIBAT

5.1. Pegawai Yang Diberi Kuasa


5.2. Pegawai Kesihatan Persekitaran
5.3. Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5.4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan
5.5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5.6. Pembantu Kesihatan Awam

6. SINGKATAN YANG DI GUNAKAN

PYDK - Pegawai yang Diberi Kuasa.


PKP - Pegawai Kesihatan Persekitaran
KPPKP - Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
PPKPK - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan
PPKP - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
IO - Pegawai Penyiasat
TPR - Timbalan Pendakwaraya
PKA - Pembantu Kesihatan Awam

7. PROSES KERJA PENUTUPAN PREMIS MAKANAN DAN TINDAKAN


ENGKAR PERINTAH

Rujuk Lampiran A

8. CARTA ALIR PROSES PENUTUPAN PREMIS MAKANAN DAN TINDAKAN


INGAR PERINTAH

Rujuk Lampiran B

9. SENARAI SEMAK PERALATAN

Rujuk Lampiran C

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 2
10. SENARAI REKOD / DAFTAR

10.1. Buku Pendaftran Penutupan Premis Makanan.


10.2. Daftar Premis Makanan KMM 201A/KMM 209

11. SENARAI BORANG UNTUK PENUTUPAN PREMIS

11.1. KMM 3P1 ( Restoran / Kedai Makan /Dapur) Lampiran D


11.2. KMM 3P2 ( Gerai Makan / Kantin ) Lampiran E
11.3. KMM 3P3 ( Penjaja Statik ) Lampiran F
11.4. Perintah Penutupan Premis Lampiran G
11.5. Arahan Kerja Pembersihan (Lampiran 1) Lampiran H
11.6. Notis Perintah Tutup Premis Makanan Lampiran I
11.7. Borang Permohonan Buka Semula Lampiran J
11.8. Surat Kebenaran beroperasi semula Lampiran K
11.9. Senarai Bongkar Lampiran L

12. SENARAI RUJUKAN

12.1. Akta Makanan 1983


12.2. Kod Amali Kebersihan Makanan
12.3. Panduan Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP)
12.4. Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP)
12.5. Kod Amali Udang Beku
12.6. Garispanduan Kantin Sekolah

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 3
12.7. Prosedur Kerja Penguatkuasaan
12.8. Kanun Keseksaan (Disemak 1997) – Akta 574
12.9. Kanun Tatacara Jenayah (Disemak 1999) – Akta 593
12.10. Akta Keterangan 1950 (Disemak 1971) – Akta 56

13. PEMATUHAN PROSEDUR

13.1. Prosedur yang dikeluarkan ini hendaklah terus berkuatkuasa dan


dianggap sah sehingga dipinda atau diganti dengan satu prosedur lain atau
dibatalkan.

13.2. Keengganan dan kegagalan mematuhi Prosedur ini tanpa alasan


yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

14. TARIKH KUATKUASA PROSEDUR

Prosedur ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh dikeluarkan.

DIKELUARKAN OLEH:

UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN


PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KA)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 4
ARAS 8, BLOK E 10, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62590 PUTRAJAYA,
W.P. PUTRAJAYA.

TEL: 03-8883 4037


FAK: 03-8883 4017

LAMPIRAN A
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-02-07

PROSEDUR PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI DAN INGKAR PERINTAH PENUTUPAN

PROSES KERJA

Rekod dan/atau
Tanggungjawab Proses Kerja Dokumen Rujukan
Di Pejabat
PPKP 1. Persediaan Rujuk Prosedur
Penutupan Premis
- Pembentukan pasukan UIP-AM-02-07
- Semak proses kerja
PPKP 2. Sediakan segala keperluan Rujuk senarai semak,
borang peralatan dan
format. Lampiran C

PPKP 3. Kenalpasti premis yang akan ditutup Rekod aduan / Fail


- Aduan sistem tag warna
- Hasil Pemeriksaan
- Fail sistem tag warna

Di Lapangan

PYDK/PPKP (IO) 4. Kenalkan diri dengan menunjukkan kad perakuan Akta Makanan 1983
kuasa dan terangkan tujuan kedatangan kepada
pemilik/ wakil di premis makanan tersebut

PYDK/ PPKP(IO) 5. Jalankan pemeriksaan dan buat penilaian ke atas Prosedur Pemeriksaan
premis makanan dengan disaksikan bersama oleh Premis Makanan
pemilik/ wakil di premis makanan berdasarkan No. Rujukan:
format pemeriksaan premis (KMM3P1, KMM3P2, UIP-AM-01-07
KMM3P3)

PPKP(IO) 6. Ambil gambar berdasarkan kelemahan yang Prosedur ambil gambar


ditemui No. Rujukan:
UIP-UMUM-04-07
PPKP(IO) 7. Ambil sampel makanan yang disyaki tercemar dan Prosedur ambil sampel
ambil sampel environmen bagi permukaan yang No. Rujukan:

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 5
Rekod dan/atau
Tanggungjawab Proses Kerja Dokumen Rujukan
disyaki menjadi punca pencemaran, jika perlu UIP-AM-05-07

7a. Mengambil dokumen-dokumen lain dan sediakan Rujuk Lampiran L


senarai Bongkar
PYDK 8. Beritahu keputusan penilaian dan tindakan
penutupan premis makanan kepada pemilik/ wakil

PYDK 9. Keluarkan Perintah Penutupan Premis Makanan Seksyen 11, Akta


(Lampiran H) kepada pemilik/ wakil bersama Makanan 1983
Arahan Kerja (Lampiran I). Lampiran I dan
Pastikan Perintah Penutupan dan Arahan Kerja Lampiran H
dibuat akuan terima oleh pemilik/ wakil

PPKP/ PKA 10 Lekatkan Notis Perintah Penutupan Premis Lampiran I


makanan ditempat yang mudah dilihat.

DI PEJABAT
PPKP 11 Penubuhan Pasukan Pemeriksaan
- PPKP/ PKA (UPPD)
PPKP/ PKA 12 Buat pemantauan premis yang ditutup secara
berkala.
PPKP 13 Jika tidak mematuhi, rujuk proses kerja No. 18
PYDK 14 Periksa semula premis sekiranya ada permohonan Lampiran J
bertulis untuk beroperasi semula dari pihak yang
berkenaan melalui Borang Permohonan Buka
Semula

PYDK 15 Tentukan tindakan dari hasil pemeriksaan yang Lampiran K


dijalankan

Jika mematuhi arahan kerja yang dikeluarkan, beri


kebenaran melalui Surat Kebenaran Beroperasi
Semula Premis Yang Diarah Tutup dikeluarkan.

PYDK 16 Perintah Penutupan terus berkuatkuasa sehingga


tamat tempoh 14 hari (sekiranya tiada
permohonan dibuat sebelum tempoh 14 hari).

PYDK 17 Selepas 14 hari Perintah Penutupan dikeluarkan Akta Makanan 1983


dan masih tidak mematuhi Arahan Kerja. Perintah
penutupan dilanjutkan selama tempoh 14 hari.
Perintah Penutupan Premis dan Notis Perintah
Tutup yang baru dikeluarkan

Ingkar Perintah Penutupan Premis


PPKP 18 Jika berlaku ingkar perintah penutupan laporkan
kepada PYDK

PYDK 19 Arahkan siasatan dijalankan

PPKP(IO) 20 Buka Kertas Siasatan (IP) dan Jalankan siasatan. Rujuk Prosedur Siasatan
Serahkan fail IP kepada Unit Penyiasatan dan dan Pendakwaan
Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya UIP-UMUM-02-07 dan
UIP-UMUM-05-07

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 6
LAMPIRAN B
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-02-07

PROSEDUR PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI DAN INGKAR PERINTAH PENUTUPAN

CARTA ALIR PROSES KERJA

Membentuk pasukan-pasukan

Sediakan segala keperluan

Kenalpasti premis yang akan ditutup

Kenalkan diri, tunjuk kad perakuan kuasa dan beritahu


tujuan lawatan.

Jalankan pemeriksaan dan buat penilaian ke atas


premis.

Ambil gambar, jika perlu

Ambil sampel makanan /sampel environmen, jika perlu

Beritahu keputusan pemeriksaan dan tindakan


penutupan.

Keluarkan Perintah Penutupan Premis Makanan dan


dapatkan akuan penerimaan dari pemilik / wakil serta
terangkan apa-apa tindakan pembaikan yang perlu
dibuat

Lekatkan Notis Perintah Penutupan Premis ditempat


yang mudah dilihat

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 7
B

Buat pemantuan premis secara berkala

Tidak Mematuhi Mematuhi


Perintah Perintah

D C

Pemeriksaan semula sekiranya terima permohonan bertulis dari


pemilik / wakil ATAU telah tamat tempoh 14 hari

Tentukan tindakan dari hasil pemeriksaan

Tidak Dibenarkan buka


semula
Status
Penutupan disambung
(keluarkan Perintah baru Dibenarkan buka semula
sekiranya telah tamat 14
hari)
– keluarkan Surat Kebenaran Beroperasi Semula

– Kemaskini Rekod dan sediakan laporan/reten

Tama
t

– Lapor kepada PYDK

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 8
– Arahkan Siasatan dijalankan – mengumpul bukti-bukti premis
tersebut beroperasi
– Buka Kertas Siasatan, jalankan siasatan dan sediakan laporan
serta serahkan fail Kertas Siasatan kepada Unit Penyiasatan
dan Pendakwaan.
– Kemaskini rekod

Tama
t
LAMPIRAN C
NO. RUJUKAN PROSEDUR : UIP-AM-02-07

PROSEDUR PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI DAN INGKAR PERINTAH PENUTUPAN

SENARAI SEMAK PERALATAN

Bil. Jenis Peralatan Ada Tiada


1 Kad Kuasa
2 Lampu suluh
3 Infra red @ Probe Thermometer
4 Kamera
5 Filem
6 Tali ukur
7 Lampu Ultra Violet
8 Chlorine Test Kit
9 Kertas Karbon
10 Lux Meter
11 Double Sidetape
12 Gunting
13 Kertas Karbon
14 Beg
15 Bateri
16 Stapler
17 Pen
18 Clip Board
19 Kit Pensampelan
Pakaian Overall/Mask Muka/Penutup Kepala
20
21 Sarung tangan
22 Tuala Bersih
23 Borang Pemeriksaan Premis
24 Borang Perintah Penutupan Premis Makanan
25 Notis Penutupan Premis

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 9
26 Lak KKM
27 Rubber Stamp
28 Borang permohonan pemeriksaan semula premis
29 Borang arahan kerja
30 Kit Pensampelan Mikro

Disemak oleh:

Tandatangan : _____________________________ Tarikh :______________

Nama : _____________________________

Jawatan : _________________________________

LAMPIRAN D

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 10
LAMPIRAN E

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 11
LAMPIRAN F

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 12
LAMPIRAN G

No.Siri: ________

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ruj. Kami : _____________________________________ Tarikh : ______________

Kepada:
__________________________________

__________________________________

__________________________________

Tuan / Puan,

PERINTAH PENUTUPAN PREMIS MAKANAN TAK SUCI


DI BAWAH SEKSYEN 11, AKTA MAKANAN 1983

Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983,


Saya ______________________________________________ Pegawai Yang Diberi Kuasa
dengan ini memerintahkan penutupan premis tuan/puan seperti tersebut di bawah serta merta
selama tempoh empat belas (14) hari mulai ____________ jam _______
hingga ____________ kerana pada pendapat saya ianya tidak dibersih dan disucikan
keadaannya hingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai :

Nama Premis :

Alamat :

2. Tuan/Puan dikehendaki membaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti seperti di


Lampiran H supaya premis tuan/puan berada di dalam keadaan bersih dan suci yang tidak lagi
mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

3. Kegagalan tuan/puan mematuhi perintah ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen
11, Akta Makanan 1983 dan apabila disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara
selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah
seksyen yang sama.

Saya yang menurut perintah,


AKUAN TERIMA PERINTAH

Tandatangan:
( )
Pegawai Yang Diberi Kuasa Nama :

Cop Rasmi Pejabat: No. K/P:

Tarikh :

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 13
LAMPIRAN H
ARAHAN KERJA PEMBERSIHAN PREMIS MAKANAN
Rujukan :
Kepada:
Nama :
Alamat Premis :

Arahan yang bertanda [ / ] perlu tuan / puan atasi supaya premis tuan / puan berada dalam
keadaan bersih dan suci sehingga tidak lagi mendatangkan bahaya kepada orang awam.

1. KESELAMATAN MAKANAN

Makanan yang telah dimasak atau makanan mentah yang terus dimakan dan telah
dibersihkan hendaklah diasingkan penyimpanannya dari makanan mentah yang belum
dibersihkan

Bungkusan atau bekas makanan bagi makanan atau ramuan makanan yang digunakan
dalam penyediaan makanan hendaklah mempunyai label yang lengkap.

Penggunaan bekas guna semula atau bungkusan guna semula adalah dilarang.

Jangan guna makanan atau ramuan makanan yang bekas atau bungkusannya telah bocor,
koyak, kemek atau berkarat.

Proses penyediaan makanan untuk dimasak hendaklah dilakukan ditempat bersih, tinggi
sekurang-kurangnya 45 sm dari lantai dan dibuat dari bahan kalis air.

Suhu simpanan makanan mentah / makanan mudah rosak hendaklah:-


- Suhu Sejuk Beku - di bawah – 18 oC
- Suhu freezer - 0 hingga hingga 4 oC

Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup pada suhu :-
- Makanan simpan panas - > 63 oC
- Makanan simpan sejuk - 0 hingga 4 oC
- Makanan simpan sejuk beku - di bawah 0o C

2. PENGENDALI MAKANAN

Semua pengendali makanan :-


Hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh doktor dan
mendapat suntikan anti – typhoid

Hendaklah memakai pakaian yang bersih, memakai apron yang bersih, menutup kepala
dan memakai kasut yang sesuai.

Tidak boleh menghisap rokok semasa mengendali makanan

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 14
Berkuku pendek, tidak memakai barang kemas

Mencuci tangan selepas ke tandas dan menyentuh bahan mentah.

Dilarang mengendali makanan jika sakit, batuk, bersin, luka yang menanah.

3. PERALATAN DAN PERKAKAS

Semua peralatan dan perkakas untuk penyediaan makanan hendaklah senantiasa bersih,
mudah dicuci dan dalam keadaan sempurna

Pinggan mangkuk dan lain – lain hendaklah dibasuh di tempat tinggi. Air hendaklah
mengalir dan mengunakan bahan pencuci yang boleh membunuh kuman

Keadaan premis hendaklah kemas dan tidak sesak. Peralatan, perkakas dan barang yang
tidak digunakan hendaklah dialih keluar dari premis.

4. BEKALAN AIR

Air untuk kegunaan memasak atau membasuh hendaklah air dari bekalan paip JKR dan
diperolehi terus dari kepala paip. Sambungan dengan paip getah atau dari kepala paip
dalam tandas / bilik air tidak dibenarkan.

Bekas yang digunakan untuk simpanan air hendaklah bertutup. Penggunaan bekas guna
semula yang sebelumnya digunakan untuk menyimpan bahan beracun, toksid atau bukan
makanan tidak dibenarkan.

5. PERLIMBAHAN DAN PERPARITAN

Air perlimbahan hendak dilupuskan dengan sempurna

Perparitan hendaklah sempurna, tidak tersumbat dan tidak ada air yang bertakung.

Sisa makanan , lemak, minyak, gris tidak dibenarkan mengalir ke dalam longkang atau
parit

6. KEMUDAHAN TANDAS

Tandas hendaklah dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak berbau

Tandas hendaklah dicuci sekurang-kurangnya tiga kali sehari

7. KEMUDAHAN MENCUCI TANGAN

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 15
Hendaklah disediakan bilangan yang cukup dan dilengkapi sabun dan tuala pengelap
tangan

8. PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA MAKANAN

Tong sampah hendaklah disediakan dengan bilangan yang cukup dan berpenutup

Penggunaan karung plastik untuk mengisi sisa pepejal dan sampah sebelum disi ke dalam
tong sampah

9. LANTAI, DINDING DAN SILING

Lantai hendaklah dicuci setiap hari, tidak licin dan tidak ada kesan kekotoran dan tidak
ada tumpahan makanan.

Dinding dan siling hendaklah dicuci seminggu sekali, tidak ada kesan kekotoran, tidak
bersawang dan tidak berabuk.

10. SETOR PENYIMPANAN MAKANAN


Setor penyimpanan makanan hendaklah :-

Bersih, teratur dan tidak sesak

Tidak lembap dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Kalis urungan vermin

Makanan disimpan diatas plAtform atau rak

11. LAIN LAIN

Disediakan Jadual Pencucian bagi tandas, peti sejuk, lantai, dinding, siling termasuk
lampu dan kipas.

AKUAN TERIMA LAMPIRAN H

Tandatangan T/tangan:
Pegawai Diberi Kuasa
Nama :
Nama: __________________
No. K/P:
Tarikh: __________________
Tarikh: 16
UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan
LAMPIRAN I

No.Siri: ________

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

NOTIS PERINTAH TUTUP


PREMIS MAKANAN

Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 11, Akta Makanan


1983, saya Pegawai Yang Diberi Kuasa dengan ini
memerintahkan penutupan premis

Nama Premis :

Alamat :

selama tempoh empat belas ( 14 ) hari

mulai ___________ jam _______ hingga _____________

atas alasan ianya tidak bersih dan disucikan keadaannya


sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan
orang awam.

( )
Pegawai Yang Diberi Kuasa
Cop Rasmi Pejabat
Ruj. Kami :

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 17
Tarikh :
AMARAN : Notis ini tidak boleh ditanggal/diturunkan LAMPIRAN J

BORANG PERMOHONAN UNTUK MEMBUKA SEMULA PREMIS MAKANAN

1 Nama Pemohon

2 No. Kad Pengenalan

3 Nama Premis

4 Alamat Premis

5 No. Telefon / Telefon Bimbit

6 Rujukan Perintah Penutupan

7 Tarikh Perintah Penutupan

8 Tarikh Penutupan Bermula

9 Tarikh dan masa pemeriksaan semula


dicadangkan
10 Perakuan tuan punya Saya akui bahawa segala arahan yang diberikan seperti
premis/pengusaha dalam Lampiran 1, yang pihak tuan berikan semasa
Perintah Penutupan telah saya laksanakan sepenuhnya.

(Tandatangan)
Tarikh: ___________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh permohonan diterima


Tarikh pemeriksaan
dijalankan
(a)
Pegawai yang menjalankan
pemeriksaan
(b)

(c)
Status pemeriksaan :
Dibenarkan beroperasi semula

Tidak dibenarkan beroperasi

Sebab :

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 18
Tandatangan Pegawai Diberi Kuasa

LAMPIRAN K

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ruj. Kami : _____________________________________ Tarikh : ______________

Kepada :

Tuan / Puan,

KEBENARAN MEMBUKA SEMULA PREMIS YANG DIBERI PERINTAH PENUTUPAN DI


BAWAH SEKSYEN 11 AKTA MAKANAN 1983

Sukacita merujuk perkara diatas, premis tuan/puan seperti di bawah:

Nama Premis :

Alamat Premis:

dengan ini diberi kebenaran untuk dibuka semula mulai dari __________________ dengan
syarat seperti di Lampiran_______

2. Pegawai diberi kuasa dari pejabat ini akan menjalankan pemeriksaan pada bila-bila
masa dan sekiranya premis tuan/puan didapati masih lagi dalam keadaan tidak bersih dan
disucikan sehingga mendatangkan mudarat kepada kesihatan orang ramai, Pegawai yang
diberi kuasa mempunyai kuasa untuk menutup premis tuan/puan bagi tujuan pembersihan dan
pembaikan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

( )

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 19
Pegawai Yang Diberi Kuasa
Cop Rasmi Pejabat
LAMPIRAN L

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENARAI PEMERIKSAAN (BONGKAR)

Ruj. Kami : _____________________________________ Tarikh : ______________

Pejabat: ______________________________________________________________

Pegawai yang Tandatangan


Bil. Barang yang dijumpai Tempat dijumpai
menjumpai Pegawai Penyiasat

Senarai barang di atas telah diambil di bawah ________________________________ Akta


Makanan 1983.

Sesalinan Senarai Pemeriksaan


Pegawai Penyiasat (Bongkar) ini telah diserahkan kepada :
yang memeriksa

Tandatangan : _______________________
Tandatangan : ____________________
Nama : ____________________________
Nama : __________________________
Jawatan :___________________________
Kad Pengenalan: __________________
Tarikh : ____________________________
Tarikh : _______________________

UIP-AM-02-07 : Prosedur Penutupan Premis Tak Suci dan Ingkar Perintah Penutupan 20

You might also like